Chapter 43

Romance Completed 35261

“Linda” nama ibu Wahidah Tiara meniti di bibir Dato’Johari.

“Mak cik Linda.” terkejut Iskandar Faiz melihat ibu Wahidah Tiara di situ.

Sofia Amelia dan kawan-kawannya berdiri terpinga-pinga. Mengapakah Linda datang ke situ? Adakah Dato’Johari menjemput Linda untuk makan malam?

“Waalaikumsalam Linda. Masuk dalam.” jemput Dato’Johari.

“Dato’, Is, Cik Sofi, boleh saya cakap sikit? Maaf ganggu.” ujar Linda.

“Boleh. Semua makan dulu, kami datang join sekejap lagi.” kata Dato’Johari kepada ahli keluarganya.

“Are you sure, Johari?”

“Yes Othman. You guys carry on first. We will come and join in a while.” balas Dato’Johari.

“Jom sayang.” Iskandar Faiz memegang tangan Sofia Amelia dan mengikut bapa mentuanya.


*************************

“Buat apa mak Tiara datang, Christina?” Rohani berbisik.

“Aku pun tengah fikir tu. Harap-harap benda tak elok tak jadi.” resah hati Christina.

“Betul tu. Baru je Sofi mula hidup bahagia.”

“Rohani, Christina marilah kita makan dulu.” ajak Wina. Dia berasa seperti seorang sahaja di situ.

“Wina,” Amir mendekati Wina.

Wina yang memperasankan Amir menghampiri dirinya mula pergi menjauh.

“Wina, wait!” belum sempat Wina melangkah jauh, Amir meraih pergelangan Wina.

“Diorang dah kenapa pulak?”

“Entah, aku pun dengan kau kan! Mana aku tahu!” Christina mengangkat bahunya.

“You girls pergi makan dulu.” arah Amir lembut. Wina mencuba melonggarkan pegangan Amir, tetapi gagal.

“Ba...baik… Wina kami makan dulu.” Rohani dan Christina meninggalkan Amir dan Wina di situ.

“Awak nak apa Amir?” geram Wina.

“I am sorry.”

“Sorry? Senang je awak cakap kan.” air mata Wina mula berkumpul di tubir matanya. Hatinya masih sakit dengan perbuatan Amir.

“Saya…”

“Dah Amir, leave it. Awak dengan laluan awak sendiri, saya dengan laluan saya sendiri.” luah Wina. Jelas nada sedih dalam suaranya.

-FLASHBACK-

Telefon bimbit Amir berbunyi. Nama Wina tertera di telefon bimbit.

“Hish, mana Amir ni? Kenapa tak angkat call aku ni? Dah 15 kali aku call dia.” bebel Wina. Tangannya mendail nombor Amir tanpa berputus asa.

“Assalamualaikum Amir. Awak okay ke tak?” - Wina.

“Amir, I am asking you. Why don't you give me a reply?” - Wina

Hampir lebih 30 panggilan dan mesej dibuat hanya untuk Amir bercakap dengan Wina. Tetapi satu mesej atau panggilan pun dijawab oleh Amir. Hilang tanpa sebarang khabar berita selama 2 minggu. Kali terakhir Wina jumpa Amir pada hari Iskandar Faiz dan Sofia Amelia tangkap khalwat.

-END OF FLASHBACK-

“Saya dah minta maaf kan. Kenapa nak besarkan hal lagi, Wina?” Amir mula rasa bengang dengan layanan Wina.

“Dah lah Amir. Saya tak tahu apa dah jadi pada awak. Hari itu saya panggil awak, mesej awak, tapi satu pun tak dibalas. Susah sangat ke Amir nak call atau mesej balik saya?” tanya Wina sebak.

“Awak tak tahu kondusi saya macam mana haritu, Wina.”

“Why not awak bagitahu saya? Awak rasa saya tak akan faham ke kalau awak cakap awak busy? Ataupun awak tak sihat. Apa-apa je lah. At least you should have given me a reason. Did you do that? No right?” membidas Wina. Air mata yang gugur dari mata tidak kisah lagi.

Amir diam sejenak. Terasa sakit di hati apabila nampak air mata Wina.

“I am sorry. I was too down that time. Awak cuba imagine. How would I be when the girl I loved married another guy?”

Persoalan Amir mengejutkan Wina.

“Amir cintakan Sofi?” muncul soalan itu dalam hati Wina.

“Saya minta maaf. Jangan mengelak saya lagi, Wina.” rayu Amir.

“Siapa saya untuk maafkan awak. I am no one for you.” balas Wina dan melangkah ke ruang makan.

Amir merengus. Buntu. Tidak tahu bagaimana hendak menyejukkan Wina. Rupa-rupanya Wina keras kepala orangnya.

“Amir, mana kamu pergi? Makan dulu.” ajak Datin Rafidah.

“Mak, abi, Amir nak cakap sesuatu.” kata Amir.

“Nak cakap apa? Makan dulu. Nanti boleh berbincang.” Dato’Othman mencelah. Mulutnya penuh dengan makanan.

“No! Amir kena cakap sekarang jugak!” tegas Amir. Matanya menjeling Wina.


**************************

“Sihat Is, Cik Sofi?” Linda bertanya khabar.

“Alhamdulillah sihat, aunty.” balas Sofia Amelia.

“Linda datang seorang sahaja ke?” soal Dato’Johari.

“Saya seorang je datang. Ini hadiah untuk Is dan Cik Sofi.” kata Linda dan menghulurkan beg plastik.

“Terima kasih mak cik. Buat susah-susah je.” balas Iskandar Faiz.

“Bukan susah pun Is. Ini hadiah dari mak cik yang tak seberapa.”

“Tak apa aunty. Kami tak kisah pun. Terima kasih sebab datang menjenguk kami.” Sofia Amelia bersuara.

“Kenapa panggil kami bertiga Linda? Kata nak cakap sikit.” Dato’Johari tidak sabar sebenarnya.

“Saya datang ke sini untuk cakap pasal Tiara.”

“Pasal Tiara?” mereka bertiga mengerutkan dahinya.

“Kenapa dengan Tiara, mak cik?” soal Iskandar Faiz.

Sofia Amelia yang berdiri di sebelah berasa cemburu.

“Apasal pula dengan laki aku ni. Dia masih cintakan dia ke?” curiga Sofia Amelia.

“Mak cik datang ke sini untuk suruh kamu berdua untuk lebih berhati-hati selepas ini.”

“Apa maksud mak cik?”

“Tiara dah tak seperti dulu. Sekarang ni dia lebih agresif. Dia nak pisahkan kamu berdua.”

Hati Sofia Amelia berdebar apabila mendengar perkataan pisah dari mulut Linda. Sanggupkah Sofia Amelia berpisah dari Iskandar Faiz?

“Apa Linda?” Dato’Johari turut rasa terkejut.

“Tiara tak boleh terima kenyataan Is bukan milik dia lagi. Saya takut Tiara buat benda tak elok. Saya tak nak rumahtangga orang musnah disebabkan anak saya. Pasal itu saya datang sini untuk memberitahu awal. Supaya lebih berhati-hati selepas ini.” ujar Linda.

“Mak cik, terima kasih sebab memberitahu kami. Is minta maaf. Sebabkan Is, Tiara jadi macam ini. Ini semua takdir. Kita mampu merancang. Yang selebihnya pada Allah.” luah Iskandar Faiz sayu.

“Mak cik faham Is. Mak cik nak kamu hidup bahagia dengan cik Sofi. Mak cik selalu akan berdoa untuk kamu berdua.” Linda berasa sebak.

“InsyaAllah mak cik.”


**********************

“Apa?” terkejut Dato’Othman.

“Betul ke ni Amir?” soal Datin Rafidah.

“Ye. Memang betul.” Amir jawab tenang.

“Apa awak merepek ni Amir?” Wina bersuara. Masih lagi terkejut dengan perbuatan Amir.

“Mana ada saya merepek?”

“Amir, soal kahwin ni tak boleh buat main-main.” nasihat Dato’Johari. Dato’Othman mengangguk tanda setuju.

“Betul uncle. Amir tak main pun. Amir betul-betul nak kahwin dengan Wina.” kata Amir tenang namun dalam nada tegas.

“No! A big no!” balas Wina dan berlari meninggalkan rumah Dato’Johari.

Enjoy reading semua :) Jgn lupa vote and rate ! Follow my ig miz.kikki_novelplus :) Love you semua ;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience