BAB 32

Romance Completed 67139

          KOTA Venice yang terkenal dengan keindahan pemandangan yang cantik kini dipenuhi dengan orang ramai. Ramai para pengunjung dari pelbagai negara datang melawati kota Venice di bumi Itali itu. Termasuklah Aiden dan Adara yang memilih kota terapung itu menjadi lokasi berbulan madu mereka berdua.

“Nak naik tu!” Adara menudingkan jari pada sebuah gondola yang terapung di atas terusan air yang tak jauh daripada mereka.

“Alright, honey. Alright.” Aiden tersenyum nipis melihat raut wajah isteri kesayangannya yang teruja sejak mereka tiba di sini. Kaki panjangnya berjalan mendekati Adara yang sudah jauh ke depan.

Tak menyabar betul.

Adara yang sedang asyik meliarkan pandangan pada kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan menghentikan langkah apabila Aiden melutut secara tiba-tiba di hadapannya.

Adara menundukkan badan mahu menegur perbuatan suaminya tetapi dihalang oleh Aiden daripada terus berbuat demikian.

“Aiden, nak buat apa?” Tanya Adara pelik, kepalanya ditundukkan memandang wajah tampan suaminya.

“Kenapa tak ikat tali kasut? Nanti jatuh. I don't want you falling for someone else except me, sayang.” Aiden mengikat tali kasut Adara yang terlerai semasa isterinya berjalan tadi. Usai itu, dia kembali bangun berdiri. Pinggang Adara dirangkul.

“Tak perasan tadi, thank you.” Adara mengoyak senyuman manisnya buat Aiden. Memang tak perasan sebenarnya. Nasib ada Aiden, kalau tak mahu terjatuh dia depan orang ramai. Ah malu!

Aiden menundukkan badannya mahu menyamai ketinggian Adara. Membuatkan Adara menapak selangkah ke belakang cuba menjarakkan kedudukan mereka. Pelik dengan Aiden yang tiba-tiba ingin mendekatkan jarak mereka.

Tetapi Aiden menahan tubuh isterinya daripada menjauhi dirinya.

“Aiden...” Panggil Adara pelik. Apalagi yang tak kena lagi ni? Tali kasut dah suami dia ikatkan. Takkan Aiden nak ikat dia pulak kan?

“No, not Aiden sayang. Call me abang.” Aiden membawa tangan Adara pada hujung bibirnya. Kekura tangan Adara dicium lembut. Dagu Adara dicuit.

Tangan Adara digenggam kemas di dalam tangan Aiden. Adara mencelikkan kelopak matanya beberapa kali apabila mendengar perkataan yang meniti di bibir suaminya itu.

“Abang?”

“Yes, sweetcheeks.”

Aiden mencubit pipi gebu Adara sekilas. Bibirnya sudah mengukir senyuman bangga. Dia memimpin Adara menaiki gondola yang dimahukan gadis kesayangannya tadi.

“Abang Aiden.” Panggil Adara cuba mengusik suaminya. Tangannya dilingkarkan pada pinggang Aiden. Dia mendongak merenung sisi wajah suaminya dengan senyuman di bibir. Ingatkan apalah tadi.

Rupanya cik suami nak dia panggil abang rupanya. Sejak bila Aiden jadi comel ni?

“Careful with your words, love.” Aiden mencubit hidung mancung Adara. Membuatkan Adara mengerutkan wajah menahan geram. Jelingan tajam diberikan kepada suaminya.

“Sakitlah, nak kena cubit ke cik abang?” Adara menyilangkan tangan ke dada. Ada yang kena campak dalam air ni karang. Aiden mengigit bibir bawahnya.

“I like it when you call me like that.” Aiden menyebakkan rambut hitam keperangannya apabila ditiup angin. Tiga butang teratas baju kemejanya yang terbuka membenarkan dia merasakan angin sejuk yang menerpa.

“Panggil apa? Abang?” Teka Adara apabila melihat wajah suaminya yang kelihatan teruja mendengar dia memanggil nama panggilan tersebut.

“Kenapa? Sayang tak suka? I don't mind if you want to call me by my name. I like that too.” Adara mengeleng tanda menafikan. Mana ada dia tak suka. Lagi suka adalah!

“Suka. Suka sangat. Mana ada tak suka.” Adara menyakinkan Aiden. Tangan Aiden digenggam kemas di dalam pegangan tangan Adara yang kecil. Aiden melemparkan senyuman.

Dengan berhati-hati, mereka berdua menaiki sebuah bot gondola yang membawa mereka mengelilingi kota Venice melalui terusan air di situ. Adara mengambil tempat terlebih dahulu.

“Abang tak ada plan lain kan? Nanti terbalik pulak bot ni.” Tanya Adara ingin tahu. Mana tahu Aiden ada perancangan apa-apa semasa mereka berbulan madu di sini.

Namun apa Adara dapat sebagai jawapan adalah tawa halus daripada Aiden. Dia mencebik melihat suaminya yang asyik ketawa.

“Orang tanya ni, kenapa gelak? Tolak masuk air nanti. Gelaklah puas-puas nanti sorang-sorang.” Adara memercikkan air kepada Aiden sebagai balasan. Percikan air itu membuatkan Aiden meredakan tawanya. Dia segera mendapatkan Adara yang sudah muncung sedepa.

“Honey, I'm sorry. Abang tak ada maksud nak gelakkan sayang abang ni. Kita tengah honeymoon. Tak adanya plan lain selain nak sayang happy. Faham?” Aiden mengelus lembut pipi Adara. Mahu memujuk si isteri yang dah pandai merajuk.

“Tahu pun tengah honeymoon. Kalau tiba-tiba abang mengada buat plan tak bagitahu sayang macam dulu, siap abang eh. Sayang suruh Aryan campak abang dalam air tu, nak?” Ugut Adara sengaja menggunakan nama Aryan. Tahu lelaki itu akan menyebelahi dia.

Aiden tayang muka jengkel apabila mendengar nama Aryan yang meniti di bibir isterinya. Oh dah pandai main ugut eh? Nampaknya dia kena jauhkan Aryan daripada Adara selepas ni.

Bad influence.

“Abang tak ada apa-apa plan, sayang. It just us here. We're having our honeymoon, remember? And what kind of plan do you think we can do on our honeymoon, hmmm?”

Aiden menyunggingkan senyuman penuh makna kepada Adara. Membawa seribu makna yang tersirat dalam bicaranya membuatkan Adara menelan air liur. Anak matanya dilarikan daripada memandang Aiden.

“Eh, lawanya. Nanti kita pergi situ nak? Ha situ pun lawa jugak. Ha yang tu pun cantik! Nanti kita pergi situ tau, abang.” Adara menukar topik. Dia menarik lengan baju Aiden cuba menarik perhatian suaminya daripada terus memandang dirinya macam nak makan.

“I know what you're trying to do, hun.” Aiden menarik tubuh Adara yang menjauh darinya. Adara sekadar tayang muka blur, kononnya tak tahu apa-apa.

“Mana ada sayang buat apa-apa.” Adara cuba menegakkan benang yang basah. Aiden menjongketkan sebelah alis keningnya ke atas. Jarinya menarik dagu Adara ke atas supaya memandang dia.

“You're trying to distract me, my dear. Such a pretty little thing like you can't even lie to me, don't you?” Aiden merenung ke dalam mata Adara. Lekas-lekas, Adara memalingkan ke arah lain.

“Mana ada!” Aiden tersenyum kecil mendengar suara isterinya yang kini meninggi cuba menutup malu.

“Fine, I will seduce you next time.” Adara membulatkan mata.

“Aiden!”

???????•°?°•?? ??????

         “TAK nak beli yang ni ke?” Aiden menunjukkan sehelai baju dress siang untuk dipakai kepada Adara. Adara mengeleng tanda tak mahu.

“Tak naklah, dah banyak sangat beli ni lah. Nanti membazir.” Adara menunjukkan beberapa beg kertas yang berisi pakaian yang dibeli oleh Aiden untuk dia. Aiden hanya memandang kosong pada beg pakaian tersebut.

“Just take some more. Let me spoil you.” Aiden mengambil lagi beberapa helai baju untuk Adara. Tak cukup dengan itu, beberapa barangan perhiasan yang berada di situ turut diambil mahu dibayar oleh suaminya.

Adara menepuk dahi. Langkahnya diaturnya mengikut Aiden yang sedang membayar di kaunter pembayaran.

“Kalau macam tu baik beli terus satu kedai ni kan senang.” Gumam Adara perlahan sambil memandang baju-baju baharunya itu diletakkan ke dalam beg plastik.

“I hear that, love.” Aiden mengerling sekilas ke arah isterinya. Adara tersengih menunjukkan sebaris giginya yang putih.

“Jom.” Ajak Aiden sambil menghulurkan tangannya pada Adara. Mahu memegang tangan isterinya. Huluran tangan Aiden disambut. Mereka berdua berjalan beriringan sambil berpegangan tangan.

Barangan tadi pula sudah Aiden upah beberapa anak buahnya ambil untuk dibawa ke hotel. Adara hanya tersenyum suka berjalan di sebelah Aiden.

“Tak penat?” Tanya Aiden, dia memandang pada Adara. Tangan mereka berdua dihayun ke depan dan ke belakang oleh Adara. Lagaknya seperti membawa anak kecil keluar berjalan saja.

“Sikitlah. Tak banyak pun.” Adara jujur. Lagipun penat dia hilang bila ada Aiden. Adara  menoleh ke arah Aiden yang sudah memberhentikan langkah.

“Come here. Let me carry you.” Aiden menundukkan badan mahu membawa Adara di belakangnya. Adara menarik tangan Aiden tanda tak mahu.

“Tak nak. Nanti abang penat. Jomlah jalan sama-sama.” Adara memegang tangan Aiden. Aiden yang sudah tahu jawapan itu keluar dari mulut isterinya bertindak pantas. Dia berdiri di hadapan Adara.

Lalu, kedua-dua belah tangan Adara dililitkan pada batang lehernya. Lantas, tangannya mengangkat tubuh kecil isterinya dengan mudah di belakang. Adara mengetatkan pegangannya pada leher Aiden.

“Ei degil kan? Dah kata tak nak. Paksa jugak. Huh.” Bebel Adara pada telinga Aiden. Pipinya berlaga dengan pipi suaminya.

“Sayang yang degil dulu.” Bidas Aiden, membuatkan telinga lelaki itu ditarik oleh Adara. Aiden meringis kesakitan.

“Sayang, sakitlah.”

“Padan muka.” Adara senyum apabila melihat wajah cemberut Aiden. Comel je cik abang ni marah. Kau ,dia terkam kau nanti baru kau tahu, Adara.

“Just you wait, hun. Just wait.” Gumam Aiden perlahan. Adara tersengih kerang. Suka sangat buat Aiden marah.

“Lapar?” Tanya Aiden tiba-tiba. Membuatkan Adara mengangguk laju. Macam tahu je perut dia tengah berbunyi mintak diisi.

“Nak makan apa?” Adara memikirkan sesuatu yang dia sudah lama teringin nak makan. Bukan mengidam nak mengandung tu ya. Lambat lagi.

“Nak makan something hot, cheesy dengan spicy boleh tak?” Adara mendekatkan wajahnya pada Aiden kerana terlalu teruja nak makan makanan tersebut.

“You want to go back to the hotel, darl? I can be hot and spicy too. Not to mention, cheesy.” Aiden smirk. Dia memalingkan wajahnya pada Adara pada waktu yang sama. Membuatkan hidung mereka berlaga.

“Pervert!” Adara menolak wajah Aiden jauh daripada wajahnya. Bahu lebar Aiden dipukul beberapa kali. Aiden hanya melepaskan tawa melihat wajah merah Adara.

“I'm not pervert, sayang. What I mean is we can order the food then you can rest at the hotel.” Giliran Aiden pula yang cuba menegakkan benang yang basah. Adara menjeling suaminya sekilas.

“Nak bergurau jangan masa tengah lapar ni abang. Kang abang yang sayang makan nanti. Tengah lapar gila ni!” Adara memaksudkan kata-katanya. Aiden pula masih tak serik. Suka melihat wajah merah Adara yang menahan malu.

“You want to eat me babygirl? Go on. I don't mind. But can i eat you too later?”

“Ustaz! Tengok abang Aiden ni ustaz!”

???????•°?°•?? ??????

         “MAKAN dulu, abang nak pergi tandas. Just scream my name if someone try to disturb you. Okay?” Pesan Aiden kepada Adara. Adara mengangguk lembut dengan mulut yang sudah dipenuhi dengan makanan.

Kepalanya diusap lembut oleh Aiden sebelum pergi. Adara menghantar pemergian suaminya dengan pandangan. Mulut sibuk mengunyah pasta yang dipesan tadi.

Matanya jatuh pada telefon pintar milik suaminya di atas meja. Tanpa ragu-ragu, tangannya sudah mencapai alat elektronik tersebut.

Button utama ditekan Adara mahu menghidupkan skrin telefon Aiden yang gelap. Tak lama kemudian, skrin itu menyala. Menampakkan wallpaper iphone yang ditetapkan oleh suaminya. Adara membutangkan mata.

Uhuk. Adara tersedak apabila melihat wajahnya sendiri yang sedang lena diulit mimpi menjadi wallpaper Aiden selama ini. Dia menghirup air minumannya cuba melegakan tekak yang terasa perit.

“Bila dia ambik ni, ya Allah. Ini bukan masa sebelum datang rumah mama ke?” Adara melihat gambarnya yang diambil ketika dia tidur dalam pesawat dalam perjalanan ke Itali. Tak sangka pula Aiden tangkap gambar dia.

Jarinya menekan pula pada butang galeri telefon suaminya itu. Ingin tahu apalagi yang disorokkan Aiden daripada pengetahuan dia.

Angel.

Satu nama itu membuatkan dia menekan sebuah fail yang berada dalam telefon Aiden. Terpamer gambar-gambarnya di situ. Daripada dirinya yang sedang tidur, gelak ketawa sehingga dia mencebik.

Adara menahan senyuman yang mahu terukir di bibir apabila melihat sebuah gambar mereka berdua yang Aiden ambil senyap-senyap. Apa yang dia buat sampai dia bertuah sangat untuk dapat Aiden sebagai suami?

Adara cepat-cepat menghantar gambar tersebut ke dalam telefonnya. Muka jangan cakap dah. Memang senyuman lebar tak lekang dari raut wajah Adara.

“Kenapa tak makan? Tak sedap?” Tegur Aiden yang baru tiba. Dia mengaul makanan Adara sebelum merasa makanan itu sendiri. Sedap je. Lantas, sesudu lagi diambil untuk disuap pada Adara.

“Open your mouth.” Adara mengangakan mulut mahu makan makanan yang disuap oleh Aiden. Dia tersenyum sendiri. Hujung bibirnya yang sedikit comot dilap oleh Aiden dengan ibu jarinya.

“Sedap?”

“Sedap.” Adara mengangguk kecil mengiyakan kata-katanya. Telefonnya yang mempamerkan gambar Aiden sewaktu kecil sebagai wallpaper telefonnya membuatkan Adara melepaskan tawa kecil.

Jauh sangat nak dibandingkan dengan Aiden yang berada di hadapannya sekarang.

“Tengok apa?” Soal Aiden pelik apabila melihat Adara yang asyik merenung pada telefonnya. Adara tergelak kecil mendengar soalan Aiden.

“Tengah tengok abang lah. Siapa lagi. Comel sangat.” Adara menunjukkan gambar Aiden sewaktu kecil yang sedang memakai sut patung singa itu. Aiden meraup muka.

“I'm not cute,” Aiden menafikan.

“But, you are my love.” Gambar Adara yang sedang tidur di atas dadanya ditunjukkan kepada isterinya. Adara menutup muka menahan malu.

“Stop being shy around me.” Aiden menarik tangan Adara yang menutup wajah jelita isterinya daripada pandangannya. Dia tersenyum manis kepada Adara.

“Trust me, we will have adorable babies together soon, hun.”

Updated! Sorry for the longggg wait Saya tak sihat demam & muntah >< But now I'm okay<3 just sore throat Muntah bkn sbb pregnant ya Yg pregnant tu Adara--eh Nite<3 Sorry if sy tak reply komen awak tau ><

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience