Chapter 4

Family Completed 11174

" Hello everyone! Amiera here! " kata Tengku Amiera setelah tiba di tingkat 3.

"Ouh kau miera. Waalaikumussalam. Dah cepat masuk dalam group kau. Amir sekali " balas Tengku Iezzuddin.

" Tuu dia. Deep sekali. Padan muka kau " celah Tengku Haniez.

" Eh. Assalamualaikum. Hehe sorry. Group miera mana? " Tengku Amiera yang malu cepat cepat mengubah topik.

"Group kau ngan aku. Pasukan putih. " jawab Tengku Amriena. " Habistu group lagi satu mana? " tanya Tengku Amiera lagi.

"Sabar, kita tunggu bonda, ayahanda,Atikah, Kak Lia, Abang Mukhriz " jawab Tengku Amriena .

" Assalamualaikum " tiba tiba Tan Sri Razali memberi salam. Bersama samanya Puan Sri Zariana, Nur Marlia, Syed Mukhriz dan Nur Atikah. Mereka berpakaian persis seorang korporat.

" Waalaikumussalam, ha dah sampai pun " kata Tengku Haniez. " Harini kita ada tetamu istimewa. Rakan konsi ayahanda juga. Dialah Tan Sri Zulkipli dan Puan Sri Zulaikha. " Muqaddimah Tan Sri Razali. Mereka satu keluarga berkumpul seperti hari keluarga.

*** Pilot VS Doktor ***

" Mel, kau tak rasa pelik ke? " tanya Nur Qistina.

" Pelik kenapa? " Mellysa memulangkan soalan.

" Yelaa. Macam mana keluarga diorang boleh rapat sampai macam tu " jawab Nur Qistina.

" Sudahlah Qis, aku rasa baik kau tak yah kacau diorang lagi. Afiq dengan Afieqa lagi 4 bulan je nak graduate. Pastu diorang nak bertunang and then nikah " nasihat Mellysa.

" Tak. Aku tetap nak hancurkan hubungan diorang. Afiq is mine. " tegas Nur Qistina membalas.

" Tapi Afiq tak suka kau pun " balas Mellysa semula.

" Eh, yang kau nak bela si Afieqa ngan Afiq tu kenapa? " tanya Nur Qistina.

" Mana ada aku bela. Aku just nasihatkan kau je. " jawab Mellysa.

" Sebelum kau nasihatkan orang, kau cermin diri kau dulu. Kau pun sama lah. Terhegeh hegeh kat Iskandar tu. Padahal dia tak nak kat kau " ujar Mellysa.

" Yelah " Mellysa malas hendak melayan.

*** Pilot VS Doktor ***

" Ok lah. Saya balik dulu. Mummy ngan Papa pun nak balik dah. Anyway, thanks " ucap Tengku Afiq.

" Hahah. Welcome. Esok datang tau. Nak bincang pasal pameran " jawab Tengku Haniez.

" In Shaa Allah. Get ready tau " balas Tengku Afiq.

" Get ready untuk apa? " soal Tengku Haniez.

" Lagi 4 bulan saya masuk meminang " kata Tengku Afiq selamba.

" Ishh " rengus Tengku Haniez.

" Eleh. Dah malu lah tu " kata Tengku Afiq.

" Mana ada " balas Tengku Haniez.

"Alah nak sweet sweet bukan kat sini " tiba tiba Tengku Iez Amin Fikry mencelah.

" Haah lah. Dah saya balik dulu. Bonda, ayahanda Fiq balik dulu " kata Tengku Afiq lalu menghidupkan enjin motornya.

" Ha jalan bebaik " kata Tan Sri Razali.

" In Shaa Allah " jawab Tengku Afiq. Diapun menunggang motosikal keluar dari halaman rumah Tan Sri Razali dan menuju ke rumahnya.

*** Pilot VS Doktor ***

" Hei Haniez " panggil Tengku Amiera.

" Apa? " tanya Tengku Haniez.

" Lecturer kau ada bagitahu pasal pameran antara kolej? Mesti takde kan " tanya Tengku Amiera lalu dia menjawab tanpa mendengar jawapan Tengku Haniez.

" Pameran tu adalah pameran antara universiti dan kolej di serata malaysia. " terang Tengku Amiera.

" Wait. Wait. Chop. Chop. Actually, aku dah lama tahu pasal pameran tu. Sejak dari minggu lepas lagi. Apasal? " terang Tengku Haniez.

" Arr. Kau dah tahu eh. Haduh malu aku " kata Tengku Amiera.

" Ha. Dah malu lah tu. Blushing je pipi " kini giliran Tengku Haniez mengenakan Tengku Amiera.

" Takde apalah. Aku nak bagi tahu kau yang kau jangan nak berlagak sangat. Tak mungkin pilot boleh menang. Pilot apa je ada. Sikit sikit kapal terbang. Lain lah doktor " kata Tengku Amiera.

" Ha doktor ada apa? " tanya Tengku Haniez.

" Arr. Macam macam. Itu ini " jawab Tengku Amiera. Hakikat sebenarnya dia tak tahu nak jawab apa.

" See. kau jawab pun macam tu. That means kau tak tumpukan perhatian ketika dalam class. Dah lah aku buzy ni " balas Tengku Haniez.

" Aku akan pastikan yang Pilot takkan menang! " tegas Tengku Amiera berkata.

" Dah? " soal Tengku Haniez.

" Dah " jawab Tengku Amiera.

" Ha kalau dah blah lah. Syuh! " halau Tengku Haniez.

" Erghh!! " jerit Tengku Amiera.

" Hahaha " Tengku Haniez ketawa sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience