Rate

Bab dua

Romance Series 14721

Ku Hazrael berlari anak di koridor sekolah. Kurang lagi lima minit kelas nak bermula. Berti dia termasuk dalam kategori pelajar yang lewat. Kalau bukan sebabkan keretanya habis minyak, tak perlu dia tolak kereta dia ke stesen minyak yang terletak agak jauh dengan kawasan rumahnya.

Matilah aku! Dahlah hari ni hari pertama aku jejak sekolah ni. Apa aku nak jawab dengan pengetua nanti?

Ian Hazrael mengumpul nafas bersedia bagi memecut lariannya ke bilik pejabat pengetua. Tetapi dalam lariannya, dia melanggar seseorang.

Gedebuk!!!!

"Woi! Kau ni apahal? Kau fikir kat sini ada acara lumba lari ke? Sekiranya nak lari, tengoklah sekeliling dulu. Jangan main rempuh je. Dah macam lembu naik minyak bila terlepas dari kandang!" Marah Kayla Hazel.

What the hell!! Dia samakan muka kacak aku ni dengan lembu laga? Seriously?

"Kau buta ke? Tak boleh nak bezakan muka kacak dengan lembut laga?" Balas Ian Hazrael.

Eh?! Berani dia balas cakap aku. Dia yang salah, kita pula yang kena.

"Aku tak buta. Tapi memang kenyataan kau tu macam lembu laga. Kau lihatlah diri kau tu. Seragam kau pun lencun dengan peluh. Macam mana aku tak labelkan kau seperti lembu laga," kata Kayla Hazel.

Ian Hazrael melihat dirinya. Betul kata Kayla Hazel yang dia basah lencun dengan peluk.

"Err?"

"Dahlah malas aku nak layan kau ni. Buang masa tu. Oh ye, sebelum tu, kau pergilah mandi pastu tukar seragam kau tu. Dah bau tenuk pun ada. Assalamualaikum!" Perli Kayla Hazel.

"Waalaikumussalam,"

Ian Hazrael hanya menhantar pandangan sehingga Kayla Hazel pergi.

.....

Mingguan orientasi untuk pelajar baru pun di mulai. Kayla Hazel di tugaskan untuk menjadi ketua mingguan orientasi itu. Pada mulanya dia tak nak. Tapi di paksa juga oleh pengetua sekolah. Pelajar-pelajar yang lain tidak membantah kerana takutkan dia.

"Assalamualaikum dan selamat sejahtera!!! Saya Kay dari kelas seni dan juga selaku ketua mingguan orientasi memerangkap sebagai ketua pelajar bagi pelajar-pelajar perempuan. Serta pengetua dan cikgu-cikgu yang lain di Mon't Kiara International School mengalu-galu ke datangan kamu semula ke sini. Saya malas nak berucap banyak, saya serahkan kepada penolong mingguan orientasi," kata Kayla Hazel lalu serah microfon kepada pelajar lelaki.

Seorang pelajar perempuan berdiri di belakang pintu dewan. Dia menjadi ragu-ragu untuk masuk ke dalam tanpa dilihat oleh penitia-penitia yang bertugas duduk berbaris di atas pentas.

Mata seorang lelaki sempat melirik kepada pelajar perempuan yang curi-curi menyusup masuk di antara barisan pelajar perempuan.

"Hei kamu! Mari sini!" Arah pelajar lelaki itu.

Pelajar perempuan itu berdiri seperti patung kerana terkejut bila namanya di panggil.

Matilah aku! Macam mana boleh kantoi ni?

"Kau pekak ke bisu?Aku panggil kau kan!" Bentak pelajar lelaki itu.

Lagi sekali pelajar perempuan itu terkejut.

"Cepatlah perempuan!" Tengking pelajar lelaki itu.

Pelajar perempuan itu teragak-agak untuk pergi ke pentas dewan. Hatinya dari tadi tak habis berdoa agar dia tak kena hukum.

"Kau kenapa datang lambat?" Tanya pelajar lelaki itu.

Pelajar perempuan itu hanya membisu.

"Saya.... Saya....." Jawab pelajar perempuan itu tergagap.

"Saya apa?" Tengking lelaki itu lagi.

"Saya tertinggal bas sekolah," jawab perempuan itu dengan laju seperti di kerja oleh hantu.

Lelaki itu mengangkat keningnya.

"Sumpah dengan demi allah saya tak tipu!" Kata perempuan itu dengan sungguh-sungguh.

"Baiklah kalau kau dah siap main sumpah. Aku lepaskan kau. Lain kali kau lambat, aku hukum kau. Kau boleh masuk barisan," kata lelaki itu dengan nada lembut tak menengking macam tadi.

"Terima kasih," ucap perempuan itu lalu turun dari pentas.

"Kau lepaskan dia macam tu? Kalau dia tipu macam mana?"Tanya Kayla Hazel.

"Dah dia main siap bersumpah dengan allah bagai. Aku nak buat apa lagi. Kalau dia tipu, tu hal dia dengan allah. Bukan kita yang menghapuskan dosa dia," jawab lelaki itu.

Kayla Hazel tidak boleh nak kata apa-apa. Kalau lelaki itu sudah cakap macam itu.

MOS tamat awal. Tiada apa yang menarik tentang. Mereka hanya berlatih lagu sekolah, membaca akur janji serta membaca moto dan visi sekolah.

Setiba di kelas, Kayla Hazel menuju ke mejanya. Si sebelahnya ada tanda nama 'Ian Hazrael'. Lima minit kemudian, pengetua datang bersama dengan pelajar lelaki.

"Assalamualaikum!!! Maaf saya menganggu kalian. Saya ada bawa pelajar baru ni. Dia akan sekelas dengan kalian. Dan saya harap kalian boleh ajar selok belok sekolah kita," kata pengetua.

"Baik puan," balas pelajar-pelajar itu.

Ian Hazrael pun di mintak duduk di tempatnya. Ketika dia melabuh punggung di kerusi, Kayla Hazel buat-buat tidak nampak dan pura-pura main telefonenya.

Buat-buat tak nampaklah tu. Fikir kita tak tau yang dia dari tadi mengintai kita.

Apahal mamat ni duduk sebelah dengan aku. Macam takde tempat lain je. Dekat sebelah aku juga nak duduk.

Tidak lama, cikgu lelaki masuk dan kelas pun bermula.

Maaf kalau hambar... Kalau ada salah setiap perkataan or ayat bagi tau eh... Nanti Silenziosa baiki... Tq so much sbb sudi baca cerita Silenziosa yang tidak berapa ni..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience