Awal pagi lagi tangisan semesta sudah turun menyiram dan membasahi disetiap celah-celah permukaan sempit bumi. Kelihatan ramai orang tergesa-gesa menuju mencari tempat untuk berteduh, sama seperti seorang wanita yang memakai baju hujan berwarna kuning sedang berlari masuk ke dalam tempat kerjanya. Hari ini dia akan bekerja seperti biasa setelah cuti dua minggu. Bermula lagi mencari sesuap nasi untuk menampung kehidupan sehingga tua kelak. Begitulah nasib hidup berdikari.
Dia membuka baju hujan lalu digantung pada tempat yang tersedia agar baju itu kering. Dia menggosok lalu meniup perlahan telapak tangannya untuk mendapatkan sedikit kehangatan. Cuaca pagi sangat dingin dan ia sudah mencengkam seluruh tubuh wanita itu. Langkah dibuka untuk mencari majikannya yang sudah beberapa hari tidak dilihatnya. Mungkin kesibukan telah melanda diri lelaki itu.
“Selamat bekerja kembali, Hanis. Feel better now? Sunyi tau semenjak kau tak turun kerja.” Wanita bernama Mariam mula menyapa saat melihat Hanis mula menghampiri. Hanis tersenyum. Mariam juga salah satu rakan kerjanya yang rajin datang melawat dirinya ketika sakit. Sifat Mariam sama seperti Atiqah, suka memberi motivasi kepada dirinya untuk terus kuatkan semangat.
“Aku okay dah. Kaki pun dah tak sakit lagi. Cuma, jari kelingking aku masih terasa sakit. Sukar nak gerakkan. But, nevermind. Tangan kanan aku masih okay,” Jelas Hanis penuh semangat.
“Syukurlah kalau macam tu. Lega hati mendengarnya. Tapi, kau kena hati-hati juga. Kalau kau rasa tak boleh buat kerja tu, bagitahu aje tuan Jason. Jangan risau, tuan Jason tu baik. Lagipun... kau kan orang disayang...” kata Mariam sambil tergelak kecil. sempat lagi mengusik.
“Merepeklah kau, Mariam. Kalau dia dengar, habis kau nanti.”
“Apa pula merepek. Aku cakap benda betul. Kau dah jumpa dia belum?” tanya Mariam.
“Belum. Tuan Jason dah sampai ke?”
Mariam sekadar membalas dengan anggukan kecil. Hanis terus mengorak langkah menuju ke bilik Jason. Entah, hatinya tiba-tiba terasa berdebar seperti ada yang mencuit dari dalam. Tak tenang! Tetapi, dia cuba mengawal perasaan. Pintu mula diketuk lalu dibuka setelah mendengar arahan daripada lelaki tersebut. Terlihatlah wajah lelaki itu sedang khusyuk melihat fail dan komputer silih berganti.
Hanis terus sahaja menghampiri meja tersebut. Sunyi. Tiada sebarang suara dikeluarkan oleh Haiqal Jason. Hanya fokus dengan kerjanya. Hanis berdiri tepat di hadapan meja tersebut.
Hanis berdehem. “Ehem. Tuan... maaf mengganggu. Saya nak beritahu hari ni saya dah mula bekerja. Jadi, ada apa-apa yang perlu saya buat? atau ada yang memerlukan bantuan saya?” tanya Hanis lembut. Sudah menjadi kebiasaan menawarkan khidmat bantuan.
“Tak perlu,” singkat jawapan lelaki itu. Matanya masih sama, fokus pada kerjanya.
“Baik, tuan. Saja tanya, sebab saya kan dah lama cuti, mana tahu kerja tuan banyak. So, bolehlah saya...”
“Kau ni tak faham bahasa ke? Aku cakap tak perlu kan? Then, you can leave now! Tak payah cari perhatian dekat sini, faham?!” marah Jason.
Hanis menunduk melihat permukaan lantai. Pelik dengan sikap majikannya. Dia baru saja masuk dah kena marah? Apa salahnya? Namun, otak terus menterjemah dari ayat 'cari perhatian'. Wajah milik Jason dipandang dengan kening yang berkerut.
“Apa maksud tuan dengan cari perhatian? Saya datang nak bekerja...bukan seperti yang tuan maksudkan!” ujar Hanis tidak berpuas hati. Rasa ingin tahu telah menyelimuti diri.
Jason tersenyum sinis. Fail yang terbuka ditutup sebelum pandangan difokuskan kepada wanita dihadapannya. Dia menghela nafas ringan.
“Bekerja? But, at the same time, kau cari perhatian aku bukan? Sebab apa? Supaya kau boleh kikis duit aku.”
Terpempan wanita itu dibuatnya. Tuduhan apa pula ni?
“Kau ni janda, kan? Aku tahu kenapa kau sembunyikan status diri kau. Sebab kau takut kalau aku tahu, kau tak dapat nak dekatkan diri dengan aku kan? Permainan kau bukan main hebat! Tapi, kau lupa something. Peribahasa mengatakan, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.” tambahnya lagi.
Hanis masih berdiam. Ya, selama ini dia menyembunyikan status dirinya yang bergelar 'janda'. Bukan apa, dia tidak mahu orang bertanya tentang rumah tangganya yang kelam itu. Biarlah ia tersimpan rapi diingatan. Namun, dari mana lelaki ini tahu tentang perkara itu?
“Apa tuan cakap ni? Ya, saya memang dah berkahwin sebelum ni. Saya sembunyikan sebelum bekerja di sini lagi tuan. Saya tak ada niat apa-apa pun. Janganlah tuduh saya macam-macam,”
“Kenapa dia ceraikan kau?” tanya Jason.
“Dah tak ada jodoh. Yang tuan sibuk ni kenapa?”
“Yelah, kalau dah tahu perangai sebenar isteri dia yang berhati busuk, lelaki mana yang nak bertahan?” sinis Jason.
“Saya berhati busuk? Apa saya buat, tuan?”
“Berlakon lagi? Tak pelah, biar aku bagitahu supaya kau ingat sikit perangai kau tu. Kau sebenarnya perempuan yang tak tahu malu. Kau rampas suami orang dan kau cuba nak bunuh isteri pertama dia kan?”
“Perbuatan kau gagal apabila bekas suami kau dapat tahu. Sebab tu kau dijatuhkan talak. Huh, memalukan!” tambahnya lagi sambil menggeleng perlahan. Kecewa dengan wanita itu.
“Tuan tak ada hak nak tuduh saya macam ni! Saya tak pernah buat semua tu!” bantah Hanis sungguh-sungguh. Semakin mencuba untuk bertenang, semakin memancing emosi ayat lelaki itu. Tertanya-tanya darimana saja lelaki itu mendapat cerita yang memburukkan dirinya.
“Don't lie to me, Hanis! I know everything! Aku tak akan kalau benda ni tak betul! Orang tu sendiri datang jumpa aku. Dia cerita semua tentang perangai kau!” jawab Jason.
“Aku tak sangka perangai kau seburuk tu. Apa yang aku tengok, tiada cacat celahnya. Bersyukur sebab tuhan buka kan mata aku. Kau manusia bertopengkan iblis! Mak ayah kau dulu tak pernah ajar ke?!”
“Kenapa nak libatkan mak ayah saya? Mereka tiada salah apa pun!” sebak di dada Hanis tatkala itu. Perkara yang menyentuh soal ibu bapa sangat pantang baginya.
“Tengoklah perangai kau. Aku dengar kau ni suka susahkan orang. Kesian kau kan?” Jason melepaskan peluru perli ke atma Hanis.
BAP!
Hanis menepuk permukaan meja sekuat hati. Pandangan tajam diberikan walaupun matanya sedang berkaca-kaca. Hanya menunggu masa untuk mengalirkan cecair jernih tersebut.
“Senang orang zaman sekarang ni terpedaya dengan cakap orang lain tanpa soal selidik dulu. Tak pe, tuan. Orang macam saya memang patut dipandang rendah. Tapi tolong.... jangan libatkan arwah mak dan ayah saya. Biarlah mereka tenang dekat sana.” Air mata mula mengalir di pipi.
Jason terdiam seketika melihat air mata wanita itu. Tersentuh hatinya dengan kata-kata Hanis.
“Saya tak kisahlah dengan anggapan tuan terhadap diri saya. Tapi, semua tu tak betul. Apa yang tuan dengar tak sama dengan situasi yang saya hadapi.” Jelasnya berbaur tangisan. Cepat-cepat Hanis menyeka air matanya dengan kasar. Dia tak boleh lemah!
“Saya nak pesan sikit dengan tuan, jadi orang tu janganlah bodoh sangat. Sebelum mempercayai percakapan seseorang tu, soal selidik dulu. Betul atau tidak. Tuan ada perasaan kan? Samalah macam saya,”
“Saya pun manusia juga, tuan. Sakit hati saya apabila tuan tuduh yang bukan-bukan. Tak mengapalah, tuan. Semua orang buat silap. Lain kali, jangan macam tu lagi. Saya keluar dulu,” lembut nadanya. Dia masih mampu tersenyum walaupun hatinya hancur dipanah oleh tuduhan yang tidak betul.
Hanis meninggalkan Jason yang masih terdiam ditempat. Mungkin lelaki itu sedang mencerna kata-kata Hanis. Biarlah dia meladeni perasaannya sendiri. Hanis terus keluar dari cafe itu bersama perasaan bercampur baur. Hujan gerimis ditempuhi sahaja.
Pada tempat yang berbeza, Jason mengeluh perlahan. Bingung dengan keadaan itu. Siapa patut dia percaya? Riak wajah Hanis sebentar tadi, membuatkan dirinya percaya bahawa gadis itu tidak berbohong mahupun berlakon dihadapannya. Dia meraup wajahnya agak kasar. Rasa bersalah mula melanda dirinya. Tiada niat hendak melukakan hati wanita itu. Bahkan, dia tidak sanggup melihat air mata wanita tersebut.
“What have you done, Jason!” marahnya pada diri sendiri.
“Mariam... Hanis mana?” tanya Jason sebaik keluar dari bilik kerjanya.
“Er, tadi... saya nampak dia keluar. Tak tahu ke mana,” jawab Mariam. Dia juga hairan dengan sikap Hanis tadi yang tergesa-gesa. Jason sekadar mengangguk. Dia yakin, wanita itu marah padanya.
****
Maaf lambat update, hehe. Jangan marah tau, banyak assignment kena siapkan hehe. HAPPY READING SEMUA <3
Share this novel