BAB 4 SALAH FAHAM

Romance Series 24257

“ Kau kenal ke perempuan gila tadi tu, muka cantik tapi bodoh.. dah la kerja macam tu.. ” tanya Harraz pada Akif yang sedang tertoleh-toleh ke belakang melaihat Ammara.
“Aku kenal la, dua orang tu. Kawan sekolah aku la.. yang seorag tu namanya Ammara, yang sorang lagi namanya Dhia. Kau cakap elok-elok, dia bukan bodoh ye dalam kelas aku dia paling top 1 tau, aku yang macam ni pun dia boleh kalahkan...” balas Akif pada Harraz yang tengah panas hati.
“Memang la kau back up kawan kau.. kau jangan lupa ye, aku ni sepupu kau.. kau patut bela aku dari perempuan gila tu, apa yang hebat sangat entah kau asyik-asyik toleh ke belakang je dari tadi.. kau ada hati ke dengan perempuan tu? Kalau kau nak aku boleh cari yang lebih elok lagi untuk kau tahu, ini dah macam perempuan kampung je aku tengok..” balas Harraz pada Akif..
Dalam hati Akif tiada siapa yang tahu, ye memang dia sukakan Ammara dari mula-mula dia kenal Ammara masa tingkatan 1 lagi. Tapi dia tahu, dia tak layak untuk orang seperti Ammara. Keluarga Ammara kaya, sedangkan dia hanya orang biasa. Melainkan keluarga Harraz keluarga dia kaya kerana mempunyai syarikat yang gah dia ibu kota ni. Harraz adalah sepupunya dari belah ayahnya, iaitu ayah Harraz adalah abang kepada ayahnya.
“Dah jom la makan aku dah lapar ni, kalau ikut marah kau memang kebulur la aku hari ni. Kita nak makan kat mana ni?” sengaja Akif hentikan bualan mereka mengenai Ammara, Akif tak suka bila ada yang mengata hal buruk tentang Ammara, kerana dia tahu, Ammara adalah orang yang sangat baik dan lembut, tapi itu la bila takut untuk meluahkan tapi lagi takut kalau terlepas ke tangan orang lain. Pendam la kau sendirian didalam hati.
Mereka berjalan masuk ke sebuah kedai makan yang berhampiran dengan kedai buku tadi.

“Ara kau sedih ke kena marah tadi? Mungkin kawan Akif tadi tak sengaja kot nak marah kau..” pujuk Dhia bila tengok muka Ammara yang diam dari tadi.
“ ye salah aku tadi, tapi tak perlu kot nak tengking aku macam tu sekali, dah la ramai orang tadi, malu kau tau..” hanya itu yang mampu Ammara luahkan dari hatinya.
“ dah la merajuk jom buat kerja time kerja kita pun dah nak habis ni lagi 1 jam je lagi nak pukul 5. Tadi kau kata nak belanja aku makan kan? Jangan buat-buat lupa ye hihihi..” Dhia memang kawan yang baik bagi Ammara hanya Dhia yang faham apa yang dia suka, apa yang dia tak suka, sedangkan mama papa dia sendiri pun tak ada masa untuk dirinya dan tak tahu apa keinginan hatinya.
“ Aku ingat la, tak kan aku lupa apa yang aku janji tadi. Jom siapkan kerja, aku pun dah tak sabar nak habiskan kerja hari ni.” Sambil-sambil mereka mengemas buku-buku di rak yang bersepah selepas pelanggan melihat-lihat tadi tanpa membeli.
“ Ara dah jom pukul 5 dah pun, cepat la aku dah tak sabar nak merasa duit gaji pertama kau ni..hahaha” gelak besar Dhia bila dah cukup waktu, dia tak heran kerana dia biasa kerja part time bila cuti sekolah, kerana dia adalah dari keluarga biasa yang mak ayah kerja ofis biasa, dia harus mencari duit sendiri untuk tampung hidupnya. Adik-adik dia dirumah masih ada yang kecil, dari umur 6 tahun hingga 15 tahun, semua 4 orang. Sekurang-kurangya bila dia kerja dia tak ingin bergantung pada mak ayahnya untuk beli sesuatu yang dia inginkan.
Ketika mereka sedang berjalan didepan kedai yang Akif dan Harraz makan tadi, mereka sedang berseronok bercerita tentang gaji pertama Ammara, dan ‘argghh’ Ammara terlanggar lagi sekali Harraz yang sedang berjalan keluar dari kedai tersebut, dan air yang dipegang Harraz tertumpah terkena baju Harraz yang mahal itu, dan terkena juga pakaian kerja Ammara.
Tanpa melihat siapa yang dia langgar terus Ammara meminta maaf.
“ Maafkkan saya, saya tak sengaja, saya tak perasan ada yang keluar dari pintu ni tadi. Saya sangat-sangat minta maaf.” Mohon Ammara pada si mangsa, sambil tangannya menyapu air yang tumpah dia bajunya, sedangkan Dhia sudah pucat mukannya kerana takut, lelaki yang Ammara langgar sebentar tadi adalah orang yang sama Ammara langgar dalam kedai buku tempat mereka kerja tadi. Dalam hati Dhia, mati la Ammara kali ni dah 2 kali dia langgar orang yang sama dalam masa 1 jam.
“ Kau ni bodoh betul la, hari ni saja dah 2 kali kau langgar aku, kau tahu tak? Habis kotor baju aku, kau ingat baju aku ni murah ke? Dengan gaji kau sebulan belum tentu kau mampu bayar..!! menyusahkkan betul la, apa la sial sangat hari ni aku terjumpa dengan orang macam kau..” herdik Harraz pada Ammara tanpa fikirkan perasaan oarang lain.
Ammara sangat-sangat terkejut bila terdengar suara lelaki yang maki dia tadi, dan dia terus melihat keatas siapa yang maki dia dengan penuh perasan tadi. Ye lelaki yang dia langgar didalam kedai tempat dia berkerja dan dia langgar sekali lagi didepan kedai yang dia ingin masuk.
Apa la nasib malang betul Ammara hari ni, dia memang tak sengaja nak langgar orang. Ada ke orag bodoh yang nak langgar orang dengan sengaja? Bermacam-macam suara yang bermain dalam hatinya.
“ Maaf encik saya memang tak sengaja, tak apa nanti saya ganti balik duit baju encik. Encik bagitahu je berapa harganya saya akan bayar. Saya betul-betul minta maaf” mohon Ammara pada Harraz.
“ Kau mampu ke nak bayar duit baju aku ni? Kau tu kerja kedai buku je, berapa sen sangat la gaji kau pun, silap-silap nak makan pun berhutang dulu, cukup bulan baru bayar.. sedar diri tu sikit, harga baju aku ni sebulan gaji kau tahu tak? Kau mampu ke nak bayar??” dengan penuh berlagaknya Harraz menunjukkan kekayaan dia, dia lupa agaknya yang kaya mak ayahnya, bukan dia.
Dhia baru ingin membuka mulutnya, tap dihalang oleh Ammara. Kerana dia tahu, kalau Dhia yang buka mulut lagi panjang la kisahnya, bila nak habis.
“ ye saya tahu, saya miskin tak mampu nak bayar semua, tapi saya akan bayar dulu sedikit, sebab saya banyak lagi nak bayar hutang setiap kedai yang saya makan, gaji sebulan saya kan boleh beli sehelai baju kerja encik. Sebab tu saya nak makan pun berhutang yang macam encik cakap tadi.” Bidas Ammara pada Harraz, kerana dia merasa lelaki di depan dia ni sangat-sangat menyebalkkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience