Chapter 7: Ore

Action Completed 789

"Jadi,kamu ada apa-apa rancangan,Shirou"
"Jika kamu cuma merancang untuk menyerang tempat itu sahaja,kamu tidak akan berjaya dalam misi kita ini"

Saya menundukkan kepala dan tidak mampu mengatakan apa-apa.Saya tiada rancangan mahupun senjata rahsia yang boleh saya gunakan.Saya cuma mahu pergi ke sana dan mengharapkan nasib menyebelahi saya.Saya dapat melihat,abang Light menghela nafasnya setelah melihat saya.

"Baiklah,ikut saya"
"Saya akan berikan awak beberapa senjata dan perisai yang boleh membantu"

Abang Light membawa saya ke rumahnya.Rumahnya cumalah rumah orang bujang yang biasa dan tiada benda yang menonjol dan itulah yang saya nak katakan.Namun,rumah dia dipenuhi pelbagai senjata palsu,sebenar,besar,kecil,panjang,pendek,tajam,tumpul dan lain-lain.Ia seperti berada di muzium senjata.

"Kamu akan gunakan benda ini"
"Pedang ini pernah digunakan oleh bekas ketua SOLUTION suatu ketika dahulu"
"Dan awak perlu pakai baju perisai ini supaya awak dapat sedikit perlindungan.Baju perisai ini ringan dan ia juga fleksibel"
"Walau bagaimanapun"

Abang Light mengambil pistol di atas meja di sebelahnya dan menembak saya.Saya jadi terkejut sebentar dan peluru pistol itu kena pada dada saya.Namun,saya lansung tidak rasa sakit mahupun tekanan.Ternyata perisai ini memang berkesan.

"Janganlah takutkan saya macam tu" kata saya sambil ketawa kecil.Kemudian,saya teringat satu benda dan mengeluarkannya dari poket saya.Benda itu ialah cincin yang saya dapat dulu.Dalam hal macam ini,saya berharap orang itu dan Kitai akan memberi saya semangat untuk bertarung.

"Hurmm,Shirou"
"Boleh saya tengok cincin tu"

"Eh,boleh je tapi kenapa"

Abang Light tidak menjawab soalan saya dan terus memeriksa cincin itu seperti ahli forensik.Tiba-tiba!!

"Ma-mana kamu dapat cincin ni!" tanya abang Light dengan muka dan nada yang terkejut.

"E-eh,ada orang beri pada saya beberapa tahun yang lalu"
"Kenapa abang tanya"

"Ini ialah cincin Sol,bekas ketua SOLUTION"

Saya tersangatlah terkejut mendengar apa yang dikatakan abang Light.Jadi orang yang selamatkan saya tu ialah abang Anima.Dan saya baru perasan,nama samaran Anima iaitu Soul datang dari nama abang dia sendiri rupanya.

"Baiklah,saya sudah bersiap"

"Bagus tu"
"Dan juga saya ada sedikit rancangan"
"Kita tidak akan pergi ke tempat yang sama"
"Saya akan pergi ke kawasan perumahan di mana Anima diculik manakala awak akan pergi ke tempat sebelum ini"

"Eh,kenapa pula macam tu"
"Bukan lagi senang jika kita bertarung bersama"

"Itu betul tetapi kita masih belum tahu situasi sebenar Anima dan juga sebelum ini,kamu pergi ke sana tanpa senjata yang mencukupi tetapi kali ini tidak"
"Saya yakin kamu akan berjaya"

Saya mendiamkan diri.Saya bersetuju dengan cadangan abang Light.Dengan segera kami pergi ke tempat yang dituju.Abang Light memberitahu saya untuk memberitahunya jika saya sudah masuk ke dalam mahkamah itu.

Setelah tiba di situ,saya merasakan banyak tenaga yang kuat di situ.Tak silap lagi,ini semua ialah tenaga yang datang dari Roh Magis.Setelah berada di depan mahkamah lama tu,saya diserang hendap oleh tiga roh magis.Saya sempat menghalang serangan mereka.Namun,saya tidak boleh masuk ke dalam mahkamah itu kerana pintu depannya dihalang roh magis yang lain.Saya mengeluarkan pistol untuk menghalau yang berada di pintu tetapi setiap kali satu dikalahkan,yang lain akan muncul.Mereka seperti tidak berhenti muncul kembali.

"Rrragghh"

"Urgh,banyak sangat ni"
"Kalau macam ni,rancangan abang Light sudah gagal"

Saya sempat melarikan diri jauh sedikit dari semua roh magis itu.Mereka semua masih belum sedar saya berjaya melepaskan diri.Namun,saya masih perlu fikirkan cara untuk memasuki mahkamah itu.Duduk sahaja di sini tidak akan membawa apa-apa hasil.

Cliinnnggg

Hurm,benda apa ni?Bentuk dia bulat macam penutup tong sampah pun ada.Hmmm....

"Ah,itu saya punya"
"Boleh pulangkannya"

Di hadapan saya,seorang budak lelaki yang rasanya berumur di antara 16 ke 17 tahun yang memakai kostum ala-ala Superhero meminta barang yang dipegang saya.

Kemudian,saya membalas "Oh,boleh sahaja"
"Tapi kamu perlu pergi dari sini"
"Tempat ni sangat bahaya"

Budak itu mengambil benda itu dan memegangnya seperti perisai.Baru saya sedar itu memang perisai.

"Hehe,terima kasih bang tapi hal saya masih belum habis di sini"

Saya tertanya-tanya dengan ayat budak tu.Dia tersenyum dan berdiri di depan saya dan menghadap semua roh magis tu.Roh magis tersebut dengan pantas menyerang budak itu seperti haiwan pemangsa yang melihat rezekinya.Sebelum sempat saya bergegas untuk menyelamatkan budak tu,dia melakukan aksi yang tidak boleh dipercayai.

"Ambil ni!!!" kata budak tu sambil melempar perisainya seperti bumerang.Apabila perisainya dilempar,budak itu menyerang setiap roh magis dihadapan saya seperti tiada masalah.

"Graggghh" sekali lagi dia melemparkan perisai itu dengan sangat kuat dan telah menjatuhkan berpuluh-puluh roh magis tanpa rasa penat walaupun mereka tidak henti muncul.

"Abang,saya telah buat jalan untuk abang masuk ke dalam mahkamah itu"
"Lekas sebelum mereka kembali"

Setelah mendengar budak itu,saya bergegas ke pintu mahkamah.Saya menggunakan pistol saya dan menembak beberapa roh magis yang masih menghalang.Akhirnya,saya tiba di dalamnya juga.

"Blackthorn,sila jawab"
"Apa situasi awak di sana" suara seorang perempuan kedengaran dari jam yang dipakai budak itu.

"Lelaki itu sudah dapat masuk ke dalam"
"Jadi apa yang perlu saya buat sekarang"

"Pulang ke markas segera"
"Kita sepatutnya tidak menolong mereka dalam hal ini.Ini semua ialah masalah bagi SOLUTION sahaja"
"Issei dan Sakura sudah dalam perjalanan pulang jadi awak pun perlu pulang"

"Eeeehhh,saya baru nak jadi cool tadi"
"Kacaulah awak ni,Chi"

"Pulanglah sahaja,CAPTAIN!!!!"

Di dalam mahkamah lama,

....
Senyap betul.Saya harap budak yang membantu saya selamat. Kring,Kring

"Abang Light macam mana situasi abang"

"Saya selamat tapi saya agak terkejut apabila banyak sangat roh magis menyerang saya"
"Namun,ada dua orang budak berpakaian Superhero menyelamatkan saya"
"Simpan cerita itu untuk kemudian,saya nak awak teruskan perjalanan awak dan telefon saya semula jika awak dalam bahaya"

Sebelum sempat saya memberitahu situasi saya,dia telah meletakkan telefon.Tidak mengapalah.Saya perlu segera menyelamatkan senior Anima.

Saya berlari dan berlari tanpa henti.Terima kasih pada budak tadi,saya masih mempunyai banyak stamina.Akhirnya,saya sudah berada di depan pintu yang akan membawa saya kepada abang Rex dan mungkin juga senior Anima.

Kriiiik

Setelah membuka pintu,bilik yang sepatutnya saya berjumpa dengan abang Rex kosong.Tiada apa-apa di dalam itu.Saya cuba memeriksa sekeliling jikalau ada yang mencurigakan.Namun,tiada lansung benda yang boleh membantu.Ia cuma bilik yang kosong.Tiada pintu lain,tiada tingkap,tiada butang dan apa-apa sahaja.Cuma sebuah bilik.Tidak kisahlah,saya perlu laporkan ini pada abang Light.

"Ke kanan...."

Eh.Suara apa tu?Saya terdengar suara menyuruh saya ke kanan.Saya cuba melihat kanan saya tetapi ia cumalah dinding kosong.Walau bagaimanapun,saya tetap pergi ke situ.Tanpa rasa ragu,saya menyentuh dinding itu.Tetiba sahaja,bilik itu bergegar seperti berlaku gempa bumi.Saya menggunakan pedang saya dan menggunakanya sebagai tiang untuk mengawal keseimbangan saya.

Gegaran itu berhenti dan satu pintu yang sepatutnya tidak berada di sini tiba-tiba sahaja muncul.Saya dengan berhati-hati membuka pintu.Pintu itu membawa saya ke bilik kosong yang sangat putih.Dindingnya,pintunya semua putih.Saya melihat sekeliling dan saya agak terkejut kerana terdapat seorang lelaki berambut panjang dan berwarna putih diikat di sini.Saya pergi pada lelaki itu dan cuba memeriksa nadinya.Nadinya masih berdenyut bermakna lelaki ini masih lagi hidup tetapi keadaannya seperti telah diseksa dengan sangat lama.Saya cuba memotong rantai yang mengikat lelaki itu.Namun,lelaki tersebut terjaga dan menghalang saya melakukan perkara tersebut.

"Apa yang kamu buat,budak"
"Tiada gunanya melepaskan saya setelah bertahun-tahun diseksa di sini"

"Apa maksud awak"
"Semua manusia berhak meneruskan hidup walaupun dia diseksa ataupun dihina"

"Habis tu,kenapa anak saya perlu mati" lelaki itu berkata dan mula mengalirkan air mata.
"Disebabkan saya,anak kesayangan saya menjadi mangsa"
"Kalaulah saya terima sahaja tawaran dia hari tu,budak tu tidak terseksa sepanjang masa" lelaki itu menangis dan berulang-ulang menyebut kesengsaraan dan keselamatannya.
"Kitai,maafkan ayah"

"Eh"
"Awak kata Kitai,kah?"
"Maksud awak,awak ialah ayah kepada Kitai"
"Kitai Hopstar?"

"Ya,awak kenal dengan dia?"

"Saya pernah bersekolah dengan dia tapi satu hari kami diserang seekor roh magis"
"Kitai diserang benda itu dan kehilangan banyak darah serta mendapat luka yang sangat dalam"
"Saya berharap awak maafkan saya tapi saya yang membunuh anak awak,awak tidak bersalah dalam hal ini" saya duduk di sebelah lelaki itu dan memikirkan sama ada saya masih mahu meneruskan perjalan atau tidak.

Apabila memikirkan semula,semua ini terjadi disebabkan saya.Ayah Kitai pasti akan terus berada dalam keadaan baik jika Kitai masih hidup dan membantu ayahnya.Mesti lebih baik jika saya yang diculik dan bukannya senior Anima.Jika senior Anima,pasti dia dan abang Light telah berjaya sekarang.Kalaulah saya teman adik saya ketika di belakang pentas hari tu,pasti dia tidak akan menjadi seperti sekarang.Semua ini pasti tidak akan berlaku jika saya membuat keputusan yang betul.Kitai,Akai,White dan juga Anima.Mereka pasti sudah selamat jika yang datang selamatkan mereka ialah budak berperisai tadi.Malangnya mereka,yang cuba menyelamatkan mereka dan sedang menjadi wira cumalah saya,Shinzou Shirou....

"Awak tahu tak,saya baru perasan" lelaki itu tiba-tiba bercakap."Saya selalu berasa sedih dan kerap menyalahkan diri saya di atas perkara yang berlaku hingga sekarang"
"Selama ini saya tidak berhenti melakukannya tetapi setelah melihat awak yang melakukannya baru saya sedar"
"Rupa orang yang melakukan perkara macam tu saaaaangat sangat hodoh"
"Ia sangat-sangatlah teruk dan membosankan"
"Jadi budak,apa nama kamu?"

"E-eh,Shi-Shirou"

"Ouh,kamulah Shirou"
"Baiklah,Shirou.Lepaskan saya sekarang dan ceritakan pada saya kenapa kamu berada di sini"

"Boleh ke saya percayakan awak"

"Awak sudah cuba melepaskan saya awal-awal tadi tapi awak ragu-ragu pula sekarang?"
"Jangan risau,awak boleh percayakan saya"

Saya dengan berhati-hati memotong rantai yang mengikat tangan lelaki itu.Kemudian,saya menceritakan sebab saya berada di sini.Dia mendengar dengan teliti apa yang dikatakan saya.

"Jadi awak ni ahli SOLUTION rupanya"

"A-ada masalah ke"

"Tiada,tiada masalah"
"Tapi untuk yang dululah"

"Eh,apa maksud awak?"

"Dulunya SOLUTION memang sebuah organisasi yang sangat baik dan membantu orang ramai.Setiap ahli mereka mempunyai satu tujuan iaitu untuk menolong orang.Namun,seorang ahli lain dari yang lain.Apa yang dia mahu cumalah pangkat,darjat,harta dan kuasa.Awalnya dia sama sahaja seperti yang lain tetapi setelah mendapat kuasa dan darjat,dia menjadi tamak dan melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya"

"Orang yang awak maksudkan itu abang Rex,kah?"

"Rex?Dia tu cumalah salah seorang yang telah dihasut.Dalang utamanya ialah Taiyou"

"?!?"

"Terkejutkan"
"Dia telah mengawal setiap ahli SOLUTION dibawah jarinya selama ini"
"Kalau awak nak tahu,separuh daripada ahli SOLUTION ialah pengkhianat"

"Kalau macam tu,saya perlu segera memberitahu abang Light tentang hal ini"

"Tunggu sebentar,ada benda yang saya nak minta awak tolong"

Sementara itu,

Abang Light terjumpa tempat lorong rahsia yang membawanya ke satu tempat yang tidak diketahui.Dia cuba memeriksa kawasan itu dan menjumpai beberapa tapak kaki.Tapak kaki tersebut membawanya ke arah sebuah bangunan lama.

"Bangunan apa ni?"

Dengan berhati-hati,dia memasuki bangunan itu.

"Gelap betul tempat ni"
"Haraplah Shirou masih selamat"

Semakin lama dia berjalan,dia akhirnya tiba di penghujung.Di hadapan abang Light terdapat sebuah pintu.Dengan berjaga-jaga sambil mengeluarkan senjatanya,dia membuka pintu.

Setelah membuka pintu,dia ternampak senior Anima diikat di sebuah kerusi.

"Anima awak tidak apa-apakah" dengan segera abang Light pergi untuk melepaskan senior Anima.

"L-light?"
"Urgh,lari dari sini!"
"Ini cumalah perangkap!!"

"Eh,ap-"

Sebelum sempat abang Light melepaskan senior Anima,dia diserang hendap oleh seorang musuh.Musuh itu tidak lain tak bukan,ketua SOLUTION,Tuan Taiyou!

"Tu-tuan"
"Apa yang tuan lakukan ni"

"Light!Larikan diri awak"
"Dia ni ialah pengkhianat"
"Pergi sekarang dan dapatkan bantuan dari Shirou!"
"Graggghh" senior Anima menjerit kesakitan disebabkan renjatan elektrik di kerusi yang didudukinya.

"Anima,awak ni banyak cakap juga,ye"
"Jadi Light,bukankah saya suruh awak tunggu sebelum kita menyelamatkan Anima"
"Biar saya teka,Shirou yang cadang semua ni kan"
"Hahaha,budak lembap tu memang tak ubah seperti abang awak yang sama lembap tu,ANIMA!Awak tahu tak,saya awalnya nak simpan Anima ni lama sikit tapi disebabkan awak sudah buat macam ni,saya bunuh sahajalah dia"

Tuan Taiyou meletakkan tahap renjatan yang paling tinggi padanya.Abang Light dengan segera menghalang ketua.Dia sempat menjatuhkan alat kawalan itu tetapi senior Anima masih mendapat rasa kesannya.

"Arggghhh"
"Arggghhh"
"....."

Abang,saya sudah lakukan yang terbaikkan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience