BAB 4

Family Completed 341

“Kamu hilang apa yang ingin kamu lontarkan?” soal Hidayat tanpa memandang wajah Fasiha . Seram sejuk Fasiha waktu itu. dia memejam matanya.

“Ya Allah... aku sangat lalai selama ini tetapi aku sangat yakin bahawa kau maha pemurah lagi mengasihani. Kasihanilah aku, hambamu yang hina ini.... kuatkanlah aku”

“Hahahhahahahah..” Hidayat ketawa dan terus pergi meninggalkan Fasiha sendiri. Nyanyian Nad membuatkan kaki Fasiha melangkah ke muka pintu. Tiga beranak itu sangat bahagia. Saling membelai dan ketawa mesra. Sesekali mereka bertiga mengerling ke arah Fasiha yang masih berdiri tegak di situ.

Fasiha mengalihkan pandangan dan dia masih melihat perempuan itu di bawah pokok. Tangannya memberi isyarat agar Fasiha masuk ke dalam rumah dengan segera. Entah mengapa, Fasiha menurutinya sahaja. dia terus naik ke biliknya. Di mana lagi dia harus pergi?.,

Fasiha baring sambil memeluk lututnya. Air matanya masih menitis walaupun mimpi telah mula menyinggah..

Di dalam mimpinya itu dia dapat melihat bagaimana ayahnya sedang berzikir sambil mengalirkan air mata. Mamanya juga turut sama memegang tasbih dan berzikir di belakang papanya. Fasiha yakin yang kedua ibu bapanya baru sudah soat jemaah bersama. Yang paling mengejutkan apabila dia melihat Nad di sebelah ibunya. Dalam keadaan jelas dan tidak, Fasiha menangkap butir – butir bicara papanya.

“Fasiha ..... di mana juga Fasiha , ingatlah Allah Fasiha . Papa dan mama sentiasa mendoakan Fasiha dan sentiasa berusaha mencari Fasiha hingga kami jumpa. Nad tidak boleh tidur tanpa Fasiha di sisi. Kami merindui Fasiha . Ikutlah gerak hatimu sayang.... Allah sentiasa membantumu....bismillahirrahmanirHidayat ..... ( Al- Fatihah) “

Air mata Fasiha menitis.

Kali ini mamanya pula bersuara.

“Mama sentiasa bersama Fasiha . Ingatkan ayat kursi yang mama suruh Fasiha selalu baca? Ingatlah Fasiha ...bismillahirrahmanirHidayat m... (ayat kursi)”

Fasiha terus terjaga dari dari tidur. Dia menggosok mukanya dengan sedikit kuat. Matanya dipejamkan dan perlahan – lahan ayat demi ayat kalam Allah lancar di bibirnya.sebaik sahaja dia membuka mata, perempuan yang sering muncul itu duduk bersimpuh benar – benar di hadapannya. Dia berbau harum dan itu meyakinkan Fasiha perempuan itu bukan seperti mereka yang lain.Wajah berseri itu tersenyum memandangnya.

“wahai hamba Allah... kau tidak bersendirian di sini. Allah sentiasa melihatmu. Tidak cukup yakinkah kamu apabila mengetahui penciptamu sedang memerhatikanmu dan sesungguhnya dikau sedia maklum yang Allah itu Maha pengasih?. Kuatkan semangat dan jiwamu...akan aku tunjukkan segalanya agar kau boleh terlepas dari kurungan syaitan dan jin kafir yang zalim” sangat lancar tutur kata perempuan itu.

Fasiha menarik nafas dalam –dalam.

Dia membaca surah Al- fatihah hingga mengalir air matanya. Sebaik sahaja dia melepasi ayat terakhir, Fasiha seolah – olah di bawa untuk melihat segala apa yang berlaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience