Episode 22

Adventure Series 25852

Episode 22 –eyka_aqua

Di Pasaraya Mega Pavi,

Disituasi Arsh dan Zulian.

Selepas kemalangan berlaku di demensi B, bantuan tiba selepas 40 minit terperangkap. Kini, mereka berdua berada didalam Pasaraya Mega Pavi untuk membeli barang dalam rumah, dibahagian dewan barangan basah.

"Ikan, sosej, serbuk iton, sos cili, sos tomato, garam, gula, sayur.... Apa lagi?" Kata Zulian sambil menekan-nekan komputer gravitinya.

Arsh setia berdiri disebelah Zulian yang sedang periksa senarai barang yang ingin dia beli.

"Kau dah dapat semua sekali ke Arsh??" Tanya Zulian apabila dia perasan Arsh hanya menyepi.

"Saya rasa..." Perbualan Arsh terhenti sebaik sahaja terdengar perbualan antara seorang ayah sedang memimpin seorang gadis kecil yang memakai baju kuning bergaun paras kaki.

"Ayah! Tak lama lagi nak ada Perayaan manisan!" Suara riang gadis tersebut kedengaran.

Ayahnya mengangguk dan tersenyum.

"Melni nak apa untuk manisan kali ni??" Ayahnya bertanya pula.

"Melni nak Julzi! Julzi yang ayah buat dua tahun lepas."

"Julzi? Hmmm.." Ayahnya menepuk-nepuk jari telunjuk ke dahinya.

Julzi adalah sejenis kek beroti berinti kacang merah serta ada wafer keju ditengah. Julzi dibuat dari tepung jagung serta minyak jagung. Walaupun Julzi kebiasaannya berinti kacang merah tetapi mereka boleh ubah perisa mengikut kehendak masing-masing.

Cara memasaknya adalah secara wap, kepanasan api perlu dijaga menyebabkan Julzi termasuk dalam kategori makanan berkhasiat dan baik untuk pesakit hati.

"Bolehlah." Ayahnya bersetuju.

"Kita nak makan dekat mana?"

"Dekat tamanlah atau Melni nak makan dekat rumah?"

"Dekat tamanlah! Sebab bila makan dekat taman Melni ada ramai kawan. Seronok."

Mereka anak beranak terus berbual dengan riang. Arsh dan Zulian memerhati dari jauh.

"Nampaknya Perayaan Manisan akan datang tak lama lagi." Kata Zulian memecah kesunyian antara mereka.

"Nampaknya begitulah. Kau nak apa untuk perayaan ni?" Tanya Arsh. Dia mula menggunakan kata ganti ‘aku’ kerana lebih senang berbanding memanggil nama.

"Nak apa? Urmmm.. Nak kek marin, Julzin, roti skon epal dan..."

"Suka eh benda manis?"

"Agaklah." Mereka berjalan keluar dari dewan bahan basah dan bergerak ke dewan bahan kering melalui pintu perentas.

"Kau pulak Arsh? Nak apa?"

Arsh mempelawa Zulian memasuki ke dalam kenderaan buih sebelum menjawab soalan Zulian.

"Saya tak makan manis. Tak kisah apa-apa pun." Terang Arsh.

"Tapi..." Ayat Arsh tergantung.

"Tapi?" Zulian menjeling.

"Tak ada apa-apalah." Jawab Arsh sambil turun dari kenderaan kapsul buih.

Arsh berkata begitu kerana tiba-tiba tekaknya terasa mahu makan koncer anggur. Pelik.

"Sabrina nak manisan apa ya? Dia nak ke ikut serta kalau dia perlawa untuk makan sekali masa perayaan tu?" Hati Arsh tertanya.

Arsh termenung seketika.

"Arsh?"

Arsh tersedar dari lamunan dan segera memandang Zulian. Tak sangka buih tersebut sudah terhenti manakala Zulian sudah berada diluar sambil memandangnya.

"Kenapa?"

“Tak ada apa-apa." Jawab Arsh sambil tersenyum.

"Temankan aku pergi dewan bahan kering boleh?" Tanya Zulian.

“Kita memang ke sanakan?” Arsh menjeling kearah tangan kanan Zulian yang berat memegang plastik kitar semula.

Plastik kitar semula bermaksud plastik tersebut boleh dikitar semula untuk kegunaan sama tetapi perlu melalui proses tertentu untuk pastikan bebas kimia dan bakteria dan kulat serta kuman.

Plastik tersebut akan diletak kawasan khas disediakan depan rumah dimana akan ada orang bertugas akan mengutip untuk menjalani proses tertentu sebelum diguna semula.

Arsh mengambil plastik kitar semula dari tangan Zulian tanpa bicara. Zulian terkejut dengan tindakkan Arsh.

"Aaaa...Arsh?"

"Tak apa. Biar aku bawak. Lagi pun tangan kau yang luka masa berlawan tadikan. Tak guna cuba sembunyikan dengan masukkan tangan ke dalam poket skirt." Kata Arsh tenang.

Mereka gerak ke pintu automatik.

"Erk? Mana dia tahu??" Zulian berpeluh kerana rahsia lukanya tadi terbongkar.

"Mana ada!" Kata Zulian sambil menahan malu.

Arsh menjeling sambil bergerak ke bangku khas yang diperbuat dari 5D hologram.

"Kenapa? Kau dah letih ke?" Tanya Zulian ikut serta duduk diatas kerusi hologram.

Arsh meletakkan barangnya dan barangan Zulian ke atas kerusi sebelum menjawab soalan Zulian.

“Tunggu sini. Jangan ke mana. Aku akan kembali." Kata Arsh sambil berlalu pergi.

"Ehhh???" Zulian terpingga-pingga. Sebelum sempat dia menahan Arsh pergi, dia melihat sudah jauh Arsh berjalan sebelum memasuki salah satu kedai.

“Kenapa pulak tu? Ah! Mungkin dia mahu ke tandas.” Zulian membuat andaian sendiri.

###################

Situasi Arsh,

Arsh memasuki farmasi lalu mencari ubat untuk menghalang luka serta plaster. Dia bergerak ke setiap rak dengan kusyuk sehingga tidak sedar gadis-gadis disitu memerhatinya sambil berbisik satu sama lain.

"Ubat...ubat..ubat.. Ah ni dia." Arsh mencapai ubat luka lalu membaca penerangannya.

"Sekarang.. Aku perlukan kapas." Arsh bergerak semula dari situ untuk mencari kapas.

"Err...encik..." Suara perempuan kedengaran.

Lalu Arsh mengangkat kepala dan dia melihat seorang gadis yang sedikit gempal terpisu memandangnya. Arsh melempar senyuman kepada perempuan tersebut.

"Boleh saya tanya. Encik cari apa?" Perempuan tersebut menanya selepas terpinar seketika dengan senyuman Arsh.

Hensemnya~

"Saya cari kapas dengan plaster." Terang Arsh.

"Encik nak jenis apa?"

"100% organik." Jawab Arsh laju.

Dia tak mahu ada bahan kimia. Dia takut akan menjejaskan luka Zulian lagi kerana dia kurang arif mengenai perubatan.

"100% organik? Adakah encik ni nak beli untuk teman wanita?" Perempuan dalam lingkungan 20-an cuba tangkap jering.

Arsh tergelak kecil dengan andaian tidak berfakta itu perempuan tersebut. Ini mesti kes nak tangkap jering. Arsh tersenyum kecil.

"Untungnya gadis tersebut teman lelakinya mengambil berat mengenainya." Luah perempuan tersebut bagaikan tidak puas hati.

Arsh menahan gelak dengan raut wajah ditenangkan. Mahu sahaja dia gelak disitu juga mendengar kenyataan perempuan tersebut. Sudahlah mereka tidak kenal satu sama lain, boleh pula berdrama sedih situ. Arsh membiarkan sahaja apa yang ingin diperkatakan oleh pekerja farmasi itu, dia perlu cepat kembali ke Sabrina.. eh? Silap.. Zulian.

"Ni dia barang yang encik cari." Kata perempuan tersebut sambil menghulur kapas dari jenama Hipus.

"Terima kasih." Ujar Arsh sambil berlalu pergi ke kaunter pembayaran.

Arsh membayar barang-barang tersebut sebelum terpandang papan baner hologram menunjukkan air minuman untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka. Arsh keluar dari farmasi dan bergerak ke mesin air tersebut.

Arsh mengambil satu air untuk mempercepatkan proses luka dengan air kotak mangga dan strawberi.

"Pasti air ni tak sedap. Baik aku beli air kotak satu lagi untuk Zulian hilang rasa loya atau apa-apa nanti.

Arsh membayar minuman tersebut dan bergerak meninggalkan kawasan tersebut.

##################

Dia memandang ke arah Zulian dan terkejut ada sekumpulan lelaki yang terdiri tiga orang sedang mengeruni Zulian. Salah seorang sedang cuba menyentuh tangan dan dada Zulian.

Arsh terus berlari dengan pantas ke arah mereka. Menyirap pula melihat aktiviti sebegitu! Dia perlu tolong Zulian.

######################

Di situasi Zulian.

"Ish Arsh ni! Sesuka hati saja tinggal aku." Runggut Zulian.

"Macam mana dia tahu tangan aku luka?" Kata Zulian sambil melihat tangan kanannya yang luka.

Zulian teringat Arsh mengambil plastik kitar semula dari tangannya.

"Arsh mesti gagah.. Walaupun tangan Arsh runcing tetapi tetap nampak lengkukkan tangannya yang gagah." Puji Zulian sambil cuba mengingat semula tangan Arsh. Pasti terasa selamat jika tangan Arsh mengenggam tangannya.

“Ish! Apa aku fikirkan ni!” Zulian mengeleng kepala berkali-kali. Terasa seram pula dengan dirinya sendiri.

"Tak sangka Arsh hebat dalam strategi. Dia pasti akan jadi seorang yang kuat dan handal nanti." Puji Zulian perlahan.

Sedang dia leka memikir fasal Arsh tiba-tiba muncul sekumpulan lelaki. Seorang dari mereka kurus keding, seorang lagi berbadan sedikit sasa dan seorang lagi hanya berisi sedikit.

"Hai.. Adik comel. Buat apa sorang-sorang dekat sini?" Tegur lelaki berbadan sedikit sasa barangkali ini ketua mereka.

Zulian tidak membalasnya hanya memandang bawah. Sebenarnya dia tidak menyedari kehadiran lelaki pelik dihadapannya kerana otaknya masih memikirkan Arsh.

"Kami tanya ni. Buat sombong pulak kau ni." Kata lelaki kurus keding sambil memegang dagu sedikit runcing milik Zulian.

Zulian terkejut.

Bila masa mereka ada depan aku?

"Lepaslah! Apa pegang-pegang ni!" Zulian menepis tangan lelaki kurus keding tersebut.

"Wah! Main kasar." Mereka ketawa sebaik sahaja lelaki sedikit sasa berkata begitu.

"Tahu tak ganas-ganas ni tak elok untuk wajah comel kau ni. Nanti tiada siapa nak." Mereka masih ketawa.

"Arsh... Tolong..." Sabrina bukan berani berdepan dengan lelaki tersebut. Dia hanya buat-buat berani sahaja.

Zulian tidak menjawab soalan lelaki tersebut. Dia membatukan dirinya.

"Hoi perempuan dengar tak apa aku cakap! Mari ikut aku." Kata lelaki sedikit berisi cuba menangkap tangan Zulian.

Zulian menepis tangan lelaki tersebut tetapi tangannya kanannya pula ditangkap oleh lelaki badan sasa sedikit.

Zulian cuba merentap tetapi luka ditangan dan pergelangan tangannya telah menyukarkannya untuk merentap.

Zulian memandang sekeliling tiada siapa lalu kawasan ini.

"Arsh!" Zulian menjerit nama Arsh manakala dia hampir menitis air mata kerana sakit dicekam oleh lelaki tersebut. Sekumpulan lelaki tersebut ketawa.

"Siapa Arsh?? Teman lelaki kau ke?? Mana dia?? Biar aku debik dia." Kata lelaki berbadan sedikit sasa dengan angkuh. Mereka yang lain hanya ketawa. Lelaki yang sedikit sasa itu cuba meramas dada Sabrina.

"Oh. Ye ke?" Suara Arsh kedengaran dari belakang mereka.

Zulian melepaskan nafas lega sebaik sahaja mendengar suara Arsh. Air matanya menitis sedikit kerana terlalu sakit dicekam oleh lelaki tersebut. Lelaki itu tidak jadi meneruskan aktivitinya tadi.

"Oh jadi kaulah teman lelaki perempuan ni?" Kata lelaki badan sedikit sasa sambil melepaskan tangan Zulian. Manakala anak buahnya memegang tangan Zulian. Zulian melawan.

“Duduk diamlah perempuan!” Lelaki keding itu menjerit. Zulian tetap melawan.

"Kau uruskan perempuan tu. Aku uruskan lelaki ni." Arah lelaki tersebut.

Arsh mengangkat kerudung bajunya dan memasukkan tangan ke dalam poket jaketnya.

"Jangan ingat kau buat macam tu kau nampak bergaya." Kata lelaki tersebut sambil menumbuk kearah Arsh.

Bersambung..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience