Bab 49

Romance Completed 53837

Kenapa aku berada di sini..Kenapa harus aku lalui situasi yg sama lagi. Kenapa aku..Penjelasan apa yg semua orang mahu dengarkan. Bukankah aku yg harus bertanya semua ini kepada mereka semua? Kenapa..kenapa.. Nguman Munirah lalu menundukkan pandangannya ke bawah. Jam di dinding menunjukkan pukul 5.00 p.m. Semua ahli keluarga terdekat sudah lama menunggu di situ termaksudlah ahli keluarga Munirah sendiri. Mahu mendengar satu penjelasan yg benar dari mulut Munirah sendiri. Munirah mengurut perlahan kepalanya. Dari tadi asyik nak berdenyut saja. Fikirannya terus melayang entah ke mana.

"Apa semua ini Munirah..? Tanya Azhar mendatarnya apabila melihat Munirah sedang berpelukan dengan Huzair di situ. Munirah yg tersadar dari lamunannya terus menolak kasar badan Huzair yg masih memegangnya. Segera dia membetulkan posisi asalnya. Begitu juga dengan Huzair menjarakkan sedikit dirinya dengan Munirah. Munirah memandang lama wajah Azhar. Bukan seperti ini yg Azhar sangkakan. Azhar terus mengusap kasar wajahnya. Tidak menyangka semua ini akan berlaku di depan matanya sendiri. Segera Azhar berjalan mendekati Huzair. Dia sudah lama bersabar dengan lelaki ini. "

"Kau!!! Kurang ajar punya budak!! Berani kau sentuh bini aku!! berapa kali aku nak warning kau sial!! Marah Azhar sudah hilang sabar dengan semua ini. Azhar mengcekup kuat koler leher baju Huzair. Tangan kanannya sudah lama digenggam kuat untuk melepaskan satu tumbukan ke arah wajah kacukan Huzair ini. Dalam diam lelaki ini sudah lama cuba mendekati Munirah. Azhar tak akan memberi muka lagi."

"Kau dah kenapa?? Tetiba nak marah ni apasal?!! Kau sudah salah faham ni Azhar!! Aku dan Munirah tak ada apa-apalah. aku cuba menolongnya saja. Balas Huzair pula cuba menahan tahan Azhar daripada terus memukulnya. Sememangnya Azhar sudah salah faham dengan semua ini. Dia hanya melihat situasi tadi sahaja dan bukannya situasi sebelum ini. Mereka berdua terus bergelut antara satu sama lain."

"Sudah Abang!! Abang dah salah faham ni..Kami tak buat apa-apa pun..Cuba abang dengar dulu penjelasan saya. Bukan bertindak melulu seperti ini!. Tengking Munirah kuatnya sudah hilang sabar dengan semua ini. Munirah cuba meleraikan pergaduhan ini. Pergaduhan yg tercetus di sebabkan olehnya. Dari jauh Mira tersenyum riang di tepi pintu itu. Melihat pergelutan dua lelaki sedang merebut cinta murahan Munirah. Nasib sahaja tidak ada orang di sini kalau tidak mesti sudah kecoh sampai ke depan. Mak nah yg melihat semua ini segera bergegas dapatkan tuannya. Pergelutan ini tidak akan selesai kalau tiada orang yg cuba leraikan."

"Abang!!! Saya kata sudah!! Jerit Munirah terus memasuki ruang tengah antara mereka berdua. Dia memeluk badan Azhar daripada terus memukul Huzair. Geram saja dia melihat cemburu buta Azhar terhadapnya. Munirah tidak akan melepaskan pelukan ini selagi Azhar tidak berhenti bertindak sedemikian ini. Kali ini, Azhar sudah hilang akal. Dia terus merentap kasar tangan Munirah dan menolaknya ke tepi. Sekali lagi tubuh Munirah hilang pertimbangan. Munirah terus jatuh terduduk di atas lantai. Tersentak mereka berdua apabila melihat Munirah jatuh. Segera Azhar melutut ke lantai untuk melihat keadaan Munirah."

"Irah. awak tak apa- apa? Ada rasa sakit di mana-mana? Tanya Azhar gelabahnya mula memegang dan melihat jika Munirah ada cedera selepas ditolaknya kasar tadi. Azhar mula rasa risau dan bersalah dengan semua ini. Azhar tidak sengaja untuk berbuat demikian kepada Munirah."

" Munirah..awak baik sahajakan? Ada rasa sakit di mana-mana? Sampuk Huzair pula sambil bertinggung dan memandang wajah Munirah. Sebagai seorang doktor semestinya dia risaukan tentang keadaan Munirah. Tambah pula Munirah jatuh terduduk tadi. Semestinya belakangnya akan rasa sakit. Azhar yg melihat Huzair cuba mendekati Munirah lagi segera dia melotak tubuh Huzair sehingga jatuh terduduk ke tepi. Sakit hati pula melihat lelaki ini cuba mengambil berat tentang Munirah."

"Ketepilah kau!! Yg kau nak sibuk sangat ni apahal? Dia ni isteri aku!! Kau tak payah nak menyibuk sangatlah. Ingatkan baik sangat jadi doktor ni..Tak habis-habis nak ambil kesempatan saja. Marah Azhar lagi masih cuba untuk memukul Huzair semula. Rasa bahang saja wajahnya menahan amarah ini."

" Ehh sudahlah!! boleh tolong diam boleh tak??!! Sekarang ni saya yg sakit atau korang berdua?? Perangai tak ubah seperti budak-budak! Yang abang ni pun satu. Cuba dengar dulu penjelasan saya boleh tak? Yg melulu dan melalak nak marah ni dah kenapa? Sanggup abang tolak saya sampai macam ini sekali..sakit tahu tak...Kata Munirah masih cuba menahan sakit di bahagian pinggangnya itu. Hentakan tadi betul-betul di bahagian punggungnya. Sakit itu bukan saja di bahagian pinggang tetapi di bahagian perutnya juga. Berkerut dahi Munirah cuba menahan sakit itu. Munirah tidak menyangka Azhar sanggup bertindak begini terhadapnya. Ini adalah kali pertama Azhar menyakiti dirinya. Mengigil badan Munirah cuba badan untuk berdiri semula. Cukuplah dengan semua tuduhan ini. Munirah sudah penat sangat. "

"Tergamam Azhar apabila melihat dirinya yg dipersalahkan oleh Munirah. Azhar mengusap kasar wajahnya sebelum cuba untuk menolong Munirah untuk bangun. Azhar cuba membuang ego dan amarahnya demi Munirah. Sekarang ini keadaan Munirah lebih penting lagi. Terkedu Azhar lagi apabila Munirah menolak kasar tangannya daripada menyentuh dirinya itu. Kali ini Munirah betul-betul marahkan Azhar. Sedikit pun Munirah tidak mempedulikan diri Azhar yg masih di situ. Dia hanya menjawab soalan yg ditujukan oleh Huzair saja. Azhar benar-benar terkilan dengan semua ini. Dia adalah suami Munirah. Sanggup Munirah layannya seperti orang luar. Selepas Munirah berjaya bangun sendiri sepenuhnya satu pandangan tajam diberikan kepada Azhar. Azhar menatap sayu pandangan itu. Senyuman kelat masih terukir di bibirnya. Azhar mahu bertanya jika Munirah masih rasa sakit lagi tetapi dibatalkan saja niatnya itu."

"Baiklah..kalau abang mahu dengar penjelasan saya..bukan sekarang tetapi selepas tamat majlis ini. Saya juga mahu dengar apa penjelasan abang dengan perempuan itu! Cukuplah berbohong di belakang saya Cikgu Azhar..Lambat laun saya akan dapat tahu juga..bukan dari mulut abang tetapi dari mulut orang lain. Sudahlah..majlis belum selesai lagi. Jangan nak malukan keluarga abang. Cakap Munirah tegasnya lalu berjalan pergi dari situ. Tidak perlu lagi dia menunggu jawapan maklum balas dari Azhar. Selepas ini dia akan tahu juga kebenarannya. Sekilas pandang Munirah memberikan jelingan maut ke arah Mira. Perempuan ini memang sudah cari nahas dengannya. Azfar dan Azman baru saja sampai di situ. Mereka masih belum tahu apa yg telah berlaku ini. Azhar terus mengusap kasar wajahnya. Pandangan redup saja memandang air di dalam kolam itu. Huzair hanya menlepaskan satu keluhan berat. Dia sendiri tidak menyangka hubungan Azhar dan Munirah dingin seperti ini. Bukan ini yg Huzair mahukan. Dia sendiri tidak gamak hendak melihat Azhar dan Munirah bergaduh besar. Keadaan ini menjadi dingin dan tegang sekali."

Munirah..Munirah..panggil Wirda banyak kali cuba mengenjutkan Munirah dari lamunannya itu. Tidak semenanya air mata Munirah gugur di pipinya. Cepat-cepat Munirah menyengka kasar sisa air mata itu. Segera di angkat pandangannya dan memandang wajah masing-masing yg sudah lama menunggu dirinya untuk bersuara. Munirah menatap lama wajah Azhar. Mahu satu kepercayaan terbit di jiwanya seperti biasa. Munirah berharap sangat Azhar masih percayakannya kali ini. Munirah terus bangun dari tempat duduknya. Hanya kepada diri Azhar saja dia fokuskan. Dengan selafaz bsmillah Munirah memberanikan diri untuk bersuara juga.

Abang..sejujurnya saya katakan..Saya tak ada kena mengena ataupun adakan hubungan dengan Doktor Huzair. Semua ini salah faham sahaja. Seperti yg abang nampak tadi..Doktor Huzair cuba untuk menolong saya. Saya..saya hampir terjatuh dan Doktor Huzair sempat memapah saya. Itu saja yg berlaku. Itu semua secara kebetulan dan bukannya kerelaan. Saya masih lagi isteri abang. Saya tahu batas pergaulan saya. Beritahu Munirah segalanya apa yg berlaku tadi. Munirah memandang wajah-wajah yg berada di situ. Ada yg percaya dan ada yg memandang sinis ke arahnya. Itu saja yg dapat Munirah gambarkan bila orang menilai dirinya. Rasa sebak saja diri ini rasa bila tetiada sesiapa percaya cakapnya. Azhar mengusap kasar wajahnya. Bukan ini yg dia mahu dengarkan dari Munirah. Huzair cuba bersuara tetapi Amri menahan dirinya supaya jangan cepat melatah dan masuk campur dalam urusan ini. Biar hal keluarga mereka sendiri yg cuba selesaikan.

Tipu..ini semua tipu..Ehh aku nampaklah tadi apa kau dan Doktor itu buat..Wah..tadi bukan main berfoya-foya ehh..Sekarang nak berdalih pula..Ehh perempuan jenis apa kau ni Munirah? Cakap belakang lain..di depan lain. Jangan guna penampilan kau untuk tutup semua ini ehh..aku ada buktilah dah beberapa kali kau berjumpa dengan doktor itu dalam diam. Bersuara Mira lantangnya apabila melihat mereka yg lain mendiamkan diri saja di situ. Puas hatinya berkata begini di depan Munirah dan semua orang mendengarnya juga.

Mira terus membuka telefonnya dan menunjukkan semua bukti itu kepada Azhar sendiri. Biar Azhar tahu Munirah adalah orang seperti mana dalam diam. Tergamam Munirah apabila Mira menyerangnya seperti ini. Riak wajahnya seolah orang yg tidak tahu apa yg Mira cuba sampaikan di sini. Pandangannya di tujukan kepada Huzair sendiri. Huzair juga mengelengkan kepalanya kerana tidak tahu maksud Mira itu. Azhar menutup mulutnya apabila melihat setiap gambar yg diambil itu. Memang sah ini adalah Munirah sendiri. Pandangan sayu terus diberikan kepada Munirah. Dia sendiri tidak menyangka Munirah sanggup bermain kayu tiga di belakangnya sendiri. Separuh mati Azhar mempercayainya selama ini. Telefon itu berjalan ke arah semua orang yg berada di situ. Apabila sampai saja dekat En Shukri pandangan tajam terus diberikan kepadanya. En Shukri sudah hilang sabar dengan semua ini. Mahu saja dia menyembur kepada Munirah tetapi Puan Ruziah cepat-cepat menenangkannya. Mereka mahu neminta penjelasan dari Munirah dahulu.

Munirah..Munirah tak buatkan semua ini? Bersuara walid lembutnya sambil memberi telefon itu kepada Munirah untuk lihat sendiri semua itu. Walid tahu Munirah bukanlah perempuan seperti itu. Mesti ada orang yg sudah lama rancangkan semua ini untuk memecahkan rumah tangga mereka. Munirah terus mengambil telefon itu dari tangan walid. Memang sah itu adalah dirinya tetapi apa yg pelik di situ adalah semua gambar ini diambil semasa dirinya keluar bersama Farah. Munirah bukan keluar berduaan sahaja dengan Huzair. Amarah mula berkuasa di dalam diri Munirah. Mukanya sudah merah membahang melihat semua gambar yg diambil dalam diam ini. Pasti semua ini kerja Mira si gila! Munirah memandang tajam ke arah Mira yg sedang tersenyum sinis di tepi Azhar. Munirah terus melempar kuat telefon itu ke bawah sehingga jatuh berkecai. Dia memijak telefon itu sebelum berjalan menuju ke arah Mira.

Mari kau sini perempuan gila!!! Aku sudah lama bersabar dengan kau!! Jerkah Munirah kuatnya terus merentap kuat tudung Mira. Dia menarik Mira sehingga jatuh tersungkur di atas lantai. Berlaku satu pergelutan yg luar biasa di situ. Munirah tidak mrmberi muka lagi. Segera dia mengcakar dan menumbuk muka Mira apabila Munirah duduk di atas belakangnya. Meronta-ronta Mira meminta pertolongan. Terkedu semua orang yg berada di situ. Azhar cuba menenangkan keadaan Munirah daripada terus memukul Mira. Keadaan menjadi riuh-rendah sekali. Tanpa membuang masa lagi Azhar terus mencepung tubuh kecil Munirah dan di lemparkan ke tepi dahulu. Munirah masih tidak mahu mengalah lagi. Dia cuba melawan Azhar pula kali ini. Ini adalah bukan diri Munirah yg sebenar. Dia sudah bertindak agresif kali ini. Satu tamparan terus menhingap di wajah Munirah. Akhirnya Munirah jatuh terduduk di tepi. Dia sudah tidak melawan lagi. Segera Azhar melihat keadaan Mira yg sudah lunyai dibelasah oleh Munirah. Farah dan Wirda datang menolong Munirah. Tidak gamak mereka melihat Munirah di kasari oleh Azhar sebegini.

Awak tak apa-apa Mira..Tanya Azhar risaunya apabila mengangkat tubuh Mira untuk duduk semula. Terdapat kesan luka dan bengkak di wajahnya. Semua orang hanya memandang hairan ke arah Mira dan Azhar. Sepatutnya Azhar risaukan Munirah tetapi kali ini Mira pula menjadi perhatiannya. Perlahan-lahan Puan Ruziah datang mendekati Munirah. Mengangkat wajah anak perempuannya itu. Sesungguhnya ini bukan diri Munirah yg sebenarnya. Puan Ruziah sendiri tidak tahu kenapa Munirah sanggup bertindak sampai macam ini sekali. Air mata Puan Ruziah akhirnya mengalir juga. Dia tidak sanggup melihat diri Munirah seperti ini. Sedikit pun Munirah tidak menangis. Pandangan kosong terus diberikan kepada Puan Ruziah. Munirah tidak suka melihat butiran jernih yg mengalir di wajah uminya. Segera Munirah bangun semula. Melihat keadaaan di sekelilingnya ini. Pandangannya terus dihentikan ke arah Azhar yg masih memeluk tubuh Mira. Satu senyuman manis diberikan ke arah mereka. Semua ini belum tamat lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience