BAB 3

Humor Completed 6445

Dan dia tak sangka langsung Zeek menerima perkenalannnya dengan baik.

Ingatkan Zeek tak suka! Nasib baik. Lepas ni, bolehlah dia tegur Zeek

tanpa perlu ragu-ragu macam dulu.

“Ain?”

Nurul Ain berpaling ke pintu biliknya saat terdengar tok wan menyeru

namanya.

“Awat tok wan?”

“Tolong urut kaki tok wan, boleh? Rasa lenguhlah.”

Nurul Ain senyum lalu mengangguk, “Boleh tok wan.”

Nurul Ain mendekati tok wan yang sudah duduk di birai katil. Minyak

hijau yang ada di atas meja solek, Nurul Ain capai sebelum dia duduk di

lantai, mengadap tok wan,”Kaki kiri ka kaki kanan, tok wan?”

“Kaki kiri. Lenguh sungguh. Tak taulahpasaipa.”

Nurul Ain mencebikkan bibirnya sebelum tersenyum. Tangannya lincah

mengurut betis tok wan yang kurus, “Konon tak tau pasaipa padahai tok

wan tu banyak berjalan. Kalah orang muda!”

“Amboi, mengata tok wan!” Tok wan menjegilkan matanya sebelum tersenyum,

hambar, “Ain, awat Ain baik sangat dengan tok wan?”

Nurul Ain kerutkan dahi lalu dia panggung kepala memandang tok wan,

“Awat kata lagu tu tok wan? Mestilah Ain baik dengan tok wan. Tok wan

kan nenek Ain? Opah belah ibu dah tak dak, Ain ada tok wan saja, nak

menumpang kasih sebagai cucu tok wan.”

Tok wan tersenyum. Matanya berkaca, “Awatlah cucu tok wan yang lain tak

macam Ain?”

Nurul Ain tersenyum, mengusik, “Eh, mestilah depa tak macam Ain. Kalau

depa macam Ain, nanti Ain dah tak istimewa dah dekat mata tok wan.”

“Ain, tok wan nak tanya boleh?”

Nurul Ain mengangguk.

“Ain dah ada boyfriend ka?”

Ain terus pandang tok wan lalu dia ketawa, “Mana nak ada boyfriend lagi

tok wan. Tak dak sapa mau kat Ain ni.”

“Rugilah depa hat tak mau kat Ain tu!” Tok wan ketawa.

Nurul Ain ketawa lalu menggeleng. Tangannya masih lincah mengurut kaki

tok wan.

“Betuilah yang Ain tak dak boyfriend lagi?”

“Betui, tok wan! Ain tunggu orang masuk meminang ja. Tak payah

boyfriend-boyfriend ni.”

Tok wan ukir sengih mengusik, “Dah tu, tadi tok wan tengok Ain dok

tenung bulan tu macam nak tembuih ja, lepas tu dok tersengih-sengih.

Serupa orang dok bercinta. Ha, habaq lekaih kat tok wan. Ain dok

teringat kat sapa tadi?”

Wajah Nurul Ain berubah terus. Tok wan nampak ke tadi? “Er...” Lidahnya

kelu terus. Pipinya terasa panas sendiri. Malunya!

“Amboi, merahnya pipi cucu tok wan ni!” Tok wan ketawa, mengekek.

Sukanya dia bila dapat mengusik Nurul Ain.

Nurul Ain mencebik, “Tok wan!”

Zeek menggosok permukaan kaca kaunter yang sudah berhabuk. Jam di tangan

dia pandang. Sudah pukul 9.45 pagi. Alif masih belum sampai lagi.

Selesai kerjanya, dia terus capai kepingan gambar yang sudah siap dicuci

dari minggu lepas lalu dia menyusun gambar-gambar itu di dalam album.

Kejap lagi pasti tuan pemilik gambar itu akan datang mengambil gambarnya

di kedai.

“Assalamualaikum!”

Zeek angkat muka dari album gambar. Tanpa kata, Zeek mengangkat tangan.

Salam yang Alif bagi, dia jawab dalam hati.

“Ni gambar yang minggu lepas tu ke?” Alif bertanya, sebaik sahaja dia

berdiri di depan Zeek.

Zeek mengangguk. Tangannya cekap memasukkan gambar ke dalam album.

“Dah makan?”

Zeek mengangguk lagi. Alif menggeleng. Hailah! Berat mulut sungguh si

Zeek ni, “Aku ada beli nasi lemak tadi. Aku beli lebih. Kalau sat

lagihang lapaq, hang makanlah.”

Zeek angguk, “Gambar majlis kahwin yang minggu lepas tu, kau dah cuci?”

Alif geleng, “Belum. Sat lagi aku cucilah. Awat? Pengantin tu dah

telefon hang?”

“Taklah! Aku tanya aje,” Zeek senyum nipis segaris.

Alif tepuk bahu Zeek, “Zeek, aku nak tanya boleh dak?”

Zeek pandang Alif seketika sebelum mengangguk, “Tanyalah.”

“Awat hang pendiam, hah?”

Zeek jungkit kening sebelum dia menggeleng dengan senyuman, “Itu je kau

nak tanya?”

Alif mengangguk.

“Aku lebih suka mendengar. Faham tak maksud aku?”

Alif tercengang sebelum mengangguk, “Hang unik.”

Zeek ketawa, “Tell me something I don’t know.”

“Aku ingatkan hang tak suka bercakap sebab takut orang jatuh cinta

dengan hang.”

Zeek pandang Alif dengan muka kelam. Apa maksud mamat ni?

“Suara hang tu. Kalau orang perempuan dengaq, boleh cayaq hang tau?”

Zeek ketawa. Merepek!

“Tu! Hang gelak macam ni pun suara hang merdu. Kalau aku perempuan, dah

lama aku pi meminang hang!” Alif buat muka minta penampar pada Zeek.

Album gambar yang sudah penuh berisi gambar tadi dilibas ke bahu Alif

sebelum dia berlalu ke belakang kedai gambar milik mereka berdua, “Kalau

kau perempuan, dah lama aku lari!”

“Cis! Hang memandang rendah pada aku!” Alif menjerit pada Zeek sebelum

ketawa berdekah-dekah.

Nurul Ain mengeluh. Diturut juga langkah Dini yang kalut nak ke kedai

gambar. Mahu menangkap gambar untuk letak dalam resume, katanya.

“Nilah kedai dia!” Dini senyum bila tiba di Afif@Alif’s Pictures, “Jom,

masuk!”

“Sat! Tunggu sat!” Nurul Ain angkat tangan kanan, menyuruh Dila

menunggu, “Kenapa tak pergi kedai apek?”

“Malaslah pergi kedai apek tu! Anak dia tu suka pandang-pandang aku,”

ujar Dini sambil mengibas rambutnya mengurai tak berikat.

Nurul Ain mencebik. Malasnya nak layan si Dini ni! “Dah hang pakai seksi

sangat. Dia pandanglah!”

“Hang ni...” Dini buat muka. Nak sindir akulah tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience