LAJU langkah kakinya mengejar Benjamin yang ingin keluar dari Villa Rose itu.
"Ben, are you avoiding me?". Tanya Nurjihan.
Benjamin menggaru-garu kepalanya.
"Err saya ada kerja nak kena buat dekat luar..Ada apa ya Cik Nurjihan?".
"Pasal hal semalam, sejak bila Tuan Syed boleh berjalan?. Macam mana Tuan Syed boleh tiba-tiba pula muncul dekat hotel semalam?".
"Satu-satu la Cik Nurjihan. Banyaknya soalan."
"I don't care. Jawab semua. Kenapa Tuan Syed dan semua orang dalam rumah ni nak elak dari persoalan saya pasal kesembuhan Tuan Syed? ke Tuan Syed tu memang tak lumpuh pun sebelum ini?".
Terkejut Benjamin mendengarkan sangkaan Nurjihan terhadap Tuan Syed Iqwal itu.
"Ish, Cik Nurjihan...kalau marah pun tak baik tuduh Tuan Syed macam itu."
Nurjihan masih memeluk tubuh memandang Benjamin.
"Erm..."
Benjamin melihat sekeliling kawasan berdekatan mereka di garaj simpanan kereta itu agar tiada sesiapapun yang mendengarkan perbualan mereka.
"Erm..ermm... cepat bagitahu kalau tak.."
Benjamin berkerut dahi.
"Kalau tak...apa Cik Nurjihan?".
"Saya mogok tak nak datang kerja."
Benjamin menjadi kalut.
"Jangan Cik Nurjihan. Kalau Cik Nurjihan mogok ..Tuan Syed itu mogoknya lagi dasyat tau. satu rumah boleh kena puting beliung angin kemarahan dia. ish....okayla saya bagitahu".
Matanya kembali memerhati sekeliling kawasan.
"Tuan Syed sebenarnya dah boleh berjalan 2 bulan lepas. Tapi Cik Nurjihan dah tahu kan...Tuan Syed memang tak nak bagi Cik Nurjihan berhenti. Dia sayang sangat kat Cik Nurjihan. Pasal kemunculan Tuan Syed dekat hotel semalam...Gerak geri Cik Nurjihan memang dalam pemerhatian Tuan Syed dan...Tuan Syed juga pemilik hotel tu."
"What? Hotel Grand Hibiscus tu Tuan Syed punya?."
Nurjihan terpana. Harta lelaki itu sudah berlipat kali ganda lebih dari Megat Rusydi. Kenapa dia tak beli sahaja MR Holdings tanpa menjatuhkan Megat Rusydi?
Benjamin mengganguk lemah.
"Saya nak pesan dekat Cik Nurjihan. Tolong jangan rapat sangat dengan Megat Haider kecuali menjadi Karlisa. Dan dalam tempoh menjadi Karlisa pun jangan ada belas kasihan kepada Megat Haider ataupun Megat Hanif walaupun mereka baik. Megat Rusydi orang yang sememangnya tidak dapat di jangka apa yang boleh dia lakukan jika dia tahu identiti sebenar Cik Nurjihan dengan Tuan Syed. Maaf Cik Nurjihan..saya kena pergi sekarang."
Benjamin tidak jadi meneruskan langkahnya.
"Dan...jangan sesekali ingkar atau lakukan apa yang Tuan Syed tak suka. Saya tak boleh beri jaminan selamat jika Tuan Syed itu boleh bertindak kejam. Itu pesan saya. Harap Cik Nurjihan berhati-hati."
Kepergian Benjamin hanya di hantar oleh pandangan kosong Nurjihan. Kenapa Tuan Syed begitu aneh? adakah betul Tuan Syed boleh berubah menjadi kejam kepadanya? sayang? sayang sebagai apa? dia tak pernah mendengarkan kata-kata cinta mahupun luahan perasaan dari lelaki berdarah dingin itu. Lagipun dia dan Tuan Syed bagai langit dengan bumi. Mereka di dalam kasta yang berbeza. Mana mungkin !
MINGGU-minggu terakhir untuk pelajar tahun akhir adalah sibuk dengan pembentangan projek.
Nurjihan menggigil menunggu gilirannya untuk membentangkan idea penghasilan projeknya bila kali ini dia mendapat tahu bahawa salah seorang juri dari kalangan pensyarah itu adalah Dr.Husni. Apakah nasib yang bakal menimpanya?
"Nasib kau la Jihan...dapat si nenek sihir tu jadi pengkritik..memang kaw-kaw akan kena." Nurjihan mengomel sendiri.
*****
Setelah 30 minit perbentangan projek.
"Ini idea awak 100% ke?"
Tanya salah seorang pensyarah di sebelah Dr.Husni iaitu Dr.Muiz.
Nurjihan mengganguk. Kelihatan kepala Dr.Muiz menggeleng-geleng sambil menuliskan sesuatu pada kertas komen.
Nurjihan gelisah teruk sangat ke idea aku ni?
"Awak yakin projek macam ini bakal laku di pasaran?". Tanya Dr.Husni.
Nurjihan mengganguk. Dia yakin dengan dirinya. Ini adalah ideanya. Takkan dia biarkan ia menjadi sia-sia.
"Saya yakin. Alat kawalan ini bakal memudahkan pihak hotel dalam mengawal ruang bilik mengikut kemahuan pelanggan."
Dr.Husni tersenyum sinis. Dia juga menggeleng kepala sambil bercakap dengan juri-juri yang lain.
Apa teruk sangat ke idea aku tentang pengawalan automatik kepada bilangan ruang pada bilik hotel mengikut tetapan yang kita setkan berdasarkan kemahuan? Bahan binaan juga bukan dari kandungan bahan biasa.
Penat dia mengkaji siang dan malam untuk mendapat hasil yang terbaik dalam penghasilan projek di depan mata mereka sekarang ini.
"Projek ini sampah !". Kata Dr.Husni.
Terkejut Nurjihan. Apakah Dr.Husni masih membawa dendam hal yang lalu ke dalam bilik pembentangan ini? Nurjihan kecewa. Dia nak sangat habiskan belajar pada tahun ini. Jika dia gagal kerana projeknya tidak memuaskan..apa riaksi yang harus di beri pada Mak Eton nanti. Di dalam kepalanya saat ini hanya terbayangkan wajah seorang ibu.
"Apa yang tak kena Dr.? Boleh bagitahu ke apa faktor yang menyebabkan projek saya ni seperti yang Dr. maksudkan?".
Nurjihan menahan air matanya yang bertakung di tubir mata.
"Semua !! semua yang ada dalam slide projek yang awak bentang ini semua terok dan sampah."
Nurjihan tertunduk. Dia akur...
"Sampah jika tidak di laksanakan dengan sebaiknya. Idea awak adalah menggambarkan canggihnya teknologi pada masa hadapan dan teroknya tahap berimaginasi untuk mendapatkan idea yang gila dan sehebat ini. Saya suka projek awak. Tahniah."
Tambah Dr.Husni sengaja dia menduga riaksi Nurjihan.
Nurjihan mengangkat wajahnya memandang meja juri bila dia tidak percaya apa yang di dengari oleh telinganya itu. Dia terlihat Dr.Husni tersenyum ke arahnya.
****
"Dr.Husni, saya nak cakap sekejap."
Panggilan dari Nurjihan itu mematikan niatnya untuk terus melangkah.
"Yes?". Balas Dr.Husni berpusing melihat Nurjihan yang ada di belakangnya tadi.
Tanpa sebarang kata Nurjihan terus memeluk Dr.Husni. Tergamam wanita itu bila di peluk oleh pelajarnya yang selalu mencari masalah dengannya itu.
"Terima kasih Dr... Terima kasih sangat kerana bagi peluang pada projek saya." Kata Nurjihan.
Pelukan di leraikan. Dia tersenyum ke arah Nurjihan.
"Saya tak bagi peluang pun..Saya menjuri seadilnya. Biarlah apa masalah kita sebelum ini. Saya tak pernah campurkan ia menjadikan itu sebagai batu penghalang kepada kejayaan awak."
Nurjihan menangis terharu. Tangan Dr.Husni di cium penuh hormat.
Walaupun sebelum ini banyak kata-kata negatif review dari Dr.Husni sehinggakan satu tahap kertas kerja projeknya itu pernah di lempar ke lantai sewaktu dia cuba untuk meminta pandangan dari wanita itu..namun kini barulah dia tahu bahawa semua itu adalah kebaikan untuk dirinya dalam penambahbaikkan hasil kerjanya.
"All the best. Jumpa pada hari awak konvo nanti." Kata Dr.Husni sebelum dia beredar.
Dalam ralit dia memandang Dr.Husni yang telah beredar itu, pandangan itu di halang oleh lengan seseorang yang menghulurkan sehelai tisu kepadanya.
Dr.Haider ?
"Kalau ye pun terharu..lap la air mata tu. Dah macam sinetron dah babak awak dan Dr.Husni tadi tu."
Nurjihan mencebik. Biarlah, aku terharu gila kot dengan pujian Dr.Husni tadi. Dr.Husni itu rupanya sangat professional.
"Dr. ni...suka usik saya macam tu." Kata Nurjihan sambil menghembuskan air hidungnya pada tisu itu.
Dr.Haider menggeleng melihat telatah Nurjihan yang selamba itu.
"Mesti la..saya kena usik puas-puas sebab lepas ni awak dah habis belajar. Susah dah la nak kacau awak hari-hari".
Nurjihan memutarkan bebola matanya ke atas. apa-apa sahajalah Dr.Megat Haider. huh !
"Jangan risaulah Dr.. lepas ni senior baru pulak akan jadi mangsa usikkan Dr. tu bagi pihak saya..Okaylah saya gerak dulu ye Dr.."
Nurjihan mengganguk sedikit bila melepasi lelaki itu tanda hormat sebagai gurunya.
Hembusan nafas berat di lepaskan bila melihatkan gadis kegemarannya itu berlalu. Wajah comel itu tidak jemu di pandang. Kelakuannya itu memberi rasa kehangatan yang tenang di hati wahai yang bernama Nurjihan.
DARI Jauh Zabidi melihat Nurjihan yang melintasi jalan baru keluar dari membeli sesuatu di kedai runcit tersebut. Dia menunggu dengan sabar di tepi tembok itu untuk membiarkan Nurjihan melalui kaki jalan yang dekat dengan keberadaannya.
Ketika Nurjihan telah melepasi dengan tembok persembunyiannya itu, Zabidi keluar dan berjalan mengekori Nurjihan. Tangannya sedaya upaya ingin mencapai kolar bulat baju Nurjihan.
Terkejut Zabidi bila dia terasa kolar bajunya yang sebenarnya di tarik dari arah belakang. Lalu ada benda keras yang menghentam kepalanya dengan kuat.
Dia jatuh terjelopok ke lantai dan melihat Nurjihan berlalu pergi dan memandang semula ke arah gerangan yang memukulnya itu.
Mak Eton !!
Mak Eton terkejut dengan tindakan beraninya dan mencampak kayu itu ke lantai. Tindakan itu sangat drastik dengan memukul kepala Zabidi kerana dia takut jika Zabidi mengapa-apakan anaknya.
"Kau Eton !! kau pukul kepala aku? tak guna..."
Zabidi mengerang kesakitan tiada daya untuk mengejar Mak Eton yang berlari membiarkan dia di situ.
Nurjihan menarik keluar 'ear phone' yang di pakainya itu. Rimas bila asyik tersangkut pada butang baju blouse kemeja yang di pakainya lalu masuk ke dalam perut kereta yang di parkir pada seberang jalan itu.
SEUSAI mensyuarat pemegang saham di Embara Holdings, para vvip koporat mula beredar keluar dari bilik itu.
"Ben, i nak ke toilet sekejap." Karlisa menahan Benjamin dari terus mengikutinya dari arah belakang itu.
"Baiklah, saya tunggu Cik Karlisa di bawah."
Benjamin mula bergerak pergi dari situ.
Sedang dalam Karlisa berjalan menuju ke tandas itu, dengan tidak semena-menanya dia terlanggar seseorang.
Kak Mek !!
Karlisa terpegun kaku melihat Kak Mek di hadapannya. Mujur dia tidak latah teruja melihat wanita yang dia sangat kenal itu.
Tisu yang di pegangnya itu jatuh akibat pelanggaran tadi. Kak Mek pula rasa bersalah bila dia terlanggar satu-satunya miss diva dari Syediq Group itu. Kalaulah dia tidak sibuk dengan mengelap kainnya yang basah terkena percikkan laju paip air di tandas tadi, pasti dia tidak cuai melanggar wanita garang ini.
"So... sorry cik Karlisa. i tak sengaja." Kata Kak Mek.
Karlisa diam memandang Kak Mek yang beriak sangat bersalah kepadanya dengan pandangan tajam.
"Mata you tu kalau berjalan tengok mana?." Tanya Karlisa.
Kak Mek hanya meneku lantai. Punya takutkan aura Karlisa itu, tidak jadi dia mengutip semula tisu lebih yang terjatuh itu tadi.
"Saya tak sengaja cik Karlisa saya yang salah. saya tak pandang depan sewaktu berjalan tadi."
Kak Mek akur kesalahannya itu. Biarlah dia beralah dari kena tengking dengan wanita ini.
Karlisa tidak beriak. Tetap memandang Kak Mek dari atas hingga bawah. Nampaknya kandungan wanita itu sudah membesar bila di lihat pada saiz perutnya.
Karlisa terus menunduk untuk mengutip tisu yang masih elok di dalam plastik itu dan di berikan kepada Kak Mek.
Kak Mek kehairanan. Namun dia tetap menghulurkan tangan menyambut huluran dari tangan Karlisa itu.
"Excuse me." Karlisa menyengetkan badannya dan masuk ke dalam tandas.
Dia tersenyum membelakangi Kak Mek. Suka pula dia mengusik wanita tadi.
heheh sorry kak Mek.
Kak Mek pula menggaru-garu kepalanya hairan. Ingatkan dirinya bakal memakan kata cacian, rupanya tidak. Dia memuji diva itu dalam diam dan menangkis tomahan yang di berikan pada Karlisa sewaktu pertama kali mereka bertemu dahulu.
"YANG ini cantik Jihan. Ngam teruk kalau mak Eton pakai yang ini. Harga pun okay beb."
Cadang Hawa sambil menunjukkan seutas gelang tangan di dalam peti kaca jernih di kedai emas itu.
Gelas emas kuning bersilang dengan emas putih berbentuk bunga yang bersaiz sederhana besar menjadi pilihan. Sengaja mahu di belanja emaknya itu di atas rasa syukur dengan kejayaan projek yang di bentangkan kelmarin.
Pia mengganguk bersetuju dengan kenyataan Hawa. Dengan tidak menunggu lama Nurjihan juga pantas membuat pilihan.
"Saya nak yang ini eh, boleh bungkuskan sekali tak sebagai hadiah?". Laju tangannya mengeluarkan pembalut hadiah yang di belinya petang kelmarin.
Pelayan kedai emas itu tersenyum sambil mengangguk. "Boleh.. tunggu sekejap ye cik."
"Fuh, seronok betul jadi mak Eton ye dapat anak misali macam kau ni." Kata Hawa memuji kawannya itu.
"Untung siapa beranakkan aku tau." Nurjihan tersengih.
Bahasa isyarat Pia : betul tu, dah la cantik.. murah hati pulak tu.
Nurjihan memberikan Pia dan Hawa pandangan semacam.
"Apa korang ni dok bodek-bodek aku? ah korang jangan risau . Untuk korang pun ada. Kejap lagi aku belanja makan."
Mereka membuat muka bosan. Ingatkan bodek dapat la jongkong emas seorang satu. Ceh, belanja makan...boleh la dari tak ada !
***
SESAMPAINYA di hadapan lif penthouse itu, Nurjihan tersedar bila tiada kunci rumah di dalam beg sandangnya.
"Pia, kau ada kunci rumah tak?"
Pia menggeleng. Kunci rumah sengaja di tinggalkan kerana dia mewakilkan Nurjihan untuk membawa kunci rumah mereka.
"Aku rasa kunci rumah aku tertinggal dalam kereta la. Kau naik dulu la aku pergi ambil kejap."
Pia mengganguk.
Nurjihan kembali ke tempat letak kereta dan menekan punat kunci pada alat kawalan kunci kereta itu. Lalu dia mengambil kunci rumah yang terletak di dalam dashboard.
Setelah dia masuk ke dalam perut lif, butang nombor 2 di tekan pada dinding lif.
Tiba-tiba matanya tertarik pada beberapa orang lelaki yang melintasi hadapan lif itu sebelum pintu lif tertutup rapat.
Tuan Syed dan Benjamin?
Apa yang mereka lakukan di penthouse ini? Bersama beberapa bodyguard yang lain?
sudah terlambat untuk dia menekan semula butang lif dari membiarkan pintu tertutup lalu dia tiba di hadapan rumahnya dan berjalan ke arah Pia yang sudah menunggunya di hadapan pintu.
"Aik kenapa tak masuk lagi?" Tanya Nurjihan melihatkan Pia yang bersandar di dinding itu.
Bahasa isyarat Pia : Aku dah tekan loceng banyak kali. Tapi tak ada orang buka. mak kau dah tidur kot."
Pia melihat jam di tangan. Tak mungkin baru pukul 9.30 malam. Awal sangat kalau nak tidur pun.
"Tak apa la aku dah ada kunci ni. Jom masuk."
***
Setelah pintu di buka..
"Mak !!!"
Alangkah terkejutnya mereka menyaksikan sekujur tubuh Mak Eton yang terbaring di lantai antara ruang tamu dan dapur itu.
Dengan pantas mereka berlari mendapatkan Mak Eton.
"Mak..mak buka mata mak !!! apa dah jadi ni mak?". Tanya Nurjihan ketakutan.
Pia yang tidak mampu berkata-kata hanya bertindak menepuk-nepuk kepalanya bimbang melihatkan mak yang terbaring lemah dan melihat kesan merah berdarah sedikit dikelar pada leher Mak Eton.
Mak Eton membuka sedikit matanya dan dia terlihat anak kesayangannya Itu. Lalu dia gagahkan mengangkat tangan untuk memegang pipi Nurjihan.
"Ji...jihan...." Panggil mak Eton.
"Mak !! siapa yang buat mak macam ni? cakap mak!!!" Laung Nurjihan menangis ketakutan.
"K..kau.. hati-hati...."
"Bertahan mak... jangan cakap apa-apa. Pia , kau call ambulance sekarang, bagi aku cakap." Pia begegas mengeluarkan telefonnya terus mendail panggil kecemasan.
"Mak..siapa punya angkara ni mak? Ya Allah...!!".
Nurjihan tidak berhenti-henti meraung.
"T..TT.. Tuan Syed dia..aakk...." Kata-kata dari Mak Eton terhenti. Matanya tertutup rapat, dan akhirnya tangan itu terkulai jatuh di riba Nurjihan.
"Makkkkkk !!!!!" Nurjihan meraung sekuat-kuatnya meratapi kepergian Mak Eton pada malam itu.
Telefon yang di tekapkan pada telinga Pia jatuh bila melihatkan Mak Eton yang ketiadaan nyawa lagi. Lalu dia begegas ke arah Mak Eton dan mengoncang-goncang tubuh yang kaku itu sekuat hati.
Bangun...bangun Mak Eton !!! Jangan tinggalkan kami !!
jeritan perih dari suara hati Sophia Hana.
Share this novel