Bab 1

Humor Completed 28838

(Day 1)

"Senyum memanjang aja Dhia," tegur Fandi. Dhia hanya tersengih. Dia tahu, riak wajahnya tidak dapat menyembunyikan kegirangannya.

"Mestilah Bang. Si Dhia ni dah lama tak bercuti. Mestilah tak sabar nak rehatkan badan. Kan?" jawab Raudah. Dhia hanya mengiakan. Dhia memandang Rafidah yang tersenyum memandang wajah tunangnya. Hafizul juga turut memandang tunangnya. Jelas terlihat kasih di antara mereka. Dhia tersenyum. Dia turut gembira dengan hubungan baik sepupunya.

"Jom." Ajak Zaiful dengan serius. Semua yang berada dia situ tidak pasti apa yang terjadi antara Radiah dan Zaiful. Namun mereka pasti ada ribut yang sedang melanda hubungan kekasih itu. Buktinya, baru tadi mereka terdengar pasangan itu bertelingkah.

--

"Good morning, welcome to Star Shine Hotel, my name is Farah. How may I assist you today miss?" tanya receptionist di hotel tersebut.

Sambil tersenyum ramah, Dhia berkata, "Saya mahu check-in ke bilik hotel yang telah di book. Tiga bilik semuanya."

Receptionist yang bernama Farah kemudian meminta Dhia kad pengenalannya.

Setelah semuanya selesai, Farah berkata, "Enjoy your stay cik. Kalau ada apa-apa masalah, boleh call customer service. And we will be glad to help you."

Dhia hanya menganggukkan kepalanya. Dia sebenarnya tidak sabar untuk ke bilik yang disediakan. Badannya sudah melekit akibat cuaca yang panas membuatnya berpeluh. Tanpa dia sedari, dia telah melanggar seseorang.

"Ouch! Are you blind or something?!" marah suara garau itu. Dhia tahu bahawa suara itu adalah pemilik orang yang telah dia langgar.

Dia menunduk sambil berkata, "I'm sorry. It was an accident. I didn't mean to run into you. I'm sorry." Dhia memberanikan diri untuk memandang wajah si empunya suara. Wajah dihadapannya kelihatan mermerah. Namun, ia tidak dapat lindungi raut wajahnya yang kacak. Dengan kulitnya yang kelihatan putih melepak.

'Mesti ada campuran Arab dan Mat Saleh ni.' Fikir Dhia.

Namun, fikirannya terhenti dengan jerkahan kuat dari pemuda tersebut. "Sorry? After what you've done to my clothes, you can only say sorry? I can't believe this!"

Dhia sedaya upaya menahan marahnya. "I'm sorry sir. Like I've said. I didn't mean it."

"Aren't you taught manners from where you come from?!" dengus pemuda itu lagi. Tiada tanda-tanda pemuda itu mahu menerima kata maafnya.

Dhia sudah mula hilang sabar. Sikapnya yang sememang tidak sabar dan cepat melenting, di tambah pula dengan keadaannya yang tidak selesa membuatnya menjawab meluluh.

"Manners? Of course I have manners. I apologised to you because I made a mistake. I admit to it. But apparently, it's you who do not have manners. Have no one ever told you to not be so rude?!" Pemuda itu bertambah berang mendengar jawapan Dhia.

"Know what? I'm not going to waste my time talking to someone rude. I'm wasting oxygen this way. It's not worth it." Sambung Dhia lagi. Hatinya membara. Dia tahu jika dia tidak cepat bereda dari situ, alamatnya, terus mamat ni dia kerjakan. Dhia mendengus sambil angkat kaki. Pemuda itu memandang sosok tubuh Dhia yang melangkah laju seperti peluru.

"Dhia, apa jadi tuh?" tanya Raudah yang sejak tadi melihat kejadian tersebut. Dia memandang Dhia yang sedang menahan marah.

Dhia menjawab laju, "Entahlah kak. Lelaki gila mahu cari pasal!" kemudian dia menyambung dengan nada yang perlahan, "dahlah badan besar macam gorilla, macam mana aku tak langgar dia? Menyibuk depan aku. Lepas tuh, marah aku macam budak kecil! Godzilla betul!"

Raudah yang dapat menangkap bebelan Dhia hanya tersenyum. Dia sudah masak dengan perangai Dhia. Selagi tidak puas hati, selagi itu berbakul-bakul kutukan akan dihadiahkan pada orang itu. Dengan perangainya yang tidak sabar. Semakin luculah kutukan dia itu.

"Dhia, tak baik kutuk orang," tegur Raudah. Dhia hanya memuncungkan mulutnya.

"Mana ada," Jawab Dhia dengan perlahan.

"Cepatlah. Kita orang dah penat ni." Panggil Rafidah.

--

Radiah merenung skrin telefon bimbitnya. Dia menghela nafas. Wajahnya amat keruh. Fikirannya amat bercelaru. Pertengkaran antara Zaifullah dan dirinya kembali ke mindanya. "Mana awak pergi tadi?" tanya Radiah.

Zaiful hanya mendiamkan diri. Dengan pantas dia mengambil begnya dan menuju kearah immigration.

"Awak! Saya tanya ni!" bentak Radiah. Dia bukanlah jenis yang suka membentak, namun kali ini dia sudah tidak tahan lagi. Dia sudah malas diperilakukan seperti patung.

"Apa awak nak ni?" tanya Zaiful dengan mendatar. Radiah memandang Zaiful. Pandangannya tidak dibalas Zaiful. Lelaki itu gelisah.

"Kenapa awak asyik menghilang? Semua orang tanyakan tentang awak. Kenapa awak macam tak suka kita bercuti?" tanya Radiah sekali lagi. Kali ini suara dan wajahnya mula mengendur. Zaiful memandang Radiah. Pandangannya kosong. Dia sendiri keliru dengan perasaannya.

'Mengapa aku begini? Mana kasih aku terhadap wanita ini pergi?' hati Zaiful berbicara.

"Awak..."

Zaiful mengalihkan perhatiannya ke arah lain sambil menggelengkan kepala. Respond Zaiful yang seperti acuh tak acuh menaikkan darah Radiah.

"Awak selalu macam itu. Bila saya tanya, awak hanya menggelengkan kepala. I want answers Zaiful, answers! Apa sudah jadi pada kita? Saya penat Zaiful, penat." keluh Radiah dengan nada yang kesal. Perasaan marah, benggang dan kesal mencelaruhkan fikirannya. "Sudahlah, memang tak ada apa-apa." Jawab Zaiful akhirnya.

Radiah mengeluh, "Sudahlah. Kalau awak dah bersedia nak berkongsi dengan saya, awak carilah saya. Saya sudah penat nak melayan karenah awak."

Zaiful tidak menunggu lagi. Dia terus berlalu meninggalkan Radiah. Hati Radiah luka diperlakukan seperti itu.

--

"Wah! Pandailah akak pilih hotel. Memang exclusive gila!" Kata Dhia dengan kagum. Dia tersenyum senang. Kemudian dia menoleh ke arah Radiah. Dia ingin menyambung kata-katanya namun dia terhenti apabila melihat keadaan Radiah yang murung. Dhia kemudian mencuit Rafidah yang berdiri bersebelahan dengannya. Dia menjuihkan bibirnya ke arah Radiah. Rafidah mengeluh.

"Radiah ada masalah dengan Zaiful ke? Kakak tengok sejak dari Singapore lagi kau orang dingin aja. Zaiful tak suka ke ikut kita?" Tanya Rafidah. Hatinya hiba melihat wajah Radiah yang mendung sejak dari Singapura lagi.

Radiah memandang kedua-dua wajah yang amat dia sayangi. Dia cuba untuk mengukirkan senyuman. Dia rasa bersalah kerana membuat kakaknya risau.

"Radiah ok. Zaiful pun ok. Radiah nak tengok bilik mandi dia sekejap." Dalih Radiah.

Dhia dan Rafidah saling memandang satu sama lain sambil mengeluh. Memang susah untuk mengorek rahsia daripada Radiah.

--

"Abang, Raudah rasa Radiah tuh ada masalah bang." Luah Raudah tentang adik bongsunya. Fandi yang sedang berbaring itu bangun semula.

"Awak ni, fikir yang bukan-bukanlah. Kan si Radiah dah kata, dia penat. Zaiful pun penat."

Raudhah mengerutkan wajahnya tanda tidak puas hati.

"Abang, Raudah kenal adik Raudah tuh. Penat macam mana pun, dia akan tetap tersenyum. Tak adalah muram gitu. Lagi-lagi bila Zaiful ada. Bertambahlah muramnya. Saya rasa macam nak pergi tanya Zaiful aja." Tekad Raudhah.

Fandi terlopong.

"Sudah, sudah. Eh awak ni, sibuk benar dengan hubungan mereka. Sudahlah, adik awak tuh dah besar. Dah 25 tahun dah. Tahulah dia tangani masalahnya. Lagipun dah adat berkasih. Mesti ada perbalahan mereka. Kalau tidak, tak berkasihlah namanya. Macam kita dulu, sayang." Kata-kata Fandi itu sedikit sebanyak mengurangkan rasa risau yang bersarang di hati Raudhah.

"Sayang, kita datang ni, nak bercuti, come second honeymoon kita. Daripada awak fikir tentang mereka, apa kata awak urut abang?" ujar Fendi sambil tersengih.

"Abang ni. Tak malu. Dah lima tahun kahwin pun nak ngada-ngada." Fendi tersenyum. "Sayang, dengan siapa lagi abang nak bermanja kalau bukan dengan isteri kesayangan abang?"

--

Dhia tersengih-sengih melangkah ke kawasan kolam renang hotel itu. Reka bentuk kolam renang yang unik membuatnya kagum. Kolam renang itu direka seperti air terjun. Suasananya tenang berlatar belakangkan bunyi air yang mengalir. Dia duduk di atas kerusi malas sambil menikmati pemandangan sekeliling yang penuh dengan tumbuhan menghijau.

Perhatiannya terganggu apabila terdengar percikkan air di dalam kolam renang yang parasnya paling dalam.

'Macam Olympics pulak lelaki ni berenang.' Hati Dhia mengusik. Dia tersengih melihat kesungguhan lelaki itu berenang.

Lelaki itu berhenti berenang dan terus keluar dari kolam renang. Mata Dhia tertarik ke badan lelaki itu yang berketak-ketak.

'Fuh! Complete eight packs seh.' Usik hati Dhia lagi.

Namun dengan pantas Dhia mengucap.

"Ish, dosa tengok aurat orang!" marah Dhia sendiri. Kemudian baru Dhia sedar bahawa jejaka itu hanya memakai swimming trunk.

"Ya Allah mataku!" bisik Dhia. Dengan pantas dia cuba bereda dari situ. Malangnya, Dhia yang sememang terkenal dengan kelam-kabutnya tidak sedar bahawa dia telah melanggar lelaki itu.

"Arrgghhh!!"

Kuat teriakan Dhia, sakit di punggungnya sudah tidak terkata.

Lelaki itu memandang Dhia yang terduduk kesakitan dengan pandangan hairan.

'Mana pulak minah ni datang?'

Dhia yang dalam kesakitan terus bangun. Punggungnya terasa sengal. Dia mendengus dengan kuat.

"Hoi! Tak Nampak ke saya lalu tadi? Yang awak berdiri aja dekat situ kenapa?" marah Dhia. Mukanya merah menahan malu dan marah. Lelaki itu memandang Dhia sambil mengerut dahi.

Kemudian dia berkata dengan nada kuat dan terkejut, "You again? That lady from this morning?!"

Dhia memandang wajah jejaka tampan itu. Kulitnya putih sedikit kemerah-merahan.

'Ish lelaki bangang ni lagi. Mamat nilah yang buat aku bengang pagi-pagi.'

"Oh it's you. That rude guy." Kata Dhia dengan mendatar. Apalah nasib, jumpa lagi mamat kurang manners ni lagi.

"Lady, you really like to bump into people, huh? How can you not see me here? Butakah?!" marah jejaka itu lagi.

'Oh, boleh cakap melayu rupanya. Ceh, action speaking London konon.' Kutuk Dhia dalam hati sambil mencebik.

"Excuse me, awak yang berdiri depan saya. Masa saya pandang depan, awak tak ada, bila saya pandang lagi, awak dah langgar saya! Siapa suruh berdiri sini?!" marah Dhia. Dia sememang sudah hilang sabar dengan lelaki mulut celupar ini. Kalau boleh, nak aja dia tolak lelaki itu balik ke dalam kolam renang.

"Siapa suruh tak pandang depan bila jalan? It's your fault. Memang dari mula lagi saya dah agak, awak memang buta!" marah lelaki itu.

"Sudah! Move! Get out of my way!" jejaka itu kemudian menolak Dhia ke tepi.

Pada saat itu Dhia tidak sempat mengimbangi badannya, dengan lantai yang licin, dia terjatuh dalam kolam renang.

Lelaki itu terus sahaja berlalu tanpa menoleh. Dia tahu wanita itu jatuh ke dalam kolam.

'Ah! Biarlah! Dah besar gitu tak kan tak tahu berenang.'

"TOLONG!!!!" teriak Dhia sekuat-kuat hati. Satu rahsianya ialah, dia, TIDAK TAHU BERENANG!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience