BAB 22

Drama Completed 5869

“Apa dia? Insyaallah kalau Issabella boleh tolong,Issabella tolong,” jawab Laila dengan yakin.

“Issabella pujuk atuk masuk IJN ye. Abang bukan apa,semua orang nak tengok atuk sihat,” pohon Mahfis.

“Insyaallah,”

Akibat pujukan Laila dan Fezrol, akhirnya Tengku Hafizi setuju untuk menjaliani pembedahan di IJN. Semua keluarga berasa gembira dengab keputusan yang dibuat Tengku Hafizi. Malah Tengku Hafizi mulai berubah menjadi seorang yang lebih positif.

TIGA TAHUN BERLALU

Laila mengusap perutnya yang mulai membesar. Dia bertuah kerana tidak mengalami sebarang alahan kerana segalanya ditanggung oleh Airel. Fezrol pula bakal mendirikan rumah tangganya dengan Lily iaitu setiausaha Laila sendiri kerana Lily memutuskan hubungannya dengan Jazlan apabila mengetahui lelaki itu curang. Urusan syarikat Laila,semuanya diserahkan kepada Fezrol sementara menunggu Laila bersalin.

Mahfis pula telah berkahwin dengan pilihan hatinya sendiri pada tahun lepas. Tengku Hafizi juga telah menyerahkan segala tugasan syarikatnya kepada Datuk Badlyshah kerana dia ingin berehat. Kebahagian yang dahulunya hilang kini sudah kembali didalam keluarga Tengku Hafizi.

“Sayang,menung apa tu?” tanya Hasby sambil meletakkan air susu di meja ditepi kolam.

“Tak ada apa. Just Laila bersyukur sangat sebab Laila dapat rasa balik kebahagiaan yang selamanya ini Ira impikan. Bukan dari satu keluarga tapi dua keluarga,” kata Laila sambil memeluk lengan Hasby yang duduk disebelahnya.

“Abang tahu sayang. So,sayang nak pergi ke kenduri maksu hujung minggu nie?” Amylia akan melangsungkan perkahwinannya pada hujung minggu ini dengan pilihan keluarga mereka.

“Tak kot sebab due dah nak dekat nie. Risau Laila,mana tahu tiba-tiba bersalin masa maksu bersanding. Tak ke kecoh,” jawab Laila disusuli dengan ketawa kecil.

“Ok,nanti abang call Kak Nurul untuk teman Laila. Mesti sayang rindu dengan Ilham, anak Haziq dan Kak Nurul,” kata Hasby dengan melemparkan senyuman kepada Laila. Laila hanya angguk. Dia memeluk suaminya erat, dia mahu meluangkan masa bersama suaminya itu sekejap sahaja lagi, merasakan kebahagiaan yang dirasainya. SUngguh dia tak menyangka yang dia diberikan sekali lagi kesempatan untuk merasai bahagia. Kesederhanaan ini yang dikceapinya kini, bersama Hasby, kedua buah keluarga mereka dan juga Mak Hasanah sudah cukup baginya. Dia berdoa moga perjalanan kebahagaiaan mereka akan sentiasa berada di landasan yang betul dan sentiasa disirami dengan kebahagiaan berpanjangan apatah lagi ianya nanti diserikan dengan kehadiran cahayamata mereka kelak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience