Aku meliarkan pandangan ke sekeliling. Macam mana aku boleh ada kat sini? Bukan aku ada dekat office ke? Aku teringat kejadian yang menimpa diri aku. Seraya itu, aku menghalakan pandangan ke arah pakaian aku. Nasib baik, masih terletak elok pada badan. Aku ingat aku dah jadi 'mangsa'orang tua gatal tu. Aku menghela nafas lega.
"Kau dah sedar? " suara seseorang menegur. Bahu aku terhenjut sedikit kerana terkejut. Nasib aku tak melatah tadi.
"Kau tak reti bagi salam ke apa hah?" seraya itu aku menggosok dada bagi menenangkan diri. Aku melihat dia dengan pandangan tidak puas hati.
"Sorry lah wei, aku cuma happy kau dah sedar" Aira tersengih. Dia mengambil tempat disebelah aku.
"Yelah, ada air tak? Aku haus" aku membalas senyuman Aira. Entah kenapa tekak aku terasa kering.
Tidak lama kemudian, Aira membawa aku secawan air. Dia menghulurkan air tersebut kepada aku. Air tersebut
bertukar tangan. Aku minum air itu seteguk. Ah, leganya!
"Anis, nanti call Afiq. Dia pesan kalau kau dah sedar call dia." Aku tersentak. Kenapa aku kena call dia? Kalau bukan kerana dia tak tunaikan syarat, mungkin tak akan jadi macam ni. Sejujurnya,aku terasa dengan Afiq Raihan.
"Nantilah,aku call dia." balas aku acuh tak acuh. Aku minum air tadi seteguk lagi. Kenapa dia sibuk nak ambil tahu pasal aku? Aku beriak selamba.
"Kau ni, kau tahu tak yang dia selamatkan kau! Baik kau call dia sekarang!" balas Aira dengan nada tegas. Dia bercekak pinggang sambil mencerlung mata kepada aku.
"Uhukk" Aku tersedak. Aira menepuk perlahan belakang aku. "Anis,kau ok tak ni? Aku bukan apa kalau bukan sebab Afiq Raihan tak tahu la apa jadi kat kau. "
Aku minum seteguk lagi air untuk melegakan tersedak tadi. "Kau tahu tak dia yang angkat kau balik rumah aku" tambah Aira. "Burr.. " Aku tersembur. Muka dan pakaian Aira basah. Muka dia memerah. Dia membuntangkan mata ke arah aku.
"Apa kau ni, tak senonoh betul la?!" marah Aira. Aku tersengih macam kerang busuk. "Sorry,wei! Aku tak sengaja. Tapi seriuslah dia angkat aku?!"aku macam tak percaya dengan apa yang Aira cakap tadi. Afiq Raihan selamatkan aku?! Dia angkat aku?! Lagi?!
"Iyer.. Dah aku nak pergi tukar baju. Baik kau call dia sementara tunggu aku" arah Aira. Lalu,dia beredar dari bilik aku.
Aku cuba mencerna semula kata kata Aira. Rasa bersalah menguasai diri sebab menyalahkan Afiq Raihan tadi. Tapi salah dia juga! Aku mengeluh. Sekarang, nak call ke tak nak? Aku berpeluk tubuh. Ah, call jer lah!
Lantas, aku mengambil telefon lalu nombor Afiq Raihan ditekan. Tidak lama kemudian,talian disambungkan.
"Mak cik kau dah sedar? " suara Afiq Raihan keluar dari corong telefon. "Hmm" balas aku acuh tak acuh. Saja nak bagi dia sedar diri sikit yang dia tu salah.
"Aku tahu lah aku salah,ermm sorry eh" nadanya selamba. Tak menunjukkan langsung rasa bersalah. Aku macam tak percaya itu jer dia cakap lepas semua benda ni jadi?! Tak boleh jadi ni?! " Kau ingat senang aku nak terima permohonan maaf kau tu?! Aku trauma tau tak?! Trauma?! " nada suara aku meninggi.
Aku tak tahu macam mana ayat trauma tu terkeluar dari mulut aku sebab itu saja yang terlintas di fikiran. Rasa nak tepuk mulut sendiri jer! Apa lah yang kau merepek ni,Anis!
"Aduh, Yelah. Aku bagi kau cuti seminggu! Puas hati? Tak payah nak merajuk sangat. Suruh tunang kau tu pujuk! Tak kuasa aku nak pujuk kau. " sindir Afiq Raihan. Aku tersenyum kemenangan. Hati aku berbunga bunga bila dengar mamat tu bagi cuti.
Hilang terus kemarahan aku tadi."Ok, kalau macam itu confirm hilang trauma aku." Sekali lagi, aku mengukir senyuman. "Nanti kita ada meeting dekat Ampang. Lebih kurang 3 hari 2 malam jugak la sebab projek besar. Kita pergi naik kereta aku. So, aku akan ambik kau nanti. Kau prepare la apa yang patut." terang Afiq Raihan panjang lebar.
"Ok, baik boss!"Tahulah apa aku nak prepare nanti sekarang ni nak fikir seminggu ni nak buat apa! "Dah seminggu cuti jangan makan je kerja. Bersenam sikit kau makin berat tahu tak?! " sempat lagi perli aku. Darah aku mula menyirap. Ah, cari gaduh betul la dia ni!
"Kau.." Tiba tiba talian diputuskan. Aku merengus,saja lah tu nak cari pasal! Aku mencebik. Siaplah mamat tu nanti aku kerjakan! Aku mengepal penumbuk.
"Oi, dah call ke belum? "tanya Aira sebaik saja selesai menukar baju. Aku hanya menunjukkan riak biasa.
"Dah, dia bagi aku cuti seminggu" kemarahan aku tadi terpadam seketika. Aku mengukir senyuman
"Seriuslah?!" tanya Aira dengan riak muka tak percaya. "Yer,aku rasa nak balik ipoh lah..lagipun tak lama lagi kan aku nak kahwin" Aira hanya mengangguk setuju dengan kata kata aku.
Aku membersihkan diri sebelum mula mengemas beg untuk pulang ke Ipoh.
Aira juga akan tolong aku nanti. Aku bercadang untuk pulang ke Ipoh pada esok pagi. Aku hanya memikirkan tentang persiapan majlis perkahwinan aku nanti. Aku dah ready ke? Monolog aku sendirian.
???
Setibanya aku dirumah ibu dan ayah,aku meletakkan kereta. Aku mengulum senyuman apabila melihat rumah mereka. Rindunya!! Lantas,Aku melangkah keluar dari kereta lalu mengambil beg pakaian di bonet kereta.
Aku mengetuk perlahan pintu rumah. Tidak lama kemudian,pintu dibuka. Aku tersenyum melihat gerangan yang membuka pintu lantas aku memeluknya.
"Anis,kenapa balik tak bagitahu ibu dengan ayah?" terkerut kerut dahi Puan Aimi melihat anak gadisnya pulang tiba tiba. Seraya itu,dia membalas pelukan Anis Raihanna. Terubat juga rindunya pada dia.
"Maaf lah ibu, Anis saja nak buat surprise untuk ibu dengan ayah." Aku tersengih. Puan Aimi hanya mengeleng-gelengkan kepala melihat telatah anaknya. "Jom masuk,ayah ada kat dalam". Aku hanya menurut.
"Bila kamu balik, ibu tak cakap apa apa pon dekat ayah?" Seraya itu, Encik Zahid memandang isterinya inginkan kepastian. Puan Aimi hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. Terbit senyuman dibibirnya.
Aku tersengih lalu menyalami tangan kedua dua ibu bapaku. "Sebenarnya, Afiq bagi Anis cuti jadi Anis balik la rumah lagipun mesti ibu sibuk dengan persiapan majlis perkahwinan Anis kan?" terang aku panjang lebar. Malas mahu berdalih lagi penat wei!
"Oh,Anis pergilah berehat dekat bilik. Mesti penat kan. Nanti waktu makan ibu panggil" Aku mengangguk sebelum pergi ke bilik. Ah,penatnya!
Aku meletakkan beg pakaian disisi katil. Tudung dibuka lalu digantung.Tanpa membuang masa, aku terus merebahkan diri ke atas katil. Baru saja, ingin melelapkan mata satu notifikasi masuk.
Siapa pulak mesej masa orang nak tidur ni?! Hish,kacau betullah! Aku mengambil telefon di meja bersebelahan katil. Terpapar nama tunang aku di skrin telefon. Aku membuka mata luas luas. Kenapa dia mesej? Aku tertanya tanya. Lantas,peti masuk mesej dibuka.
"Assalamualaikum,awak saya nak tanya..awak boleh balik ke minggu ni?
Sebab hantaran dengan baju pengantin tak siap lagi. Cincin pun tak beli lagi. Saya harap dapat siapkan semuanya dengan awak.??
Aku tersentak. Segar terus mata aku bila baca mesej tu. Mungkin ini peluang aku untuk meluangkan masa dengan dia. Sebelum aku bergelar isteri dia.
"Waalaikumusalam,awak saya ada dekat rumah ibu. Saya dapat cuti seminggu. Saya okay je dengan cadangan awak. Bila kita nak pergi beli?"
Sebaik sahaja mesej itu dihantar aku menghela nafas lega. Mungkin lepas ni aku kena cuba mencintai dia? Mungkin juga aku perlu buka pintu hati aku ni untuk dia? Aku mengeluh sendirian.
Baru saja aku mahu melelapkan mata, satu notifikasi masuk. Aduh,siapa lagi ni. Aku nak tidur la?! marah Anis Raihanna. Seraya itu,dia masih cuba melihat siapakah gerangan yang menganggu tidurnya.
Dia membuntangkan mata. Tertera nama Haiqal Iskandar yang menghantarnya mesej. Peti masuk mesej dibuka.
"Maaf ganggu awak. Kalau macam tu,esok saya ambil awak pukul 8 pagi. Can't wait to see you dear. See you soon! "
Tanpa dia sedari, dia mengulum senyuman. Dia makin yakin dengan pilihan hatinya.Dia kembali melelapkan mata.
"See you soon too, Haikal Iskandar"
???
"Selamat pagi,umi,abah." Seraya itu,dia menghadiahkan senyuman kepada mereka berdua. Bibirnya sentiasa mengukir senyuman pada pagi ni.
"Selamat pagi,Is. Amboi,happy jer anak umi pagi ni. Ada apa apa jadi ke?" tanya Puan Hazwani kepada Haiqal Iskandar. Pelik dengan kerenah anak terunanya yang satu tu. Kalau senyum je memanjang ada la benda jadi. Dah masak sangat dengan kerenah Haiqal Iskandar.
"Apalah awak ni biarlah dia nak happy..Dia tengah bahagia la tu. Awak nak dia sedih pulak ke apa?" bidas Encik Hazwan. Dia membalas sapaan anaknya tidak lama kemudian.
Puan Hazwani telah tarik muka. Merajuk barangkali dengan kata kata Encik Hazwan."Abang ni,saya tanya jer bukan saya tak suka dia bahagia ke apa?" celah Puan Hazwani. Dia mencebik sambil menjeling kearah Encik Hazwan.
Haiqal Iskandar tertawa kecil dengan kerenah umi dan abahnya. Dia kagum dengan kebahagiaan yang dikecapi oleh ibubapanya walaupun telah lanjut usia. Dia hanya mendoakan segalanya dipermudahkan olehNya.
"Is,nak pergi keluar dengan Anis pagi ni umi. Dia cuti sebab tu Is ajak dia keluar boleh uruskan persiapan majlis perkahwinan kami" terang Haiqal Iskandar panjang lebar.
"Oh,patutlah happy semacam jer nak keluar dengan tunang rupanya ya anak umi ni." Puan Hazwani mengulum senyuman. Haiqal Iskandar sudah menunduk malu lagaknya.
"Is,pergi dulu ya ummi. Nanti Is sarapan dengan Anis kat luar."
Seraya itu,Haiqal Iskandar mencium tangan Puan Hazwani. Puan Hazwani hanya mengangguk.
"Abah,Is pergi dulu. Nanti jangan lupa pujuk umi pulak ya." seloroh Haiqal Iskandar. Encik Hazwan tergelak kecil sebelum bersalaman dengan anaknya.
"Jangan risau,abah tahu la apa nak buat dengan umi kamu tu. Bawa kereta elok elok."
Puan Hazwani dan Encik Hazwan menghantar anak mereka ke luar pagar sebelum berlalu masuk ke dalam rumah. Mereka tersenyum bahagia melihat kegembiraan Haiqal Iskandar. Moga berkekalan hingga ke akhirnya doa mereka didalam hati.
???
"Anis,cepat! Iskandar dah sampai" laung Puan Aimi. Dia bercekak pinggang. Encik Zahid pula hanya mengeleng-gelengkan kepala melihat isterinya.
Tergopoh gapah Anis Raihanna berjalan ke ruang tamu. Bukan apa dia bangun lewat hari ni akibat terlalu letih memandu kereta semalam.
"Ya,ibu. Anis datang ni."
Dia melangkah dengan laju. Sempat juga dia melihat pantulan dirinya di cermin. Tak nak la nampak selekeh pula depan bakal suami dia nanti. Kalau depan Afiq Raihan,lainlah. Aduh,yang kau fikir pasal Afiq pulak ni dah kenapa Anis!
"Ayah, ibu, Anis pergi dulu. Assalamualaikum" Dia menyalami tangan kedua dua ibubapanya sebelum berlalu pergi.
" Jaga perangai tu elok elok sikit. Jangan balik lewat sangat. Kamu tu belum berkahwin lagi" nasihat Puan Aimi kepada Anis Raihanna. Namun, Anis terlebih dahulu telah berlalu pergi. Dia mengeluh kecil.
"Sorry, awak. Saya lambat. Lama ke awak tunggu saya?" tanya Anis Raihanna sebaik saja masuk kedalam kereta Haiqal Iskandar.
Lelaki itu hanya tersenyum melihat Anis Raihanna yang kelam kabut.
"Saya baru je sampai. Awak ok tak ni? Awak dah sarapan?"
"Saya ok je cuma penat sikit sebab drive semalam. Saya belum sarapan lagi. Awak?" Anis Raihanna tersengih.
"Oh,yeke? Awak tak penat ke nak shopping ni? Kalau penat,awak rehatlah. Kita pergi lain kali. Saya pun belum sarapan lagi ni." nada risau jelas suaranya.
Ya Allah,caringnya tunang aku! Tolonglah wahai hati terimalah dia! Monolog Anis Raihanna sendirian.
"Saya ok lah awak. Jomlah kita shopping" pujuk Anis Raihanna.
"Kalau macam tu kita pergi sarapan dulu ok?" Haiqal Iskandar mengukir senyuman yang mampu mencairkan hati mana mana perempuan kepada Anis Raihanna. Anis Raihanna hanya mengangguk tanda setuju sebelum menghalakan pandangan ke luar tingkap.
Kereta itu dipacu laju oleh Haiqal iskandar.
Share this novel