Ziana yang membesar di kampung terikut-ikut sejak kecil dengan drama-drama Melayu di televisyen. Dia juga mempunyai bakat lakonan sejak kecil hasil dari obses dan fanatiknya dia dalam dunia glamour. Cita-cita Ziana ingin menjadi celebriti dan apa sahaja yang berkaitan dengannya. Asalkan kehidupannya dapat berubah dari gadis kampung kepada gadis bandar yang popular. Sikapnya yang riang membuatkan dia tanpa segan silu melontarkan apa sahaja kata-katanya tanpa memikirkan kesan dari luahannya itu. Ziana yang suka bercakap lantang hanya ingin jadi dirinya sendiri dan tidak ingin berpura-pura. Walaupun apa yang diluahnya itu perkara dilarang oleh agama. Tiada siapa mampu menegurnya kerana dia merasakan dirinya hebat. Dia sentiasa merasakan dirinya betul dalam apa jua urusan. Semenjak Ziana melangkah kakinya ke Kuala Lumpur. Dia berkecimpung dalam dunia lakonan sebagai pelakon tambahan
BERSAMBUNG
Share this novel
sngsara bna nempuran dendo,,idaan tu kwn..