13

Romance Series 93218

Seusai solat subuh, Aayra bergegas turun ke dapur. Dia perlu menyediakan sarapan pagi buat Harraz sebelum suaminya ke pejabat. Sejak menjadi surirumah sepenuh masa, begitulah rutin harian Aayra setiap hari. Namun Aayra tidak pernah mengeluh malahan dia lebih teruja melakukan semua perkara itu. Lebih mengembirakan lagi, setiap masakannya itu sering mendapat pujian Harraz. Selera makan suaminya juga semakin bertambah - tambah dibuatnya.
Pintu peti sejuk dibuka. Aayra termenung buat seketika. Otaknya ligat memikirkan menu yang ingin dimasak buat suaminya itu. Setelah itu segala bahan - bahan masakan segera dikeluarkan dari peti sejuk berkenaan lalu dibawa ke sinki.

“Good morning, sayang!" Ucap Harraz lalu pinggang Aayra diraih dari belakang.

“Good morning, abang! Awalnya abang turun. Bukan tadi abang cakap abang nak siap dulu ke? Then kenapa abang still pakai pyjamas ni?" Soal Aayra pelik.

Aayra menjeling sekilas jam di dinding. Tika ini jam baru menunjukkan pukul 6:45 pagi. Beerti masih terlalu awal jika Harraz mahu ke pejabat. Kebiasaannya Harraz akan keluar dari rumah pada pukul 7:30 pagi. Namun apa yang menjadi tada tanya Aayra
ketika ini ialah mengapa suaminya itu masih lengkap berpakaian tidur? Malah lagaknya juga kelihatan agak tenang. Tidak sedikit pun dia menunjukkan tanda - tanda seperti ingin ke pejabat. Aayra mula dihantui perasaan risau lalu pantas sahaja tangannya mendarat di dahi serta leher Harraz.

Harraz tertawa lucu melihat reaksi Aayra. Dia tahu bahawa isterinya sangat bimbang akan keadaan dirinya saat ini. Namun entah mengapa dia tidak mampu untuk menahan ketawa saat melihat keadaan isterinya saat ini. Aayra yang mula sedar dirinya sedang ditertawakan segera menarik muka masam lalu lengan Harraz dicubit sekuat hati sehingga suaminya itu menjerit kesakitan.

“Aduhhh!! Sakitlah sayang." Ujar Harraz sambil mengusap - usap lengannya.

“Padan muka!! Lain kali main - mainlah lagi. Kan dah mendapat." Balas Aayra geram.

“Mana ada abang main - main. Sayang tu yang cepat sangat buat spekulasi. Abang tak sempat nak cakap apa - apa lagi kan." Masing - masing cuba mempertahankan diri masing - masing.

Aayra tidak layan kata - kata suaminya itu. Sebaliknya dia meneruskan kerjanya yang masih tergendala sejak tadi. Dibiarkan Harraz mengekori langkahnya dari belakang. Sesekali suaminya cuba mengagah dirinya namun respon Aayra masih tetap dingin.

Alaaa, sayang merajuk dengan abang ke ni?" Soal Harraz sambil mencuit hidung Aayra.

“Abang!! Janganlah kacau. Sayang nak masak breakfast untuk abang ni kan? Dahlah. Pegi siap cepat. Dah pukul berapa ni? Karang abang juga yang lambat." Omel Aayra.

Omelan itu ternyata mengundang tawa kecil Harraz. Entah mengapa dia gemar melihat isterinya dalam keadaan begitu. Semakin Aayra merajuk, semakin comel tingkah lakunya di mata Harraz. Sekali lagi pinggang Aayra diraih ke dalam pelukannya.

“Sayang.. Sayang tak payah masaklah pagi ni. Lagipun abang ada sesuatu nak bagi pada sayang ni. Jom kita ke sana kejap." Ujar Harraz lembut.

Aayra mengalihkan tubuhnya menghadap Harraz. Wajah suaminya dipandang dengan 1001 persoalan. Namun langkah kaki Harraz tetap dituruti menuju ke ruang tamu rumah mereka. Kemudian Harraz mengarahkan Aayra untuk duduk di sofa sementara dia pergi mendapatkan sesuatu. Aayra hanya menurut tanpa membantah. Jantungnya mula berdegup kencang. Perasaannya berdebar - debar menantikan suaminya. Seketika kemudian Harraz kembali muncul bersama satu sampul surat di tangan. Kemudian sampul itu langsung diserahkan kepada Aayra.

“Nah. Ini untuk sayang. Bukalah." Arah Harraz.

Perlahan - lahan Aayra menyambut sampul surat itu. Pelbagai persoalan sedang bermain di kotak fikirannya saat ini. Wajah tenang Harraz dipandang sekilas lalu. Kemudian dengan penuh hati - hati, Aayra membuka sampul surat itu lalu isinya dikeluarkan. Saat matanya tertancap ke arah isi kandungannya, wajah Aayra serta merta berubah. Melopong mulutnya lalu cepat - cepat dia menutup dengan tangannya.

“Betul ke ni abang?" Soal Aayra meminta kepastian.

“Betul sayang. It's for you." Balas Harraz lantas bahu Aayra dipaut mesra.

“Ya Allah!! Terima kasih abang! Terima kasih sangat - sangat. Memang sejak dari kecil lagi Aayra teringin sangat nak ke Mauritius ni. Tak sangka pulak abang hadiahkan pakej bulan madu kita ke sana. Ya Allah, terujanya sayang sekarang ni. Thank you abang. Thank you so much!!" Ucap Aayra teruja. Tubuh Harraz lansung dipeluk erat.

Harraz tersenyum bahagia. Dia turut membalas pelukan isterinya itu dengan penuh rasa kasih dan sayang.

“Welcome sayang. I should be the one who should thanks to you actually." Balas Harraz.

Aayra memandang wajah Harraz pelik.

“Kenapa pula?" Soal Aayra ingin tahu.

“Sebab sayang terlalu sabar menantikan detik - detik indah macam ni. Abang tahu sayang dah lama tunggu semua ni kan? Tapi since abang was so busy, then sayang pilih untuk pendamkan saja dalam hati tu. Betul tak?" Duga Harraz.

BAayra tidak menjawab. Sebaliknya dia hanya menghadiahkan senyuman buat Harraz.

“You know what sayang? Sometimes abang rasa abang ni macam kejam sangat dengan sayang. Sayang dah buat macam - macam untuk abang. Sayang jaga keperluan abang. Sayang berikan kasih sayang sayang untuk abang. Sayang berkorban untuk abang. But abang? I don't give you anything. Tapi sayang tetap juga bersabar dengan abang. Tak pernah sekali pun abang dengar sayang meminta - minta dari abang. Betapa mulianya hati awak, sayang. You such an angel for me. How lucky I am to have you as a wife." Luah Harraz dari hati. Kali ini suaranya kedengaran sedikit sebak.

Aayra membetulkan kedudukannya agar lebih selesa. Kali ini tubuh dan wajah mereka saling bertentangan. Aayra mengangkat sedikit wajah Harraz agar memandang ke arahnya. Kedua - dua pipi lelaki itu dipegang dengan penuh kelembutan. Sesekali dia mengusap wajah licin Harraz. Bibirnya turut menguntum senyum buat suaminya.

“Abang dah habis bercakap? Boleh sayang cakap pula?" Soal Aayra lembut.

Harraz mengangguk perlahan. Bibirnya turut menguntum senyuman buat Aayra.

“Abang nak tahu kenapa sayang tak pernah minta apa - apa dari abang?" Soal Aayra lagi.

Harraz mengangguk lagi. Dia mengamati wajah Aayra sedalam - dalamnya.

“Sebab apa yang abang dah sediakan untuk sayang sekarang ni pun, dah cukup sempurna buat sayang tahu tak? Jadi untuk apa lagi sayang meminta - minta yang lain? Sayang sepatutnya bersyukur dengan apa yang sayang perolehi sekarang ni dan bukannya terus bersikap tamak. Lagipun abang pun tahu kan yang sayang kahwin dengan abang bukan kerana harta abang. Bukan kerana harta family abang. Tapi sayang kahwin dengan abang sebab sayang ikhlas nak jadi isteri abang. Isteri yang mampu hidup disamping abang di saat abang susah mahupun senang. Isteri yang mampu memberi semangat untuk abang agar terus berjaya di dunia mahupun di akhirat kelak. Itu janji sayang kepada abang selama ini dan sayang tak akan berhenti berdoa kepada Allah agar sentiasa melimpahi rezeki dan rahmatNya yang berpanjangan buat abang di dunia mahupun di akhirat kelak." Hujah Aayra panjang lebar.

Harraz temangu mendengar kata - kata isterinya. Sesungguhnya hatinya menjadi semakin sebak saat mendengar pengakuan ikhlas Aayra. Betapa Aayra mempunyai hati yang sungguh mulia. Kini rasa kasih dan sayangnya terhadapa Aayra semakin bercambah. Harraz berjanji kepada dirinya sendiri. Dia tidak akan sesekali mengabaikan tanggungjawabnya terhadap Aayra.

“Terima kasih, sayang. Terima kasih untuk segala - galanya. Abang bersyukur sangat kerana Allah mengurniakan kepada abang seorang isteri yang cantik dan baik seperti sayang. Sayang adalah sumber kekuatan abang sekarang ini dan abang harap semoga rumahtangga kita akan terus bahagia hingga ke syurga. I love you, sayang. I love you more than everything." Ucap Harraz sambil menghadiahkan ciuman di dahi Aayra.
"Amin.. I love you too, abang and I will always love you till the end of my life." Balas Aayra dengan penuh rasa cinta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience