Bab 15

Romance Series 113890

Selesai solat dan berpakaian, aku turun ke bawah untuk ke dapur bagi membantu Mak Minah dan Mak Long untuk menyediakan sarapan.

"Assalamualaikum.. " ucap aku pada Mak Minah dan Mak Long yang berada di dapur.

"Eh, awal Yus turun. Baru pukul tujuh pagi. Yus ada nak ke mana-mana ke?" soal Mak Long sambil tangan ligat memotong sayuran yang hendak dimasak bersama bihun goreng.

"Tak ke mana pun. Malam tadi kan Pak Long cakap ada perkara nak bincang lepas sarapan. Lagi pun Yus dah email surat perletakan jawatan Yus pada syarikat. Rasanya tak ada masalah kot sebab projek yang kat Nilai tu dah hampir 95% siap. Tinggal hiasan dalaman dan touch up sikit-sikit je lagi." jawab aku sambil menolong membancuh air kopi dan milo.

"Kalau dah macam tu tak apa lah. Mak Long ingat Yus nak keluar sebab tengok pakai cantik-cantik macam ni. Siap bertudung lagi" puji Mak Long sambil tersenyum melihat anak saudaranya yang seorang ini. Semoga Yus kuat hadapi dugaan ini.

"Kan pagi ni Tuan Aniq nak datang rumah nak bincang sama-sama. Hm.. Sebenarnya Yus memang dah lama berniat nak pakai tudung cuma pagi ni baru tergerak hati. Banyak je tudung yang arwah mak belikan untuk Yus" sebaik menuturkan kata-kata tersebut, berubah mendung wajah manis Yus. Air mata berkaca-kaca menanti masa untuk gugur. Perlahan Yus menyapu pipi.

"Maafkan Mak Long Yus. Mak Long tak berniat nak buat Yus bersedih." Mak Long Faty datang menghampiri Yus lantas diusap perlahan bahu anak saudaranya itu. Yus dah dianggap seperti anaknya sendiri tambahan pula dia hanya dikurniakan seorang anak lelaki Haiqal.

"Tak ada apa lah Mak Long. Yus yang sensitif." Yus mengelap pipi yang basah dengan tisu yang ada di atas meja.

"Ada nak buat apa-apa lagi tak, air dah siap bancuh." soal Yus cuba untuk ceriakan keadaan semula.

"Kalau Yus nak tolong, sini, tolong Mak Minah potong kuih seri muka ni. Sedap makan suam-suam macam ni" panggil Mak Minah pada Yus.

"Kak, bihun ni bolehlah ye saya goreng. Bahan dah siap semua, kejap lagi turun lah diaorang tu." ujar Mak Long Faty pada Mak Minah

"Haah, elok la tu. Kalau macam tu akak siapkan mejalah" balas Mak Minah pada Mak Long.

Aku kemudian membantu Mak Minah menyediakan meja dengan mengatur pinggan dan cawan untuk sarapan.

Tidak lama, Pak Long dan Amy turun beriringan ke meja makan.

"Hm.. Sedapnya bau. Masak apa ni. Dari atas lagi dah sampai baunya" tegur Pak Long lalu duduk di meja makan.

Pak Long duduk di bahagian hujung meja yang menjadi tempat kebiasaan bagi arwah abah berada. Lama aku pandang. Rindu pada arwah abah.

"Yus.. Yus okey ke?" soal Pak Long. Tahu sangat apa yang ada pada fikiran anak buahnya itu. Wajah suram itu lama dipandang.

"Assalamualaikum.. " terdengar suara memberi salam.

"Hah Amy, tolong bukakan pintu, Aniq la tu dah sampai. Ajak sekali Pak Hamid, tadi Pak Long nampak Pak Hamid ada di tepi rumah, tengah siram pokok." pinta Pak Long.

Amy lalu bangun dan menuju ke pintu dan tidak lama muncul Aniq di meja makan kemudian diikuti Amy dan Pak Hamid.

Aniq hadir dengan memakai kemeja warna kuning air dengan lengan baju dilipat hingga ke siku menyerlahkan lagi aura seorang lelaki maskulin ditambah pula seluar slack dark grey. Macam magnet mata nak melekat ke situ. Bahaya.. Bahaya tapi kan pandai pilih warna baju, sesuai sangat warna tu dengan abang kunyit. Hihihi

Aniq seakan terpaku melihat Yus yang ayu bertudung penuh. Sepanjang majlis tahlil tempoh hari, Yus hanya mengenakan selendang yang diletakkan di atas kepala tanpa dipakai dengan rapi. Berbeza dengan sekarang ni. Anak tudung dilapisi selendang dan dipin dengan kemas.

"Ehem.. " bunyi suara menegur Aniq. Merah padam muka Aniq yang ditangkap merenung anak dara orang.

"Ha, Aniq, jemput duduk. Kita makan sama-sama" tegur Pak Long.

Aniq menggangguk dan bersalam dengan Pak Long sebelum melabuhkan punggung di atas kerusi di sebelah kiri Pak Long.

Aku datang semula ke meja makan dengan membawa kuih seri muka manakala Mak Long pula membawa mangkuk berisi bihun goreng. Mak Minah datang kemudian membawa piring untuk kuih.

Mak Long mengambil tempat disebelah kanan Pak Long. Amy pula duduk di sebelah Aniq dan aku duduk di sebelah Mak Long. Pak Hamid dan Mak Minah masing-masing duduk di barisan lelaki dan perempuan.

Nasih baik depan aku budak Amy ni. Kalau Aniq mau suap bihun masuk ke hidung jawabnya... Hihihihi... Gatal kau kan Yus. Semalam sakan tak nak. Hari ni dah nak pulak.. Hai lah hati..

Sebelum makan, Pak Long membacakan doa makan. Lagi sekali hati dirundung pilu. Biasanya kalau sarapan ramai-ramai macam ni, arwah abah yang membacakan doa. Tapi sekarang abah dah tak ada..

"Yus.. Doa dah diaminkan pun, kenapa tadah tangan lagi ni?" soal Mak Long.

"Ah.. Tak ada apa" balas aku sambil tangan dirauo perlahan ke wajah dan kemudian menyuap bihun.

Amy menolak perlahan kaki aku di bawah meja. Faham sangat dengan apa yang dirasa kakaknya. Walaupun kakaknya nampak macam kasar dan mulut boleh tahan puakanya tapi Amy tahu hati kakaknya senipis tisu. Silap sikit boleh koyak.

Aku melemparkan senyum pada Amy. Aku tak nak Amy nampak aku yang lemah macam ni.

Suasana di meja makan tenang sahaja. Hanya Pak Long dan Mak Long yang berbual dengan Aniq dan kadang kala disampuk Amy tapi apa yang dibualkan pun aku tak pasti dan tak ambil tahu. Aku perasan Aniq kadang kala melepaskan pandang pada aku tapi ntah la..

Sedar-sedar semua orang dah siap makan dan hanya aku yang masih lagi terkais-kais bihun yang separuh pun tak luak.

"Yus, kalau dah siap sarapan nanti, datang ke sini ye. Kita perlu bincang." ucap Pak Long lalu berjalan bersama-sama yang lain ke ruang tamu. Hanya tinggal aku dan Mak Minah sahaja. Manakala Pak Hamid aku tengok dah keluar melalui pintu dapur. Ada la tu kerja yang nak disiapkan.

"Hm.. Pak Long, Mak Long" tegur aku lalu duduk di sebelah Amy berhadapan dengan Aniq. Ye lah, sebelah Amy je kosong, dah tentu la aku duduk situ. Takkan aku nak duduk tepi Aniq pulak.

"Berkenaan majlis kahwin Yus dan Aniq kita akan buat sebulan dari sekarang. Urusan majlis Yus tak perlu risau cuma yang menjadi soalan. Pak Long nak tanya. Yus dah pernah pergi kursus kahwin?" soal Pak Long.

"Mana pernah Pak Long." jawab aku jujur.

"Aniq rasanya tak ada masalahkan. Sijil lama masih boleh guna, tak ada expired date" gurau Pak Long.

"Eh, awak dah ada sijil kursus kahwin Tuan Aniq, awak pernah kahwin ke?" terpacul soalan itu dari mulutku. Pantas mulutku tutup dengan kedua-dua tangan.

Pak Long dan Mak Long bersilih ganti memandang Aniq. Biar betik!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience