"TAK sampai setahun kerja kat sana. Ibu disahkan mengandung. Disebabkan tak nak anak ibu lahir di negara orang, ibu minta izin dengan baba untuk bersalin di Malaysia." Juwita memandang Zaitun yang dah pun mengalirkan air mata.
"Lima tahun baba kerja di Singapura. Bila ibu disahkan mengandung kembar, baba decide balik Malaysia. Masa tu baba dah beli rumah ni." Zaitun membuang pandangan.
"Arwah opah dengan atok adalah manusia yang paling gembira. Bila dengar kami balik Malaysia. Bila mama bersalinkan Ida dengan Idi, terus opah minta nak jaga sebab opah sunyi. Memula ibu berat hati. Tapi sebab ibu pun nak bekerja, jadi ibu lepaskan juga masa umur Idi dengan Ida setahun lebih." Zaitun ukir senyum.
"Arwah opah dengan atok sayang ibu macam anak sendiri. Kalau opah dapat tahu baba buat ibu menangis, opah perhambat baba dengan batang penyapu." Zaitun ketawa lucu.
"Okey. Sekarang giliran Ju pula." Juwita tersentak. Dia memandang Junaida dan Junaidi yang turut setia menanti. Juwita tarik nafas dalam.
"Ibu... kalau ibu diberi peluang jumpa keluarga ibu semula, ibu nak tak?" Juwita menyoal.
Zaitun memandang Juwita tak berkedip. Sekali lagi air matanya tumpah.
"Ju, kalau diberi peluang ibu nak sangat Ju. Walaupun hanya sekali. Ibu nak peluk bonda ibu." Zaitun meluah rasa hati.
"Walaupun lepas apa yang berlaku?" soal Junaidi tiba-tiba. Zaitun mengusap lembut kepala Junaidi.
"Nenda tak salah. Yang salah orang yang buat fitnah. Tapi kita kena percaya pada takdir Allah. Kalau benda tu tak jadi, mungkin Idi pun tak ada kat dunia ni. Siapa tahu kan?" Zaitun cuba memujuk.
Sepanjang hayat Sazali, dia telah diajar agar memaafkan. Apatah lagi itu adalah ibu yang melahirkan dan kerana itu jugalah Zaitun tidak simpan dalam hati. Malah saban hari dia merindu.
"Nenda dah tak ada." Terlepas gelas yang berada di dalam genggaman Zaitun. Sekali lagi air matanya bergenang. Seakan tidak percaya dengan apa yang diucapkan.
Namun, dia cuba berfikiran positif. Mungkin saja dia salah dengar. Juwita tidak mengenali keluarganya. Mana mungkin anaknya itu tahu perkembangan mereka.
Terkedu mereka dengan reaksi Zaitun. Zaitun cuba berlagak bersahaja. Seolah-olah tiada apa yang berlaku. Junaidi segera mengutip kaca yang pecah serta Junaida membersihkan kawasan itu.
"Tuan Mansur Ilyas Bin Tuan Mansur Shah." Hanya dengan menyebut nama itu sudah cukup membuatkan Zaitun tergamam.
"Mana Ju tahu nama tu?" Zaitun yakin, dia tidak pernah menyebut nama adiknya di depan Juwita.
"Ibu kenal?" Sengaja Juwita menyoal walaupun dia sudah tahu jawapan yang bakal dia terima.
"Itu adik ibu." Juwita tersenyum. Zaitun memandang Juwita penuh pengharapan.
"Ju dah jumpa keluarga ibu walaupun bukan semua. Tapi nenda dah lama meninggal. Uncle Mansur pun dah lama cari ibu." Ringkas penjelasan Juwita. Zaitun tertunduk hiba. Kesal kerana tidak dapat menemui bondanya buat kali terakhir.
"Nenda dah tahu cerita sebenar, ibu. Nenda juga kesal dengan apa yang berlaku. Malah seminggu sebelum nenda meninggal, hanya cerita tentang ibu yang bermain di bibir nenda." Juwita seakan mengerti apa yang dirasai oleh Zaitun.
"Ibu, Uncle Mansur minta izin nak jumpa ibu. Tapi Ju takut ibu tak bersedia." Juwita tertunduk hiba. Tidak disangka hati ibunya sangat lembut.
Mudah memaafkan dan tidak menyimpan dendam. Andai saja dia juga mampu buat begitu. Juwita tarik nafas dalam-dalam. Terasa berat beban perasaan yang ditanggung ketika itu.
"Betul ke Ju? Ju bawa ibu jumpa Mansur ye Ju. Ibu rindu sangat." Juwita segera menyeka air mata Zaitun.
"Ju janji, Ju akan temukan ibu dengan uncle. Tapi sekarang, Ju tak nak tengok ibu menangis." Juwita memeluk erat Zaitun. Junaidi dan Junaida tidak ketinggalan. Mereka turut sama memeluk tubuh dua insan yang banyak berkorban untuk mereka.
PAGI itu Juwita ke pejabat seperti biasa. Namun dia menjadi sedikit jangal apabila melihat Haris telah sedia menanti di mejanya.
"Err... Encik Haris buat apa dekat sini?" Juwita cuba berlagak formal. Haris tersenyum manis.
Memang selalu sangat senyuman dia buat perempuan sasau tapi yang peliknya tidak pada Juwita.
"Tengah hari ni kita lunch sama ye. I tunggu you kat bawah." Wajah Juwita berubah merah.
Haish... makin banyaklah gosip pasal dia lepas ni. Dahlah mulut-mulut mak cik bawang kat office tu busuk mengalahkan bangkai.
"You saja je kan? Kenapa tak call je?" soal Juwita dengan suara yang perlahan. Tidak mahu orang sekeliling dengar.
Haris ketawa. Berkerut dahi Juwita dibuatnya.
"See you..." Sempat Haris mencuit dagu Juwita sebelum melangkah meninggalkannya. Juwita merengus.
Hilang saja Haris dari pandangannya, dia segera mencapai file yang elok tersusun semalam.
Argh... gara-gara halfday tanpa kerelaan hati sendiri. Sudahnya banyak kerja yang pending.
Zailani memandang Juwita dari jauh dengan hati yang terbuku. Manakan tidak, selepas lunch semalam baru hari ni dia nampak batang hidung Juwita.
Hatinya penasaran. Kemana Juwita semalam bersama Haris dan hari ni, pagi-pagi lagi Haris dah terpacak ditempat Juwita.
Dorang ni bercinta ke? Zailani buat andaian sendiri. Tunggulah tengah hari nanti pasti dikorek rahsia itu dari Juwita. Tersengih Zailani sendiri.
Masa yang dinantikan Zailani akhirnya tiba. Dia segera menghampiri Juwita yang sedang bersiap untuk keluar lunch.
"Makan kat mana hari ni?" soal Zailani. Juwita angkat muka memandang Zailani.
"Sorry Zai. Aku lunch dengan Encik Haris." Wajah Zailani berubah cemberut. Selalunya mereka akan makan tengah hari bersama. Tapi hari ni... Zailani hampa.
"Kau ada affair ke dengan Encik Haris tu?" soal Zailani serius. Berkerut dahi Juwita.
"Kau pun nak jadi mak cik bawang ke? Aku dengan Encik Haris tak ada affair apa pun." Juwita mula naik angin. Tas tangannya diletakkan semula atas meja.
"Semalam kau keluar dengan dia, sampai ke petang kau tak masuk office. Mentang-mentang keluar dengan anak bos, terus makan gaji buta." Merah telinga Juwita dibuatnya. Berombak laju dadanya menahan marah.
"Aku tak masuk office sebab aku halfday. Tak ada kena mengena pun dengan Encik Haris. Kau kalau nak sakitkan hati aku sama macam orang lain, lebih baik kau berambuslah. Semak!" Juwita merentap kasar tas tangannya sebelum melangkah laju meninggalkan Zailani yang terkulat-kulat.
Sakit benar hatinya dengan kata-kata Zailani. Tak diduga Zailani sama seperti yang lain. Menuduh tanpa usul periksa. Juwita mengeluh hampa.
Sampai saja di lobi, Haris telah setia menanti. Tuan Mansur dan Tuan Nabihah juga ada bersama. Juwita segera menyalami mereka.
"Kita lunch sama ye hari ni." Tuan Nabihah mengusap lembut lengan Juwita. Juwita tanya mengangguk setuju.
Mereka sama-sama menuju ke kereta Tuan Mansur yang telah sedia menanti.
"Ju dah bagitahu ibu." Ayat pertama yang keluar dari mulut Juwita sebaik saja selepas memesan makanan.
Tuan Mansur berdebar. Apakah penerimaan Tuan Zaitun? Adakah dia sudi menemui mereka? Pelbagai soalan yang bermain difikirannya ketika itu.
"Ibu setuju nak jumpa. Nanti uncle bagitahu Ju bila uncle nak jumpa dan nak jumpa dekat mana. Ju akan aturkan pertemuan uncle dengan ibu." Jelas terpancar kegembiraan di wajah Tuan Mansur.
Sungguh dia tidak menduga Zaitun setuju bertemu dengannya selepas apa yang telah berlaku.
"Terima kasih Ju. Uncle tak tahu nak cakap macam mana. Uncle bersyukur sangat. Lepas ibu Ju tinggalkan Malaysia, uncle dah putus asa nak jejak dia." Tuan Nabihah menggenggam erat tangan Tuan Mansur. Dia tahu bagaimana beban perasaan yang ditanggung oleh Tuan Mansur semenjak Tuan Zaleha meninggal dunia.
"Petang ni boleh? Tak perlu bagitahu ibu. Uncle nak buat suprise." Juwita tertunduk. Mula berkira-kira samada ingin bersetuju atau tidak.
Tetapi apabila mengenangkan reaksi ibunya malam tadi, akhirnya Juwita bersetuju. Semoga saja pertemuan itu akan memberi sinar bahagia buat ibunya.
Share this novel