MZPHQ - BAB 1 - KHIANATI CINTA

Romance Completed 61454

Kadangkala, apa yang kita impikan belum tentu akan jadi hak kita. Bak kata pepatah, mencintai belum tentu memiliki. Mencintai seseorang yang berjanji sehidup semati, akhirnya rebah ditengah jalan, menjadikan Ziqri Zafael berubah sikap tiga ratus enam puluh darjah.

Bertahun-tahun, berkasih sayang dan menyulam cinta, berjanji sehidup semati, akhirnya Ziqri sendiri yang menanggung sakitnya, bila bakal isterinya ditangkap khalwat dengan seorang model lelaki di sebuah hotel bajet. Hanya tinggal dua bulan sebelum majlis perkahwinan mereka dan Ziqri dihadiahkan dengan kecurangan bakal isteriya.

Siapa yang mampu hadap semua itu dalam keadaan Ziqri sedang bersedia menanti hari bahagia mereka? Sakit, kecewa, terluka semuanya bercampur-aduk.

Flashback #

"Kenapa you sanggup buat semua ni, Mimi? You tahukan kita dah nak berkahwin? Sampai hati you kecewakan I... I kecewa, Mimi... I kecewa sangat." Ujar Ziqri sebaik sahaja Mimi dan kekasihnya yang telah ditangkap khalwat, dibawa ke jabatan agama Islam. Memandangkan Mimi tiada sesiapa melainkan Ziqri, Ziqrilah yang terpaksa Mimi hubungi.

"I dah cakap dengan you, Ziq... I dah bagitahu you awal-awal yang I belum bersedia nak mendirikan rumah tangga dengan you. You yang tak nak faham."

"I yang tak faham? You cakap I yang tak faham?"

"Yes! You yang tak nak faham kehendak dan kemahuan I selama ni... I dah puas bersabar dengan you, Ziq..."

"Sekarang, you nak letak semua kesalahan di bahu I?"

"Yes! Kalau you tak paksa-paksa I, I takkan jadi macam ni, Ziq! I tak suka dipaksa. You tahukan?"

"Huh! Paksa? Habis ni, yang you curang belakang I, berdua-duaan dengan jantan lain kat hotel ni, bukan paksaan?"

"Tak! I dengan rela hati lakukannya sebab ini yang I mahukan..." Berkerut seribu dahi Ziqri sambil mencerlung tajam ke arah Mimi.

"Apa maksud you, Mimi? Apa yang you mahukan?"

"Kebebasan!"

"What? Kebebasan apa? Selama ni I tak pernah halang apa yang you lakukan. Selama ni, I bagi kebebasan sepenuhnya pada you. Itu tak cukup pada you?"

"You cakaplah apa yang you nak cakap, Ziqri. I'm done with you..."

"Answer me, Mimi! Alasan apa lagi yang you nak bagi kat I, Mimi? You dah janji nak sehidup semati dengan I... Kita dah bercinta dah tujuh tahun, Mimi... Tujuh tahun. Bukan satu masa yang lama, Mimi..."

"Ziq, you tahu tak apa yang I rasa selama ni... I sunyi, Ziq. I sunyi... You takde masa I perlukan you, Ziq. I perlukan seseorang untuk tenangkan I..."

"Jadi, you pilih lelaki ni?" Mimi tidak menjawab. Matanya dikalihkan ke arah lelaki lain di hadapannya.

"Ya... I pilih dia. I cintakan dia, Ziq."

"Ya Allah, Mimi... Are you insane? Kita dah nak kahwin, Mimi..."

"I tak gila, Ziq... I dah bosan tunggu kepulangan you. I sunyi dan I sendirian."

"Mimi, please..."

"Stop Ziqri! Ini bukan drama televisyen, I kena tunggu kepulangan suami I..."

"Mimi, you sendiri tahukan ini pekerjaan yang I idamkan selama ni? Cita-cita I selama ni. Dan, you dah berjanji akan sentiasa menyokong I sepertimana I sentiasa sokong minat you nak menjadi seorang model..."

"Ziq, listen here..."

"No! You listen here... I dah lama tunggu detik-detik kita akan diijabkabulkan, Mimi... I dah labur banyak wang untuk wedding kita. Tapi, apa yang I dapat sekarang, Mimi? Apa yang I dapat?!" Terhinjut tubuh Mimi akibat jerkahan Ziqri.

"Ya Allah... Kenapa ini jalan yang you pilih, Mimi? Kenapa you sanggup khianati cinta kita? I sayangkan you, Mimi. I cintakan you setulus hati."

"Cinta? Sayang? Tapi, you tinggalkan I sendirian. I sunyi tahu tak?"

"I bekerja, Mimi! I bertugas demi negara tercinta! Tang mana yang you susah sangat nak faham? I bertugas, I cari rezeki untuk hidup kita selepas perkahwinan nanti. Apa yang you susah sangat nak faham?"

"Ziq, you dengar sini. I dah bosan tunggu you. You faham tak? Orang lain, ada kekasih, ada tunang boleh ke sana ke sini. I? I ada tunang a.k.a bakal suami, tapi I tetap sendirian. I sunyi. You tak faham ke?"

"Jadi, kalau sunyi, you cari jantan lain untuk puaskan nafsu you?"

"I tak semurah itu, Ziqri!"

"Jadi, ditangkap khalwat di dalam hotel bajet ni, you nak cakap apa? Bukan untuk nafsu?" Mimi menjeling.

"You look at yourself, Mimi! Look at yourself!" Bentak Ziqri.

"Mana wanita yang I sanjung selamai ini, yang bertudung litup, berhijab cantik, ayu macam wanita melayu terakhir? Mana dia?" Mimi menundukkan kepalanya.

"I tak nak jadi hipokrit, Ziqri." Perlahan tutur Mimi. Namun masih dapat didengari Ziqri.

"Hipokrit? You nak cakap selama ini, you berhijab, bertudung, berpakaian menutup aurat sekadar untuk meraih simpati I?"

"Sorry... I bukan minta simpati you, Ziqri. You yang terhegeh-hegeh kat I..." Mimi melemparkan senyuman sinis.

"Kenapa you berubah sedrastik ini, Mimi?"

"This is me... Myself... I tak nak jadi hipokrit sampai terpaksa tutup seluruh tubuh I dengan pakaian menutup aurat. I nak jadi diri I sendiri. You faham tak?"

"Astaghfirullahalazim... Kenapa dengan you, Mimi? Siapa yang dah racun otak you ni?"

"Takde siapa yang rosakkan otak I! Nobody! I just nak jadi diri I sendiri."

"Jadi diri you sendiri? Dengan pakaian terdedah dan hampir telanjang ni you kata nak jadi diri you sendiri? You dah gila, Mimi... You dah gila..."

"Ya, memang I dah gila. I gila selepas terpaksa ikut segala kehendak you. I tak nak bebankan hidup I dengan kuasa veto you selepas berkahwin nanti..."

"Allahuakhbar... Kenapa ini jalan yang you pilih, Mimi?" Rintih Ziqri.

"Sebab I tahu, you takkan sesekali lepaskan I, kalau I minta putuskan?"

"Semudah itu you nak putuskan hubungan kita, Mimi? Hilang sudahkah perasaan kasih, sayang dan cinta you pada I, Mimi?"

"Oh, please... Selama ni, you yang beria-ia nakkan I. Bukannya I yang nak sangat dengan you. Lagi-lagi nak masuk dalam keluarga you penuh dengan peraturan. I tak suka! You faham tak?"

"Mimi, I terlalu sayangkan you, Mimi... Terlalu. Cinta I tak pernah berubah, Mimi... Tak pernah ada nama wanita lain dalam hati I, selain you, Mimi..."

"So? Do I care?"

"Mimi..."

"Look here, Mr Ziqri Zafael... I tak nak rosakkan cita-cita I hanya kerana nak ikut kehendak you. I tak nak berkahwin. I belum terfikir nak tamatkan hidup bujang I sekarang ni. I nak enjoy puas-puas. You faham tak?"

"Mimi, kita dah pernah bincangkan hal ini. I takkan halang you teruskan cita-cita you, Mimi selagi you bijak aturkan kehidupan you dan you tahu batas you sebagai seorang isteri."

"Hah! See... Belum apa-apa, you dah tetapkan apa yang boleh dan apa yang tidak." Dengus Mimi.

"Macam nilah, Ziqri. I tetap tak nak teruskan perkahwinan kita. I tak nak kahwin dengan you. We are over! We are over, Ziqri! Ambil ni! Cincin you. Kita putus!" Bentak Mimi sambil meletakkan cincin pertunangan yang tersarung di jari manisnya sebelum ini di tapak tangan Ziqri.

"Mimi!" Mimi tidak menyahut. Sebaliknya Mimi duduk membelakangkan Ziqri bersebelahan lelaki yang ditangkap khalwat bersamanya di hotel tadi.

Flashback end #

Wajah muramnya diraup sehingga ke belakang. Bila dihitung, sudah lima tahun Ziqri tidak pulang ke pangkuan keluarganya. Surat di tangan kanannya direnung sekali lagi. Arahan dari papanya, General (B) Tan Sri Muhammad Zafril Zaqri, membuatkan Ziqri rasa serba salah.

Jujur, dia malu dengan keluarganya dan lagi, Ziqri masih belum dapat melupakan kenangan pahit bersama bekas tunangnya. Ziqri malu nak berhadapan dengan keluarganya bila semua orang menghalang hubungannya dengan Mimi, tetapi Ziqri tetap mempertahan Mimi.

Papa dan mama pernah meluahkan perasaan tidak puas hati mereka pada Mimi. Firasat orang tua, adakalanya, perlu diberi perhatian.

Ziqri masih ingat bila papa dan mama tidak merestui hubungan mereka berdua. Tapi, Ziqri tetap berdegil mahu berkahwin dengan Mimi. Alasan yang papa mama berikan bagi Ziqri tidak relevan sebab mereka tidak suka dengan perwatakkan Mimi. Kata mama, Mimi tak pandai membawa diri dan berat tulang. Dan, kata papa, Mimi tak reti nak hormat orang yang lebih tua darinya, ketika bertandang ke rumah Ziqri.

Tapi, awal-awal lagi, Ziqri tepis. Bagi Ziqri, ini baru permulaan dan Ziqri memberi jaminan yang Mimi akan berubah kelak. Sehinggalah, Ziqri bertumbuk dengan adiknya, Zifril Zaiyan yang mengadu ternampak Mimi masuk ke sebuah hotel sambil merangkul lengan seorang lelaki.

Segala tohmahan dan hinaan pada Mimi, Ziqri tolak jauh-jauh. Ziqri tetap percayakan Mimi sehingga mengenepikan pendapat dan pandangan ahli keluarga sendiri. Inilah akibatnya kalau terlalu taksub dengan cinta. Kata-kata papa masih terngiang-ngiang di minda Ziqri.

"Jangan terlalu taksub dengan cinta, Ziqri! Cinta pada Allah dan tanahair, hingga ke hujung nyawa... Cinta pada manusia, tak ke mana."

Namun, bagi Ziqri, kata-kata dan nasihat papa ibarat mencurah air ke daun keladi. Ziqri tetap dengan kemahuannya mahukan Mimi menjadi bakal isterinya atau dia takkan berkahwin dengan sesiapa lagi.

Akhirnya, kata putus diambil. Papa dan mama bersetuju meminang Mimi bagi mengelakkan sebarang persengketaan. Sebaik sahaja, persetujuan dicapai, mama dan papa agak terkejut dengan permintaan dari pihak Mimi yang mahukan wang hantaran sebanyak seratus ribu ringgit dan hantaran serba berdiri.

Hampir tercekik mama mendengar permintaan pihak Mimi sedangkan Mimi hanya anak yatim dan dijaga oleh pak cik dan mak ciknya. Tetapi, permintaan Mimi hampir membuatkan mama mengalami serangan jantung.

"Puas hati Ziq sekarang? Mama dan papa dah melamar Mimi untuk Ziq dan sekarang, pastikan Ziq dah cukup duit untuk menghantar pinangan nanti."

"Alhamdulillah. Thank you, mama..."

"Hurm..."

"Err, mana papa? Ziq tak nampak papa pun?"

"Papa dalam bilik."

"Dalam bilik? Takde apa-apa yang hendak diperkatakan ke, mama?"

"Nak kata apa, Ziq? Papa tengah mengamuk."

"Mengamuk? Eh, kenapa pula?"

"Kenapa? Ziq ni kenal ke tidak keluarga Mimi tu?"

"Kenallah, mama. Tapi, kenapa?"

"Keluarga Mimi tu, hanya mak cik dan pak cik dia je kan?"

"Ha'ah, mama. Mimikan anak yatim piatu... Mama, kenapa dengan papa?"

"Ziqri, masih ada masa untuk Ziq batalkan semua ni."

"Mama, apa ni? Apa yang mama merepek ni? Batalkan apa?"

"Mama tahu, Ziq takkan terima segala kata-kata mama. Mama mungkin tak dapat nak halang Ziq lagi. Tapi, ingat satu pesanan mama... Bila Ziq tahu akan kebenarannya satu hari nanti, mama harap Ziq terus kuat. Jadi lelaki ni kena kental."

"Mama, mama buat Ziq pening kepala..."

"Macam nilah, ngah... Kami dah tak boleh nak buat angah batalkan pertunangan angahkan? Jadi, angah berusahlah dari sekarang untuk menyediakan wang hantaran sebanyak seratus ribu ringgit Malaysia berserta hantaran serba berdiri, permintaan dari pihak Kak Mimi."

"Hah? Seratus ribu?"

"Ya, ngah. Kami tak tipu. Tanyalah semua yang pergi dan untuk kepastian yang lebih jelas, angah call sendiri tunanga angah tu. Takut, angah tak percayakan kami pulak. Yelah... Angahkan lebih percayakan si Mimi tu..." Sindir Zandra Zhafisyah, adik bongsu Ziqri. Ziqri menelan air liur yang berpasir.

"Tak mungkin..." Bantah Ziqri sebelum berlalu meninggalkan keluarganya.

"Huh! Tengoklah tu... Memang dia takkan percayakan kita langsung." Omel mama.

"Sabar, mama... Angah tu belum kena buku dengan ruas lagi. Nanti dia tahulah sendiri. Kita dah larang, tapi angah degil sangat. Kita doakan je angah tu yang baik-baik, ya mama?"

"Thanks, Zandra..."

"Mama janganlah risau sangat. Kita doa yang baik-baik, ya?" Mama angguk kepala. Tiada ibu di dunia yang mahu melihat kehancuran kehidupan si anak. Memang dari awal, Puan Sri Zaiton Zailani tidak menggemari bakal menantunya, Mimi. Tapi, bila Ziqri beria-ia mahukan Mimi, tak sampai hati pula, si ibu mahu menolak permintaan anaknya. Apatah lagi, Ziqri sudah lama mengenali Mimi.

"Mimi, we need to talk..." Ujar Ziqri sebaik tiba di rumah keluarga Mimi.

"Talk apa lagi, sayang? I dah letih tau..."

"Mimi, kenapa keluarga you minta hantaran sampai seratus ribu?"

"Kenapa? You tak mampu? Come on, sayang... Keluarga you bukan orang-orang biasa. Takkan setakat seratus ribu tu, you nak berkira dengan I? Kata sayangkan I?"

"Mimi, memang I sayangkan you. Tapi, takkanlah you tak boleh beragak... Seratus ribu banyak tu Mimi... Mana I nak cari duit sebanyak itu?"

"Itu bukan masalah I... You mintalah dari papa you. Papa you orang kayakan?"

"Yang kaya, papa I, Mimi. Bukan I..."

"Ziq... Nanti yang guna duit tu, I juga. Duit tu I akan gunakan untuk wedding kita nanti. Takkan dengan I pun you nak berkira, Ziq... I bakal isteri youkan?"

"Mimi, I tahu... Tapi, tolonglah bertimbang rasa dengan I, Mimi... Janganlah seksa diri I. You tak kasihankan I, ke Mimi? I terkejut tau bila mak cik pak cik you minta hantaran sampai seratus ribu. You ingat I cop duit ke? Banyak tu, Mimi..."

"Macam nilah, Ziq... I dah berbincang dengan mak cik pak cik dan mak cik pak cik pun dah bincang dengan family you... Tiga bulan sebelum majlis nikah, you kena hantar separuh duit hantaran tu dan separuh lagi ketika majlis nikah."

"Mimi... Tolong faham I..."

"Keputusan kami muktamad, Ziqri. Take it or leave it... I dah letih, I dah mengantuk sangat. Nanti kita sambung lagi, okey... You balik, rehat, mandi, tidur ke... Tenangkan hati you. I tahu you serabut..."

"Mimi..."

"Just go, Ziqri. I dah letih sangat ni..." Halau Mimi. Ziqri melepaskan keluhan bersama langkah longlai.

Bila mengingatkan semua itu, hati Ziqri terluka bagaikan terhiris dengan belati. Nasi sudah jadi bubur. Tak sangka, Mimi jadi mata duitan. Sedangkan selama ini, Mimi tidak begitu. Mimi terima apa sahaja yang Ziqri belikan untuk dirinya.

"Tak payah nak fikir panjang lagi, Ziq.. Baliklah... Dah lima tahun kau merajuk hati tak jumpa dengan family kau. Kau tak kasihan mama papa kau ke? Ini, adik bongsu kau nak kahwinkan?"

"Aku... Aku tak tahu nak balik ke tidak, Zim... Aku tak berani nak berdepan dengan family aku."

"Ziq, aku percaya papa, mama kau dan adik-beradik kau dah maafkan kau. Lagipun benda yang berlaku bukannya kehendak kau. Kau sendiri tak sangka yang bekas tunang kau boleh berubah sekelip mata begitukan?"

"Tapi, aku tetap bersalah, Zim... Aku malu... Malu nak berdepan dengan keluarga aku..." Azim mati diksi.

Jemput baca guys... Karya baru dari sis

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience