Bab 17

Romance Series 113890

Aniq : Saya dah sampai ni. Ada kat luar pagar.

Yus : Ye, sekejap. 5 minit.

Aniq : Lambat jalan kaki

Yus : ????

Dari dalam kereta Aniq lihat Yus kalut mengunci pintu rumah. Hm.. Cantik pakai blaus warna biru laut. Eh, macam janji pulak dengan aku yang memakai t-shirt rona yang sama. Sopan bertudung dari sebelum ni.

Pintu kereta di sebelah pemandu dibuka. Yus masuk dan duduk dengan selesa lalu tali keledar di pasang.

Aik, apasal kereta tak gerak lagi. Tadi sibuk sangat cakap aku lambat.

Yus toleh ke sebelah. Aniq yang dari tadi memerhatikan Yus tanpa kelip mata. Aih abang kunyit ni dah kenapa. Seram pulak aku. Beg tangan di bawa rapat ke dada dan berkata.

"Assalamualikum abang kunyittt... " ha ambik kau. Tengok orang macam nak keluar biji mata tu dah kenapa. Macam perogol bersiri dah aku tengok.

Terus jelingan maut diberi pada aku.

Berani dia panggil abang kunyit dalam kereta ni. Hm.. Tunggu la.

"Sorry lambat. Sebelum Pak Long dan Mak Long balik semalam, dia orang pesan minta buka kotak yang arwah mak, abah poskan tu. Jadi malam tadi saya dengan Amy kemaskan ole-ole tu. Tidur lambat, tu yang penat sikit. Ni, saya ada bawakan untuk awak. Saya letak kat seat belakang ek" ucap Yus sambil meletakkan beg kertas di tempat duduk belakang.

"Hm.. Thanks" jawab Aniq

Aik, pendeknya jawab.

Krik krik krik

Adoi... Dah macam dalam dewan peperiksaan rasanya. Senyap sunyi dah radio pun tak on. Kang kalau aku pandai-pandai kata kurang ajar pulak.

"Hm.. Awak. Kat mana butik yang Mak Long cakap tu, jauh lagi ke?" soal aku cuba menceriakan suasana yang macam gini. Tak selesa.

"Tak jauh pun, dalam 20 minit lagi sampai. Kenapa, ada urusan lain ke?" soal Aniq tanpa menoleh pada Yus.

Ada pun suara. Yang susah sangat nak bercakap tu dah kenapa, macam ada berlian dalam mulut tu, takut nak bercakap nanti berlian jatuh.

"Tak ada apa-apa cuma hari tu awak cakap nak salinan kad pengenalan saya kan. Nanti balik dari butik kita singgahlah mana-mana kedai fotostat untuk buat salinan kad pengenalan saya ni. Gambar awak bagitau dalam whatsapp hari tu nak 4 kepingkan. Banyak betul gambar nak sampai 4. Diaorang nak buat apa?" soal Yus pelik. Ye la, tiap-tiap jabatan atau syarikat tidak sama cara permohonan kahwinnya. Tapi sampai 4, nak letak kat mana. Pelik betul.

"Okey. Nanti masuk sekali dalam sampul. Takut tercicir" balas Aniq.

Alahai abang oi.. Tak boleh ke muka tu senyum sikit. Hari tu boleh je senyum. Ni hari ni urat muka dah rosak. Tak boleh senyum dah agaknya. Keras, ketat je muka tu 24 jam. Eh.. Tak penat ke. Tergeleng-geleng kepala Yus sambil memerhati Aniq di sebelah.

Tiba-tiba Aniq menoleh ke arah Yus. Aniq tau, dari tadi Yus dok peratikan mukanya sambil buat memek muka lepas tu tergeleng-geleng.

Terperanjat Yus. Bulat matanya kerana terkejut. Muncung mulutnya tidak puas hati. Aih.. Geram je mulut yang muncung tu, nasib baik belum sah, kalau tidak memang kena gigit-gigit bibir yang comel tu.

"Eh, tengok depan. Nanti tak pasal-pasal eksiden. Nak mati, mati sorang-sorang ye, jangan ajak saya sekali" marah Yus lalu menolak pipi Aniq supaya memandang ke depan.

Terkejut Aniq dengan tindakan Yus.

Yus yang baru sedar lepas lakunya laju meminta maaf.

"Sorry.. Tak sengaja. Terbiasa bergurau dengan Amy" serba salah Yus jadinya.

"It's okey" balas Aniq.

Keadaan kembali krik krik krik. Nasib baik tidak lama lepas tu sampai di butik. Kalau lagi lama, mau tertido aku dalam kereta tu.

Sampai sahaja aku dan Aniq di butik, Mak Long sedang rancak berbual dengan seorang perempuan yang usianya mungkin dalam lingkungan Mak Long tapi masik cantik.

"Ha. Sampai pun. Ingatkan dah sesat kemana tadi" tegur Mak Long lalu memanggil aku dan Aniq menghampirinya.

"Ni, Untie Susy. Untie Susy ni pemilik butik ni, kawan lama Untie dekat U dulu" Mak Long kenalkan aku dan Aniq padanya. Aku lantas salam tangan Untie Susy.

"Cantik dan hendsome, memang sepadan, baju pun dah sedondon." ucap Untie Susy.

Haah ye la. Tak perasan aku. Macam mana boleh sama pulak. Aku hanya tersengih je la. Nak cakap apa lagi tapi abang kunyit ni biasalah, muka gitu je.. Tak de perasaan. Nasib kau la Yus..

"Marilah kita naik atas, pilih kain untuk dibuat baju" ajak Untie Susy. Mak Long, aku dan Aniq mengekori Untie Susy dari belakang.

Sepanjang berada di butik, aku dan Aniq hanya mengikut sahaja pilihan Mak Long kerana pilihan Mak Long memenang cantik dan memenuhi citarasa aku. Akhirnya aku dan Aniq setuju untuk memilik warna biru laut sama macam warna baju yang kami pakai sekarang. Hiasan pada baju aku pun biasa-biasa sahaja, tak terlampau meriah.

Setelah selesai, aku dan Aniq meninggalkan butik. Minggu depan aku dan Aniq perlu datang semula untuk fitting. Mak Long pula masih berada di butik katanya masih belum puas berbual dengan rakan lamanya tu.

Masuk sahaja dalam kereta Aniq berkata pada aku.

"Kita pergi pejabat saya sekejap. Fotostat kad pengenalan awak. Pejabat saya dah dekat, 5 minit dari sini sampai" ucap Aniq lalu menghidupkan enjin kereta.

Aku hanya menggangguk. Jam di dash board dijeling. Uih dah pukul 12.30 tengah hari. Dekat dua jam juga kat butik tu tadi. Patut la perut dah berbunyi. Waktu makan tengah hari rupanya.

Tidak lama, aku dan Aniq sampai di IPK Selangor. Aniq mengajak aku turun sekali, mulanya aku malas tapi bila fikir balik, panas-panas macam ni duduk dalam kereta sorang-sorang baik aku ikut Aniq, memanglah ada air-cond tapi kalau ikut boleh juga tengok macam mana keadaan dalam bangunan polis ni.

Aku dan Aniq menuju ke Pondok Pengawal Polis dan anggota yang bertugas memberikan tabik hormat pada Aniq.

"Assalamualaikum Tuan." anggota memberi salam.

"Boleh bagi satu pas pelawat, untuk Cik ni," minta Aniq.

"Oh, boleh. Sekejap ye Tuan" lalu anggota tadi masuk ke dalam Pondok Pengawal sambil membawa pas pelawat dan diserahkan pada Aniq.

"Cantik girlfriend Tuan" tegur anggota tadi sambil tersenyum pada aku.

Aniq aku lihat hanya senyum senget dan aku pula hanya membalas senyuman anggota tersebut. Pas yang diserahkan pada aku oleh Aniq diambil dan di sarungkan talinya pada leher.

Kemudian aku dan Aniq berjalan menujuk ke dalam bangunan. Sampai di tempat menunggu Aniq berhentikan langkah. Nasib baik sempat brek kalau tidak, tak pasal-pasal tercium belakang. Hai la abang kunyit, nak berhenti tu bagi la signal..

"Gambar dan kad pengenalan awak mana?" soal Aniq.

Aku kemudian menyerahkan kad pengenalan dan gambar seperti yang diminta.

"Awak tunggu sini kejap, saya nak ke pejabat. Nak fotostat dan serah permohonan. Okey. Sit here and stay beautiful" pesan Aniq sebelum menghilangkan diri disebalik pintu menaiki tangga.

Aku salah dengar ke. Dia cakap aku cantikkan. Macam tak percaya pulak. Hihihi

Adui... Mana abang kunyit ni. Dekat 15 minit dah ni ha. Aku dah macam patung cendana kat sini. Dah la ramai pulak polis-polis lalu depan ni untuk pergi ke cafe. Ada yang pakai uniform, ada yang pakai pakaian biasa. Dah macam barang pameran pulak. Tengok-tengok aku macam aku alien kepala lapan.

Yang polis perempuan kat meja penyambut tetamu tu dok pandang-pandang aku sambil bisik-bisik dengan rakannya disebelah. Sah dok bercakap pasal aku ni.

Hadoi... Cepat la pakcik oi..

Dalam aku dok membebel, aku nampak Aniq dan Syam keluar dari pintu dan berjalan menuju ke arah aku. Dengan pantas aku bangun dan pergi ke arah Aniq.

"Hai Yus" tegur Syam.

Aku hanya senyum sebagai tanda membalas tegurannya.

"Awak pergi mana, lama saya tunggu tau tak." adu Yus pada Aniq.

"Aik, tak sampai 20 minit aku pergi dah tanya. Rindu ke?" usik Aniq.

Syam di sebelah terkekeh kekeh senyum. Terus muncung aku tarik.

"Muncung tu simpan sikit, itik pun segan kalau tengok" tegur Aniq. Ee.. Dia ni kan.

"Dah la, kita pergi makan. Dah lapar ni. Lagipun tak boleh lama-lama kat sini" ajak Aniq.

"Apasal, kau takut ada yang nak try ke?" usik Syam. Menjeling maut Aniq bagi pada Syam. Amboi.. Marah.

"Barang baik tak boleh display lama-lama. Bahaya" balas Aniq.

"Oo.. Ingatkan takut kena sambar" balas Syam sambil tersengih-sengih.

Eh diaorang ni sedar ke tak yang diaorang dok bercakap pasal aku. Hello.. Aku ni manusia bukan halimunan. Bercakap macam aku tak de sekali je.

Aniq dan Syam melangkah keluar dari bangunan kemudian Aniq minta pas pelawat dari aku. Pas aku serahkan pada Aniq.

"Nah, pulangkan kat sana" serah Aniq pada Syam.

"Amboi.. Mengarah." jawab Syam lalu mengambil pas tersebut.

"Bos kan" ucap Aniq.

Aku dan Aniq melangkah ke arah kereta Aniq. Aku membuka pintu penumpang belakang memandangkan Syam ada sekali. Rasa tak manis pulak kalau aku duduk di kerusi penumpang hadapan.

Aniq memandu kereta menuju ke sebuah restoran patin tempoyak. Nasib baik masih ada meja kosong walaupun waktu yang kami datang ni adalah waktu puncak. Ramai yang datang untuk makan tengah hari.

Setelah makanan diambil, aku, Aniq dan Syam ambil tempat di meja. Tidak lama minuman dihantar. Dah lama tak makan masak tempoyak macam ni. Rindu pulak pada mak.

"Sedap, sama macam mak saya masak" ucap aku.

Terhenti Aniq dan Syam dari menyuap makanan. Kedua-dua mereka serentak menoleh ke arah aku. Tiba-tiba rasa sayu.

"Kalau awak suka, lain kali saya bawa datang makan kat sini lagi. Okey.. " ucap Aniq. Aku hanya mengangguk. Nasi yang ditelan rasa tersekat di tekak. Rindu mak. Cepat-cepat aku habiskan makanan. Aku tidak mahu kesedihan aku ni mematah mood Aniq dan Syam yang sedang berselera makan.

Aku minta diri untuk ke sinki membasuh mulut. Apabila aku sampai di meja, hanya ada Syam yang sedang mengelap tangannya yang basah.

Aku duduk semula dan menyisip minuman.

"Awak tau tak, awak salah seorang perempuan yang Aniq bawa datang makan kat sini selain dari fa.. " terhenti bicara Syam bila tersedar keterlanjurannya.

"Maksud awak. Tak faham" soal Yus.

"Tak, maksud saya, awak perempuan yang bertuah dapat makan kat sini dengan Aniq. Aniq tak bawa perempuan lain. Selalu datang sini, Aniq akan datang bersama saya ataupun anggota team." terang Syam.

"Maksudnya?" soal aku lagi?

Syam hanya tersenyum dan jongketkan bahu. Tidak lama kemudian Aniq hampiri meja bersama seorang perempuan mungkin pekerja kedai ini agaknya berdasarkan dari pakaian yang dipakai.

"Cantik.. Mesti girlfriend Tuan Aniq kan. Nama akak Kak Wan, Tuan Aniq selalu datang makan sini tapi tak de bawa kawan perempuan. Mesti adik ni specialkan." tegur Kak Wan ramah. Aku hanya tersenyum sahaja. Manakala Syam sudah tersengih-sengih seperti ingin mengatakan apa yang diucapkan tadi pada aku adalah sama.

Setelah sampai di pintu masuk IPK, Aniq berhentikan kereta untuk menurunkan Syam manakala aku pula beralih dari penumpang belakang ke hadapan.

Sepanjang dalam perjalanan balik hanya suara DJ dan lagu yang diputarkan sahaja memenuhi ruang di dalam kereta ni. Boleh pun on radio ni, ingatkan rosak..

Tidak lama, kereta Aniq berhenti di hadapan rumah Yus. Yus buka tali keledar dan membuka pintu kereta. Belum sempat Yus menutup sepenuhnya pintu kereta, datang sebuah motorsikal dari arah belakang lalu menolak Yus sehingga jatuh ke jalan raya. Keadaan berlaku dengan pantas. Aniq tidak sempat untuk melihat butiran motorsikal tersebut. Apa sempat dilihat adalah topi keledar apollo warna biru dan ada sticker bintang warna merah di bahagian belakang helmet tersebut.

Aniq dengan pantas keluar dari kereta untuk melihat keadaan Yus.

"Afya, awak okey?" soal Aniq dengan wajah yang penuh kerisauan.

"Saya okey" ucap Yus dan cuba untuk bangun dengan bergantung pada badan kereta tapi..

"Auch.. " Yus bersuara lalu terduduk kembali di atas tar jalan.

"Kaki awak seliuh ni. Kita pergi klinik dulu. Kalau lambat nanti bengkak susah pulak" Yus menggangukkan kepala.

Aniq mahu membantu Yus tetapi macam tak manis pula, akhirnya Pak Hamid dihubungi minta Mak Minah keluar untuk bantu Yus masuk semula ke dalam kereta.

Bagi memudahkan, Aniq mengajak Mak Minah bersama ke klinik.

Balik dari klinik, Yus di hantar hingga ke dalam kawasan rumah. Aniq berpesan pada Pak Hamid dan Mak Minah supaya pintu sentiasa dikunci dan jangan lupa beri Yus makan ubat.

Aniq kemudian beredar dari rumah Yus dan balik semula ke pejabatnya.

"Syam, kau ada office ke? Tunggu aku. Ada hal, nak jumpa" talian dimatikan dan kereta dipecut laju menuju ke destinasi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience