Bab 68

Romance Series 106380

BERKERUT dahi Juwita menahan rasa ngilu. Betullah kata orang, anak lelaki ni kerjanya menyusu saja. Kadang tu, baru nak lelapkan mata Haqiz Hakimi pasti akan merengek minta susu. Namun Juwita tak pernah mengeluh walaupun dia tak cukup tidur kerana dia tahu, nikmat itulah yang akan dirinduinya suatu hari nanti. Jadi dia gunakan masa dan peluang yang ada untuk menikmati setiap detik bahagia itu.

"Sayang, lepas ni sayang mandi ye. Abang dah siapkan air mandian sayang. Lepas tu sarapan. Nanti dalam pukul sepuluh, tukang urut datang nak urut. Sayang dah perah susu, kan?" Zailani melabuhkan duduk di sebelah Juwita. Wajah Haziq yang sedang menyusu ditatapnya. Tersenyum dia melihat wajah comel itu.

"Dah pam subuh tadi. Nanti abang kena rendamlah masa Ju berurut." Juwita menunduk memandang wajah Haziq.

"Abang lupa nak bagitahu. Petang nanti ada tetamu nak datang. Haris bagitahu semalam." Juwita kerut dahi.

"Siapa?" Zailani jungkit bahu. Dia sendiri tidak tahu siapa. Sebaik saja Haziq melepaskan puting, Juwita segera menyerahkan Haziq kepada Zailani.

"Hati-hati ye." Sempat Zailani berpesan apabila Juwita mencapai tuala mandi. Juwita hanya tersenyum.

Segar terasa badannya setelah mandi. Kelihatan Haziq yang telah lena di dalam baby coat. Kelihatan secawan milo dan roti terletak di atas meja, Juwita tersenyum lalu segera mendapatkan sarapan paginya.

Berpusing kepalanya mencari Zailani, namun hampa. Bayang suaminya itu langsung tidak kelihatan. Mungkin telah turun ke bawah sebaik saja Haziq lena.

Petang itu, Juwita menanti dengan sabar tetamu yang ingin menziarahinya. Puas dah diperah otaknya namun masih tidak mampu menangkap siapa gerangannya.

Ketukan di pintu membuatkan Juwita segera memberi reaksi. Nampak sangat tak sabar.

"Sayang, kita turun jom. Tetamu dah sampai." Zailani menghampiri Juwita yang duduk tenang dibirai katil.

"Siapa yang datang?" Juwita tetap mahu menyoal.

"Abang sendiri pun tak kenal, macam mana nak cakap." Zailani tersengih.

Juwita jungkit bahu. Dengan berhati-hati dia melangkah keluar dari bilik. Haziq berada dalam kendongan Zailani. Anak ayah sungguh tau. Asal ada Zailani, mesti lena je tidurnya.

Langkah kaki Juwita kaku saat melihat tetamunya. Namun sedikit demi sedikit bibirnya mengukir senyum.

"Apa khabar, Ju?" Sapa figura itu.

"Alhamdulillah. Sihat." Juwita melabuhkan punggungnya di sofa berdepan dengan tetamunya. Dia kalih pandangan pada Haris. Keningnya di naikkan sedikit minta penjelasan. Melihat reaksi Juwita, Haris melepaskan tawanya.

"Apa yang lucu?" soal Juwita dengan wajah bersahaja.

"Dah sampai rupanya bakal menantu papa." Tuan Mansur menegur. Juwita melopong mendengar kata-kata Tuan Mansur. Namun dalam masa yang sama, dia gembira.

"Ju kenal Khaty?" Juwita mengangguk apabila diajukan soalan begitu.

"Hari ni Khaty akan makan malam di sini. Minggu depan Pak Ngah nak pergi meminang Khaty." Khaty tertunduk malu. Juwita sekadar memerhati kelakukan Khaty.

Nampak sangat lain penampilan Khaty. Tampak lebih sopan dan manis. Bahkan sikap gediknya juga jelas tidak kelihatan.

"Haris nak kahwin?" Sengaja Juwita menyoal. Juwita yakin Haris telah berterus terang dengan Khaty siapa dirinya.

"Yela. Takkan aku nak membujang sampai tua. Kesian papa dengan mama nak cucu." Tuan Mansur ketawa dengan jawapan Haris.

Benar, dia mengharapkan waris dari Haris. Namun dalam masa yang sama, dia tidak mahu memaksa. Biarlah Haris menentukan sendiri jodohnya.

"Syukurlah. Itulah tak suka sangatkan, sudahnya kawan ni jugalah yang dia nak buat bini." Pedas sekali sindiran Juwita. Haris ketawa.

Khaty tersengih faham maksud sindiran Juwita. Memang selama ini Haris sering mengelak darinya. Sejak peristiwa di restoran itu, Khaty nekad untuk berubah.

Tapi siapa sangka akhirnya mereka bertemu semula setelah berbulan Khaty menjauhkan diri dari Haris. Dia benar-benar cintakan Haris. Namun apabila melihat senyuman bahagia Haris bersama Juwita, dia dengan rela hati melepaskan perasaan itu demi melihat Haris bahagia.

Cinta tidak semestinya memiliki. Namun siapa sangka akhirnya mereka dipertemukan semula dan semenjak hari itu, hubungan mereka menjadi rapat. Bahkan Haris sering menghubunginya tanpa sebarang paksaan.

Khaty ralit memandang Haziq yang lena di tepi Juwita. Entah mengapa hatinya tersentuh. Juwita yang perasan akan reaksi Khaty segera mengangkat Haziq lalu dihulurkan kepada Khaty. Termanggu seketika Khaty.

"Teringin nak pegang, kan?" Khaty menggangguk laju. Lucu sekali reaksinya. Teragak-agak dia cuba menyambut Haziq. Apabila Haziq berada dalam kendongannya, Khaty tersenyum bahagia.

"Haa... dah ada ciri-ciri dah tu. Eloklah dilansungkan cepat." Masing-masing mengalih pandangan ke arah Tuan Nabihah yang sedang menatang dulang menghampiri mereka. Kelihatan juga Zaitun yang turut menatang dulang.

"Makan dulu Ju. Nanti perut masuk angin." Zaitun meletakkan dulang di meja kopi. Juwita mengucapkan terima kasih.

"Jemput minum Khaty," pelawa Tuan Nabihah. Zaitun mengambil semula Haziq dari Khaty.

"Ibu nak mandikan Haziq dulu." Zailani segera bangkit.

"Tak apa ibu. Biar Lan uruskan Haziq. Ibu duduklah dulu." Haziq bertukar tangan. Zailani terus menghilang dari pandangan mereka.

Juwita memerhatikan mereka bersembang, sesekali dia turut menyampuk perbualan mereka. Diperhatikan wajah Haris yang tampak sangat bahagia. Dalam diam, dia memanjatkan doa untuk kebahagiaan Haris.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience