BAB 8

Horror & Thriller Completed 1513

‘Aku akan ambil nyawa kau tepat pada masa kau ambil nyawa orang yang aku sayang’

Perkataan di cermin sudah bertukar. Bukan lagi perkatan pembunuh.

“Adi!” Jerit Qaisara.

“Adi!” jerit Qaisara lagi. Namun suaminya belum muncul. Dia mahu suaminya datang dan lihat semua itu. Dia tak gila. Dia memang nampak tulisan itu dan dengar lagu yang sama berulang kali.

“Adi!” Qaisara keluar dari bilik dan berlari-lari di sekitar rumah mencari suaminya.

“Qaisara …you ni dah kenapa? I kat sini.” Adi memanggil isterinya. Dia muncul dari dapur dan melihat Qaisara mencari-cari dirinya.

“Adi you kena ikut I…” Qaisara menarik tangan suaminya. Dia mahu menunjukkan tulisan di bilik kepada I. Namun bila sampai di bilik tulisan itu tiada.

“Qaisara … apa yang you nak tunjuk kat I.” tanya Adi. Mereka berdiri di hadapan meja solek.

“Tadi ada tulisan kat sini… ada lagu getaran jiwa.” ujar Qaisara lemah. Ke mana hilangnya tulisan tu. Macam mana tulisan tu boleh hilang.

“Qaisara … please… I nak you sedar yang semua ni cuma ilusi. Jangan biarkan emosi you mengatasi akal waras you. I tak nampak apa-apa tulisan atau dengar lagu pun. Itu semua cuma perasaan you…”

Qaisara diam. Tak mungkin itu cuma perasaan dia. Dia nampak tulisan tu jelas ada dan wujud lagu itu pun betul ada. Siapa orang yang mahu menganiaya dia. siapa orangnya yang menuduh dia pembunuh. Namun dia tak boleh memaksa Adi untuk turut percaya. Dia yakin ini semua angkara Iskandar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience