MAB 4: ARNAB DALAM GUNI*

Romance Completed 902208

Lima belas minit kemudian, Arianna keluar dari bilik mandi dengan wajah yang lebih segar. Baju T dan seluar trek Zahran yang tersarung di tubuh kurusnya nampak agak besar dan menggeleber. Tetapi bagi Zahran itu lebih baik daripada baju yang dipakai Arianna semalam.

“Ada sweater dengan topi tak?” tanya Arianna.

“Tengah hari buta ni pakai sweater apanya? Kalau topi bolehlah aku terima.”

“Aku tak pakai bra. Nanti pergi makan, semua orang tak jadi makan because they busy looking at my nipples.” Semalam dia memakai bare back dress, jadi dia hanya mengenakan invisible strapless bra. Tidak mungkinlah dia mahu menggunakan bra itu dengan baju T. Mahu disangga pakai apa? Tangan?

Subhanallah! Zahran seperti mahu menutup telinga mendengar penuturan Arianna. Tidak ada tapis-tapisnya. Menyesal pula dia tanya. Sepatutnya dia terus saja memberikan sweater kepada Arianna.

Tanpa menjawab lagi, Zahran berlalu ke biliknya sebelum keluar semula dengan sehelai sweater dan topi di tangannya.

Dihulurkan sweater itu kepada Arianna yang lantas disambut oleh gadis itu.

Mereka keluar daripada kondo setelah Arianna selesai menyarungkan sweater ke tubuhnya. Topi di kepala diturunkan sedikit untuk menutupi wajahnya.

“Ada selipar tak?”

Zahran picing mata. Tadi sweater, topi, sekarang selipar pula.

“Takkan aku nak pakai heels dengan baju macam ni? Tak sesuai. Tak ada selipar ke?” tanya Arianna.

“Tu…dalam tu.” Zahran menunjuk ke arah almari kasut yang terletak di belakang pintu.

Arianna membuka almari itu dan mengambil sepasang flip flop berwarna kelabu lalu disarungkan ke kakinya. Besar. Ada lebih beberapa cm lagi di belakang. Memang benar-benar kelihatan seperti selipar pinjam. Ah bukan selipar saja. Baju, seluar, sweater. Nasib pakaian dalam tidak dipinjam.

Klepek!

Klepak!

Klepek!

Klepak!

Bunyi selipar setiap kali Arianna melangkah. Mana tak berbunyi, hanya separuh saja daripada bahagian selipar itu yang melapik kakinya.

Zahran yang berjalan di depan, menoleh kerana bunyi itu benar-benar mendominasi lorong sunyi menuju ke lif itu.

Melihat wajah kelat Arianna, dia tidak dapat menahan ketawa. Dengan sweater besar, labuh sehingga tidak menampakkan kedua-dua tangannya, seluar besar, dan selipar yang berbunyi seperti itu, Arianna kelihatan tidak ubah seperti seekor arnab yang disumbat ke dalam guni. Arianna yang mulanya sebal, akhirnya turut ketawa. Mana tidak, bunyi itu kedengaran benar-benar menjengkelkan.

“SO, where are we going to eat?” tanya Arianna sambil memasang tali pinggang keledar. Lega akhirnya mereka sampai ke kereta.

“I don’t know. You have any idea?” tanya Zahran semula.

Arianna menghembus nafas lalu membetulkan anak rambutnya yang berjuntai ke dahi. Dia bersandar selesa cuba mengembalikan semula tenaganya yang hilang kerana bersiap dalam keadaan tergesa-gesa tadi. Walaupun Zahran tidak menggesanya supaya cepat, tetapi prinsipnya dia tidak suka buat orang tertunggu-tunggu.

“Entahlah,” balas Arianna.

Itulah masalahnya. Mahu makan tetapi tidak tahu di mana. Kadang-kadang sehingga boleh mengundang pergaduhan besar.

“Malacca or Negeri Sembilan should be okay, right?”

“Okay.” Cepat sahaja Zahran bersetuju daripada dia terus memerah otak berfikir perkara yang remeh dan tidak penting.

Deringan telefon bimbit Arianna memecahkan keheningan di dalam kereta. Entah apa yang dibualkan, Zahran malas mengambil tahu. Bukan tak mahu ambil tahu sebenarnya, tetapi lebih kepada tidak faham kerana Arianna bercakap dalam bahasa ibundanya. Dia yakin panggilan itu daripada Datuk Eric kerana dia mendengar Arianna menyebut daddy.

Entah-entah dia mengutuk aku. Zahran mula membuat andaian sendiri. Menyesal pula dulu tidak mengambil kelas mandarin.

Kalau dia mengutuk aku tak apa jugak. Dibuatnya dia mengadu dengan bapak dia, panggil gangster datang kepung, mati aku.

Matanya melirik Arianna yang lebih banyak diam berbanding bercakap. Sesekali dia melihat Arianna memutar bola matanya dengan muka malas. Riak wajah gadis itu seolah-olah dia tidak suka dengan apa yang diperkatakan oleh Datuk Eric. Dia hanya mendengar Arianna menjawab okay daddy, sorry daddy beberapa kali. Ah, kalau anak perempuannya berkelakuan begitu, mahu kena cepuk sekali. Lepas tu keluarkan perintah arahan berkurung 30 hari. Baru dia tahu rasa.

“Kita dah sampai mana ni?” tanya Arianna sebaik sahaja menamatkan perbualan. Susah benar mahu memberi penjelasan kepada daddynya. Banyak soal jawab sehingga dia rimas.

“Maybe setengah jam lagi sampai Seremban. Siapa tadi tu?” tanya Zahran walaupun dia tahu panggilan itu daripada Datuk Eric.

“Daddy. This is all your fault. Kalau kau tak culik aku semalam, mesti dia tak marah aku!”

“Miss Arianna Chan…Bukan aku culik ya. Kau yang pengsan depan aku. Kalau aku tinggal je kau dalam lif, lagi teruk nasib kau. Entah hari ni masih boleh tengok dunia ke tidak.”

Arianna diam. Benar juga. Dia yang salah kerana minum sampai mabuk-mabuk. Ah, tetapi Zahran tidak perlu sampai memaksanya menjadi pembantu rumah, bukan? Kalau dia memang berniat menolong, mengapa tidak membenarkan dia balik saja? Sudah dipaksa menjadi pembantu rumah, sekarang dipaksa keluar makan dengannya pula.

Kalau daddy tahu macam mana? Nah, sekarang kerisauan lain pula membebani benak Arianna. Memikirkan kemungkinan yang akan berlaku jika daddynya tahu dia keluar bersama Zahran. Meskipun dia dan Zahran tidak ada sebarang hubungan, tetapi andai ada orang-orang daddynya ternampak dia bersama Zahran, hanya Tuhanlah tahu nasib yang akan menimpa mereka berdua. Arianna kenal benar dengan daddynya itu. Membunuh pun dia sanggup asalkan kemahuannya dituruti.

“Dah tu, kau menyesal la ni keluar dengan aku hari ni?” tanya Zahran apabila Arianna hanya diam menanggapi kata-katanya.

Arianna tarik nafas dan menghembusnya perlahan. Bersandar selesa pada tempat duduk lalu melipat tangan ke dada.

“Nothing to regret, because what ever happens, will still happens. We just going with the flow. Just let things be and to not fight what will be,” balas Arianna.

“You’re so optimistic,” ujar Zahran.

“Well…Sort of…” Sedikit mengeluh seolah menjadi optimis adalah sesuatu yang sebenarnya bukan pilihannya. “…but what choice do we have? You know, it is quite easy to become very annoyed by the little things that go wrong in our life. But why don’t we just take that situation of this being a negative to a positive, right? There’s nothing that can’t be fixed.”

Dalam diam Zahran mengakui kata-kata Arianna itu. Gadis itu begitu petah berbicara sehingga kata-katanya sedikit meresap ke dalam jiwa Zahran.

“Contohnya macam kita,” ujar Arianna tiba-tiba.

“Kita?” Soal Zahran. Tidak dapat menangkap maksud Arianna.

“Yeah. Aku menyampah dengan kau, kau menyampah dengan aku. We fight. But finally we’re in the same car going eating together. What a nonsense. I can’t believe this.”

Zahran ketawa. Ada benarnya juga. Mengapa harus dikesali perkara yang sudah terjadi? Takdir Tuhan siapa yang dapat menolak. Yang berlaku tetap berlaku. Walau masa dapat diputar kembali, tidak mungkin dia dapat mencabar kuasa Tuhan yang telah menentukan segalanya. Zahran menghela nafas panjang seolah-olah melepaskan satu beban yang maha berat di bahunya.

“Why?” tanya Arianna.

“Nothing,” balas Zahran.

Arianna diam. Tidak mahu memaksa walaupun dia tahu ada sesuatu yang membebani fikiran lelaki itu.

“You know what? There’s a saying.... Don’t regret knowing the people who came into your life. Good people give you happiness. Bad ones give you experience. The worst ones give you lessons and the best people give you memories,” ujar Arianna. Cuba untuk tidak membiarkan suasana sunyi menyelubungi mereka semula.

“So, which one is me?” tanya Zahran.

“As for now, I think you the worst one.”

Zahran menyengir. Tercabar egonya dengan jawapan Arianna.

“Hei, jangan marah dulu. The worst one gives me lesson.”

“Okay…”

“And meeting you sir, has taught me two lessons.” Arianna mengangkat dua jarinya.

“I’m listening…”

“First lesson, do not kiss random men in public.”

“You’re right.”

“I know. Second lesson, don't drink until you're too drunk that it opens up an opportunity for the man you kissed earlier to take revenge.”

Zahran angguk sekali. “You are absolutely right.”

“Well…I’m smart but sometimes I act stupid.”

“Atau dalam Bahasa Melayu KL, orang kata. Ada akal, tapi tak guna. Macam tu lah.”

Arianna jeling sebal. Lelaki ini memang kalau seminit tidak menyakitkan hati orang, boleh mati ya dia?

“Samalah macam kau. Ada isteri tapi tak bersyukur.”

“Siapa kata aku tak bersyukur. Nanti aku bawak kau jumpa isteri aku, mintak maaf dengan dia.”

“W-What?” Buntang mata Arianna memandang Zahran.

“Aku tak pernah sorok apa-apa daripada isteri aku. Apatah lagi anak-anak aku jadi saksi kau cium aku depan toilet. Lagilah cepat cerita tu sampai pada isteri aku. Jadi, nak mengelakkan salah faham, aku nak kau jumpa dia, cerita hal sebenar dan minta maaf.”

Arianna tegak di tempat duduknya. Aduh, mengingat wajah isteri Zahran yang angkuh dan sombong itu, membuat dia jadi ngeri tiba-tiba. Aura wanita itu benar-benar mengintimidasi. Ya, mungkin kalau dia tidak mencium Zahran, dia tidak akan setakut ini berdepan dengan wanita itu.

“Your wife is scary.”

Zahrin tertawa perlahan. “Itu baru tengok muka dia, belum lagi dia buka mulut. Lagi scary.”

Kata-kata Zahran itu membuat Arianna bertambah kecut. Dilekapkan tangannya ke dada bagi memastikan jantungnya masih lagi berdenyut.

God, please save me.

ZAHRAN sengaja membawa Arianna makan di sebuah warung kecil yang terletak di tepi jalan. Sangkanya, Arianna tidak akan suka pergi ke tempat seperti itu kerana menjaga status ataupun mungkin dia tidak pernah dibawa makan di tempat seperti ini oleh keluarganya. Panas, bising, sesak dan meja serta kerusi plastik yang bergoyang kerana hanya diletak di atas tanah yang tidak rata. Suka dia mahu melihat Arianna melenting dan memprotes. Seperti satu kepuasan pula dapat menyakitkan hati puteri kesayangan keluarga Chan.

Tetapi Arianna nampaknya tidak membantah. Hanya menurut tanpa berkata apa-apa. Mereka duduk di meja yang terletak di luar warung. Zahran memerhatikan Arianna yang terkial-kial menyuap nasi ke mulutnya. Pelik pula dia melihat gelagat Arianna. Apabila gadis itu menyuap nasi, hanya beberapa butir yang masuk ke mulut. Selebihnya bertaburan masuk ke pinggan semula. Seperti budak yang baru belajar makan sendiri.

“Kau ni kenapa? Tak pernah makan nasi ke?” tegur Zahran. Mulutnya pula yang lenguh menganga setiap kali melihat Arianna cuba memasukkan nasi ke mulut.

Arianna berhenti menyuap. Sedikit berdecit sambil memandang Zahran dengan wajah tidak puas hati.

“Aku tak pandai makan nasi dengan tangan,” ujarnya.

“Dah tu, makanlah dengan kaki,” balas Zahran selamba.

“Serius?”

“Seriuslah.”

“Okay…” Arianna menanggalkan seliparnya. Kakinya akan benar-benar naik ke meja jika suara Zahran tidak menegahnya. Sebenarnya dia hanya mengacah. Tidak mungkinlah dia berkelakuan tidak senonoh begitu di tempat awam. Sejak kecil dia diajar supaya sentiasa tertib dan sopan.

“Pengotor betul!” cemuh Zahran lalu bangun, masuk ke dalam warung dan keluar semula dengan membawa sudu dan garpu untuk Arianna.

“Yes! Thank you,” ujarnya ketika Zahran menghulurkan sudu dan garpu kepadanya.

Tiada balasan daripada Zahran. Lelaki itu duduk dan menikmati makanannya dengan senyap. Begitu juga Arianna.

Sebenarnya dia tidak biasa makan di tempat seperti ini, namun dengan penampilannya yang kelihatan seperti pelarian Vietnam, tidak mungkinlah dia meminta Zahran membawanya makan di restoran atau hotel. Malu!

Lagipun makanan di warung ini tidak teruk juga walaupun agak berminyak jika hendak dibandingkan dengan makanan yang selalu masuk ke tekaknya.

Panas dan tidak selesa kerana dua lapis baju, Arianna menarik lengan sweater sehingga ke siku. Perbuatannya itu menarik
perhatian Zahran dan secara tidak sengaja, Zahran terpandang kesan parut pada pergelangan tangan kiri Arianna. Menyedari tatapan Zahran, Arianna menurunkan semula lengan bajunya.

“Makan sayur je?” tanya Zahran apabila melihat Arianna hanya mengambil nasi bersama sayur sahaja, sekali gus mengurangkan kecanggungan kerana mungkin Arianna berandaian dia sudah membuat andaian tentang apa yang dia lihat. Benar, dia sudah membuat andaian namun dia tidak mahu terlalu memikirkannya. Bukan urusannya juga.

“I’m a vegan. My whole family are vegans,” jawab Arianna. Lega kerana Zahran tidak bertanya apa-apa tentang itu.

“Vegetarian?”

“Nope. Vegan. There’s a difference between vegan and vegetarian.”

“Really?”

“Yeah… Actually vegans and vegetarians choose not to eat meat. But, veganism is stricter."”

Terangkat kening Zahran mendengarnya. Ini perkara baru baginya. Yang selalu dia dengar adalah vegetarian. Vegan, inilah kali pertama dia mendengarnya.

“Vegetarians are people who do not eat the products or byproducts of animal slaughter like meat, poultry, fish and shellfish, insects, rennet, gelatin, and other types of animal protein and stock or fats that derive from animal slaughter.”

Zahran mengangguk-angguk. Fikirnya vegetarian hanya tidak makan ayam, daging, dan ikan. Rupanya lebih daripada itu.

“Then, how did they get protein?” tanya Zahran. Hairan juga. Bukankah protein itu penting dalam nutrisi makanan?

“Well, many vegetarians do consume byproducts that do not involve the slaughter of animals. Like eggs, dairy products macam susu, yogurt, cheese, and honey…” Bicara Arianna terhenti saat dia menelan makanan yang dikunyahnya.

“…and they typically consume a range of fruits, vegetables, nuts, seeds, grains, and pulses, as well as “meat substitutes” that derive from these food types.”

“Meat substitutes?” tanya Zahran dengan dahi berkerut.

“Yeah…Banyak jual dekat pasaran sekarang meat substitutes for vegan and vegetarian.”

Zahran hanya mengangguk-angguk.

“So, how about vegan?” tanyanya.

“Vegan ni lebih strict dari vegetarian. We will avoid consuming or using any animal products or byproducts. Veganism is like a way of living tau, which seeks to exclude, as far as is possible and practicable, all forms of exploitation of and cruelty to animals for food, clothing, or any other purpose.”

“Actually, corak pemakanan veganism and vegetarianism ni sama. Apa yang vegetarian tak makan, vegan pun tak makan. Tapi, vegan ni dia tak hanya limit pada makanan tau, tapi jugak pada pakaian and everything that we use in our daily life. We will extend these principles beyond our diet and will try, where possible, to avoid any product that directly or indirectly involves the human use of animals, like leather goods, wool, silk, beeswax, soaps, candles, and other products that contain animal fats, latex products that contain casein, which comes from milk proteins, cosmetics. Even produk yang guna animals sebagai ujian pun kita akan avoid."

“Wait…Wait….Wait…” Sebanyak-banyak yang diperkatakan Arianna, ada satu yang menarik perhatian Zahran. “…soap? Apa kaitan sabun dengan haiwan?”

“Many bar soaps contain animal fat derivatives as their primary ingredients. Kalau you nak tahu, it is largely made from rendered animal fat obtained from slaughterhouses.”

Wah, banyak rupanya yang Zahran tidak tahu.

“What animal?”

“Selalunya lemak lembu yang kita sebut tallow.”

“Habis tu, selama ni kau mandi tak pakai sabun?”

Arianna ketawa. “Selalunya yang ada animat fat ni bar soap je. Liquid jarang, tapi kena tengok jugak ingredients dia. But, actually we have a special soap for vegan, Mister. Our special soap ingredients did not contain animal fat, but include sodium cocoate as in coconuts or sodium palm kernelate that derived from palm kernels. Olive oil can be made into an excellent bar soap too. There’s a list of cruelty-free soap in market.”

“Then…how about silk? You’ve never worn silk in your whole life?”

Arianna tertawa. Dia sudah mengagak, Zahran pasti akan bertanya tentang itu.

“Macam I cakap tadi, we will try, where possible, to avoid any product that directly or indirectly involves the human use of animal. If not possible, what can I do. Pernah pakai silk couple of times masa photo shoot dan fashion show sebab tak boleh avoid. But when it comes to food, I will go strict.”

Ermm…Patutlah keding. Makan sayur je rupanya.

“Why are there vegans and vegetarians? I mean…does it related to the religion or what?” tanya Zahran. Dia ada juga beberapa kenalan yang merupakan vegetarian. Tetapi dia tidak pernah bertanya sebabnya kerana fikirnya ia berkaitan dengan agama.

“Nope. Just an out of respect of sentient life.”

“I see…” Zahran memanggut-manggut. Pelik juga ya. Kongsi gelap yang sinonim dengan dunia gelap rupanya tak makan daging kerana rasa hormat kepada benda hidup. Lucu!

Suasana kembali hening apabila tiada lagi obrolan antara mereka. Masing-masing menikmati makanan tanpa bersuara.
Zahran yang menghabiskan makanannya terlebih dahulu, tersandar kekenyangan. Dipandang Arianna yang menyuap makanannya dengan perlahan dan tertib. Jelas menampakkan bagaimana didikan yang diterimanya di rumah.

“Sebenarnya dah banyak kali Imperial bekerjasama dengan Yun Hua, tapi kenapa aku tak pernah jumpa kau?” tanya Zahran. Jawatan yang disandang Arianna di Yun Hua bukan calang-calang juga. Pengarah Operasi Serantau. Seharusnya Arianna sentiasa ada dalam setiap mesyuarat dan pertemuan dengan Imperial.

“Baru beberapa bulan ni aku involve sepenuh masa dengan Yun Hua. Sebelum ni aku buat modelling di London.”

“Is it fun to be a model?”

“Well, macam kerja lain jugak. Kadang seronok, kadang tak seronok.”

“Apa yang seronok dan apa yang tak seronok?” Bukan Zahran berminat, namun sekadar membunuh masa apabila melihat masih banyak lagi makanan di dalam pinggan Arianna yang tersisa.

“Erm..” Arianna kelihatan berfikir-fikir sebelum menyambung: “Paling seronok bila dapat barang percuma.”

“Meaning?”

“Bila I dilantik jadi house ambassador untuk satu-satu jenama, they will give couple sets of free products like make up set, handbags, shoes, perfumes and banyak lagi. Even semua tu I boleh beli sendiri, tapi bila dapat free, lain feel dia tau. Tapi tak semua brand bagi barang percuma. Sometimes they give discounts, exclusive offers, monetary payment or combination of that."

Terangkat kening Zahran mendengarnya. Dia akui model yang mencipta nama di negara seperti England memang mampu hidup mewah kerana pendapatan mereka pun boleh mencapai ratusan ribu sebulan bergantung kepada tahap populariti mereka. Tidak mustahillah jika dilihat pada gaya Arianna, dia akui gadis itu memang sudah biasa hidup dengan dilimpahi kemewahan. Cucu jutawan, kemudian menjana pendapatan mewah daripada kerjaya model pula.

“I’m impressed,” ujar Zahran

“Thank you,” balas Arianna.

“So, apa pula yang tak seronok?” tanya Zahran lagi.

“Not much but yang paling I ingat bila I and a few friends involved dengan promosi aksesori dari Baby Phat kat Vasques Canyon. Kawasan berbukit, two hours from LA. Kami buat shoot dekat puncak bukit dengan matahari terik atas kepala. Panas, penat naik bukit, then stress sebab terpaksa pakai high heels and fit dress. Dekat puncak bukit yang tanah dia tak rata, can you imagine?”

“No, sebab aku pun tak pernah naik bukit pakai heels,” jawab Zahran.

Ketawa Arianna dengan jawapan selamba Zahran itu.

“You really love this job, right?” ujar Zahran sambil memandang Arianna yang masih cuba menghabiskan makanan di
pinggannya.

“Right. It’s not an easy job actually but I enjoyed it. Sometimes it could be very stressful because fashion models are there to highlight a designer’s work. We were there to demonstrate how the clothes or accessories look on a human figure. And being photogenic in this case is probably the most important thing, you know. Posing, knowing your good angels and how to position yourself in a way that’s flattering your body, for the angle of the camera, and for the angle of the light are all strengths of fashion models.”

Zahran tersenyum. Banyak perkara baru yang dia belajar hari ini. Gaya Arianna yang bersahaja itu membuatkan dia begitu asyik mendengarnya. Arianna bercakap seolah-olah segalanya sudah terakam di kepalanya, hanya menunggu masa untuk diluahkan sahaja. Begitu lancar, petah, dan fasih.

“I talked too much right. I’m sorry if you’re not interested,” ujar Arianna apabila melihat Zahran hanya tersenyum tanpa memberi respon.

“No..no..no. I just impressed with your capability of non stop talking while at the same time you’re able to finish your meals,” ujar Zahran membuatkan Arianna ketawa mendengarnya.

“Well, multi tasking,” balas Arianna sambil menghabiskan suapan terakhirnya.

Zahran hanya ketawa mendengarnya.

“Maybe I got it from my daddy. He could speak while he’s sleeping. Ok Rachel, just email the schedule, okay, I’ll take a look at it. Rachel, jumpa I sekejap,” ujar Arianna sambil mengajuk suara dan gaya bapanya itu.

“Really?” Zahran ketawa sambil membayangkan wajah Datuk Eric seperti yang digambarkan oleh Arianna. Dia hanya mengenali Datuk Eric atas urusan perniagaan sahaja. Dia tidak mengenali lelaki itu secara peribadi. Kadangkala ada juga dia menemani bapanya bermain golf dengan CEO Yun Hua itu, tetapi perbualan mereka hanya berkait dengan perniagaan. Jarang mereka bercakap tentang soal peribadi.

“So, how about you?" tanya Arianna tiba-tiba sambil menghabiskan sisa minumannya.

“About me?” Zahran mengerutkan dahi sambil bangun apabila melihat Arianna sudah menghabiskan makanannya. Jam sudah menunjukkan hampir pukul empat petang. Dia perlu pulang ke pejabat untuk menyelesaikan beberapa kerja. Hujung minggu adalah masa untuk dia menyelesaikan kerja tanpa gangguan daripada sesiapa.

“Yeah. Tell me about you. Your job, your life, or anything,” ujar Arianna lalu mengekori Zahran ke kereta.

“My job, my life is not as interesting as yours,” balas Zahran.

Mereka sudah berada di dalam kereta, bersandar dan menikmati kesejukan pendingin hawa setelah berpanas di luar gerai makan tadi.

“Being appointed as the CEO of one of the biggest company in Malaysia is not interesting?” ujar Arianna sambil memandang Zahran yang sudah mula mengundurkan keretanya.

“I don’t know. I spent years and years of my life constantly conditioning my mind to remain unfazed by stuff I didn’t want to do. In fact, there’s usually so much to do it becomes an active challenge to find the time to rasionalise and strategies like ‘am I doing the right thing? Or, is this working? What you delegate, what you don’t, where your focus is, how you are measuring progress, is cashflow in balance, is the budget accurate, how is the team feeling, is morale high or low, it’s always endless and endless planning, quantifying, making decisions, and being solely responsible for them going wrong.”

Arianna hanya mendengar. Dia tahu tugas dan tanggungjawab seorang CEO itu tentunya sangat besar kerana harus mengawal keseluruhan operasi syarikat. Mungkin kerana itulah semasa tidur pun daddynya masih bercakap tentang kerja.

“Wow..so many things to do. Sounds terrible,” ujar Arianna.

“Yeah. I tak expect to be appointed as the CEO at the young age. I thought my dad will ask me to start from the bottom. At least as a manager in any department that related to my course.” Zahran sebenarnya tidak sepenuh hati menjalankan tugas sebagai CEO Imperial. Semua yang dia lakukan kerana menghormati permintaan ayahnya. Sebolehnya dia mahu bermula dari bawah. Belajar perlahan-lahan sebelum dilantik memegang jawatan tertinggi itu.

“But you’re doing great, right?” Arianna hanya mengagak. Jika tidak, masakan Imperial terus berdiri kukuh dalam kalangan gergasi korporat Malaysia jika Zahran tidak cekap menguruskannya.

“Because I have to. For the sake of my dad’s legacy, my family, the company and the staffs,” ujar Zahran.

“Then you’re a good man.”

Zahran tertawa sumbang. Pujian yang sungguh klise. Atau itu sebenarnya sindiran? Entahlah. Dia tidak peduli. Arianna pun bukan sesiapa. Persetan jika gadis itu mahu menyindir, atau mengejinya.

“What? Aku ikhlas. You’re a good man because you put others ahead of your own interests.”

“Macam you cakap tadi la, what choice do we have? It is quite easy to become very annoyed by the little things that go wrong in our life. But why don’t we just take that situation of this being a negative to a positive.” Zahran memetik semula kata-kata Arianna ketika mereka dalam perjalanan ke Seremban tadi.

“Wow…” Kagum Arianna apabila Zahran mampu menyebut semula kata-katanya dengan lancar tanpa tertinggal sepatah perkataan pun. “…now you’re a wise man.”

“I know. I’m a good man, wise man, noble man, gentleman, and good looking too.”

Arianna memutar bola matanya. Dipuji sedikit, eh ditambah-tambah pula. Perasan!

ZAHRAN kembali ke Villa Seroja setelah menghantar Arianna. Ternyata gadis itu memiliki satu unit kondo di bangunan yang sama dengannya. Bezanya Arianna di tingkat 15.

Hasratnya yang mahu kembali ke pejabat ditangguhkan kerana hari pun sudah mulai gelap. Ada kemalangan di lebuh raya yang menyebabkan jalan sesak dan menjelang pukul enam petang baru mereka sampai ke kondo.

Selangkah memasuki ruang makan, dia melihat Irdina sedang menyusun pinggan mangkuk untuk makan malam. Segera diatur langkahnya ke arah itu.

“Dina…”

Irdina toleh sekilas. “What?”

“Boleh tolong aku sikit?” Zahran tarik kerusi lalu duduk di depan Irdina.

“Tolong apa? Nak design baju? Untuk siapa?” Irdina senyum penuh makna. Sebijik Lily.

“Bukanlah!”

“Then?”

“Ni antara hidup dengan mati.”

“Tak habis-habis hidup dengan mati. Semalam mintak benang dengan jarum pun antara hidup dengan mati jugak.”

“Betullah. Kalau tak hidup, mati. Kalau tak mati, hidup.”

Irdina tidak membalas. Dia kembali ke dapur sebelum keluar semula dengan sebuah mangkuk bertutup. Entah apa isi di dalamnya.

“Ibu ayah mana?”

“Belakang.”

“Zahrin?”

“Bawak anak-anak keluar. Ada apa sebenarnya ni?” tanya Irdina.

“Macam ni…” Zahran menceritakan pertolongan yang diperlukan daripada Irdina.

Berkerut-kerut dahi Irdina sebelum dia menggeleng ngeri.

“Ish, tak naklah. Nanti I kena cerai talak tiga dengan Zahrin.”

“Berjuta dia habis nak dapatkan kau balik, takkan senang-senang dia nak cerai."

Tiada jawapan daripada Irdina. Tetap dengan pekerjaannya menyusun peralatan makan di atas meja.

"Please Dina. Lagipun bukan betul-betul. Berlakon je.”

Irdina masih menggeleng. Tidak sanggup dia memberi pertolongan serupa itu kepada Zahran. Kalau Zahrin tahu, mati dia. Bukan dia tidak tahu, cemburu Zahrin pada Zahran masih wujud.

“Tak pun tak payah berlakon. Sebab kau memang scary wife,” Zahran terkekeh.

“Every wife is scary…and even scarier when her husband is cheating,” jawab Irdina lalu kembali ke dapur.

Zahran mengekori, seperti anak yang meminta jajan daripada ibunya.

“Dina…Please…Kalau kau tolong aku, aku akan tunaikan satu permintaan kau.”

Langkah Irdina terhenti. Dipusing tubuhnya, memandang Zahran dengan senyum misteri.

“Horror betul kau ni.” Zahran urut dada. Takut pula dia melihat ekspresi wajah Irdina itu.

“Tell me, apa you buat dengan benang dan jarum tu semalam?”

Zahran pejam mata. Tuhan, itu yang diminta Irdina? Namun, terlanjur berjanji terpaksalah ditunaikan. Diceritakan semuanya bermula dari Arianna mabuk di dalam lif sehinggalah kejadian dia menjahit baju anak gadis Datuk Eric itu.
Irdina ketawa sehingga berair matanya. Tidak dapat dia bayangkan bagaimana perempuan itu berjalan dengan kain sempit.

“Jangan cerita pada sesiapa especially ibu, ayah, Zahrin.”

"Well, you can count on me. At least I ada senjata kalau you kacau Zahrin malam-malam macam semalam.”

Zahran menyengir sebal.

“So, disebabkan aku dah tunaikan satu permintaan kau, kau kenalah tolong aku.”

Irdina tarik nafas dan menghembusnya perlahan. “Okay. Bila?”

“Yes! Nanti aku bagitahu.Don’t worry…Zahrin takkan marah. Aku pernah share plasenta dengan dia, jadi aku kenal dia.”

“Yalah tu.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience