Prolog

Romance Series 12449

2 tahun sebelum itu

Seorang remaja perempuan dan lelaki sedang berjalan sama di sekitar taman. Penat berjalan mereka duduk dibangku yang disediakan. Remaja lelaki tadi memandang sisi muka remaja perempuan tersebut dengan penuh rasa cinta. Sebenarnya dia sudah lama menyimpan perasaan ini kepada gadis itu cuma takut untuk diluahkan kerana risau dia bertepuk sebelah tangan.

Si gadis terasa diperhati menoleh kesebelah. Mata mereka bersambung cepat cepat gadis itu mengalihkan. Terasa panasa satu muka bagai disimbah cat.

Di sebelah tergelak lelaki itu  dengan tingkah laku si gadis. "Kenapa muka merah tu Ana " ujarnya, sengaja ingin mengusik.

"Ma-mana ada merah" tergagap dia ingin menjawab masih malu dengan situasi tadi.

"Yelah tu" ujar remaja lelaki itu akhirnya dua dua sama gelak mencipta kenangan.

"Ana " panggil remaja lelaki itu. Dia rasa sudah tiba masanya untuk luahkan perasaannya.

Terdengar disebelah menyeru dia memalingkan muka berhadapan dengan sang jejaka.

"Ya" jawab si gadis. Mata kelabunya memandang raut wajah yang seakan gelisah. Mata coklat lelaki itu dan mata kelabunya bertaut. Seakan mengalirkan sesuatu hubungan.

"Sebenarnya Fahmi sudah lama cintakan Ana cuma Fahmi takut untuk luahkan kerana risau bertepuk sebelah tangan" ujar lelaki itu senafas. Dia memandang gadis itu dengan penuh harapan.

Gadis itu pada mulanya terkejut tapi lama kelamaan dia tersenyum manis. "Fahmi tak bertepuk sebelah tangan. Sebenarnya Ana pun sudah lama simpan perasaan ini" ucap gadis itu malu.

Terkesima remaja lelaki itu "betul ni? Ana tak main mainkan? " soalnya untuk kepastian. Gadis itu menganguk dia tersenyum gembira lantas dia bangun dan menarik gadis itu. Gadis itu hanya menurut.

Lelaki itu memasukkan tangan ke hoodie dan mengeluarkan sebuah bracelet. Berkerut dahi si gadis.

?

"Nak buat apa dengan bracelet ni? " soalnya polos.

Tergelak lelaki itu dengan pertanyaan polos dari sang gadis. "Nak pakailah sayang, bak sini tangan Ana" ucap lelaki itu. Termalu gadis itu tetapi tetap memberi tangannya kepada lelaki itu.

Dia memakaikan bracelet itu dengan lemah lembut. Selesai memasang dia mensuakan tangan itu kepada si gadis "cantikkan" jawabnya.

Gadis itu mengganguk "terima kasih awak, susah susah je" ucap gadis itu dengan serba salah.

Lelaki itu menggeleng dan mendekatkan mukanya ditelinga gadis itu. "Anything for you, dear. Kalau awak rindu saya boleh awak pandang bracelet ini" bisiknya romantik lantas menarik mukanya dan berlalu pergi meninggalkan sang kekasih dibelakang.

Gadis itu perasan akan kekasihnya berlalu segera dia mengejar "awak tunggu saya! " jeritnya.

Lelaki itu menoleh dan tersenyum "cepatlah" jerit lelaki itu.

Gadis itu pantas pergi kearahnya namun terhenti apabila melihat sebuah treller laju menuju kearah remaja lelaki itu. "Awak belakang awak ada treller! " jeritnya lantang.

Tidak sempat menoleh dia dilanggar darah pantas mengalir dijalan raya. Gadis itu berlari pantas kearah jasad yang sudah nazak. Dia memeluk lelaki itu tidak dihiraukan darah yang sudah melekat pada baju.

"Awak jangan tinggalkan saya" ucap gadis itu bergetar. Air mata membasahi pipinya.

Sang kekasih hanya tersenyum lemah. Dia mengakat tangannya dan memegang pipi yang sudah dibasahi air mata.

"Ja-jangan me-menangis sa-sa-sakit ha-hati fa-fahmi te-tengok" ujarnya tersekat-sekat.

Bertambah sedih sang gadis mendengarnya air mata setia bercucuran keluar.

Dia tersenyum lemah kepada gadis itu untuk kali terakhir. "Selamat tinggal sayang" sebaris kalimah meniti dibibirnya dan dia menghembuskan nafas terakhirnya. Tangan yang memegang jatuh diatas riba si gadis.

Orang ramai makin ramai ada yang call polis dan ambulance. Sang gadis melihat jasad remaja lelaki yang tidak bergerak lagi.

Dia tidak sangka ini kali terakhir dapat dia melihat lelaki itu. Baru sahaja mereka bahagia namun Allah lebih menyayanginya.

"FAHMI!"

Dia menjerit sekuat hati dan memeluk jasad tersebut dengan perasaan sedih dan kecewa.

"Tengku Fahmi akan sentiasa dihati Ku Syaf Ariana. Tak ada sesiapa yang akan boleh ganti awak dihati saya."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience