2

Short Story Series 1175

Malam tu, kami bertiga makan diluar di kedai char kuey taw tepi longkang berdekatan dengan company kami. Niki bersuara "Weh korang dah tahu korg dapat kerja shift apa? Aku dapat shift C wehhh. Esok aku start kerja pagi pukul 7. Korg?". "Aku dan Sya masih kerja normal shift lagi, kerja pukul 8 pagi. Hehehheh". Kata Zetty sambil mengunyah timun nasi lemaknya. "Alahai bestnya dapat tidor lama sikit. Aku kena kerja awal pagi pulak. Nasib baik kerja pagi 4 hari jaa. Lepas tu cuti dua hari and lepas tu kerja malam 4 hari. Leh la cuti tu aku jumpa mat rip. Hehhehe". Mat rip tu merupakan teman lelakinya selama 3 tahun yang merupakan kelas kami juga. Tapi dia praktikal di company lain yang turut di penang juga.

*Keesokan harinya*

Dalam aku memakai jumpsuit aku, aku terserempak dengan Aman dan Kevin diluar. "Eh, korang kerja pagi ni? Bukan kerja shift dah ke?" Kata aku dengan muka provoke. "Kita dah start kerja ah ni, tak nampak ke muka kami mengantuk bangun awal ni. Kita org kerja shift C." Kata kevin sambil menguap. "Mana lagi sorang kawan kau si Ajid tu? Mana dia? Tak nampak pun".Kata aku memandang keliling mencari si Ajid. " ala hai dia tu kerja shift A, jadi dia cuti hari ni. " Selepas tu kami masuk ke department kami membuat kerja.

Waktu balik, Kak Nurul memanggil anak² buah nya meeting untuk menentukan waktu kerja masing2.
Kak Nurul: "Sya kamu tak kisah ke nak kerja shift mana2 pun?".
Aku: Saya tak kisah mana² pun kak.
Kak Nurul: Kalau macam tu, Kak bagi kamu kerja shift A yaa. Devi dengan Ram kamu macam mana pulak?
Devi: Saya ikut Ram je sebab saya naik dengan dia.
Kak Nurul: Kalau macam tu saya bagi kamu dengan Ram di shift B ya.

Lepas kami beredar pulang setelah tibanya waktu. Aku teringat sapa ya yang kerja shift A juga. Oh Ajid laaa. Aku tengok jadual, esok dah mula start kerja pagi. Esok pasti aku jumpa dengan dia. Nasib baik la aku ada geng.

*Keesokannya*
Aku nampak ajid pagi tu sedang memakai jumpsuit dan menegurnya. Aku mengejutnya.

Aku: Hah! Hai geng! Kau Ajid kann?
Ajid: Woi sya.. Kau kerja shift A juga ke? hahhahha ada geng ah cam ni.
Aku: Ahhh aku dapat shift A jugak.
Ajid: Kau kenal tak Hadi? Dia partner aku nanti Kita kena handle mesin kat belakang tu.
Aku: Entahla weh aku tak jumpa sapa² pun lagi weh. Hahhahha

Semasa aku dan Ajid nak masuk pintu tu, Aku terserempak dengan budak² Shift C yang baru habis shift mereka. Aku nampak budak kelas aku Acap. Aku sempat menegurnya. Maklum la dah lama tak jumpa. Aku sempat berkenalan dengan QA² kerja tetap disitu. Salah satunya Kak yanti, warga indonesia yang berkerja disitu. Mostly disitu pekerja warga indonesia yang umurnya lebih kurang umur aku iaitu 20 tahun. Mereka sudah mengikat kontrak selama tiga tahun disitu selepas tamat sekolah mereka. Aku juga berkenalan dengan Hadi yang merupakan partner Ajid. Hadi warga negara sini merupakan tua daripada aku dua tahun. Dan sudah berkerja selama dua tahun disini. Dia banyak menceritakan pengalaman dia disini. Kami mungkin akan berkerjasama jika dia memerlukan QA untuk menyemak mesin sebelum mesin tu berjalan. Selain tu, aku turut berkenalan dengan Ita yang juga intern juga. Dia student daripada Uitm. Dan sudah kerja sebagai QA selama sebulan tetapi dia under supervisor lain iaitu Abang Tan. Ita seorang yang agak kasar dalam berbual tapi aku tahu dia baik orangnya. Satu lagi warga melayu juga, aku juga berkenalan dengan Zaki yang merupakan technician disitu. Dia tua daripada aku setahun. Dan juga digilai ramai oleh staft disitu kerana rupa parasnya yang hansem. Dan bermula la pengalaman aku berkerja di sini..

QA - Adalah seorang yang menyemak peralatan atau mesin sebelum ia berjalan.
Technician - Yang menguruskan mesin atau membaiki mesin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience