62

Romance Series 93217

Sejak keluar dari restoran itu tadi, Aayra tidak henti - henti menangis mengenangkan nasib yang menimpa dirinya. Puas Dania dan Sofya memujuk, namun Aayra masih tetap jua begitu.

“Aayra, you've be strong ok? Anggap sahaja semua ni dugaan kecil dari Allah. Mungkin Allah sengaja nak uji tahap kesetiaan dalam rumahtangga korang. Siapa tahu kan? Lagipun aku tak rasa Harraz sanggup nak buat macam tu dekat kau. Dari apa yang aku dengar melalui cerita - cerita kau sebelum ni, aku yakin Harraz tu sayang giler dekat kau." Pujuk Sofya lembut.

Aayra mengeluh. Air matanya diseka perlahan sebelum pandangannya tertumpu ke arah Sofya.

“Kalau dia sayangkan aku, kenapa dia buat aku macam ni? Kenapa dia perlu layan si Trisya tu?" Soal Aayra dengan nada yang ditahan - tahan.

“Babe, aku bukan nak bela Harraz tau dalam hal ni. Cuma dari apa yang aku nampak tadi, si Trisya tu je yang lebih - lebih menyendeng dengan husband kau. Sedangkan Harraz takde pun melayan si Trisya tu. So no point lah kalau kau nak salahkan Harraz dalam hal ni kan?" Sampuk Dania.

“Sofya mengangguk setuju. Baginya apa yang diperkatakan Dania itu ada benarnya. Dia sendiri melihat perkara itu dengan mata dan kepalanya sendiri. Jadi tidak wajar baginya jika Aayra terus menyalahkan Harraz dalam hal ini. Lagi pula mereka tidak tahu apa niat sebenar Trisya mendekati Harraz.

“Yes, betul. Tapi ianya tetap salah di mata aku. Salah kerana Harraz langsung tak berusaha untuk menegur perangai terkutuk Trisya tu. Nak nak pula perkara ni terjadi di tempat awam macam tu. Dia orang tak rasa malu ke? Macam mana kalau tiba - tiba ada clients yang nampak perbuatan terkutuk dia orang tu tadi? Tak ke benda ni akan jadi isu besar di ZE Corporation?" Aayra masih cuba untuk meluahkan ketidakpuasan hatinya.

Dania dan Sofya saling berpandangan antara satu sama lain. Sejujurnya mereka sudah tidak tahu bagaimana caranya lagi untuk meyakinkan Aayra. Namun begitu, mereka tetap tidak menyalahkan Aayra sepenuhnya. Mana - mana isteri juga akan menyimpan perasaan curiga terhadap suaminya jika hal seperti ini terjadi. Bahkan kalau perkara itu terjadi kepada diri mereka sekali pun, pasti Dania dan Sofya akan mengambil tindakan yang sama seperti yang Aayra lakukan.

“Aayra, apa kata kau jawab dulu panggilan dari Harraz ni. Dari tadi dia keep calling you. Dengar dulu apa yang dia nak cakap."
Pujuk Sofya lagi seraya menghulurkan kembali telefon bimbit Aayra yang dipegang.

Aayra menggeleng. Sejujurnya dia masih belum punya kekuatan untuk berbicara bersama suaminya. Hatinya masih terasa sakit. Masih segar di ingatannya tentang kejadian yang berlaku tadi. Ikutkan hati, mahu sahaja dia menampar - nampar wajah Trisya dengan sekuat hati. Namun apabila memikirkan situasi pada ketika itu seakan tidak mengizinkan, akhirnya Aayra mengalah. Sebolehnya dia tidak mahu menimbulkan sebarang kekecohan di restoran itu tadi kerana bimbang ianya akan menjadi buah mulut sesiapa sahaja yang melihat. Sedikit sebanyak perkara itu akan menjatuhkan nama baik ZE Corporation juga.

“Tak baik kau buat Harraz macam ni Aayra. Aku tahu kau tengah sakit hati sekarang ni. Tapi sekurang - kurangnya kau jawablah panggilan dia. Bagitahu dia yang kau ada dengan kita orang. Jangan buat dia risau." Kali ini nada suara Dania sudah berbaur ketegasan. Wajahnya juga kelihatan sedikit tegang.

Bukan niat Dania ingin memaksa Aayra melakukan sesuatu yang dia tidak suka. Namun jika hanya dengan cara itu sahaja yang mampu melembutkan hati Aayra, Dania terpaksa melakukannya. Lagi pula dia sangat mengenali sikap Aayra. Walaupun luarannya kelihatan sangat lembut, namun hakikatnya Aayra juga memiliki hati yang sangat keras. Jadi tidak hairanlah mengapa dia begitu tekad untuk membiarkan sahaja telefon itu berdering sejak tadi.

Bersama keluhan di bibir, akhirnya Aayra menyambut panggilan Harraz dengan 1001 rasa. Sambil - sambil itu, tangannya turut menyeka saki baki air matanya yang tidak henti - henti mengalir sejak tadi.

“Assalamualaikum, abang." Ucap Aayra dengan nada yang ditahan - tahan.

“Waalaikumussalam, sayang. Alhamdulillah, finally you answered my called!! Sayang, where are you? Please tell me. I'm so worried you know?" Soal Harraz bertalu - talu di hujung talian.

Aayra tidak terus menjawab. Dia dilihat menarik nafas sedalam - dalamnya sebelum dilepaskan perlahan - perlahan. Dari gaya Aayra, Dania dan Sofya sudah tahu betapa wanita itu sedang cuba untuk mencari kekuatannya sendiri. Timbul perasaan simpati di hati mereka. Namun apa daya mereka untuk membantu kerana ianya melibatkan hal rumahtangga Aayra sendiri.

“Sayang ada dengan Dania dan Sofya sekarang ni. Abang jangan risau ok?" Balas Aayra sebak.

“Sayang, please!! Abang merayu sangat - sangat dengan sayang. Please, balik ke rumah kita sayang. Bagi abang peluang untuk jelaskan segala - galanya kepada sayang. Jangan buat abang macam ni sayang." Rayu Harraz mendayu - dayu. Suaranya juga kedengaran sedikit sebak.

Air mata yang ditahan - tahan sejak tadi akhirnya mengalir jua. Sungguh Aayra tidak kuat mendengar rayuan suaminya. Esak tangisnya semakin kedengaran. Lama dia berkeadaan begitu.

Tidak semena - mena Dania dan Sofya juga turut mengalirkan air mata. Sungguh mereka sayu melihatkan keadaan Aayra seperti itu. Walaupun hatinya disakiti, namun jauh di sudut hatinya, Aayra masih menyimpan perasaan sayang dan kasih terhadap suaminya.

“Abang... Sayang janji sayang akan balik jumpa abang nanti. Tapi buat masa sekarang, abang tolong beri sayang masa untuk tenangkan hati dan jiwa ni. Sayang tak minta banyak pun abang. Sayang minta abang bagi sayang masa sekejap aje. Nanti bila semuanya dah ok, sayang akan balik jumpa abang. Time tu kita bincang dari hati ke hati ok?" Pinta Aayra dalam esakan.

Harraz mengeluh lemah. Jujur dia tidak kuat. Tidak kuat untuk berpisah dengan Aayra di dalam keadaan yang genting seperti itu. Pelbagai rasa yang membelenggu dirinya saat ini. Apatah lagi saat mendengar esak tangis isterinya.

“Kalau itu yang sayang mahukan, abang akur. Tapi please janji dengan abang yang sayang akan balik ok? Abang akan tunggu sayang sampai sayang balik. And please update me wherever you go. I love you sayang. I love you more than everything." Ucap Harraz dalam nada yang cukup sayu.

Aayra sudah tidak mampu bersuara lagi. Tanpa sebarang pamitan, talian segera diputuskan. Air matanya semakin laju mengalir membasahi pipi. Semakin lama esak tangisnya semakin kuat kedengaran. Melihatkan situasi itu, Dania dan Sofya lantas memeluk Aayra erat.

“Aku tahu kau masih sayangkan Harraz. Buanglah amarah kau tu jauh - jauh, Aayra. Tak rugi pun kalau kau mengalah. Korang berdua memang diciptakan untuk bersama. Jadi mengapa kau perlu menidakkan perasaan itu? Tak guna pun kalau ku marah lama - lama. Ianya tak kan membantu kau apa - apa pun. So, balik ni kau cuba berbincang dengan Harraz baik - baik ok? In shaa Allah, semuanya akan baik - baik aje." Pujuk Sofya buat sekian kalinya.

Aayra mengangguk faham. Setelah memastikan keadaan dirinya kembali tenang, akhirnya Aayra bersetuju untuk pulang ke rumah. Lagi pula dia perlu segera menjemput Nufael dan Nuffan di rumah keluarganya. Jika tidak pasti mama dan abahnya akan mengesyaki yang bukan - bukan. Sebelum perkara itu terjadi, lebih baik dia bertindak dengan segera. Hanya dalam sekelip mata, tubuh Aayra hilang dari pandangan Dania dan Sofya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience