BAB 38

Romance Completed 43245

"Ya sayang? Kenapa panggil abang?" soal Afiq Raihan selamba.

Dia menahan tawa apabila melihat Anis Raihanna yang sedang menahan marah. Basah kuyup isterinya apabila dicampak ke dalam laut.

"Siapa sayang kau hah gila! Kau ingat aku apa, boleh campak-campak?" marah Anis Raihanna.

Terkejut bukan kepalang apabila dicampak sebegitu. Kalau lemas tadi macam mana?!

"Rilekslah. Nak gurau je. Meh biar aku tarikkan. Tahu tak dalam laut ni ada jerung. Ahh takutnya!" kata Afiq Raihan dengan nada yang mengada.

"Kau ingat aku budak kecik ke hah? Boleh tipu macam tu. Tak payah tolong tarikkan. Aku boleh buat sendiri." balas Anis Raihanna acuh tak acuh.

"Aduh, aku nak tolong ni. Cepatlah capai tangan aku ni." desak Afiq Raihan.

Tangannya dihulurkan kepada Anis Raihanna. Anis Raihanna menjeling huluran tersebut. Nak ke tak nak? Akhirnya, disambut juga.

"Ha dah puas mandi? Nak mandi lagi? Dah macam dugong aku tengok kau berenang tadi." kata Afiq Raihan sebaik sahaja menarik Anis Raihanna.

"Diamlah! Kau tu tak nak mandi ke? Berbau macam tak mandi sebulan." bidas Anis Raihanna.

Dia membetulkan pakaiannya yang melekap di badan. Renungan daripada Afiq Raihan dihiraukan.

"Kau kata aku tak mandi? Elok sikit eh. Subuh-subuh lagi aku dah mandi." balas Afiq Raihan tak puas hati.

"Oh ya? Dekat sikit nak bau." kata Anis Raihanna selamba.

Afiq Raihan mendekatkan jarak antara mereka berdua. Pandangannya dikalihkan ke tempat lain. Bergetar imannya apabila melihat Anis Raihanna.

Anis Raihanna tersenyum sinis. Dia mendekatkan hidungnya pada tubuh Afiq Raihan.

Splash!

Afiq Raihan ditolak oleh Anis Raihanna ke dalam laut. Anis menghamburkan tawa.

"Hahaha...Padan muka kau! Biar kena makan dengan jerung! Babai!" ucap Anis Raihanna sebelum bergegas ke bilik mereka.

Afiq Raihan merengus geram. Nasib badan bila dapat isteri suka balas dendam ni. Hmm.

???

Tit! Tit! Tit!

Telefon Afiq Raihan bergetar menandakan ada panggilan masuk sejak tadi. Anis Raihanna menjeling sekilas telefon pintar suaminya.

"Afiq! Telefon kau ni dari tadi berbunyi. Aku nak baca buku pun tak senanglah. Cepatlah jawab call tu. Sudah-sudah la mandi. Dah wangi dah." rungut Anis Raihanna.

Nak baca pun tak senanglah. Dia merengus kuat.

Afiq Raihan segera melangkah keluar dari bilik air sebaik selesai membersihkan diri. Dia mengelap rambutnya yang basah. Telefon pintarnya yang melalak dari tadi diambil.

"Syafiq"

Tertera nama pemanggil di skrin telefon pintarnya. Afiq Raihan menaikkan kening sedikit. Panggilan tersebut disambungkan tak lama kemudian.

"Hello, Syafiq. Kau kenapa tiba-tiba call aku? Fiqa merajuk dengan kau lagi ke hah? Aku malas nak masuk campur dah." balas Afiq Raihan.

Pelik apabila adik iparnya menghubunginya tiba-tiba. Kebiasaannya, kalau ada masalah mulalah cari dia.

"Afiq, tolong aku. Aku tak tahu nak tolong siapa dah. Kau dengan Kak Anis je yang boleh tolong aku sekarang ni. Aku tunggu dekat KLIA dah ni. Cepatlah datang eh. Aku nak-" panggilan tiba-tiba diputuskan.

"Hello,Syafiq. Syafiq? Kau nak aku tolong apa?" soal Afiq Raihan risau.

Ya Allah, kena culik ke apa adik aku ni. Takkanlah Aria nak culik Fiqa dengan Syafiq pulak. Dia orang tak ada kena-mengena langsung kot.

"Hana, siap cepat! Aku rasa tak sedap hati ni. Tadi Syafiq call. Tapi tiba-tiba dia putuskan panggilan." arah Afiq Raihan tegas.

"Hah? Kita balik hari ni? Mana phone kau? Biar aku call dia balik." balas Anis Raihanna.

Afiq Raihan menyerahkan telefon pintarnya kepada isterinya. Seraya itu, dia mula mengemas pakaian untuk pulang ke rumah.

"Afiq, panggilan terputus sebab phone kau bateri kong la." kata Anis Raihanna kepada Afiq Raihan setelah cuba membuka telefon pintar suaminya.

"La ye ke? Tapi aku risaulah. Jom balik. Lain kali aku bawak la kau lagi eh?" pujuk Afiq Raihan tergesa-gesa.

Dia paling risau jika melibatkan orang-orang yang dia sayang. Jikalau perlu mengorbankan nyawa untuk mereka pun dia sanggup.

"Ha okay. Aku packing barang dululah kalau macam tu." balas Anis Raihanna.

Dia bersiap-siap untuk mengemas barang dan pakaian.Walaupun dia rasa berat hati untuk meninggalkan pulau tersebut.

Bye..laut.??

???

"Hana, kau nampak Syafiq tak?" soal Afiq Raihan.

Sedari tadi, mereka mencari kelibat Syafiq dan Fiqa tetapi masih tak ditemui. Satu keluhan berat dilepaskan buat sekian kalinya.

"Belum. Kau nampak Fiqa tak? Betul ke dia orang ada dekat sini?" balas Anis Raihanna.

"Tak silap aku betullah. Syafiq kata dia ada dekat sini." jawab Afiq Raihan.

Pandangan mereka masih diliarkan ke sekeliling.

"Abang! Sinilah! Sini!" panggil seseorang yang tak jauh dari mereka.

"Afiq! Tu dia orang. Jom lah." kata Anis Raihanna.

Mereka berdua berjalan ke arah Syafiq dan Fiqa. Afiq Raihan menghela nafas lega apabila dapat berjumpa mereka.

"Ha, Syafiq. Kau okay tak? Kenapa call aku tadi? Fiqa, kau okay tak?" soal Afiq Raihan bertubi-tubi.

Syafiq dan Fiqa berpandangan antara satu sama lain. Afiq Raihan mengerutkan dahi melihat telatah mereka berdua.

"Afiq, kami okay jer. Aku nak minta tolong something ni." balas Syafiq.

Anis Raihanna memandang Fiqa. Mahukan penjelasan daripada adik iparnya itu. Namun, Fiqa hanya mengangkat bahu tanda tak tahu mengenai perkara tersebut.

"Kau nak minta tolong apa? Kau kena ugut ke Syafiq? Ada orang ikut kau ke? Atau ada apa-apa benda pelik yang jadi hah?" soal Afiq Raihan tak sabar.

Susah sangat si Syafiq ni bagitahu. Seraya itu, Syafiq menarik Afiq Raihan jauh dari tempat mereka berdiri. Afiq Raihan hanya menurut langkah adik iparnya.

"Ha cakaplah cepat. Jangan buat aku tertunggu-tunggu boleh tak?" marah Afiq Raihan.

Syafiq tersengih kerang. Dia menggaru kepalanya yang tak berapa gatal tu.

"Aku..sebenarnya nak mintak tolong kau...jaga anak aku boleh?" kata Syafiq sambil tersengih.

Afiq Raihan terlopong. Dia datang ke sini semata-mata untuk ini je?! Jaga anak buah dia? Buat penat je dia risau tadi.Hampeh punya Syafiq!

"Syafiq, aku dengan Anis tu kerja tau bukannya duduk goyang kaki dekat rumah. Kenapa tak suruh mama tolong jagakan? Upah babysitter ke? Kenapa kau tak boleh jaga pulak?" bebel Afiq Raihan tak puas hati.

"Abang, tolonglah aku. Aku nak buat surprise holiday vacation untuk Fiqa. Tak lama lagi kan, anniversary kita orang. Takkan nak bawak Rafiq pulak." pujuk Syafiq.

"Kau tahu tak kau dah ganggu holiday vacation aku dengan Kak Anis kau. Sorry Syafiq. Aku tak boleh tolong kau. Suruh mama la jagakan." balas Afiq Raihan tanpa berfikir panjang.

"Tolonglah aku Afiq. Mama tak boleh jaga. Aku dah tanya mama semalam. Mama dengan papa ada urusan perniagaan dekat Melaka. Lagi satu, mana sempat nak cari babysitter sekarang ni. Flight aku dah nak berlepas dah ni." rayu Syafiq.

Afiq Raihan membulatkan mata. Flight dah nak berlepas?! Maksudnya, nak tak nak dia memang kena tolong juga akhirnya. Anis Raihanna dijeling sekilas.

"Fiqa tahu tak pasal ni? Berapa lama kau pergi? Apa aku dapat kalau aku tolong kau hah?" soal Afiq Raihan acuh tak acuh.

"Mestilah Fiqa tak tahu. Aku nak buat surprise kan. Aku pergi tak lama pun. 3 hari je. Kalau kau tolong aku, aku belanja kau pakej percutian honeymoon untuk Kak Anis dengan kau, amacam?"

Syafiq mula membuat tawaran. Afiq Raihan berfikir sebentar. Dia memandang sekilas Rafiq yang tidur di dalam stroller.

"Okay, aku tolong kau. Tapi pastikan kau tunaikan segala janji kau tadi eh." kata Afiq Raihan.

Dia sendiri tak ada pilihan selain menolong Syafiq. Untung la kau Fiqa dapat suami macam ni. Tapi itulah, kenapa perlu menyusahkan aku?! Nasib adik ipar kalau bukan, sorry to say.

"Thanks bro. Aku kena pergi dah ni. Lagi tiga hari kita jumpa lagi eh." ucap Syafiq gembira.

Dia melangkah pergi ke arah isterinya dan Anis Raihanna. Bibirnya mengukir senyuman penuh makna.

"Sayang, abang Afiq dah setuju nak jaga anak kita. Semua barang Aidil dah siap kan?" kata Syafiq kepada Fiqa.

"Dah, tapi kenapa tak bawa Aidil sekali? Kita nak pergi mana sebenarnya abang?" soal Fiqa ingin tahu.

Afiq Raihan pula membisikkan sesuatu pada Anis Raihanna. Anis terpempan.

"Kita kena jaga Aidil?! Tapi macam mana?" balas Anis Raihanna separuh berbisik.

"Nanti kita fikirkanlah. Dah tak ada pilihan lain." balas Afiq Raihan pula.

"Kak Anis, tak apa ke kalau Fiqa tinggalkan Aidil dengan akak?" soal Fiqa tiba-tiba.

"Eh, tak apa. Akak dengan abang okay je. Fiqa dengan Syafiq pergi je lah. Kami jaga Aidil elok-elok." balas Anis Raihanna.

"Terima kasih akak. Maaf kalau Aidil nakal ke apa. Senang je nak jaga dia. Tak ada pantang larang atau apa pon. Jangan risau, sebab dia rapat dengan abang Afiq. Fiqa pergi dulu ye." kata Fiqa kepada Anis Raihanna.

"Anak mama, mama pergi dulu ye sayang. Jangan nakal-nakal." pesan Fiqa kepada anaknya yang sedang lena. Pipi kanak-kanak lelaki itu dicium penuh kasih.

Mereka berpamitan. Anis Raihanna melambaikan tangan. Bibirnya mengukir senyuman. Dia tumpang gembira atas kebahagiaan Fiqa dan Syafiq.

"Biar aku angkat barang Aidil. Kau tolong tolak stroller." arah Afiq Raihan.

Anis Raihanna hanya akur pada arahan suaminya. Aidil yang sedang lena direnung. Comel!

???

"Tsk..tsk...tsk..mana mama? Mana papa?" rengek Aidil sambil teresak-esak menangis.

Terkejut dia apabila bangun saja dari tidur ibu bapanya tiada di depan mata. Esakannya makin kuat.

"Aidil...mama papa kena kerja.  Aidil duduk dengan Pak Long Afiq dulu eh." pujuk Afiq Raihan.

Tangisan Aidil mula berhenti. Dia merenung Anis Raihanna lama.

"Pak Long, siapa akak ni?" soal Aidil polos.

Anis Raihanna mengukir senyuman kecil. Dia membawa Aidil ke dalam pelukan. Dicubit pipi tembam Aidil. Geram!

"Nama akak ni Anis. Ni la Mak Long Aidil." jawab Afiq Raihan sambil memandu dengan cermat.

"Ohh, Mak Long Anis ni cantik lah. Aidil cuka." balas Aidil.

Anis Raihanna tergelak. Terhibur dengan loghat Aidil yang pelat itu.

"Mak Long pun cuka Aidil." balas Anis Raihanna.

Aidil menepuk tangan tanda gembira. Hilang terus kesedihan
yang melanda dirinya tadi.

"Aidil, tak cuka Pak Long ke? Tak apalah Pak Long merajuklah macam ni." kata Afiq Raihan pura-pura merajuk.

"Eh mestilah Aidil cuka. Aidil cuka Pak Long dengan Mak Long."balas Aidil teruja.

Anis Raihanna tersenyum sendirian. Seronok melihat kemesraan antara Aidil bersama Afiq Raihan.

"Mak Long, Aidil nak makan aiskrim boleh tak? Please.." pinta Aidil manja.

"Untuk Aidil semua boleh sayang. Mak Long tanya Pak Long dulu eh?" balas Anis Raihanna.

"Afiq berhenti lah kejap. Kita makan aiskrim dulu. Kesian, Aidil. Kan, Aidil?" kata Anis Raihanna.

"Boleh la Pak Long. Please..." rayu Aidil. Dia mempamer riak muka kesian.

"Cium pipi Pak Long dulu. Baru Pak Long bagi." pinta Afiq Raihan pula.

Chup!

Satu ciuman daripada Aidil hinggap di pipi Afiq Raihan. Dia tersenyum lebar.

"Jom makan aiskrim!"

???

"Aidil nak aiskrim apa?" soal Afiq Raihan.

Pelbagai jenis perisa aiskrim disediakan di kedai tersebut. Pilihan yang ada membuatkan Aidil rambang mata.

"Urm nak aiskrim coklat lah. Aidil cuka coklat!" jawab Aidil gembira.

"Nah..pergi duduk dengan Mak Long dekat sana. Pak Long nak bayar kejap." balas Afiq Raihan.

Sebatang aiskrim coklat dihulurkan kepada Aidil. Bersinar matanya apabila permintaannya ditunaikan. Langkah dituju ke arah Anis Raihanna.

"Meh duduk dekat Mak Long. Sedapnya aiskrim dia! Mak Long nak sikit boleh?" usik Anis Raihanna.

"Boleh! Kita kongsi lah Mak Long. Pak Long beli satu je tadi." balas Aidil sayu.

Anis Raihanna tersenyum. Bukan susah sangat jaga Aidil ni. Kalau kita ikut apa yang dia nak, memang elok je. Tapi kalau dah mengamuk budak tu habislah.

"Oi, Hana. Ambik ni. Aku dah beli sekali untuk kau. Janganlah makan Aidil punya. Kesian, dia." celah Afiq Raihan.

Sebatang aiskrim berperisa mint chocolate chip dihulurkan kepada Anis Raihanna. Anis menyambut huluran tersebut.

"Mana kau tahu ni favourite aku?" soal Anis Raihanna pelik.

"Naluri seorang suami. Biasalah. Kan, Aidil?" balas Afiq Raihan selamba.

Aidil yang tak tahu apa-apa mengangguk tanda setuju. Dia tersengih menampakkan dua batang gigi susunya.

"Ha tengok. Aidil pun setuju. Ni Pak Long sayang Aidil ni." kata Afiq Raihan kepada Anis Raihanna.

Anis Raihanna mempamerkan riak muka menyampah. Tak adil la gunakan Aidil. Huh. Dia menikmati aiskrim tersebut tanpa mempedulikan Afiq Raihan.

"Aidil, kenapa makan comot ni? Tak comel dah. Meh sini Pak Long lapkan." kata Afiq Raihan.

Aidil berjalan terkedek-kedek ke arah Afiq Raihan. Habis mukanya comot dengan aiskrim coklat. Anis Raihanna tergelak apabila melihat muka anak buahnya.

"Mak Long, kenapa gelak?" soal Aidil pelik.

Afiq Raihan pula sibuk membersihkan aiskrim yang terpalit pada muka Aidil. Anis Raihanna tersengih.

"Muka Aidil comot sangat. Tu Mak Long tergelak." balas Anis Raihanna.

"Comot sangat ke Pak Long muka Aidil?" soal Aidil kepada Afiq Raihan.

"Tak comot dah. Tengok muka Mak Long. Mak Long lagi comot." balas Afiq Raihan selamba.

"Aah la Pak Long. Pak Long tolonglah lapkan. Kesian Mak Long tak comel dah." kata Aidil.

Anis Raihanna tak sedar dengan perbualan mereka berdua leka menikmati aiskrimnya. Anis dengan aiskrim memang berpisah tiada.

"Hana, sini jap." panggil Afiq Raihan.

Anis Raihanna menjeling suaminya. Tengah sedap makan aiskrim kot. Isyarat mata 'apa' diberikan. Namun, Afiq Raihan tetap memanggilnya juga.

Akhirnya, dia pergi juga kepada suaminya. Pantang betul kalau orang kacau dia makan.

"Kau nak ap-"

Kata-kata Anis Raihanna terhenti akibat tindakan Afiq Raihan. Terkejut dia  apabila lelaki itu mengelap bahagian tepi bibirnya.

"Yeay! Mak Long dah tak comot dah." sorak Aidil gembira.

Afiq Raihan masih mengelap bibir isterinya yang penuh dengan aiskrim. Senyumannya disembunyikan.

"Pak Long, kenapa Pak Long panggil Mak Long, Hana?" soal Aidil ingin tahu.

"Sebab Mak Long, Pak Long punya."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience