"Ya Allah,kau permudahkanlah segala urusan aku pada hari ini"ujar Ishtar di dalam hati.
Kakinya perlahan menuruni tangga.Dapat didengar beberapa suara.
Mungkin Eidlan dan yang lain sudah menunggunya.
"Pengantin perempuan sudah tiba"jerit satu suara membuatkan semua mata memandangnya.
Ishtar terus pergi ke arah tempat duduknya yang berada di belakang Eidlan.
"Baiklah, kalau macam ni kita dah boleh mulakan akad"
"Pengantin lelaki sudah sedia?"soal tok kadi.
"Ya"ujar Eidlan.
"Baiklah...Eidlan Laurenzo bin Ezio Laurenzo"
"Ya,saya"
"Aku nikahkan dikau dengan Ishtar Hasna binti Mohd Rashid dengan mas kahwinnya sebanyak RM3 juta dibayar tunai"
"Aku terima nikahnya Ishtar Hasna binti Mohd Rashid dengan mas kahwinnya sebanyak RM3 juta dibayar tunai"ujar Eidlan.
"Sah?"soal tok kadi.
"Sah"ujar semua orang saksi yang berada di situ.
"Alhamdulillah"
"Ya Allah sedihnya bila mak dan ayah tidak berada di sisiku saat ini"dalam sekelip mata dirinya sudah sah menjadi isteri kepada Eidlan Laurenzo.
Dia memilih untuk bersetuju memanglah bukan atas dasar cinta.
Dia memilih kerana mimpi yang dialaminya dan hatinya juga terdetik rasa kagum kerana Eidlan cuba membuktikan bahawa dia tidak bersalah dan tidak ada kaitan dalam kemalangan mak dan ayahnya.
Dan sejak lafaz akad disebut dirinya sudah bersedia menjadi seorang isteri.Dan juga secara perlahan dia akan mencuba menerima Eidlan sebagai suaminya.
Dan tanpa dia sedar Eidlan sudah berada di hadapannya.
"My wife....kenapa termenung?Apa yang kau fikirkan?"Eidlan mengangkat dagu Ishtar membuatkan mata mereka bertembung antara satu sama lain.
Ishtar menundukkan kepalanya kembali.Malu mula menerjah.
"Kenapa kena sweet ii pulak dia ni?"ujar Ishtar di dalam hati.Debaran mulai menguasai diri.
"Sudah-sudahlah tu.Jangan lama-lama sangat.Jiwa single kita ni meronta tau.Tak baik buat kita macam ni"ujar Erdy membuatkan beberapa orang yang hadir di situ ketawa.
"Is,kau nak ker dia usik kita dekat sini.Aku tak kisah"bisik Eidlan di telinga Ishtar.
"Haishhh,apa masalah la si Erdy ni?"Ishtar menelan air liurnya.
Perlahan tangannya dihulurkan kepada Eidlan dan kemudian jarinya disarungkan cincin.
Dagunya diangkat dan dahinya dikucup lembut oleh Eidlan.Dan diwaktu inilah hatinya terselit satu rasa yang membuatkan dirinya berasa tidak selesa.
Rasa yang tidak pernah dirasakan sebelumnya.Rasa yang tidak tahu bagaimanakah hendak diungkapkan.
"Kau masih lagi termenung"ujar Eidlan membuatkan Ishtar tersedar dari lamunannya.
Tetamu sudah mulai beransur keluar.Dan sekarang hanya tinggal mereka berdua.
"Mari ikut aku.Jumpa dengan seseorang.Aku harap kau tak marah dengan aku"ujar Eidlan.
"Siapa?"
"Ikut saja aku"Eidlan menarik tangan Ishtar kemudian membawanya ke luar rumah.
Ishtar dan Eidlan kemudiannya menyarungkan kasut dan Ishtar dibawa ke arah belakang rumah Eidlan.
Dan tiba-tiba dia ternampak satu susuk tubuh seseorang yang amat dia kenali.
Ishtar memberhentikan langkahnya.Tangannya cuba dilepaskan dari dipegang oleh Eidlan.
"Kau ikut aku"
"Tak aku tak mahu ikut kau"Ishtar sedaya-upaya ingin pergi dari situ.
Dia tidak ingin lagi berjumpa dengan pengkhianat yang sudah menghancurkan keluarganya.
"Aku nak kau cakap baik-baik dengan dia.Aku tahu kau marah tapi sekarang aku dah jadi suami kau.Aku nak kau ikut cakap aku"ujar Eidlan dengan tegas.
Sebenarnya,Maisurah sudah beberapa hari merayu kepada dirinya.Maisurah ingin berjumpa dengan Ishtar memandangkan Mak Cik Yah memberitahu bahawa Ishtar sekarang berada bersamanya.
"Is,aku nak kau berbaik dengan dia.Kau kena dengar perkara sebenar apa yang berlaku"
"Tak,aku tak mahu dengar apa-apa lagi dengan dia"ujar Ishtar.Air matanya mulai mengalir.
"Is!"jerit Maisurah membuatkan Ishtar dan Eidlan memandang ke arahnya.
"Is!Maafkan aku!"
"Tolong,aku tak nak jumpa dia"rayu Ishtar kepada Eidlan.
"Aku tak kisah.Aku nak kau cakap dengan dia"ujar Eidlan.
Maisurah berlari ke arah Ishtar.Dan waktu itulah Eidlan melepaskan tangan Ishtar.
"Maafkan aku Ishtar"ujar Maisurah sewaktu dirinya memeluk Ishtar.
Eidlan terus beredar dari situ.
"Ishtar,aku tahu aku salah.Aku tahu mama aku juga salah.Dia sebenarnya nak jumpa dengan kau tapi sekarang dia tak kuat nak datang sini"
"Maafkan aku"
"Tolong maafkan aku"
"Kau nak cakap apa?Apa sebab kau nak jumpa aku?"soal Ishtar dengan tegas membuatkan Maisurah terkedu.
Ishtar Hasna yang dikenalinya dulu sudah tidak seperti dulu.Dan dia tahu siapa punca Ishtar berubah seperti itu.Dirinya sendiri.
Dirinya yang membuat Ishtar berubah.
maaflah author makin jarang update sekarang.... insyaallah Jumaat Sabtu author akan update banyak sikit....hehehehh tq kepada yang sudi menunggu
Share this novel