2: Gadis cool

Drama Series 2313

"Oh cmon!" Jean menekan hon kereta kuat. Sesekali dia menahan bayi yang ada di tempat duduk sebelah.

Sudah la dia tidak mempunyai baby car seat, pemandu di jalan raya pula mencabar kesabarannya hari ini.

"Stupid car..." gumamnya perlahan. Bimbang juga kalau didengari oleh anak kecil yang dibawa bersama. Pengaruh buruk namanya.

Sampai di hadapan rumah sewa milik Eliya, Jean mengenakan cermin mata hitam. Terkocoh-kocoh dia memangku bayi lelaki keluar dari keretanya.

Loceng dibunyikan beberapa kali, Eliya masih belum muncul.
"Mana pulak pompuan ni!"

Dari pagi tadi Eliya tidak menjawab panggilannya. Entah apa yang disibukkan oleh Eliya. Jean akhirnya memulas pintu rumah itu.

"Eliya! Hello?!" laung Jean dari luar. Bunyi muzik yang agak kuat dari atas membuat dia melangkah masuk sahaja. Lagipun sejuk untuk menunggu di luar. Kasihan anak kecil dia.

"Eliya, i'm coming inside!"

Jean meletakkan baby yang dibawa ke atas sofa dengan berhati-hati. Bingit betul rumah Eliya pagi itu. Muzik rock berkumandang rancak, membuatkan Jean teringin untuk naik mencari tuan rumah.

"Baby dok sini jap ye, i nak naik atas." pesan Jean kepada anak kecil tadi.

Kaki laju naik ke ruang atas rumah Eliya. Bunyi muzik datangnya dari salah satu bilik. Jean mengetuk daun pintu bilik pertama.

"Eliya!"

Tiada sahutan. Bilik kedua didekati, makin kuat bunyi muzik. Tak salah lagi, memang bilik ini yang punya angkara.

"Eliya!" panggil Jean serentak memulas tombol pintu.

Bayangan seorang perempuan berambut pendek warna blonde sedang berkemban menerjah pandangan. Tubuh yang tadinya terloncat-loncat di atas katil berpaling ke arahnya.

Dua pasang mata biru itu saling bertentangan. Jantung Jean berdegup bukan biasa-biasa. Bagaikan terserempak dengan bidadari, dia terpaku beberapa saat.

"Aaahhh!!!"

"Aaahhh!!!"

Serentak dua anak muda itu menjerit. Sama kuat dengan bunyi radio.

"Who the hell are you?!" mereka berdua saling menunding jari.

"Saya tanya awak la!" jerit Laura yang sedang erat memegang tuala sekerat lutut yang dipakai.

"And saya pulak tanya awak!" balas Jean, tak mahu kalah.

"Apa awak buat dalam rumah Eliya?!" kali ini mereka tanya serentak lagi sekali.

"Get out, you pervert! Tolong! Tolong, ada pervert!!!" Laura membaling bantal kecil di atas katil ke arah Jean. Satu-satunya senjata yang dia punya kala itu.

"What the-" Jean sempat mengelak sambil laju berlari keluar tatkala Laura sudah menjerit-jerit sambil berlari ke arah dia.

.
.

Hanya bunyi rengekan bayi yang kedengaran di ruang utama itu. Laura menjeling ke arah Jean yang sedang menepuk anak kecil yang tadinya lena tidur itu.

"Shuh... Shuh..."

Laura menahan senyum melihat Jean memujuk bayi itu, sambil termuncung mulutnya. Comel! Siapa agaknya lelaki ini? Insiden memalukan tadi membuat dia tak berani bertentang mata lama dengan Jean.

Tangisan bayi kecil itu kedengaran makin kuat. Jean sudah tak senang duduk.

"Err... Is that your baby?" Laura yang tadinya duduk di tepi tangga bangun untuk mendekati Jean. Dia turut duduk di sofa panjang, tetapi masih ada jarak.

Melihat Jean yang berusaha memujuk bayi kecil itu, Laura tumpang simpati. Ketika Jean sudah bangun untuk mendodoi bayi itu, Laura turut serta. Sepertinya tangisan bayi itu tidak mahu surut.

"Mungkin dia lapar." sampuk Laura.

"Oh, maybe..." balas Jean gagap-gagap.

Sebenarnya dia berdebar apabila Laura berdiri dekat dengannya. Haruman Laura itu buat dia tak tenteram. Sudahlah tadi dia nampak sesuatu yang tak patut. Mana patut dia main sergah je pintu bilik anak dara orang.

Sesekali Jean sempat mencuri pandang ke arah gadis yang bert-shirt hitam itu. She's pretty cool though. Siapalah agaknya gadis misteri ini. Kawan Eliya kot? Tapi tak pernah dia jumpa pun?

Eliya pun satu, lambat pula dia balik. Dah lah baby ni dah mula meragam. Mungkin betul sebab lapar.

"Can i take him?" suara lunak Laura mengembalikan Jean ke alam realiti.

Bagai dipukau, dia membiarkan Laura mengambil bayi yang dikendongnya. Setelah bertukar tangan, elok sahaja tangisan bayi itu reda. Magic!

Jean tersenyum melihat Laura mula mengagah anak kecil itu. Baby tu pun satu, memilih bulu! Nak yang comel aje.

"So cute..." puji Laura sambil memicit kecil pipi mulus yang didakapnya.

"Yeah, cute kan?" sampuk Jean pula. Mata masih melekat pada wajah Laura.

Setelah perasan Laura sedang memandangnya, barulah Jean alih mata. Tersasul pula. Dia tercari-cari topik untuk berbual. Lagipun mereka masih belum berkenalan.

Belum sempat Jean membuka mulut, pintu rumah terbuka dan Eliya muncul di antara mereka.

"Hello! I'm back!" suara ceria Eliya menyapa.

Eliya memandang wajah di hadapannya silih berganti. Asal pulak mamat ni ada kat sini? Apahal pulak si Laura pegang baby?

"Jean? What are you doing here?"

"Laura? Whose baby is that?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience