MAB 6: AZAB DUNIA*

Romance Completed 902115

“YOU what?!!!” Amber terjerit sebaik sahaja Arianna memberitahunya akan ke Langkawi bersama Zahran. Beberapa model lain yang turut berada di set penggambaran itu menoleh. Mereka baru sahaja selesai penggambaran video iklan untuk minyak wangi keluaran sebuah jenama terkenal di London. Arianna diam. Reaksi Amber itu sudah dia tebak. Tetapi dia tidak punya pilihan. Kemahuan Zahran mesti dituruti. Kalaulah Amber tahu betapa dia juga tidak mahu pergi ke Langkawi dengan lelaki yang menjengkelkan itu. Tetapi untuk memberitahu cerita sebenar kepada Amber, dia belum mampu. Tentu Amber akan menyalahkannya kerana mabuk teruk sehingga membuka peluang kepada Zahran untuk memerangkapnya. “Arianna, kau ni ...

— Locked Chapter —


NovelPlus Premium

The best ads free experience