Prolog

Romance Series 2713

''papa...,''jeritan Aryana mengejutkan seisi keluarga Dato' Azaman.

''kenapa ni sayang?,''tanya Datin Maznah lalu mengusap lembut belakang Aryana.Pertanyaannya itu dibalas dengan gelengan kepala.Tercungap-tercungap pernafasan Aryana seperti baru sahaja berlari jauh,peluh yang sudah membasahi dahinya diseka dengan tangan.

''sayang ,minum air ni,''segelas air kosong dihulurkan kepada Aryana,dia hanya mengikuti arahan itu lalu meneguk air sehingga habis.''Mama,Aryana mimpi lagi perkara yang sama,''kata gadis yang sudah menginjak lapan belas tahun.Wajah kedua-dua orang tuanya dipandang,terlihat kerutan di dahi mereka.

''emm ..Aryana jangan fikir sangat tentang mimpi tu,mimpikan mainan tidur ,''kata Datin Maznah menutupi rasa di hati.''tapi,kenapa setiap malam Aryana bermimpikan perkara yang sama?, ''tanya gadis itu dengan perasaan yang keliru.''emm...Aryana sambung tidur dan rehat secukupnya ...esokkan puteri mama ni nak pergi JB,''Segera tubuh Aryana diselimuti oleh Puan Maznah .

''tidur ye ,sayang ,''lembut sahaja suara yang dikeluarkan oleh Puan Maznah lalu mengucup lembut pipi Aryana.Mereka berdua keluar dari bilik tidur Aryan.

''apa kaitan aku dengan mimpi tu?,''tanyanya sendiri.ah,buat apa aku fikirkan sangat lagipun mimpikan mainan tidur sahaja .perlahan-lahan mata ditutup rapat dan mula memasuki alam bawah sadar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience