Datuk Seri Azman menceritakan satu kisah pendek kepada Ziana. “Dulu saya seorang yang sombong, bongkak dan saya sanggup mengguriskan perasaan ramai orang termasuk ahli keluarga saya. Kini hidup saya dalam penyenyesalan apabila satu-satunya anak kandung saya Arif Shahbuddin telah kembali kepada Allah kerana merana dan sengsara akibat dipisahkan dengan anak dan isterinya. Salah saya kerana tidak dapat menerima ketentuan Allah dalam urusan jodoh. Waktu itu saya jahil dan tiada panduan agama. Saya orang ternama dan pilihan anak saya orang kampung. Kami begitu menjaga nama baik kami dan ego kami tinggi pada waktu itu. Kami mendalami ilmu agama dari guru agama peribadi yang setiap hari datang ke rumah. Lama kelamaan saya dan isteri sedar kami tak patut memperlekehkan pilihan anak kami dan sia-siakan cucu kami.” Datuk Seri Azman mengesat air matanya.
BERSAMBUNG
Share this novel