BAB 2

Romance Completed 212059

Mata Faisal mencari mata Aliya. Wajah redup Aliya Faisal tatap penuh kasih. Faisal tahu anaknya itu rindukan belaian dan kasih sayang seorang ibu. Lima tahun kehilangan mama tentu anaknya itu sangat menginginkan perhatian seorang ibu. Dia? Masakan dia tidak menginginkan belaian seorang isteri. Cintanya hanya pada Zarina. Korban cinta seorang Zarina ketika mahu melahirkan anak ketiga mereka benar-benar membuat Faisal jadi hilang rasa mahu mencintai wanita lain. Lagipun membesarkan Ali dan Aliya sendirian bukan satu beban dan masalah padanya. Janjinya pada Zarina adalah membahagiakan anak-anak mereka.

" Aliya nak papa kahwin dengan Cikgu Adrina?", soal Faisal.

" Ya", laju anggukan Aliya berulang kali dengan senyum manisnya.

" Tapi bukan ke sebelum ni Aliya tak nak papa kahwin"

Sebelum ini anaknya begitu berkeras membantah papanya bernikah lain. Namun kali ini lain pula. Bersungguh pula anaknya itu mahu dia bersama Adrina.

" Itu dulu. Sekarang Aliya suka kalau papa kahwin dengan ibu. Dengan ibu je.Dengan orang lain Aliya tak suka ",

" Tak boleh sayang", balas Faisal lembut.

" Kenapa tak boleh? Ibu kan tak kahwin lagi. Nanti papa kahwin dengan ibu mesti papa pun happy",

Faisal tergelak. " Mana Aliya tahu papa akan happy. Hmm?",

" Aliya tahulah. Sebab ibu tu baik orangnya",

" Dahlah. Papa tak nak kita berbual fasal ni lagi. Okay. Dah pergi tidur", rendah nada suara Faisal.

" Ala..papa setujulah. Kahwin dengan ibu", rengek Aliya lagi.

" Aliya. Papa cakap sudah. Masuk tidur", kali ini tegas suara Faisal apabila Aliya masih memujuk rayu.

" Okay", Aliya bergerak mahu keluar.

" Selamat malam sayang. Love you",

" Selamat malam papa. Love you too", balas Aliya dalam suara kurang gembira.

Faisal melepaskan keluhan kasar. Mengahwini Adrina. Tidak! Tak mungkin. Tiada cinta pada wanita itu. Dulu kerana mahu memikat Zarina dia dipermainkan Asrul. Gara-gara Asrul semuanya jadi carca marba. Kenakalan Asrul buat Adrina salah faham.

I LOVE YOU Rina

Adrina tersenyum. Hanya Faisal memanggilnya Rina. Panggilan manja dari Faisal. Mesej diterima tadi dibalas juga.

Hmm..

Tiada balasan kata cinta. Jemarinya kaku untuk membalas dengan begitu mesra. Baru dua minggu Faisal sudah mengungkap cinta. Sekarang kerap kali pula bila dia bermesej dengan lelaki itu Faisal akan menyatakan perasaannya. Perasaan Adrina sudah melayang terbang. Lelaki yang dipuja dalam diam mengungkap cinta. Kerapkali juga Faisal mengajaknya keluar tetapi setiap kali juga dia menolak. Sudahnya mereka berkawan atau bercinta mungkin dalam mesej sahaja. Faisal pula lurus mengikut sahaja permintaanya mahu bercinta dalam diam. Cinta tanpa diketahui orang. Cinta rahsia. Huh Drama. Anak dara dulu malu mahu menunjukkan sedang bercinta bukan seperti sekarang. Masa boleh mengubah segalanya.

Tak perlu pun keluar dating seperti rakannya yang lain. Cukuplah keduanya saling percaya. Itulah alasan Adrina.

" Rin. Mesej siapa tu?", tegur Zarina sambil membawa dua cawan kopi yang masih berasap.

" Tak ada siapalah",

" Eleh. Pakwe lah tu. Sejak bila kau ada pakwe tak story dengan aku ya", Zarina menghulurkan secawan kopi kepada Adrina.

" Taklah", Adrina cepat menafikan sambil tangannya menyambut huluran cawan daripada Zarina. " Thanks beb", ucapnya kemudian menyisip perlahan kopi tadi.

Zarina duduk di birai katil. " Rin. Kau kenal tak Faisal budak Akaun tu?"

" Hah?", Adrina sedikit terkejut. " Siapa?", kepalanya yang menatap skrin monitor tadi berpaling memandang wajah Zarina.

" Ketua kelas Pedagogi tu lah",

" Oh. Kenapa?", jantung Adrina sudah berdebar laju. Zarina tahu sesuatu ke?

" Not bad", Zarina sudah tersengih gatal.

Adrina terkaku. Jantungnya yang berdebar laju tadi bagai terhenti.

" Faisal kawan Azrul tu ke?",

" Hmm", Zarina mengangguk laju." Kau rasa okay ke dia tu?",

" Manalah aku tahu. Aku tak kenal pun dengan dia", cepat sahaja Adrina menafikan sedangkan sudah dua minggu juga dia bermesej dalam diam dengan lelaki itu.

" Handsome tu memang taste aku. Budak kuat sport juga. Cuma mak ayah dia orang biasa je. Kau fahamlah papa aku tu macam mana kan", gusar suara Zarina.

" Yang penting dia baik", balas Adrina bersahaja. Sedangkan dalam hatinya sudah tidak tenang. Zarina suka Faisal?

" Habis Badrul?", soal Zarina.

" Kau sendiri cakap kau dengan Badrul tu bestfriend je", sengaja ditekankan suaranya apabila menyebut perkataan bestfriend.

" So. Kau temankan aku ya",

" Teman apa?",

" Teman jumpa Faisal bila-bila",

" Tak naklah aku", cepat Adrina menolak. Namun hatinya berdebar. Faisal mahu berjumpa Zarina?

" Jomlah. Kau kena teman aku juga. Nak tak nak kau kena juga teman. Kau duduklah jauh sikit kalau kau segan",

" Tak nak", Adrina terus mengadap monitor mahu menyiapkan tugasan berkumpulan mereka.

SUASANA Tasik Embayu petang itu seperti selalu. Ramai pengunjung sedang beriadah mengeluarkan peluh. Ada juga yang sedang berjalan jalan menikmati suasana petang berlatarbelakangkan Banjaran Titiwangsa.

Jantung Adrina berdebar laju. Semakin langkahnya menghampiri batang tubuh yang sedang berdiri di pondok itu makin resah rasa hatinya. Kerana dipaksa berkali kali oleh Zarina akhirnya Adrina ikutkan juga kemahuan sahabatnya itu.

" Assalamualaikum Is", sapa Zarina.

" Waalaikumussalam", balas Faisal.

Wajah Faisal nampak terkejut juga apabila matanya tertunak pada wajah Adrina. Adrina tersenyum sahaja sedangkan kepalanya terus terlayar mesej yang diterimanya daripada Faisal beberapa hari lepas. Mujur juga sewaktu dia menerima mesej itu dia sedang bercuti di rumah kakaknya di Kuala Lumpur. Seharian juga dia menangis sakit hati dipermainkan Asrul. Ikutkan hatinya mahu sahaja dia kerjakan Asrul sampai lembik!

Maafkan saya. Tak sangka Asrul mainkan saya. Harapnya apa yang berlaku antara kita Zarina tak tahu ya. Semuanya salah faham.

Faisal meminta nombor Zarina kepada Asrul kerana Asrul rapat dengan Adrina dan Zarina. Nakalnya, Asrul telah memberi nombor telefon Adrina pula kepada Faisal. Dua minggu sudah sahabatnya itu bermesej dengan Adrina bukan Zarina. Apalah lembap sangat Faisal ni. Takkanlah tak boleh sedar dipermainkan rakannya itu! Memang lembaplah!

Adrina mengesan sesuatu pada riak wajah itu. Entah kenapa air wajah itu seperti mengharapkan sesuatu ihsan daripadanya.

" Rina...Aku jalan-jalanlah", Adrina berlalu usai Zarina menjawab okay.

Adrina segera berlalu. Sedang dia berjalan dia disapa. Dia kenal suara itu. Azrul!

" Aku minta maaf", Azrul bersuara.

" Tak ada apalah",

" Niat aku suka-suka je nak main dengan Faisal tu. Selama ni dia ingat dia mesej tu Rina. Bukan kau Rin",

" Anggap je la tak ada apa-apa pernah berlaku. Jangan biar Rina tahu hal ni. Kalau Rina tahu semua ni tak ada orang lain dah. Sama ada kau, Faisal atau aku",

" Kau okay ke?",

"Kau rasa? Kalau kau di tempat aku apa kau rasa?',

" Faisal mengamuk dengan aku bila tahu aku bagi nombor kau. Bukan Rina"

" Patutnya Faisal belasah je kau Asrul. Menyusahkan orang!",

" Kau marah aku ke Rin",

" Marahlah. Kau ingat aku dengan Faisal nak suka suki dipermainkan kau? Patutnya kerat badan kau biar jadi makanan harimau kat zoo tu",

" Maafkan aku. Tapi Rin. Kau tak dapat Faisal aku tak dapat Rina. Kita bercinta berdua je lah Rin",

" Tak nak aku dengan kau. Dasar playboy",

" Rin..betul ke kau okay", Asrul mengejar langkah Adrina yang berjalan lebih laju. Dia masih dihimpit rasa bersalah. Memang salah dia bergurau tidak bertempat. Bergurau tanpa memikirkan perasaan orang lain.

" Aku malas nak cerita fasal ni lagi. Tak guna. Faisal pun sukakan Zarina bukan Adrina. Faisal sukakan Rina bukan Rin. Dahlah Asrul..Aku rasa lebih baik kau tak tunjuk muka kau depan aku. Aku rasa macam.tumbuk orang je",

" Tumbuklah kalau kau rasa itu boleh lepaskan kemarahan kau",

Tanpa amaran perut Asrul ditumbuk. Kuat. Sepenuh perasaan.

" Argghhhhh. Sakitlah mak cik", jerit Asrul menunduk memegang perutnya.

" Itu kira baik aku tumbuk perut. Kalau aku tumbuk muka kau. Tak ada orang nak kahwin kau dengan muka senget kau", Adrina terus berlalu meninggalkan Asrul.

Beberapa orang pengunjung lain yang juga pelajar di universiti berdekatan hanya memandang penuh tanda tanya. Mungkin fikir sepasang kekasih sedang bergaduh.

SELEPAS sahaja pertemuan antara Faisal dan Zarina beberapa hari kemudian Adrina menerima mesej terakhir daripada Faisal.

Adrina. Maafkan saya.. Apa yang berlaku antara kita selama dua minggu ini bukan apa-apa..Saya harap awak faham..Asrul dah jelaskan semuanya pada saya sebelum saya jumpa Zarina.

Lama Adrina menatal skrin kecil 3310 itu. Dia tidak tahu mahu membalas bagaimana. Hatinya sudah dicuri Faisal.Tetapi bicara Faisal seakan mereka bukan sesiapa pun selama dua minggu ini.

I love you Rina! Ah. Faisal cintakan Rina rupanya.

Saya faham. Zarina tak pernah tahu hal saya dengan awak..Jadi jangan bimbang..Sampai mati pun saya akan simpan.

Adrina tersenyum. Dia sayangkan Zarina. Zarina sahaja yang sudi berkawan rapat dengannya. Tak mungkin dia akan berebutkan Faisal. Ramai lagi lelaki lain yang kacak dan baik daripada.Faisal. Cuma soal hati. Ah! Kau datang sini nak belajar Rin bukan nak cari pasangan hidup.Tapi kata cikgu dulu dekat universiti lah nak cari pasangan.

Adrina tersenyum sendiri. Kasihan Faisal..Bukan salah Faisal pun Adrina mahu mendendami lelaki itu. Semuanya kerja Asrul. Asrul patut dipersalahkan. Asrul tak patut hidup. Gerutu Adrina dalam hati.

Mesej kepada Faisal ditaip lagi.

Zarina untuk awak. Jaga Zarina baik-baik.

Mesej terakhir kepada Faisal. Tentang urusan belajar sebenarnya dia langsung tiada urusan belajar bersama Faisal..Ya. Sampai di situ. Dan hubungannya baik sahaja antara Faisal dan Zarina.

SETIAP pagi bila tiba sahaja di sekolah Aliya akan mendapatkan Adrina. Sanggup dia menunggu Adrina membuka pintu kereta dan menolong mengangkat barang- barang Adrina. Beg laptop dan botol air akan dibawa Aliya. Dah jadi macam pembantu peribadi pula si Aliya.

Adrina bukanlah tidak selesa dengan pertolongan Aliya. Tetapi dia tidak sukakan gurau senda guru lelaki. Apatahlagi apabila kebanyakan isi sekolah sudah mengetahui Adrina dan Faisal pernah saling memgenali sebelum ini. Semua sudah tahu Adrina berkawan baik demgan Arwah isteri Faisal. Maka adalah usik-usik dari wsrga sekolah.

" Aku rasa cuti sekolah panjang ni harus ada nasi minyak. Terbau-bau je", usik Zamri memandang Adrina.

" Kenapa Cikgu Zamri pandang saya?", Adrina pura-pura tidak faham usikan Zamri.

" Rin dengan Faisal. Bagai pinang dibelah dua. Ewah! Pak pung pak pung ", selamba sahaja mulutnya menjawab.

" Hmm. Nak makan nasi minyak dekat kantin tu setiap Jumaat ada Cikgu Zamri. Tak payah tunggu majlis saya", Adrina meneruskan makan. Hari ini ada jamuan portluck di bilik guru sempena cuti sekolah hujung tahun.

" Nasi minyak kantin tu dah jemu. Nasi minyak kenduri la sedap cuti sekolah ni. Kan Faisal",

" Kalau nak makan nasi minyak kenduri kau jelah kahwin lagi satu Zamri ", bidas Faisal bersahaja.

Adrina mengawal gelak. Bagus juga Faisal menjawab begitu.

" Aku nak kahwin lagi. Tapi bini tak bagi", balasnya. Karipap digigit separuh.

" Bini tak bagi ke kau tak cukup berani", balas Asmawi yang berdiri mengisi air ke dalam cawan.

Adrina bangun. Macam manalah dia boleh terperangkap sendirian tanpa guru perempuan lain di kawasan ini. Tadi ada Rafidah dan Rohaya. Apabila dua orang itu bangun kerana masuk ke kelas Asmawi dan Zamri pula datang. Faisal pula memang duduk di mejanya yang paling hampir dengan meja diletakkan juadah.

" Eh dah siap ke? Baru nak ajak borak", Zamri dengan kenakalannya.

" Dah siap makan. ", Adrina membasuh tangan di sinki.

" Sedapnya rendang Rin masak ya. Untung siapa kahwin dengan Rin kan ", puji Zamri masih cuba mengusik.

" Hmm. Cikgu Zamri nak kahwin dengan saya ke. Pujuk dulu Cikgu Maisarah tu kasi setuju bermadu dengan saya. Saya tak nak nanti
mati kena belit dengan wayar elektrik", selamba Adrina menjawab kerana dia kenal sangat dengan isteri Zamri seorang guru di Kolej Vokasional

Adrina terdengar Asmawi dan Iskandar yang sudah ketawa besar. Namun Faisal hanya diam. Langsung tidak ketawa mungkin kerana langsung tidak dengar tawa lelaki itu.

" Tunggu rombongan saya ye?", Zamri masih dengan nakalnya.

Adrina sudah bergerak ke mejanya. Malas melayan kenakalan Zamri. Begitulah perangai Zamri. Kuat bergurau. Jika orang yang tidak faham tentulah akan melabel lelaki itu gatal. Adrina jenis tidak kisah dalam bergurau. Cuma perlu ada batasan. Selagi tidak melampau dia masih boleh memerimanya.

Selalu sahaja dia menerima usikan guru lelaki. Modalnya adalah kerana dia anak dara. Bukan tiada guru perempuan lain yang belum berkahwin tetapi yang lain itu jenis tak suka beri respon. Gatal ke dia ya? Adrina bermonolog sendiri.

Adrina langsung tidak memandang wajah Faisal. Sebenarnya dia mahu lihat juga respon Faisal apabila dia bergurau begitu dengan lelaki lain. Ah! Rin. Usahlah kau berharap padanya Rin.

KELAS terakhirnya di 5 Sains sehingga jam 2:30 petang. Usai solat Zohor tadi dia terus berjalan meniti tangga. Selalunya tidak pula dia terserempak dengan Faisal waktu ini kerana Faisal menggunakan tangga di hujung sana.

" Nak sangat ke jadi bini nombor dua", sapa Faisal penuh sinis.

" Nak sangat. Bujang suka hatilah saya nak kahwin dengan siapa", sengaja Adrina membalas begitu.

" Kalau dah gatal tu sampai bila pun gatal",

Laju langkah Faisal meniti anak tangga ke tingkat 3.

" Suka hati je dia label orang gatal. Sibuk", bebel Adrina sendiri.Geram.pula dia dengan lelaki itu.Tak ada angin tak ada ribut nak cari hal dengan orang.

" Ibu..",

Langkah Adrina dan Faisal sama-sama terhenti.

" Eh..Cikgu..", Aliya menyedari silapnya.

" Kenapa Aliya?", soal Adrina.

" Papa suruh tunggu dekat kantin kan sampai papa habis kelas", suara Faisal sedikit kuat.

Sesi pengajaran dan pembelajaran murid tingkatan 1 sehingga jam 2 sahaja. Jadi Aliya dan Ali perlu tunggu Faisal.habis kelas jam.3:30 nanti barulah boleh pulang.

" Aliya nak jumpa Cikgu Adrina", Aliya mendekati Adrina. " Ibu ada pad tak. Aliya periodlah bu. Terlupa nak bawa spare", perlahan suara Aliya.

" Aliya masuk bilik guru kat meja ibu dalam laci kedua",

Faisal melihat sahaja apa yang berlaku namun tidak dapat dia mendengar ulas bicara mereka berdua.Seketika Aliya juga cepat berlalu. Faisal tidak puas hati lalu meniti tangga turun semula dan menghampiri Adrina.

" Kau jangan nak ajar anak aku bukan-bukan ya",

" Anak Cikgu Faisal tu period. Tak bawa pad spare. Awak sebagai ayah dia tak pesan ke nak period bawa pad spare", selamba Adrina menjawab. Main dengan aku kan. Datang pindah tempat orang nak berlagak..Silap oranglah Faisal!

Happy reading..

Share this novel

Zahra haniffa
2024-06-11 00:09:10 

dah sampaichapter 46..baru nak unlock....biar betul ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience