Demi mak

Drama Series 421991

Mak mogok tak bercakap dengan aku. Along dan Nuha masih belum ada di rumah ketika aku pulang. Semasa Yusri menghantar aku pulang tadi pun, mak menjeling tajam padaku. Dengan Yusri, boleh pula dia berbual mesra.

"Kenapa mak tu?", soal Nuha berbaring di sebelahku masih berpakaian seperti pagi tadi. Tudung pun belum ditanggalkan. Masam! Macam ni nak kawin??

"Tah. Dari kakak balik dah gitu. Sentap dengan Kak Besah kot", jawabku malas. Hilang fokus aku nak melayan anime - Wolf Children.

Terdengar bunyi ketukan sebelum pintu terbuka, "Adik, keluar kejap. Kak Zah ada hal nak cakap dengan kakak".

Ahhh... sudah. Apa Yusri dah cerita ni.

Aku tutup laptop dan menutup mata, pura pura tidur. Kak Zah menepuk peha gebuku membuatkan mata aku terbuka. Aku mengangkat kening pada Kak Zah. Kak Zah menggelengkan kepala, aku tersengih. Ya, macamlah dia tak nampak tadi aku menonton kartun.

"Pergi mana tadi dengan Yusri?", tanya Kak Zah duduk di hujung kakiku. Berasa tidak sopan lalu aku pun bangun dan duduk disebelahnya.

"Makan", jawabku ringkas.

"Kat mana?"

"Ala, kedai popular masakan kampung tu", jawabku malas. Cerita lebih lebih nanti, ingat aku suka Yusri pula.

"Sedap kan ayam kampung goreng kat situ"

"Haah.. tulang pun rangup", balasku. Memang kelemahan aku, ayam goreng. Dari kecil sampai sekarang. Kalau dapat kulit ayam goreng garing, makan panas panas lagi best. Terdengar kerangupan semasa dikunyah dalam mulut. Krup krap krup krap. Ditambah pula dengan rasa sedikit masin dan berminyak.

"Lagi pergi mana?", soalnya menyembunyikan senyuman.

Aku mengecilkan mata memandang Kak Zah. Nak tanya apa lagi, Mesti Yusri dah cerita tapi takkan dia nak cerita kalah berlawan Street Fighter dengan aku.

"Kak Zah tanya la Along. Mesti Yusri dah cerita". Kak Zah menggeleng dengan kata kataku.

"Bukan Yusri tapi mak. Mak cerita kat Kak Zah. Kenapa kakak pakai macam tu?"

"Kakak tak nak berpura pura. Memang itu diri kakak sebenar. Yusri harus terima kalau nak kawin dengan kakak", kataku menegakkan kebenaran macam PapaZoLa.

"Tak susah pun nak sarung tudung, pakai yang sopan, kakak", tutur Kak Zah perlahan menasihati tapi menusuk jiwa.

Aku diam.

"Sampai bila nak begini? Kesian mak. Bukan mak tak pernah ajar tentang aurat kan? Kat sekolah pun ada ustazah ajar".

Aku membisu. Ya, aurat. Aku belajar tentang  aurat. Aku antara pelajar terbaik matapelajaran agama masa di sekolah.

"Mak berharap sangat Yusri tu dapat jaga kakak, bimbing kakak. Mak suka sangat Yusri. Banyak kawan kawan kami yang Along pernah bawa balik, Yusri yang mak berkenan"

What??? Misi apakah ini? Aku tak tau apa apa.

"Kak Zah, belum masa untuk kakak kawin. Kalau mak berkenan sangat, kakak boleh pinangkan Yusri untuk mak"

Aku cuba berjenaka tapi krik krik.. malah dapat jelingan maut.

"Kenapa nak sangat kakak kawin ni, Kak Zah? Mak dah tak larat jaga kakak ye? Dah bosan jaga anak dia ni?", tanyaku sayu. Kecil hati pun ya.

"Bukan la...
Mak tak nak kakak terasa hati. Tau aje la masa kenduri tu, mesti ada makcik makcik mulut puaka. Mak takut nanti bukan jadi kenduri, jadi medan perang pulak. Tahan ke telinga kalau makcik makcik tu cakap kakak tak laku,  anak dara tua. Kalaulah kakak terima Yusri, boleh la naik pelamin sekali dengan adik. Yusri tu anytime je boleh".

Muncung aku panjang sedepa. Ni soal hati. Mana aku boleh terima sesiapa saja untuk diletakkan sebagai raja dan pemilik hati yang tulus murni ini. Cewahhh!! Perasan kau Nura.

"Kenduri nanti Kak Zah tampal mulut kakak dengan duct tape tau. Habis satu gulung pun tak pe. Tak cukup nanti kakak beli sedozen. Lepas tu kurung kakak dalam bilik", balasku cuba bersenda. Kak Zah merenung aku.

"Memang tak nak Yusri ni? Kesian mak".

Aku terdiam lama. Bibirku ketap, kenapa? Nuha yang nak kawin, hidup aku pula yang ribut. Hari raya tak seperti raya. Dari petang sehari sebelum raya sampai hari ni. Aku mengeluh.

"Macam ni la Kak Zah. Kalau Yusri datang melamar, terima la. Demi mak. Jangan sesekali Kak Zah atau along gatal gatal pergi tanya pula kat Yusri. Ingat!! Kalau dia yang datang. Maknanya dia boleh terima siapa Nura Lisa seadanya", putusku setelah sekian lama walaupun hatiku enggan.

Aku rimas Kak Zah menanti jawapan. Selagi tak dapat selagi tu la dia tak berganjak. Aku nak sambung tengok anime ni.

Senyuman lebar terukir di bibir penuh Kak Zah. Aku terbayangkan along menghadap bibir Kak Zah... ahh, kau gila Nura. Choiiii!!! Belum masanya. Nyah kau pemikiran tak senonoh dari otak aku yang bersih, suci lagi murni.

"Betul ni?", tanya Kak Zah dengan nada ceria.

"Betul. Ingat, biar dia yang mulakan. Kalau dia nak". Dalam hati aku berdoa, berdoa sungguh sungguh supaya Yusri tak teringin kat aku.

"Alhamdullillah. Semoga Yusri dapat menjaga dan membentuk anak mak jadi muslimah sejati, isteri solehah, ibu mithali".

Bulat mata aku mendengar kata kata itu. Rupanya pintu tak tutup rapat. Mak dan Nuha ada di situ, mendengar semuanya. Ahhh.. bodoh! Persetujuan yang memusnahkan diri sendiri. Aku tak nak tapi aku tak sanggup lihat mak bersedih. Pandang aku pun mak tak nak tadi. Lepas Yusri balik, menonong je mak berjalan masuk bilik dan kunci. Marah sangat dengan aku.

"Dah kakak, jom makan", pelawa Kak Zah menarik tanganku.

"Kenyang. Korang makan la", balasku kembali berbaring meniarap di atas katil untuk meneruskan misi menonton.

"Tau la keluar dating. Makan tengah hari boleh kenyang sampai malam", usik Along.

Pedih hati ni. Aku tau mereka gembira sebab aku setuju. Hanya menanti keluarga Yusri datang membawa hajat. Membayangkan tu aku jadi gila. Hati aku tiada ruang untuk Yusri. Hati ini masih tertutup. Tak terbayang hidup dengan lelaki yang aku tak cinta... bukan sekadar cinta, suka pun tidak.

******

"Ponteng hari ni? First day weii... takkan ponteng juga?", soal Yati bila aku membuka mata. Dari tadi aku dengar dia membebel menyuruh aku bangun, aku buat pekak je. Aku tutup mata semula.

"Takkan la sebab adik kau nak kawin, kau moody. Kau pun kawin juga nanti kan?", tambah Yati menampar peha aku. Automatik terbuka mata aku, perit la pompuan!

Berdekah Yati ketawa. Aku? Malas nak layan. Aku ambil sebiji bantal dan kututup mukaku.

"Siapa nak kawin?". Tiba tiba Hanim masuk ke dalam bilik aku. Sah dia ada di ruang tamu sebab tu boleh dengar.

Haih la minah minah ni, pantang dengar perkataan kawin. Gedik! Gatal!

"Jom kita kawin sekali, ramai ramai. Buat kat dewan. Jimat belanja". Tu suara Hanim. Bukan main lagi beri cadangan. Korang ye la dah ada buah hati, aku??

"Ha??? Kawin? Nura nak kawin? Macam tak percaya pulak aku. Siapa jejaka bertuah tu?". La.. sekor lagi. Joyah. Tak pergi kelas lagi rupanya diorang ni.

Bantal yang aku guna untuk menutup muka ditarik.

"Nura, cerita la. Kau diam diam je nak kawin ye", pinta Hanim beriya iya. Siap duduk disebelah aku. Ni semua sebab mulut Yati yang takde insuran. Malam tadi selepas tiba dari kampung, aku sekadar luahkan rasa hati dan bercerita apa yang berlaku sepanjang hari raya baru ni sambil makan kuih raya. Boleh pula dia terlepas cakap.

"Weii... aku sakit la ngok. Joyah, kau tolong sign untuk aku", ujarku dengan nada sedikit tinggi pada Joyah.

"Apa Joyah Joyah. Joy la. Kau panggil aku Joyah lagi, aku tak nak sign untuk kau", jeritnya membalas.

"Apa apa la Joy oren", gumamku. Aku memang suka panggil dia Joyah, klasik je bunyinya walaupun nama sebenarnya Joyce Ferdinand Rampang.

"Nura, ni panadol untuk kau", ujar Hanim meletakkan sesuatu dalam tapak tangan aku.

"Aku tak nak. Aku tak suka ubat. Nanti ok la ni".

"Ok kau tu sampai esok pun kau terbaring atas katil. Degil. Muka tu dah pucat macam mayat", bebel Hanim sempat pula tu mencubit aku. Geram la tu sebab aku tak mahu bercerita dan degil tak nak telan pil panjang warna merah jambu. Aku tak larat nak bercerita sebenarnya. Aku nak tidur. Hanya tidur dapat meredakan kesakitan.

"Petang ni aku bangun. Aku main badminton kat hall. Nak join?", selorohku membuka mata sedikit. Penglihatanku samar saja.

"Ye ye je kau tu", balas Yati membetulkan tudungnya. Selagi tak keluar, selagi tu la dibelek dibetulkan tudung.

"Aku pun tak nak la sakit macam ni. Tapi dah tertulis tiap bulan dia datang nak manja manja dengan aku, aku redha je la", ujarku perlahan. Ni pun aku paksa diri untuk bercakap panjang.

"Dah la. Kitorang nak pergi kelas. Melayan kau sampai esok pun tak sudah", kata Hanim.
Eh.. salah aku pulak?

"Nura, ni susu panas. Aku dah bancuh. Minum sampai habis", beritahu Yati. Sempat minah ni buatkan untuk aku dalam sibuk membetulkan tudung tu.

Aku mengangguk. Susu?? Kembang tekak aku.

"Nanti lunch, aku minta Amat hantarkan nasi kat kau ok?", ujar Yati mengambil fail di atas meja.

Amat???!! Jantan skema yang punya sengihan gatal tu?

"Tak payah. Aku tak nak makan", ujarku tegas walaupun dalam sakit sambil menggeleng kepala. Minyak panas Afiat aku sapu ke perut.

"Kalau lapar karang?", soal Yati.

"Masak megi je"

"Sakit sakit nak makan megi. Tak elok la", bebel Yati.

"Pergi je la kelas. Tak yah nak bebel. Dah bertambah sakit aku ni. Sakit kepala, sakit telinga. Macam mak nenek la korang ni".

Aku kembali menekup bantal ke muka. Telefon aku matikan. Aku nak suasana senyap sunyi. Tubuhku mengerekot di dalam selimut. Peluh dingin merecik walau di dalam selimut tebal, berbaju tebal, berstoking dan tanpa kipas berpusing. Aku benci keadaan ini. Sakitnya tak terkata. Tubuh aku lemah, rasa mual merajai diri, sakit kepala tak usah diucap umpamanya seperti berpuluh puluh guli ditekan di keseluruhan kepala, usus dan segala apa di dalam perut seperti dikisar. Dan yang pasti aku akan pitam sebentar lagi.

Selamat tinggal dunia.

Share this novel

Hana
2019-10-30 13:36:15 

susu...yucks kan....bagi la twister oren

UdangGalah
2019-10-14 22:56:37 

Setiap ibu dan ayah inginkan yang terbaik untuk anak mereka. Teringat bapa mertua i, bila sampai je masa anak² perempuan dia dah sesuai kahwin (habis belajar) selamba badak dia reject semua calon suami pilihan anak² perempuan dia.. dan dia sendiri yang jodohkan anak² perempuan dia dengan lelaki² pilihan dia sendiri (termasuk la i haha).. calon² awal tadi semua dah jadi ex.. biarpun suami memasing hanya sempat kenal dalam masa tak tak seberapa lama.. Alhamdulillah terbukti semuanya bahagia dan memasing dah beranak pinak.. Ada sudut pandang yang anak² tak nampak, tapi orang tua yang dah dulu makan garam dari kita nampak benda tu pada tilikan hati dia.. Saje menyelit pengajaran.. Samada Nuha dengan Yusri, Arif atau Seth di akhir cerita ni, kami layankan aja.. hehe..


NovelPlus Premium

The best ads free experience