“Macam tak sudi nak jumpa saya je…” Rajuk Amir. Aku garu kepala.
“Err.. bukan tak sudi tapi rasanya tak eloklah awak datang rumah saya malam-malam macam ni. Tak manis orang tengok. Dahlah sayang. Awak balik ek?” Aku menolak perlahan tubuhnya dengan senyuman memujuk.
Amir menggeleng.
“Tak nak. Saya nak borak-borak dengan awak dulu. Saya rindu awak.” Amir terus masuk ke dalam rumah aku tanpa diundang. Terkejut aku.
“Ehh, Amir! Apa yang awak buat ni? Awak baliklah, jangan masuk rumah saya sesuka hati macam ni.” Aku menarik tangannya supaya keluar dari rumah. Amir hanya menepis dan melabuhkan punggung di sofa.
“Amir.. please. Esok kita jumpa. I promise you. Tapi sekarang awak kena balik. Tak elok kalau awak masuk dalam rumah saya waktu macam ni.” Pintu sengaja dibuka luas. Tak mahu orang salah faham. Mohon dijauhkan dengan benda tak elok.
Amir mendekati aku. Fuh.. Termakan juga Amir dengan pujukan aku. Nak juga dia balik. Aku berdiri di sisi pintu, memberi laluan untuk Amir keluar. Namun, sangkaan aku meleset bila Amir menarik aku ke dalam pelukannya dan menghempas pintu dengan kasar.
“Amir, apa awak buat ni?” Aku meronta-ronta minta dilepaskan. Amir ni dah gila ke?
“Sara Safwana.. I miss you.” Bisik Amir ditelingaku membuatkan aku takut.
“Amir, lepaskan saya!” Aku cuba melepaskan diri namun tak berdaya.
“I want you, Wana. Saya rindu awak dan pada malam yang hanya ada kita berdua ni saya nak awak layan saya.” Amir menolak tubuh aku ke atas sofa sebelum menindihku. Bibirnya terukir senyuman jahat. Terketar-ketar badan aku.
“Amir, awak dah gila ke hah? Lepaskan saya!” Dadanya ditolak kasar bila Amir mula mendekatkan wajahnya pada aku.
“Jangan!” Aku menjerit bila Amir sudah membuka butang baju tidurku hingga menampakkan sesuatu yang tak sepatutnya.
“Amir! Lepaskan aku!” Dengan linangan air mata aku menjerit bila Amir mula mencumbui leher dan bahuku.
“Tolong jangan buat aku macam ni. Lepaskan aku!” Aku terus menjerit namun Amir seperti sudah hilang kawalan. Ya Allah, lindungi aku.
“Adib!!!” Aku menjerit sekuat hati memanggil Adib. Adib.. tolong selamatkan aku.
BANG! Sepantas kilat pintu terkuak.
“Tak guna!” Amir terus jatuh rebah bila Adib melayangkan penumbuk baik punya pada perut Amir.
“Kau buat apa dengan Wana, hah? Jantan tak guna!” Jerit Adib lalu mengheret Amir hingga ke pintu. Sekali lagi Amir ditumbuk dan kali ini mengenai pipi.
“Lepaskan aku bodoh, jangan masuk campur!” Amir cuba melepaskan diri dari Adib. Aku sudah teresak-esak bila melihat Amir dan Adib bergelut dipintu rumah. Kemudian, Amir berjaya memboloskan diri dari Adib dan dia terus melarikan diri untuk meyelamatkan diri.
“Adib…” Aku sudah teresak-esak. Adib menghampiri aku lalu dibelek aku dari atas sampai bawah.
“Kau okey, Wana?” Adib memegang lembut bahu aku. Dalam tangisan aku mengangguk.
“Dah, dah, jangan nangis. Aku ada.” Adib terus memeluk aku bila melihat aku yang sudah terketar-ketar melawan rasa takut yang masih bersisa.
“Adib.. aku takut. Aku takut…” Seerat mungkin aku memeluk Adib. Terasa selamat bila Adib berada disisiku.
“Syhh.. Jangan nangis. Aku ada..” Adib memujuk aku.
“Astagfirullahalzim!” Suara orang ramai yang kedengaran dari luar buat aku dan Adib tersentak. Kelihatan beberapa orang penduduk kampung dan ayah Adib ada di muka pintu. Aku dan Adib saling berpandangan…
Share this novel