Rate

Lelaki paling biadap Bab 13

Humor Completed 61915

"Yo Farid"
Tegur hamdan tersengih-sengih di balik daun pintu pejabat Farid Husin

"Masuk jela gemuk"
Arah Farid Husin dengan wajah berkerut sambil duduk di kerusinya

"Apasal pulak tu.. tak akan datang bulan kot"
Kata Hamdan bila melihat wajah gelisah rakannya lalu menapak ke arah kerusi di depan meja Farid Husin

Farid Husin mengerut dahinya tiada mod melayan kerenah Hamdan kemudian duduk menyandar, menatap kosong siling pejabatnya

Hamdan memperhati tingkah Farid Husin, telinganya hanya mendengar keluhan dari rakannya itu
"Kenapa nie Farid, cuba citer, kalau kau ada masalah?,"

"Mana aku nak cari perempuan nie Hamdan?,"

"Perempuan?,"

Farid Husin mengeluh lagi
"Yelah.. tak akan aku nak cari lelaki"

"Nak buat apa?,"

"Kahwinlah"

Kening Hamdan bertaut
"Tiba-tiba pulak nak kahwin, dah kenapa Farid?,"

Farid Husin memandang Hamdan, di tatap seketika wajah rakannya itu
"Kalau aku tak kahwin, aku tak akan dapat duit wasiat nenek aku"

Wajah Hamdan berkerut hairan
"Duit wasiat?, berapa banyak?,"

"RM500 ribu ringgit, huhu"

"Wow. banyak tu Farid"
Ucap hamdan dengan wajah teruja

"Tau takpe"
Farid Husin tersengih nipis

"Habis tu, apa kena mengena dengan Kahwin?,"

"Itulah masalahnya sekarang, aku kena kahwin dulu untuk dapatkan duit tu"

Hamdan diam menatap Farid Husin, wajahnya berkerut seakan sedang memikirkan sesuatu
"Bukan ke ayah kau banyak kenalan, abang dengan kakak kau kan kahwin dengan anak dari kenalan ayah kau, tak akanlah dia takde rekeman satu pun untuk kau"

Farid Husin terangguk-angguk memandang Hamdan kemudian mengeluarkan sekeping gambar dari poket Blazernya
"Ada.. Tengoklah nie"

Hamdan segera mengambil gambar dari tangan Farid husin lalu melihatnya
"Wow, Yum.. yum.. nie Farid"

"Yum.. yum apa ke benda ye Hamdan?,"
Tanya Farid Husin

"Perempuan nielah, yum.. yum, tiap-tiap malam kau kenyang"
Jawad Hamdan tersengih-sengih

Farid Husin mengeleng kepala
"Tak akanlah aku nak kahwin perempuan macam tu kan,"

"Alaa nie dah kira okaylah, muka pun cun, putih, body pun solid, cuma dada dia jela terlalu over"

"Aku Takde masalah kalau setakat dada dia tu besar, masalahnya terdedah, kalau pakaian dia tu elok sikit, esok jugak aku nak kahwin, kau nak tengok ke aku kahwin perempuan macam tu?,"

Hamdan menghela nafas pelahan
"Betul jugak, kau tu bukan kaki perempuan, bukan kaki clubbing, cuma masalah ye mulut kau jelah berpuaka"

Farid Husin lantas menatap tajam wajah Hamdan
"Kau perli aku ke hamdan?,"

"Aku Jujurlah.."

"Lain macam je jujur kau tu"

"Heyy.. Jujur kau tu lagi lain macam"
Kata Hamdan tersengih

Farid Husin mengeleng lagi, kembali duduk menyadar, menatap atas siling sambil memikirkan perempuan pilihan ayahnya

"Pelan-pelanlah farid, kalau kau taknak kahwin dengan perempuan nie, cubalah cari kat luar sana, berkenalan dulu, dah agak-agak kau dah puas hati, kahwinlaa, selesai masalah"
Ujar hamdan sambil menaruh gambar tadi di atas meja

"Kalau aku ada masa mencari takpe, dahla tengah sibuk sekarang nie, mana ada masa nak berkenalan"

"Lepas selesai semua projek kau tu, pergilah cari"

"Hey kau nie Hamdan"
Farid Husin lantas memandang rakannya semula
"Aku kena kahwin secepat mungkin, wasiat nenek aku tu ada tarikh luput, tinggal dua minggu je lagi untuk aku cari perempuan lain"

"wasiat pun ada tarikh luput?,"

"Arwah nenek aku yang tetapkan"
Farid Husin bangun dari kerusinya, menapak menghampiri Hamdan
"sepatutnya dari tingkatan 5 lagi aku dah kahwin, Ayah akulah tak nak beritahu aku, tahu-tahu je tarikh wasiat nenek aku dah tinggal dua minggu je lagi"

"Dua minggu je lagi?,"
Hamdan memusing kerusinya memandang ke arah pintu pejabat
"Kat luar tu kan banyak awek-awek cun, napa kau tak cuba je tanya?,"

"Itu kawan-kawan akulah Hamdan, tentulah aku tak nak"

"Memilih pulak kau nie time-time macam nie"

"Kau takde adik perempuan ke?,"

"Akukan anak tunggal"

Farid Husin menyandar punggungnya di meja, menatap kosong pintu pejabat, begitu juga dengan hamdan, beberapa detik kemudian Fazura tiba-tiba membuka pintu tanpa mengetuk terlebih dahulu

"Eh kau nie, ketuk lah kalau nak masuk tu, ini main redah sesuka hati kau je"
Tegur Farid Husin dengan wajah berang

Fazura diam, lansung tidak menjawab hanya menapak ke arah meja farid Husin sambil membawa plastik sampah kosong

"Tengoklah tu"
Farid Husin mencekak pinggang, rasa geram bila melihat wajah bersahaja fazura
"lain kali kalau aku tanya jawablah, aku nie kan bos kau, tau tak"

Fazura pantas memandang Farid Husin dengan tatapan geram kemudian menapak laju keluar dari pejabat, sesaat selepas dia menutup pintu, kedengaran bunyi ketukan kuat bertalu-talu dari luar pejabat

"Please masuk"
Arah Farid Husin dengan suara lembut

Fazura lantas membuka pintu dengan wajah masam, menapak laju ke arah meja tanpa memandang Farid Husin dan juga Hamdan yang dari tadi terpinga-pinga melihat tingkahnya dengan Farid Husin

"Camtulah, ketuk dulu, tunggu kebenaran untuk masuk, bila dah dapat kebenaran, barulah masuk, itu pun aku nak ajar"
Kata Farid Husin tersengih sinis seakan mengusik

Fazura tetap diam, tidak melayan kerenah farid Husin, dia membongkok tubuh untuk menarik keluar tong sampah di bawah meja kemudian mengeluarkan plastik sampah yang hampir penuh sebelum menukar plastik sampah yang baru

"Tunggu dulu"
Arah Farid Husin bila Fazura ingin menapak keluar dari pejabat
"kau nak gie mana?,"

"Saya nak gie mengemaslah"
Jawab Fazura dengan nada geram

Farid Husin dengan wajah belagak tersengih sinis menapak menghampiri Fazura kemudian merapatkan wajahnya pada wajah fazura

"marah ke?,"
Tanya farid Husin dengan senyuman sinis kemudian menampar-nampar pipi kirinya dengan perlahan
"Tumbuk pipi aku nie sekarang"

Fazura mengetap giginya menahan geram, selepas kejadian di depan lif Vip, dia terpaksa melakukan bermacam-macam kerja tanpa henti bahkan sehingga di suruh Farid Husin untuk menghantar bermacam-macam dokumen kepada department marketing di tingkat 10

"Cepatlah tumbuk.. tumbuk.. tumbuk"
Arah Farid Husin dengan senyuman sinisnya menjeling pada Fazura

Hamdan melopong melihat adegan luar biasa di hadapannya, hanya mampu menonton tanpa berani mancelah

"Saya tumbuk betul nanti kang"
Ucap Fazura mengetap giginya

"Tumbuk jela, aku kan dah suruh tumbuk.. Aaa tumbuk cepat"
Arah Farid Husin lagi sambil mengoyang-goyang punggungnya

Fazura pantas mengacah-acah menghayunkan penumbuknya ke arah pipi Farid Husin sehingga membuatkan farid Husin mengelupur cuba mengelak dari terkena tumbukkan Fazura

"Tahu pulak mengelak"
Ucap Fazura, penumbuknya masih mengarah ke arah Farid Husin

"kurang ajar betul, betul-betul pulak kau nak tumbuk aku"
Marah Farid Husin sambil mencekak pinggang memandang Fazura

"Encik yang suruhkan!,"
Jawab Fazura bersahaja kemudian menapak laju keluar dari pejabat

"Lahabau punya budak, nak gugur rasanya jantung aku tadi"
keluh Farid husin sambil mengusap dadanya

Hamdan masih terpinga-pinga dengan adegan tadi, kedua anak matanya masih memandang pintu pejabat
"Aku rasa Farid"
Hamdan terdiam seketika, mengalih pandangan ke arah farid Husin

"Cleaner tu, kalau aku tengok betul-betul muka dia cantik juga, walaupun tanpa makeup"
Ujar hamdan sambil memandang wajah farid Husin

"Itu dah lama aku perasan, apa masalahnya?,"

"Cuba kau tanya dia, kalau dia nak kahwin dengan kau?,"

berkerut kening Farid Husin memandang wajah Hamdan
"Dia taknak, aku dah ajak banyak kali dah"

Hamdan terangguk-angguk hanya mendiamkan diri membuatkan Farid Husin merasa hairan dengan tingkahnya

"Kenapa kau diam je?,"

"Diam pun salah"

"Takdelah, tapi kenapa kau tak tanya, mengapa dia taknak kahwin dengan lelaki sekacak aku nie"

"Kau memanglah kacak Farid, masalahnya mulut kau tu je yang tak kacak, berpuaka, so aku tahulah kenapa dia reject"

wajah Farid Husin berubah bengang
"Sakit pulak hati aku tengok kau nie hamdan"

Hamdan diam tidak membalas dengan raut wajah bersahaja memusing-musing kerusinya

"Tapi aku ada idea farid, itu pun kalau kau nak dengar lah"
Kata Hamdan sambil menjeling Farid Husin

"Idea apa?,"

Hamdan segera berhenti memusingkan kerusinya, wajahnya serius memandang Farid Husin

"Apa perasaan kau pada cleaner tu?,"
Tanya hamdan

"Takde apa-apa, kenapa hamdan?,"

"Kau sanggup tak kahwin dengan dia walaupun takde perasaan?,"

Farid Husin diam tidak menjawab, wajah hamdan di tatap seketika dengan kerut di kening
"Kan aku dah cakap dia taknak"

"Aku tanya kau sekali lagi, kau sanggup tak kahwin dengan cleaner tu?,"

"Kau nie dah kenapa hamdan, buat aku suspend je?,"
Tanya Farid Husin dengan nada Hairan

"Jawablah, sanggup ke tak?,"

Farid Husin menarik nafas panjang
"Aku sanggup je kalau dia nak"

Hamdan tersengih tipis,
"Takde masalah pun kalau dia taknak, kita cuba jelah cara lain"

"Cara lain?,"

Hamdan lantas bangus dari kerusi
"Kita perangkap dia,"

"Ha.. kau gila ke hamdan,"

"Kalau kau tak tak nak tak payahlah buat, aku bagi idea je,"

Farid Husin mengusap-ngusap dahinya memandang wajah hamdan, dia tidak menyangka jika hamdan memberi idea seperti itu, walaupun dalam diam dia menyukainya

"Aku cuba tanya dulu abang dengan kakak aku kalau diaorang ada kenalan yang boleh kenalkan kat aku, tapi kalau takde.."

Farid Husin mengeluh berat lalu tersenyum
"baru aku ikut idea kau"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience