Hazel berdiri kaku dihadapan rumah kayu yang sudah kelihatan usang namun masih teguh berdiri.Laman rumah yang sangat luas pada suatu ketika dulu dipenuhi pokok bunga kini sudah hilang serinya.Kelihatan beberapa biji pasu tergolek di sana sini,daun-daun kering dari pokok nangka yang rendang di sebelah kanan laman memenuhi segenap halaman rumah usang itu.Hazel menghayun langkah ke arah pokok nangka yang lebat berbuah namun buahnya tidak sebesar dahulu semasa Opah menjaganya mungkin kerana banyak persaingan dan tiada penjagaan rapi.Kenangan bersama Opah mula hadir satu persatu,suara Opah juga bagaikan terdengar-dengar ditelinganya,sungguh Hazel sangat merinduinya.
"Buah nangka tak boleh terlalu banyak dalam satu-satu kawasan ,nanti buahnya tidak boleh membesar,"kata Opah sambil memotong beberapa tangkai buah nangka yang masih muda.Buah yang besar dan matang dibiarkan dan dibalut kemas menggunakan kain.
"Opah,janganlah potong buah tu,tak elok membazir,cikgu Hazel cakap membazir amalan syaitan!",halang Hazel lagi bila Opah ingin memotong beberapa tangkai nangka yang lebat bergayutan.Hazel sangat seronok melihat hasil buah yang banyak.
"Opah tak membazir,nangka muda kita boleh masak lemak buat sayur atau kita bole agih-agihkan pada jiran tetangga.
"Sedekahkan amalan yang mulia",sambung Hazel sambil tersenyum mempamerkan lesung pipitnya yang dalam di kedua pipinya yang tembam kemerahan.Mata besarnya kelihatan galak berair,hidung kecilnya yang mancung membuatkan sesiapa saja terpesona dengan keindahan wajah kecil itu.
Jatuh airmata Hazel bila mengenangkan saat-saat bahagianya ketika kecil bersama Opah.Terlalu bernilainya kenangan itu buat Hazel.Opah merupakan insan yang telah banyak menghadirkan kebahagiaan dalam hidupnya,insan yang menemani dan melayaninya dengan penuh kasih sayang.Namun apalah daya untuknya melawan takdir.Pada usinya 18tahun,Opah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya.Pergi yang tidak mungkin kembali lagi.Opah pergi dalam keadaan yang sangat tragis dan Hazel sendiri juga masih fobia dengan kejadian itu.Kejadian malam itu,jeritan cemas Opah serta rayuan Opah,kembali terimbas.
"Lari Hazel,lari.....!"itulah laungan terakhir Opah sebelum dadanya ditikam berkali-kali oleh manusia yang berperangai iblis.Masih utuh di ingatannya bagaimana takutnya dia,Hazel berlari tanpa arah tujuan,sambil menangis dengan menggila.Habis luka dan calar-balar kakinya entah terpijak kaca atau batu.Terasa ngeri bila membayangkan nyawanya hampir melayang dilanggar kereta ketika dia lari melintas jalan tanpa melihat ke kiri kanan terlebih dahulu.Dalam otaknya saat itu hanya lari untuk menyelamatkan diri daripada seorang lelaki yang berwajah bengis,wajahnya hodoh dengan parut panjang dari kening hingga ke hujung mulutnya.Lelaki yang berpakaian serba hitam itulah pembunuh Opah dan lelaki itulah sedang laju mengejarnya dibelakang.Saat kaki dan kudratnya sudah hilang upaya,Hazel hanya mampu menyerahkan diri pada takdir hidupnya.
"ALLAHU AKBAR!",hanya itu yang mampu terucap dibibirnya.Wajahnya sudah pucat lesi,hanya kematian berlegar-legar dalam kotak fikirannya kala matanya menyoroti lampu kereta yang laju menghampiri tubuh genitnya.Hazel sudah lemah longlai saat itu,hanya menunggu bumper kereta menghentamnya.
"Shrekkkkk!!"..Seretan tayar serta brek emergency kedengaran sangat tajam,percikan api dan kepulan asap terbentuk akibat cengkaman kuat tayar dengan jalanraya.Semua penumpang kereta bergegas keluar untuk melihat keadaan gadis itu.
"Kun Fa Yaa Kun,!"...Maha Kuasa Allah,jika Aku berkehendakkan jadi maka terjadilah.
"Hazel!",bergetar suara Tengku Que Izham melihatkan keadaan Hazel,gadis yang sangat disayangi dalam keadaan yang begitu ketakutan.Hazel begitu agresif bila Sharifah Mariah cuba menyentuh bahunya bagi menenangkan gadis itu.Tangan Sharifah Mariah ditepis kasar saat sentuhan lembut menyapa bahunya namun Sharifah Mariah sedikitpun tidak terasa hati bahkan hatinya terasa senang melihat wajah polos Hazel Haufa.Wajah yang terlihat sangat cantik dan unik.
"Kita bawa dia balik dulu,"hanya kata-kata itu yang sempat masuk ke corong telinganya sebelum pandangannya menjadi gelap gelita.Hanya lambaian tangan tua Opah tergambar ditubir matanya yang sudah banjir dengan airmata.
"Opah"!Hazel menyeru perlahan namun berkali-kali bibirnya ulangi sehingga bibir itu diam sendiri.
Share this novel