DARI jauh, dia lihat lelaki itu menconteng sesuatu di dinding dalam ruangan yang kelam itu. Perlahan-lahan dia menapak ke dalam sel setelah mendapat persetujuan untuk masuk ke ruangan jaringan walau jenuh ditegah kerana ia amat berisiko buat dirinya.
Warden mengekori dari belakang. Dalam hati tiada henti dari mengomel mengenai kedegilan doktor baru itu. Dengan sesekali, panahan matanya dan pemuda memakai nombor 444 itu melawan tancapan tajam mata masing-masing.
"Apa-apa hal yang berlaku ni sudah tentu-tentu aku juga yang kena dengan pihak atasan!"
Setelah tapak demi setapak melangkah di kubikel sederhana luas itu. Akhirnya Dr Amni sudah berada betul-betul di belakang tubuh pemuda yang masih menghadap dinding.
Dan derap tapak kasut tumit tinggi Dr Amni sudah dapat di tangkap di pendengarannya. Hanya dia tidak mahu ambil peduli. Dr Amni diarahkan oleh Warden melalui cara bisikan agar jangan terlalu dekat sangat.
Dan bila Dr Amni bergerak. Terhenti seketika penulisannya. Laju dia palingkan wajahnya ke belakang. Tujahan mata tepat merenung redup mata Dr Amni dari balik kacamatanya setelah di kenakan.
Dr Amni memberikan sebuah senyuman pada lelaki berwajah tanpa reaksi itu. Pada pemuda berambut kusut itu pula mengambil masa lama sekali dalam menyelidiki wajah Dr Amni.
Entah mengapa, hatinya kuat mengatakan bahawa dia pernah mengenali gadis yang kini berada di hadapannya itu. Dr Amni kekal dengan ketenangan. Hanya Warden semakin kuat memegang kayu cota.
"Assalamualaikum..." Sapa Dr Amni sebagai pemula bicara.
"Kau? Bukankah kau dah mati? Aku! Aku yang bunuh kau, Sabrina!" Tegas dia bersuara. Dan semakin mendekati Dr Amni.
Dr Amni mengundur lagi setapak. Warden semakin mendekati.
Namun lelaki itu tidak sedikit pun merasa takut tatkala Warden sengaja menghentak-hentak hujung cota di tapak tangan.
'Sabrina?' Hati masih lagi bertanya. Dr Amni menarik nafas dan menghembusnya. Manakala pemuda bernombor 444 itu masih ralit merenung wajah Dr Amni.
"Kau masih bernyawa lagi sayang?" Sinis tutur kata yang diberikan. Dr Amni dan Warden saling bertukar pandangan.
"Saya sebenarnya bukan gadis yang awak nyatakan itu. Saya Amni bukan Sabrina. Siapa Sabrina pada awak ya?" Sudah tiba masanya untuk Dr Amni menjalankan proses psikoanalisisnya.
Boleh dikatakan dinding itu dipenuhi kata-kata cinta, kata makian serta nama gadis-gadis yang kebanyakkannya bermula dari pangkal 'S' .
Apa kaitannya huruf 'S' pada lelaki itu di hadapannya ini?
"Tipu!" Pemuda itu meninggi suara menyentakkan sedikit hati Dr Amni. Laju dia memegang dadanya.
"Aiman, kawal suara awak tu." Warden spontan mengeluarkan arahan dan Dr Amni merenungnya.
"Aiman… Saya Amni. Saya doktor yang mahu bantu awak," jawab Dr Amni masih lagi tenang. Tangan kiri meraba para dia letakkan buku catatan serta pita perakam.
Setelah ibu jarinya merasa sesuatu terus ditekannya. Dan perbualan sudah mula terakam saat itu.
"Huh! Kau menyamar pula Sabrina? Kau tak kenal aku? Akulah lelaki yang kau hina selama ini!" Pantas dia menyembur kata-kata dari dirinya pula membuatkan Dr Amni terangguk-angguk. Laju tangannya mencatat sesuatu dalam buku nota.
Poin utama telah pun dia dapat. Dendam. Serta cinta yang dikhianati.
"Aku tahu kau dah senang Sabrina! Jangan kau cuba berlagak sombong denganku..." Sahut pemuda bernombor 444 itu sebelum dia palingkan semula tubuh mengadap dinding.
Nama Sabrina dalam aksara berdarah menangkap renungan Dr Amni.
'Siapa Sabrina? Aku pasti ada cerita yang tersembunyi di sebalik …' Monolog gadis itu seraya merenung ulah lelaki itu yang meneruskan penulisannya pada dinding dengan menggunakan batu dia kutip dari atas para.
"Siapa Sabrina?" Soal Dr Amni dengan nada perlahan sambil pen membulat nama tersebut. Tetapi bebelannya itu telah membuatkan penulisan pemuda itu terhenti sekali lagi.
"Siapa Sabrina dengan awak sebenarnya? Boleh kita berbicara sebentar?" Oleh kerana rasa ingin tahunya terlalu kuat. Dr Amni seakan menempah bala pabila tekanan penulisan pada permukaan dinding menjadi semakin kasar.
"Kau sepatutnya dah mati Sabrina. Dah mati…" Gumamnya agak menderam. Rahang bergerak-gerak dengan gaya penulisan juga menjadi tidak betul sebelum dia campakkan batu tersebut.
Warden seorang lagi baru saja tiba sudah pun berada di luar dalam keadaan berjaga-jaga setelah menerima suara walkie talkie Warden di sebelah dalam. Seandainya lelaki itu bertindak agresif dia akan terus tarik Dr Amni keluar.
"Aiman. Saya Amni, Man. Dr Amni ..." Dr Amni tetap cuba memperjelaskan kesalahan itu. Dia juga pelik kenapa pesakit bernombor 444 dan bernama Aiman itu asyik ingat dia itu, Sabrina.
Apakah ada persamaan muka?
"Awak… kita memang tak pernah bersua sebelum ini. Ini kali pertama kita bertemu mata ..." Sahut Dr Amni meletakkan buku nota kembali atas para di tepi dinding.
"Dr Amni, jangan dekati dia sangat… bahaya!" Ujar suara dari corong suara kedengaran tegas. Namun Dr Amni tetap dengan kedegilannya. Ada sesuatu menangkap pandangannya saat Aiman berpaling semula ke dinding. Tetapi membuka ruangan yang sedari tadi dia lindungi dengan tubuh. Walau ditegah dia tetap menunduk dan menghampiri dinding.
Potret seorang gadis tetapi yang membuatkannya tergamam seketika adalah kerana lukisan potret yang sebesar itu, dilukis menggunakan darah.
Dicalit sedikit dengan jari telunjuk lalu di bawakan ke hidung dan dihidu.
Ternyata benar sangkaannya itu ia darah.
Dr Amni mendongak dan terus memerhati tubuh itu dari belakang. Badannya kelihatan agak kekar walaupun ia sedikit kurus. Lengan dipenuhi garisan seolah cakaran dan toresan. Dari terduduk di tepi potret berdarah, Dr Amni langsung bangun namun tika itu Aiman juga berpaling tubuh.
"Dr Amni! Hati-hati!" Pekik Warden apabila dia melihat pemuda yang tidak dipakaikan straightjacket itu dan satu lagi kesalahan mereka, sudah meletakkan sepasang tangannya itu ke leher Dr Amni.
"Allah! Awak! Awak! Kenapa ni awak? Tolong awak. Tolong lepaskan saya..."
"Aiman Syafiq! Lepaskan Dr Amni! Lepaskan dia! " Bentak ketua warden dengan melaraskan senapang ke hala Aiman. Senapang yang mempunyai peluru ubat penenang. Hanya akan digunakan bagi pesakit yang benar-benar merbahaya sahaja.
"Siapa Amni, hah? Hah? Dia Sabrina! Dia perempuan curang! Dia harus aku bunuh dari dahulu lagi! Seperti mana aku bunuh Eizlan! Hahahaha! "
Semakin erat lengannya melingkari leher Dr Amni membuatkan pakar psikoterapi yang baru sebulan menjalani tugasannya di pusat tersebut, tergapai-gapai tangan meminta tolong.
"Aiman Syafiq! Kami kata lepaskan dia. Dia bukan Sabrina!"
"Tidak! Aku takkan lepaskan dia. Dia Sabrina. Aku mesti pastikan kali ini dia takkan terlepas!" Makin kuat dia ditengking Warden dan Ketua Warden semakin kuat cengkamannya pada leher Dr Amni.
Di pandangan dia kini sungguhpun dicekik tetapi Sabrina tetap dengan senyuman sinikalnya.
Oleh kerana senyuman itulah yang membuatkan kesabaran lelaki dia tercabar.
"Awak. Please awak… percayalah saya Amni. Saya bukan Sabrina. Bagi saya satu sahaja peluang untuk bantu awak..." Dr Amni cuba berlembut.
Melalui apa yang dia pelajari selama ini, pesakit seperti Aiman mesti dielakkan cara kasar. Kerana kalau kita berkasar pada mereka ini mereka akan jadi lebih kasar malahan lebih merbahaya lagi.
Dan dia sendiri pun mempunyai seorang adik seperti ini. Namun umur dia tak panjang. Dia pergi menghadap Ilahi ketika Amni masih lagi berjuang untuk mendapatkan segulung ijazah.
Oleh kerana itulah Dr Amni menetapkan impiannya untuk menjadi pakar sakit jiwa dan ingin membantu dalam proses pemulihan mereka.
Dan akhirnya, Dr Amni dapat merasakan lingkaran di lehernya semakin longgar. Aiman Syafiq menangis itu yang sempat gadis itu tatapi sebelum lelaki itu rebah. "Awak! " Laung Dr Amni menunduk dengan pantas cuba memapahnya supaya duduk. Manis. Itu yang dapat Dr Amni katakan ketika lelaki itu tersenyum sebelum dia rebah ke lantai lalu tidak sedarkan diri.
Perlahan-lahan wajah Sabrina menghilang ditelan kegelapan.
"Dr Amni, awak telah meletakkan nyawa awak sendiri di dalam bahaya!" Bentak ketua warden itu tegas. Apa yang terjadi pada waktu itu di bawah tanggungjawabnya.
Dan jika berlaku sebarang musibah dia yang akan dipersoalkan.
Share this novel