Bab 2

Fantasy Completed 13895

Jane melangkahkan kaki masuk ke dalam kawasan pagar sekolah. Gadis itu berhenti sejenak sambil memerhatikan sekelilingnya.
Awal awal pagi lagi dia sudah terpacak di situ.

Bukan apa, sejak dari malam tadi dirinya tidak dapat melelapkan mata. Ada saja perkara yang menganggu.

"jane kau mesti kuat semangat hari ni. Kau tak boleh lemah" bisik gadis itu kepada dirinya sendiri.

Seperti biasa dia menapak ke arah pintu kelas.
Hanya kelihatan beberapa orang sahaja yang berada di dalam kelas.

"eh jane awal kau hari ni? Tak kena tahan ke?? Hahaha" tegur seorang gadis yang lebih dikenali sebagai sarah.

Jane hanya mampu tersenyum. Ya.. Aku datang awal sebab tak nak kena tahan dengan penyangak lelaki tu lagi.
----------
Jam menunjukkan pukul 8. 00 pagi. Jane hanya memerhati rakan sekelasnya berpusu pusu masuk ke dalam kelas. Tak nak kena marah sebab lambat lah tu.

"selamat pagi semua.."
Seorang guru wanita tinggi lampai masuk ke dalam kelas dan berdiri menghadap anak muridnya.

"selamat pagii puan heni" serentak kelas menjawab.

"bagus duduk semua.. Harini saya ada satu berita gembira. Kamu semua.. akan.... dapat kawan baruu! Seronok tak?!" teruja wanita itu sendiri.

Huh?! Budak baru lagi. Semua budak baru yang masuk ke kelas ni semuanya pembuli! Jane mengguman sendiri. Malas nak kisah.

"jane.. Sebelah kamu kosong kan? Jadi biar dia duduk di situ ya?"

Hah? Duduk sebelah aku?! Biar betul. Takkan aku nak biarkan pembuli aku duduk sebelah menyebelah dengan aku. Tak kan!

"jane.. Saya tanya ni?"

"err.. Ya ya.. Puan heni.. Bo.. Boleh" jane hanya tersengih. Apalah nasib.. Nak tolak tak boleh.. Asyik kena terima saja. Jane menundukkan wajahnya.

"hahahahaha sesuai lah budak baru tu dengan jane si hodoh... Duduk sama sama kena buli pun sama sama.. Mesti mereka pasangan secocok hahahahah" Danny bersuara lantang sambil memandang jengkel ke arah jane.

Kata kata lelaki itu disahut dengan gelak tawa satu kelas. Hah nampak sangat semua tak suka aku. Jane hanya mendiamkan diri. Itulah salah seorang penyangak tegar yang selalu membuli dirinya. Harapkan muka sahaja kacak tapi perangai ke laut.

"sudah! Danny diam.. Baiklah silakan masuk pelajar baru"

Dup dap dup dap... Pintu kelas dikuak perlahan. Kelihatan seorang lelaki santai berjalan sambil menyendeng beg sekolah hitam di bahu kirinya sambil ke dua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.

Jane memerhatikan wajah lelaki itu. Wahh... Hensemnya.... Mata biru.. Bibir merah.. Kening dia sungguh menarik perhatian.

Seluruh isi kelas diam kerana asyik memerhatikan lelaki yang berada di hadapan kelas.

"baiklah.. Sila perkenalkan diri kamu.."
Manis puan heni memandang pelajar barunya.. Memang tidak dinafikan.. Wajah lelaki itu agak memukau. Nasib baik dia sudah berkahwin. Hahaha.

Lelaki itu hanya memandang terus ke hadapan tanpa secalit senyuman.

"nama aku kai"

Sebaik sahaja dia menyebut namanya terus dihalakan kakinya melangkah menuju ke tempat duduk betul betul di sebelah jane.

Jane terlopong. Seriuslah dia duduk sini?!
Gadis itu menyelak sedikit rambut panjangnya yang sengaja di ke depankan sehingga menutupi mukanya.
------
Kai menjeling gadis di sebelah. Asal perempuan ni? Aduhai.. Kenapa la bonda suruh aku belajar kat sini?

Sejak dari mula belajar hinggalah tiba waktu rehat. Tidak putus putus orang ingin berkenalan dengannya. Naik rimas.

"hai.. Kai.. Mmm awak nak rehat di mana yaa? Kat sini semua makanan sedap sedap.. Saya boleh teman awak" suara gedik Sarah mula kedengaran seperti singa betina garang yang telah disihir menjadi lembut.

Jane di sebelah hanya mencuri dengar. Sedari tadi.. Tiada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut lelaki itu. Dah bisu ke?

" ishh.. HOI JANE! Kau ni tak reti keluar ke? Tak nampak orang nak bersembang kat sini? Nk menyemak jugak apasal?!" keluar suara singa betina sarah. Matanya mencerlung tajam wajah jane yang hampir semua ditutupi oleh rambut gadis itu.

"ma.. Maaf" segera kakinya melangkah keluar sambil memeluk erat sebuah buku kesayangannya.

Bersembang ke? Aku hanya dengar suara kau je dari tadi. Jane mencebik dalam diam. Protes kononnya.
------------

"hei perempuan hodoh! Kau nak pergi mana tu? Jangan la tergopoh gapah sangat."

Alamak! Apa malang nasib aku.. Tadi jumpa singa betina sekarang masuk ke kandang harimau pula.

"uish.. Terus bisu.. Mentang mentang duduk sebelah lelaki kan?" nyaring Danny ketawa sambil mengangkat kening kepada rakannya.

Baru jane hendak melangkah.. Dengan pantas danny menarik lengannya dan menolak gadis itu hingga tersungkur di tepi longkang.

"hahahahahaha weh gadis hodoh dah jadi gadis longkang!!" kuat suara Danny berkata sambil ketawa.

"eh jap jap.." tangannya mencapai satu botol plastik yang berada di dalam tong sampah.
Dia menceduk air longkang dan dituangkan perlahan lahan di atas kepala jane.

Terbeliak mata jane apabila air hanyir itu menyirami tubuhnya.

"ni baru gadis longkang original hahahahahahahahahah" ketawa Danny sambil disahut oleh semua pelajar yang lalu lalang di situ. Tiada. Tiada sesiapa yang mahu menolong gadis itu.

Jane melihat buku kesayangannya yang sudah basah. Air matanya bertakung. Pantas gadis itu bangun dan berlari pergi dari situ menuju ke kolam di belakang sekolah. Tidak ada gunanya dia pergi ke tandas kerana dia pasti akan diperlakukan lebih teruk daripada ini jika ada orang didalam tandas itu.

Jane mengesat air matanya yang sudah meluncur laju di pipinya.
"ibu.. Kenapa nasib jane jadi begini?" tersedu sedan jane cuba menahan tangisannya.

"nah"

Jane Memandang sehelai sapu tangan yang dihulur di tepinya.

Hah? Lantas gadis itu berpusing memandang manusia yang berada di belakangnya. Ka....kai!
Bulat matanya memandang lelaki itu.

"ambik lah" ujar kai sambil melabuhkan punggung di sebelah jane.

"te..terima kasih"

"kenapa kau biarkan si danny tu buli kau?"

Hah? Terkebil kebil mata jane memandang lelaki di sebelahnya. Soalan apa tu?

"kau ni lembik kau tau tak?" sinis kai berkata.

"a.. Awak pun datang sebab nak bu.. Buli saya ke?" ujar jane perlahan sambil menundukkan wajahnya.

"kau tengok aku jahat sangat ke? Tapi.. Mm bagus jugak cadangan kau tu.." selamba lelaki itu membalas lalu bangun dan meninggalkan gadis itu di situ sendiri.

"takkanlah.. Aku ingat aku akan ada kawan. Rupanya semua orang sama sahaja!!" jerit
Jane lalu menekup wajahnya dengan sapu tangan dan menangis sepuas hatinya.

Share this novel

mean2girl
2019-12-06 09:04:05 

Best!!!


NovelPlus Premium

The best ads free experience