BAB 12

Horror & Thriller Completed 4761

Hantu Langsuir

Saya diganggu dengan kehadiran seorang perempuan berbaju putih yang dilihatnya duduk di dahan pokok tinggi. Bukan saya saja yang melihatnya, malah dua rakan saya juga terpandang perempuan berbaju putih berkilat di atas pokok itu.

Ketika itu, saya dan kawan-kawan dalam perjalanan pulang dari kedai, kira-kira pukul 11.00 malam. Kami berjalan kaki, menyusur jalan berbukit sebelum sampai ke perkampungan Orang Asli.

Pada masa mula-mula mendaki jalan bukit yang di kelilingnya penuh hutan, saya dah rasa hati berdebar-debar. Saya buat tak kisah, sambil itu berjalan terus untuk pulang ke rumah.

Tapi ketika tiba berdekatan tangki air, bulu roma saya tiba-tiba menegak sebaik saja hidung mula terhidu bau wangi pada sebelah malam kata orang tua-tua, biasanya menandakan ada makhluk halus tidak jauh dari kawasan itu.

Saya kuatkan hati supaya tidak takut. Tapi kawan-kawan saya di sebelah mula saling berpandangan.

Mungkin mereka juga terhidu bau wangi itu. Belum sempat kami bertanya atau bercakap apa-apa, saya terpandang satu lembaga wanita berbaju putih labuh di atas pucuk pokok yang tinggi. Serentak itu kawan-kawan saya mencuit tangan masing-masing.

Saya memang nampak wanita itu duduk sambil tubuhnya terhayun-hayun setiap kali dahan pokok itu ditiup angin.

Tidak lama selepas itu kami terdengar bunyi perempuan ketawa dan mengilai. Memang bunyi itu datangnya dari arah wanita di dahan pokok yang tinggi itu. Kami tercegat ketakutan. Tapi masih juga melihat wanita berbaju putih di atas pokok itu.

Kejadian itu memang saya sendiri melihatnya dan bukan diceritakan berdasarkan fantasi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience