Adam mengusutkan kepalanya. Ah serabut! Tiba-tiba Aina menerjah masuk ke pejabatnya
"Haih sayang..kenapa kusut ni?" Tanya Aina
"Stress! Tahu tak sekarang perempuan tu dah kembali! Ergh! Sh*t!" Kata Adam
"Perempuan mana?" Tanya Aina
"Nadia! Dia sekarang CEO syarikat terkemuka tu..NE'S Holding! Ah serabut! Sekarang kalau kita tak berkolaborasi dengan dia..kita akan bankrup! Dan ayah tak akan tolong" Kata Adam
"Banyak duit perempuan tu..berapa banyaklah dia jual tubuh dia kat lelaki asing dekat sana. Hm. So apa dia cakap?" Tanya Aina
Flashback
"So setuju?" Tanya Adam
Nadia berfikir sekejap sebelum berkata-kata
"Tak" Kata Nadia
"Kenapa pula? Hey perempuan jangan sebab kau tu dah kaya dari aku..kau jual tubuh kau dekat orang lain..kau boleh tolak mentah-mentah" Marah Adam
"Untuk pengetahuan encik Adam.. Kertas kerja yang encik buat ni banyak salah. Akaun salah. Dan syarikat encik mengalami krisis sekarang..maka how nak untung? Dan pekerja syarikat di situ..banyak dah kena buang..boleh ka siapkan? Dan produk-produk ni tiada permit..lagi satu model ni..apa nama..Aina Safia? Tak terkenal pon lah..syarikat luar negara tak kenal! Just because dia isteri encik..model! Tak perlu la letak wajah dia dekat produk ni. Kot la kalau model antarabangsa right? So saya dan syarikat taknak ambil risiko besar" Kata Nadia. Bukan sebab berdendam tapi kata-kata nya benar.
"Kau jangan melampau! Hey perempuan tak guna" Kata Adam dalam nada tinggi
"Sorry..nama saya Emelda..perempuan tak guna tu siapa eh? Tu?"Â Nadia menunjukkan muka Aina
"Ni? Perempuan tak guna? Sorry eh encik..kami tak terima hasil kerja encik. Nanti kita berjumpa lagi kalau ada hasil kerja yang baru dan lebih berkualiti" Kata Nadia
"Tak guna" Amuk Adam
"Keluar sekarang or saya panggil guard" Kata Nadia tegas
"Kau memang tak guna?" Marah Adam
"GUARD! DATANG KE BILIK SAYA ..ADA LELAKI GILA MENGAMUK" kata Nadia
"Kau tunggu! " Adam memberi amaran
End Flashback
"What! How dare dia kata I ni model biasa ja! Produk tu baik kot! Perempuan ni memang tak guna! I nak jumpa dia sekarang juga!" Kata Aina. Dia terus bergegas ke syarikat Nadia. Sampai sahaja di kaunter Aina terus menjerit-jerit
"I nak jumpa boss you now!" Jerit Aina
"Maaf..cik ni siapa? Ada buat temu janji dengan Puan Emelda?" Tanya pekerja itu
"Tak tapi I nak jumpa sekarang! Suruh dia keluar! Lah!" Jerit Aina
"Sebentar ya cik" Kata pekerja itu. Dia terus menelefon Nadia
"Hello Puan..ada orang nak jumpa puan..seorang wanita..dia terjerit-jerit di sini" Kata pekerja itu sopan
"Siapa nama?" Tanya Nadia. Siapa pula yang buat kecoh?
" Maaf Cik..nama cik siapa?" Tanya pekerja itu kepada Aina
"Engku Aina" Jawab Aina angkuh
"Engku Aina puan" Kata pekerja itu
"Suruh dia masuk" Arah Nadia
"Baik puan" Kata pekerja itu lalu meletakkan telefon
"Puan Emelda suruh cik masuk" Kata pekerja itu menundukkan kepalanya tanda hormat
Aina terus blah dari situ. Tak langsung ucap terima kasih. Sombong!
"Woi perempuan pelacur? Kenapa kau tak accept kerja suami aku" Amuk Aina sejurus masuk
"Maaf..tolong sopan ye sedikit. Btw..hasil produk suami puan tak dak premit atau senang kata takdak surat jaminan dari pihak kerajaan..tambah pula syarikat tu mengalami krisis kewangan..so nanti rugi lah..habis bankrup syarikat tu sebab boros" Kata Nadia tersenyum
"Apa yang kau cakap..boros apa pula" Kata Aina
"Ye lah..seseorang tu selalu sangat guna duit syarikat untuk berfoya-foya. Kasut bukan main harga beratus-ratus ribu..padahal tak pakai pon tu belum kira mekup lagi..beg lagi..rantai lagi..then bagi dekat anak ikan lagi" Sindir Nadia
"A..anak ikan? Heh..hello siapa ada anak ikan..kau ke aku..kau kot" Kata Aina
"Whatever..siapa makan cili dia yang terasa pedasnya. Lagipun aku ada bukti kukuh" Kata Nadia sambil melemparkan gambar-gambar Aina bersama Haziq di sebuah hotel
"Heh bukan main hebat kau kenakan aku ya Aina. Jangan kau ingat..aku ni lemah macam dulu..sekarang aku dah kuat..datang nak balas dendam! Dulu korang layan aku macam sampah! Sekarang kau tengok lah..sapa sampah selepas ni!" Kata Nadia tersenyum sinis
Aina terus menampar pipi Nadia. Nadia memegang pipinya yang berpinar. Dengan sekuat hati Nadia menampar pipi Aina pula. Kiri dan kanan
"Sakit lah bodoh!" Jerit Aina
"Sakit lagi hati aku. Buat baik dipijak-pijak kan..terima lah akibat ni! Sebab korang! Anak aku mati! Sampai harini aku belum maafkan korang! Korang tunggu dan lihat ja lah..korang punya bisnes akan lingkup dan korang akan tinggal di bawah jambatan!" Kata Nadia sebelum menolak Aina ke luar. Terus ditutup pintu.
Aina mengamuk seperti gorilla. Dikusut-kusut rambutnya lalu blah. Sepanjang perjalanan dia menyumpah dan mencaci Nadia di dalam hati. Dia perlu berbuat sesuatu untuk musnah kan Nadia!
Skip
Nadia dan Ilyas makan bersama-sama. Anak-anak nya sekarang berada di rumah Alya. Alya kata rindu dan katanya dia bagi peluang untuk kami berdua berdating. Banyak dating kau.
"Harini awak cantik" Puji Ilyas
"Ye ke. Thanks..awak pun hensem" Kata Nadia tersenyum manis
"Saya suka tengok awak senyum. Manis je..cair saya" Kata Ilyas
"Haha mana ada lah..hm air ni tawar lah" Kata Nadia
" Ye ke. Jap kita panggil pelayan" Kata Ilyas
"Eh jap. Cuba awak senyum sikit" Kata Nadia secara tiba-tiba
Ilyas pelik lalu tersenyum.
"Kenapa?" Tanya Ilyas
"Ha manis pon air ni. Tu la..senyuman awak kan manis..tadi air tawar sebab awak tak senyum" Kata Nadia. Seronok menyakat Ilyas
"Haha aduh..chia chia chia la ni!" Kata Ilyas
Mereka menyambung makan. Tiba-tiba Ilyas mengeluarkan kotak dari poketnya dan disuakan kepada Nadia
"Apa ni?" Tanya Nadia
"Bukalah" Arah Ilyas
Nadia membuka kotak itu perlahan-lahan. Terdapat seutas rantai bertulis huruf N?I di situ. So sweet
"Meh saya pakaikan. Hadiah" Kata Ilyas. Ilyas memakai kan rantai itu di leher Nadia. Nadia tersenyum manis. Alhamdulillah dia rasa sekarang dia sudah jatuh cinta
"Jom berkahwin" Ajak Ilyas
"Lamaran ka ni? Tak gentle!" Kata Nadia sambil terketawa
"Tak lah..kita bertunang dulu boleh?" Kata Ilyas
"Boleh je. Bila?" Tanya Nadia
"Next week?" Tanya Ilyas
"Boleh..nanti saya gitau kawan-kawan" Kata Nadia
Share this novel