Chapter 25 Change

Drama Completed 32747

"Irfan.. please.. tolong aku.. aku dah nak gila dah ni.. Raihana.. dia dah lain.. terlalu lain.. dia.. dia dah benci aku." Adam menyerabutkan rambutnya. Tali lehernya dilonggarkan dan butang paling atas pada kemejanya dibuka. "Iyake kau dengan dia tak ok lagi?" soal Irfan pelik. Kenapa dia pelik? Sebab tengok daripada keadaan Adam, memang taknampak macam hubungan dia dan Raihana masih dalam masalah. +

"Kau fikir aku main- main ke? Takkan aku nak buat lawak berkaitan rumah tangga aku kot!" Adam memandang Irfan tajam. Geram pula bila si Irfan tu tanya soalan bodoh dekat dia. "Kau tahu tak, dalam masa lima bulan ni, dia.. dah tak macam dulu.. bila dia berubah macam ni.. aku rasa serba salah sangat." sambung Adam lagi.

"Aku tanya, kau jangan marah pula. Kau tak usaha ke nak baiki hubungan korang? Kau masih langgan mana- mana pela..," Adam menghentak mejanya kuat, membuatkan kata- kata Irfan terhenti. "Kau jangan merepek boleh? Aku dahberubahlah. Sejak Raihana keluar wad haritu, aku dah tak keluar malam." jawabnya. Irfan menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Habistu, kesan love bite yang bersepah dekat situ tu siapa yang buat?" soalnya. Adam berdehem sebelum mengusap lehernya. Dia kembali membutang kemejanya. "Kau takpatut buat Raihana macam ni, Adam. Kau dah janji nak berubahkan? Jangan sampai aku sendiri yang bawa dia lari." Irfan memberi ugutan. Adam menggeleng lemah. "That's what Iam trying to tell you. Sumpah, aku dah berubah. Ni.. ermm.. bini akulah.. aishh.. bodoh. Takpayahlah tanya! Segan aku." balasnya. 16

Tahap blur Irfan makin bertambah- tambah. "Wait. Tadi kata rumah tangga tak ok. Macam mana boleh.. erm.. kesan- kesan tu.. err.. faham- faham sendirilah eh?" dia bertanya lagi. Adam memandang Irfan. Dia menceritakan tentang perubahan Raihana. Tapi taklah sehingga ke bahagian Raihana goda dia tapi lepas tu jadi dingin balik. Gila ke nak cerita sampai ke bahagian tu dekat orang lain?

Adam menghulurkan tangannya pada Raihana, mengharap agar isterinya itu menyambut hulurannya. Raihana berpura- pura seperti tidak nampak lalu terus membuka telekungnya. Dia menyuruh Adam ketepi dan melipat sejadah- sejadah mereka. "Takpe.. biar abang gantungkan. Ok angel?" Adam tersenyum. Dia mengambil sejadah itu sebelum sempat Raihana menghalang. Telekung isterinya turut diambil dan disimpan. 2

Tiada lagi kau aku, kini yang ada cuma panggilan abang, angel. Geli? Lantaklah, yang penting dia sweet. Dan, tak ada lagi Adam yang dingin dengan isteri. Yang ada kini cuma Adam yang romantik sampai orang yang melihat pun boleh rasa nak muntah hijau. Tapi, semua usaha Adam ni macam sia- sia sebab dah berbulan dia cuba, namun Raihana masih dingin. Diorang dah tertukar perangai ke macam mana? 12

Songkok yang dipakainya diletakkan di atas meja solek. Dahinya berkerut bila tiba- tiba sahaja Raihana memeluknya daripada belakang. "Angel.. are okey, sweetheart?" soalnya pelik. Dia berpaling menghadap Raihana. Telapak tangannya diletakkan pada dahi isterinya itu. Raihana menggeleng. Senyuman manis diberikan pada Adam.

"I want you, tonight. Now." 1

Makin berkerut dahi Adam dibuatnya. "Angel..," kata- kata Adam terhenti apabila bibir Raihana menindih lembut bibirnya. Raihana.. dah dapat terima dia ke? Mata isterinya itu dipandang dalam. Betul ke ni? Dia takmimpi kan? "Adam.." panggil Raihana.

"Yes, angel?"

"I want you."
***
Tidur Adam terganggu apabila seseorang mengejutnya. Dia tersenyum melihat Raihana yang sedang duduk di sisi katil. Adam bangun dan duduk bersandar pada kepala katil. "Awal my angel bangun?" soalnya. Dia cuba mencium dahi isterinya itu namun Raihana mengelak. "Encik dah bangun kan? Sekarang mandi ya? Saya dah siapkan makanan dekat bawah. Duit untuk semalam, encik letak jer dekat atas meja solek sana ya?" balas Raihana takbernada. 25

"Angel.. kenapa ni? Jangan bergurau dengan abang boleh tak?" soal Adam, taksuka dengan cara Raihana. "Betullah kan? Dulu pun macam ni juga. Saya ni cuma tempat encik puaskan..,"

"No! Not anymore! Angel, please.. jangan buat abang macam ni..lupakan hal dulu. Kita mulakan hidup baru. Kita takpayah hidup macam dulu ya?"

"Kalau encik nak ubah semua ni, ceraikan saya." jawab Raihana lalu bangun dan terus keluar daripada bilik itu. Adam meraup wajahnya. "Ya Allah.. kenapa dia buat aku macam ni.." soalnya sendirian. Takkanlah.. dia kena layan isteri dia macam dulu baru isteri dia nak terus bersama dia? Satu keluhan berat dilepaskan. Dompetnya diambil dan beberapa keping not50 diletakkan di atas meja. Tualanya dicapai dan dipakai sebelum dia menghilangkan diri ke kamar mandi.

Dan inilah apa yang sebenarnya terjadi dalam rumah tangga Adam. Bahagian ini jugalah yang dia takmampu untuk kongsikan pada Irfan. Raihana berubah.. cinta Raihana untuk dia dah mati ke? Pengakhiran dia.. macam ni ke?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience