empat puluh dua

Romance Series 207093

Tangan kanan Shira langsung tak dilepaskan Khalish sejak keluar dari isi perut kereta tadi.

Bukan saja di luar, dalam kereta pun sama je! Tangan tu meliar saja ke tubuhnya di sebelah walaupun tengah drive. Huh!

Wajah tak berperasaan suaminya di sebelah ditilik sekilas. Kacak... smart. Haih.

Ditambah lagi dengan kot biru gelap di tubuh lelaki itu amat menarik perhatiannya.

Semenjak dia bernikah dengan Khalish, banyak pakaian lelaki itu dipilihnya.

Disebabkan itulah, banyak kot hitam dan kelabu Khalish ditambah lagi dengan yang bewarna seperti pink, merah, biru dan beberapa lagi warna.

Bertabah la punya isteri macam nih.

Khalish juga sudah tak kisah dengan semua itu, jika tidak dipakai, mahu merajuk lagi si isteri dengannya.

Pandangan staff-staff sekeliling pada mereka cuba diabaikan Shira. Dia suka saja dengan situasi mereka kini, genggaman tangan Khalish dibalas erat.

Tetapi sebaik saja mereka tiba di hadapan lif..

"Bang.. Kenapa tiba-tiba je ni?" pelik Shira memandang Khalish di sebelah yang tampak tertekan tiba-tiba.

Tangan yang memegang erat tangannya sudah beralih ke pinggang Shira, menariknya rapat.

"Jangan jauh." bisiknya perlahan, dingin.

Pandangan mata lelaki itu pada satu arah dicari, kelibat seorang lelaki dengan senyuman yang amat manis mendekati mereka.

"Khalish! How are you dude? Tak sangka pula boleh jumpa kau seawal ni.." tegur lelaki berwajah jambu itu pada suaminya yang dingin.

"Hm.. am fine. Kau buat apa kat sini awal-awal pagi ni?" Khalish bertanya ala kadar.

Satu sisi bercahaya lelaki itu bertembung sisi gelap suaminya di sebelah. Dapat Shira rasakan aura dan keadaan yang tak tenang diantara mereka tapi dia hanya mendiamkan diri saja.

"Aku yang akan guide meeting nanti.. tak sangka pulak kau jadi head. Nampak gayanya Dato percayakan kau sangat sekarang ni."

Si lelaki dengan name tag ZAIRI itu bertutur sedikit sinis pada Khalish dengan diiringi ketawa kecil di hujung ayat. Bagaikan memerli.

Shira mula meluat melihat wajah jambu itu dengan senyumannya. Penuh kesangsian.

'Eee.. pike bagus sangat la tu? Menyampah! Cakap dengan laki aku macam tu dah kenapa? Berlagak.. Laki jambu! Sudahla tak handsome.. perasan bagus pulak tu.'

Habis berbakul-bakul dosa Shira mengata si lelaki di hadapannya itu. Senyuman langsung tak diberikan malah tak mahu dipandang pun.

Kepala sengaja dibawa bersandar pada bahu Khalish, bagai mengucupnya dan memejamkan mata sebentar, berehat.

Haruman maskulin Khalish amat membuaikannya. Khalish dan Zairi dibiarkan bersembang berdua di hadapan lif.

"Siapa si cantik ni? Girlfriend ke?" Soalan Zairi membuatkan Shira tersentak.

'Hey! Gile punya laki. Nampak orang pakai tudung bertutup elok.. ade ke patut perempuan peluk lelaki lain kalau bukan suami sendiri?'

Carutan makin berleluasa dalam fikirannya tapi dari luaran, Shira masih statik bersandar pada Khalish.

"Nope. My wife." balas Khalish.

"Tak nak kenalkan pada aku ke?" Zairi bertanya selamba dengan senyuman manisnya.

Khalish menoleh sekali dan hanya mengangkat keningnya sekali bagaikan bertanya.

'Kau nak apa sebenarnya?'

"Chill.. aku gurau jela Lish. Kau ni dingin sangat la. Hahaha.." Zairi hanya berlagak selamba.

Apabila lif tiba, Khalish mengucup dahi Shira seraya berbisik perlahan, tapi cukup didengari Zairi di sebelah.

"Lif dah sampai yang.." Shira merengek kecil dan lengan Khalish dipautnya sebelum mereka beriringan melangkah ke dalam.

Zairi yang melihat adegan mereka hanya sembunyi senyum. Tingkat office Khalish ditujui.

Shira dibiarkan berpaut pada lengannya sambil mereka berjalan ke bilik Khalish melintasi pejabat staff.

Staff-staff yang melepasi dan bertembung dengan Khalish memberikan sapaan ringkas dan senyuman, tetapi lelaki itu seperti biasa hanya mengangguk sekali.

Pandangan-pandangan staff pada Shira di sebelahnya diabaikan. Lisa juga turut ada melihat kemesraan bekas kekasihnya itu.

Perasaan cemburu terus hadir dan Lisa pantas membawa diri ke tempat lain, mengelakkan Khalish dan Shira. Sakit hatinya!

Pintu biliknya dibuka dan mereka masuk bersama. Pautan pada tangan Khalish dilepaskan dan Shira mula meneroka pejabat itu.

Si suami tak mengendahkan. Perkara pertama yang dilakukan adalah menghidupkan PC nya. Kertas-kertas laporan untuk mesyuarat nanti dibeleknya sesekali.

Shira mula kebosanan, duduk dilabuhkan di kerusi kulit tetamu itu. Menatap Khalish penuh minat.

Wajah suaminya itu lebih kacak dengan kaca mata.. dan apabila dia menongkat sedikit dagu sewaktu berfikir.

Haihhhh hotnye lah.. kennot!

"Bang.. am bored." Akhirnya Shira bersuara selepas menangkap gambar Khalish candid dan browsing social media nya.

"Hmm."

Shira mengerutkan dahi. 'Abang ni dengar tak? Ishhh..'

Sinaran cahaya dari skrin PC itu jelas memperlihatkan sedikit pantulan pada kaca matanya, nombor-nombor dan tulisan yang dilihat Khalish terpancar pada cermin itu.

Tampak seperti si genius pulak. haha. Tanpa sedar, bibirnya menguntum senyum.

Shira mula mendapat hobi baru, memerhati si suami. Tangan menahan dagu, dia melayan perasaan sambil membayangkan Khalish dengannya.

'Kalaulah tak jadi pergi office tadi.. mesti kami dah-'

Dia tertawa kecil.

'Tapi...'

Senyuman Shira kian mengendur apabila teringatkan bahwa dia....

Kotor.

Khalish menjeling Shira di hujung matanya, memerhati. Gusar pula apabila gadis itu diam sahaja.

Melihatkan wajah Shira yang mendung dan termenung menghadap lantai, Khalish memanggil.

"Shira.." mata mereka bertautan. Wajah mendung itu terus menguntumkan senyuman buatnya, manis, sambil mengangkat kening bertanya.

"Sini." ribaan Khalish ditepuk menyuruh Shira duduk bersamanya.

Pantang mendapat peluang, laju saja kaki gadis itu melangkah. Diduduknya manja sebelum mengucup pipi kiri Khalish sekali

"Abang nak apa? Susu? Ke.. coklat? Hmm? Shira boleh buatkan."

Tanyanya lembut. Jari-jemari sudah nakal bermain di butang kemeja Khalish, berura-ura hendak membukanya.

"Hmm. Nak susu.." Khalish menjawab perlahan dengan mata masih pada PC nya.
Shira mengangguk hampa apabila tak dilayan sangat oleh Khalish, mungkin dia saja yang 'over'.. hurmm..

Sekilas, bibir Shira dikucup sebelum menolak sedikit kerusi berodanya menjauhi meja kerja.

"Back to the position." tutur Khalish dingin. Pandangan tak berperasaan itu tampak kosong saja.

"Ha? Abang cakap apa ni? Orang tak paham la.." rengek Shira manja.

Khalish merengus kasar sebelum kembali menatap Shira.

"Treat me."

"Tap.. tapi office ni." gusar Shira tiba-tiba apabila Khalish mula merapatkan kedudukan mereka.

"Like I care. You come here." keras arahan itu, leher Shira ditariknya kasar sebelum mula mencumbunya di bibir.

Luar? Tidak sama sekali. Bila dia sudah ketagih, hanya itu yang dia mahukan. Habis seluruh mulut Shira diterokainya, sedikit kasar.

Deruan nafas hangat Khalish yang sudah tak teratur pada kulit wajah Shira jelas menyatakan bahwa lelaki itu mula dalam dunianya sendiri.

Shira cuba lolos sesekali, tapi semua itu tak bertahan lama apabila dia kembali dicumbu Khalish.

Lelaki itu hanya membiarkan dia mengambil sedikit nafas saja sebelum melayan nafsu lelakinya.

'Kalau macam ni lah gayanya..aku kene practice dari awal.'

Tangan Khalish mula meraba peha Shira, bosan di luar.. tangan itu mula meliar di bahagian dalam kain... mengunjur ke atas.

Membulat mata Shira menatap Khalish. Nuckle nya! Usapan di pehanya sudah makin ke atas.

"Bang.. I think we should stop here." tangan Khalish di dalam kain itu dipegang di luar, menahannya tapi..

"No one here la sayang.. relax." Bagaikan berpengalaman saja Khalish berkata. Sedangkan dia pun baru first time!

Shira sudah mahu pitam apabila sensitive partnya disentuh, perasaan aneh mula berlegar di benak fikirannya.

"Bang tak nak la.." tuturnya perlahan.

Tangan gadis itu sudah meramas belakang tubuh Khalish sambil memanggil-manggil dirinya perlahan di telinga Khalish apabila lelaki itu mula menekan-nekan bahagian itu.

Tiba-tiba, suara Shira tak lagi kedengaran tapi.. leher Khalish dirasakan basah.

Wajah Shira cuba dicarinya, dan nyata.. wanita itu sedang menangis dengan perlakuannya.

Khalish panik, kain Shira yang terselak hingga ke peha itu dilurutkan ke bawah kalut sebelum dipujuk si isteri lembut.

"Hei hei.. shhh... Please am sorry sayang. Abang janji abang tak sentuh kalau sayang tak nak. Please don't be like this.. shh.."

Fikirnya dengan pujukan Shira akan berhenti menangis tapi makin kedengaran pula esak tangis itu. Cuak.

Oh my..

Tubuh itu dicempungnya dan Khalish berjalan sekeliling pejabatnya, pinggul Shira ditepuk perlahan, bagai mendodoi anak kecil, menenangkannya. Sesekali belakang tubuh itu diusapnya perlahan.

"Kenapa ni hmmm? Abang minta maaf sangat tentang tadi. Sayang? Are you okay dear? Sweetheart?"

Khalish bertanya berkali-kali, selembut yang mungkin dengan harapan agar Shira memberi balasan.

Hanya gelengan yang diperoleh Khalish. Shira yang memeluk lehernya erat bergesel dengan leher jinjangnya dengan esak kecil.

Khalish hanya membiarkan wanita itu bertenang dulu. Agak lama mereka berdiam diri tanpa sebarang bicara.

Shira di dalam dukungan langsung tak diturunkan Khalish, malahan lelaki itu sama seperti tadi, mengusapnya lembut menenangkan. Sesekali ubun-ubun dan bahu Shira dikucupnya.

Bunyi interkom di atas meja kerjanya menyentakkan Khalish, dia baru teringat akan meeting nya.

Panggilan suara disambungkan dan dia meminta penangguhan selama setengah jam kerana punya urgent.

Khalish cuba melihat wajah Shira, wanita itu diturunkannya di atas meja. Menghadapnya.

Kesan air mata yang sudah kering di pipi itu dikucup Khalish berkali-kali. Tak sukanya dia melihat kesakitan mahupun tangisan gadis itu. Tak sanggup..

"Kenapa ni sayang.. ? Tell me." kedua tangan menahan diri di setiap sisi Shira, sambil menunduk menatapnya rapat.

Shira yang menunduk duduk di atas meja itu mula mengangkat tangannya dan memegang kedua bahu Khalish. Agar mereka bertentangan..

"Maaf sebab tadi.. Shira ta-takut.. Shira teringat. Peristiwa tu.. maaf." ucapnya perlahan.

Jelas mata itu berkaca apabila menunduk, Khalish mengeluh perlahan sebelum mengangkat dagu kepunyaan Shira dan ditindih lembut bibir mereka.

"Tak apa.. abang faham. Take your time. Abang akan tunggu." batang hidung mancungnya dilagakan bersama sebelum mengucup dahi Shira lama.

Ketawa kecil wanita itu apabila Khalish mula dengan perangai lamanya, bergesel pipi dengannya bagaikan bersama Bob dulu.

"Kan dah cantik kalau senyum macam ni. Jadi.. jangan nangis dah. Hmm?" wajah beku.si suami ditatap Shira sayang.

Pandangannya penuh kasih sayang dan kehangatan buat si isteri mendebarkan hati Shira.

Perlahan-lahan kepala diangguk dengan secalit senyuman di bibir.

"Shira akan cuba lupakannya.. Shira janji. Abang tunggu Shira ye?"

Share this novel

Mimie Harmiza
2020-08-23 23:17:24 

setahu saya kan shiera kan x sempat dirogol..tpi kenapa seolah dia pikir telah dirogol

Mimie Harmiza
2020-08-23 23:16:36 

sy confuse jap.hmmmm

Mimie Harmiza
2020-08-23 23:16:24 

awak


NovelPlus Premium

The best ads free experience