Bab 1

Romance Series 4007

Mata mula memandang sekeliling. Susuk yang sedang menangis di bucu katil membuatkan Eijaz terdiam lama. Gadis itu dalam keadaan tidak berpakaian. Begitu juga dengan dirinya. Tidak mengenakan sehelai baju pun.

Mata pula memandang ke arah keluarganya. Mama sudah menangis tersedu-sedu. Nenek? Juga menangis tidak percaya.

"Apa yang kamu dah buat ni Eijaz!?" Tengking Encik Ezham yang dari tadi menahan marahnya. Dia juga terkaku melihat kejadian itu tadi.

"Pa.. Eijaz tak tahu! Eijaz tak buat semua ni!"

"Tak buat? Habis apa semua ni? Kamu nak memperbodohkan apa lagi Eijaz?"

"Pa, dengar dulu. Eijaz betul-betul tak tahu! Hey! Kau siapa ha perempuan!"

Gadis itu masih lagi menangis tersedu-sedu. Eijaz memandang ke arah mamanya.

"Ma, Eijaz tak salah ma. Betul! Eijaz tak tahu apa-apa!"

Puan Elhena menggeleng. Tidak mahu anak lelakinya mendekati dirinya. Dia masih lagi terkejut. Eijaz pula cuba mendekati neneknya.

"Nenek, sumpah! Eijaz tak tahu nek!"

Tanpa banyak kata, Nek Jah terus keluar dari bilik hotel itu. Malu! Malu mempunyai cucu seperti lelaki itu. Ehsan hanya diam dari tadi. Dia tahu ini bukan salah abangnya.

"Es, kau tahukan ni bukan salah aku Es?" Tanya Eijaz. Dia tahu hanya Ehsan seorang yang mempercayai dirinya sekarang. Dari tadi lelaki itu hanya mendiamkan diri.

"Eijaz, kalau bukan salah kau. Prove it! Aku percayakan kau sebab kau abang aku. Aku tahu kau tak salah dalam hal ni. Tapi kau tengok, mama dan nenek betul-betul kecewa dengan kau."

Eijaz jatuh terduduk. Entah apa yang terjadi dia sendiri tidak tahu. Buka saja mata, gadis itu sudah berada disebelahnya dalam keadaan tidak berpakaian.

Argh shit!

Dia kembali memandang gadis yang berada di bucu katil. Terus dia menerpa. Tubuh gadis itu di tarik kasar.

"Kau bagitahu aku! Siapa kau?! Apa yang kau dah rancang hah perempuan!"

"En..encik, saya betul-betul tak tahu."

"Engkau tahu atau buat-buat tak tahu! Kau bagitahu aku sekarang!" Paksa Eijaz. Lengan gadis itu dicengkam kasar.

"Sa...saya betul-betul tak tahu Encik!"

"Hey..hey, kau ingat aku bodoh ke hah! Kau bagitahu aku sekarang!" Paksa Eijaz lagi. Kesabarannya sudah menipis. Ehsan terus menghampiri ke arah abang kembarnya. Tahu emosi lelaki itu tidak stabil sekarang. Tubuh Eijaz di tolak jauh.

"Sudah la Eijaz, kau dah tak boleh buat apa sekarang! Kau tengok cadar tu?! Apa yang ada? Darahkan? Kau fikir sendiri apa yang sepatutnya kau buat sekarang."

Eijaz meraut rambutnya kasar. Sumpah dia sendiri tidak tahu apa yang terjadi semalam. Dia tak sedar!

"Aku tak tahu apa yang jadi Es! Aku tak salah."

"Aku tahu kau tak salah, tapi aku tak rasa perempuan ni yang cuba perangkap kau. Dia pun tak salah."

"Lepas tu kau nak aku buat apa?!" Kolar baju Ehsan ditarik rapat.

"Kahwin dengan dia. Bertanggungjawab dengan apa yang kau dah buat walaupun kau tak tahu siapa yang perangkap kau." jawab Ehsan tenang.

"Kau gila! Macam mana kalau dia yang rancang semua ini! Hah!"

"Kau tengok balik muka dia Eijaz! Kau rasa muka orang macam ni nak perangkap kau? Baca pakai mata jangan pakai lutut! Kau tu tentera! Kau sendiri tahu macam mana nak kesan musuh kau."

Eijaz menolak kasar tubuh adiknya. Air mata mengalir. Apa yang patut dia buat sekarang? Kahwin dengan perempuan yang dia sendiri tidak kenal?

Ehsan menolong perempuan itu bangun dari duduknya akibat ditolak kasar oleh Eijaz.

"Aku tak kenal kau siapa, tapi aku tahu kau tak terlibat dalam hal ni. Jangan risau, abang aku akan bertanggungjawab dengan apa yang dah jadi. Maruah kau terselamat." kata Ehsan lembut bercampur dingin.

Eijaz menarik nafas panjang.

"Okay aku kahwin dengan perempuan ni, dan kau Es saksi!"

Majlis akad hanya di adakan di pejabat agama saja, selepas saja berjabat tangan kini Eijaz sah menjadi suami kepada perempuan yang dia sendiri tidak tahu siapa. Cuma nama saja yang dia tahu. Dari pandangan dia, perempuan itu nampak luar biasa. Bukan dari kampung atau apa.

Keluar saja dari pejabat agama, Eijaz memandang isterinya bersahaja. Perempuan itu hanya menunduk. Tak mahu menatap Eijaz yang memandang tajam ke arahnya.

"Kau dengar sini, sekarang kau dah sah jadi isteri aku. Lepas saja aku tahu siapa yang perangkap kita, aku akan lepaskan kau."

Ehsan yang mendengar dari belakang menepuk kasar bahu abangnya.

"Kau cerai aku bunuh kau abang. Isteri tu amanah, tanggungjawab yang Allah hantar untuk kau. Kau tak dengar ke apa kadi pesan tadi dekat kau? Aku yang belum kahwin ni pun boleh fikir baik buruk."

Eijaz menjeling.

"Kau balik dulu Es, aku ada hal."

"Habis tu isteri kau?"

"Pandai-pandai dia fikir nak balik mana." jawab Eijaz. Dia terus meninggalkan adiknya dan isteri yang tidak dikenali olehnya itu. Ehsan hanya menggeleng.

"Maaflah kakak ipar, abang aku tu agak biul sikit. Tak apalah macam ni, aku bawa kakak ipar pergi rumah dia. Kau boleh rehat-rehat dekat situ."

"Tak perlulah panggil saya kakak ipar."

"Kau tu isteri abang aku jadi kau tu kakak ipar aku. Kalau kau tak nak aku panggil kau kakak ipar habis tu kau nak aku panggil kau apa? Abang ipar?"

"Panggil saya Lia."

Ehsan mengangguk. Lia pun Lia lah.

Dia terus berjalan menghampiri ke arah keretanya. Isteri abangnya hanya ikut dari belakang.

Eijaz membawa kereta tanpa dia sendiri tidak tahu hala tujunya. Musnah! Dia langsung tidak dapat berfikir dengan baik.

Entah secara tiba-tiba dia sudah bergelar suami. Suami? Argh bodoh!

Malam yang panjang, membuatkan Eijaz mengambil keputusan untuk balik ke rumahnya. Lampu yang terang benderang membuatkan dahi berkerut. Siapa pula yang datang?

Masuk saja ke dalam rumah, wajah isterinya dipandang tajam.

"Apa kau buat dekat sini?"

"Sa..saya tak, adik awak yang hantar saya ke sini."

"Adik aku? Eskandar?"

Laju isterinya mengangguk.

"Apa nama kau? Kau ni duduk mana?"

"Bunga..Bunga Athalia."

"Okay." sepatah saja Eijaz membalas. Baru saja ingin naik ke atas masuk ke dalam bilik, lengannya di pegang.

"Awak..awak dah nak tidur?"

"Kenapa?"

"Saya tak tahu mana bilik saya."

"Rumah ni besar, kau pilih ajelah mana-mana untuk kau tidur."

"Tapi sayakan isteri awak?"

"Kenapa? Kau nak tidur dengan aku?" Tanya Eijaz sinis. Satu keningnya terjongket naik ke atas.

"Kalau awak izinkan." jawab Bunga perlahan.

"Suka hati kau lah." Eijaz terus naik ke atas. Bunga mengikuti suaminya dari belakang. Masuk saja ke dalam bilik, Eijaz terus membuka bajunya dengan selamba di hadapan perempuan itu.

Bunga memejamkan mata.

"Kenapa? Malu?" Sinis Eijaz bertanya. Dia berjalan mendekati isterinya. Bunga menelan liur.

"Kau nak malu apa? Aku kan suami kau. Lagipun, tubuh kau ni aku dah rasa. Tak perlu nak malu sangat!" Jerkah Eijaz.

"Tadi kau cakap kau isteri aku kan? Jadi sekarang, apa kata kau jalankan tanggungjawab kau sebagai seorang isteri? Kau faham maksud aku?"

Bunga memandang mata suaminya dalam. Dia tidak dapat bezakan pandangan itu marah atau dendam. Tapi yang pasti bukan cinta. Mana mungkin cinta akan bertaut. Perkenalan mereka pun terjadi secara tidak sengaja.

"Kau kan nak jadi isteri solehah, tak akan nak tolak permintaan dari aku?"

"Eijaz.. saya.."

"Saya apa sayang?"

"Saya tak nak awak buat benda ni untuk lepaskan marah awak atau dendam awak pada saya Eijaz. Sumpah saya tak tahu apa yang terjadi! Saya tak sedar! Dan bila saya buka mata, awak ada disebelah saya."

Eijaz terdiam. Air mata yang mengalir di pipi isterinya membuatkan deruan nafas Eijaz tidak teratur.

"Macam mana aku nak percayakan kau? Aku sendiri pun tak sedar apa yang dah terjadi. Sedar-sedar aku dah buat sesuatu dekat kau."

"Dan ragut mahkota diri kau."

"Saya betul-betul tak tahu Eijaz. Sumpah demi Allah. Saya tak ada niat nak perangkap awak."

"Jangan main-main dengan sumpah Bunga. Okay aku percayakan kau. Tapi bukan mudah untuk aku percaya seratus peratus."

Makin lebat air mata Bunga. Eijaz makin tidak dapat mengawal dirinya. Satu ciuman hangat di berikan di bibir isterinya. Lama.

Bunga membalas pandangan yang tajam dari suaminya. Belajar untuk merelakan semuanya.

"I'm sorry." ucap Eijaz perlahan apabila tubuhnya sudah naik menindih tubuh isterinya.

"Awak janji awak akan lepaskan saya bila dah tahu semuanya nanti?"

"Kalau itu yang kau mahu, aku akan tunaikan. But don't fall in love with me Bunga Athalia. Aku tak nak bila dah tahu semuanya, aku susah untuk lepaskan kau."

"Macam mana kalau saya jatuh cinta juga?"

"Aku tak akan lepaskan kau. Tapi aku yakin, aku akan lepaskan kau secepat yang mungkin. Aku tak nak kau terikat dengan aku. Aku bukan lelaki yang baik untuk kau."

Baru Bunga ingin berkata Eijaz terlebih dahulu bersuara.

"Tidur Bunga, jadi isteri yang baik malam ni. Dengar cakap suami kau." kata Eijaz sambil memejamkan matanya. Penat. Penat dengan masalah baru yang bertandang. Esok dia perlu ke rumah neneknya. Memberitahu perkara yang sebenar.

"Saya nak minta maaf."

"Kalau kau tak salah, tak perlu minta maaf. Kita sama-sama terperangkap."

"Saya minta maaf sebab awak terpaksa jadi suami saya."

"Aku buat kerana tanggungjawab. Dengan apa yang aku dah buat pada kau, tak mungkin untuk aku lepaskan macam itu saja."

"Saya betul-betul minta maaf."

"Aku cakap tidur Bunga. Sekali lagi kau keluarkan suara, aku betul-betul sambung apa yang kita tangguh tadi. Biar kau keluarkan suara betul-betul." dingin Eijaz berkata. Matanya masih lagi tertutup. Penat. Penat badannya.

Bunga terus menutup mulutnya. Tak berani mahu mengeluarkan suara. Aura Eijaz terlalu takut.

"Close your eyes sweetheart. Tidur. Aku tahu kau pun penat."

Akhirnya Bunga memejamkan matanya. Tidur dalam pangkuan suami yang tidak mencintai dirinya. Dan dia? Adakah dia akan jatuh cinta terhadap lelaki itu? Walaupun baru saja mereka berkahwin?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience