Sekeping nota yang ditinggalkan oleh Ariana Atilia diatas meja milik Adi Ashraf dipandang sekilas. Bibirnya mengukir senyuman kecil apabila melihat tulisan tangan isterinya yang sedikit comot itu. Barangkali isterinya dalam keadaan yang tergesa-gesa.
'Aku makan dengan Akid kejap tau!'
Your wife,
Riana??
Terjentik sedikit hatinya apabila menyedari Ariana cuba berusaha untuk mengikut pesanan yang diberi oleh dirinya. Buat seketika, dirinya terasa tenang dan dihargai pada masa yang sama.
Dia sendiri tak menyangka hanya dengan sekeping nota ringkas daripada isterinya, berjaya mengukir sebuah senyuman dibibirnya.
"Riana, Riana..." ucap Adi Ashraf sambil mengeleng kepala. Nama isterinya itu meluncur dibibir Adi Ashraf sedikit perlahan hanya untuk dirinya sahaja yang boleh mendengarinya.
Tak lama kemudian, nota itu disimpan di dalam laci meja pejabat. Kepalanya disandarkan pada kerusi kulit yang didudukinya. Perbualannya bersama Haris Irfan sebentar tadi berlayar di fikiran. Kegusaran mula bertandang di dalam benak lelaki itu.
:?:••:?:••:?:••:?:••:?:
Flashback
Adi Ashraf menunggu kedatangan seseorang sejak dari tadi. Jam digital yang berada di atas meja pejabatnya sempat dikerling.
Sesekali dia mengintai dari dalam biliknya cuba mengetahui keberadaan isterinya yang sejak dari tadi menghilangkan diri. Risau sekiranya terjadi apa-apa yang buruk berlaku kepada Ariana Atilia.
"Assalamualaikum." sapa satu suara garau milik seorang lelaki. Serta-merta, bebola mata Adi Ashraf bergerak ke arah pemilik suara yang menarik perhatiannya. Salam lelaki itu dijawab di dalam hati.
Haris Irfan.
Akhirnya, sampai juga gerangan yang ditunggu oleh Adi Ashraf. Mujurlah dia terlebih dahulu sudah sedia maklum tentang pertemuan mereka pada hari ini yang secara tiba-tiba diatur oleh Haris Irfan.
Terkejut bukan kepalang Adi Ashraf dibuatnya apabila sahabat baik isterinya itu mahu mengaturkan pertemuan. Namun dia hanya cuba beriak biasa. Lebih-lebih lagi, apabila pertemuan pertama mereka bermula dan berakhir dengan buruk sekali.
"Jemputlah duduk." pelawa Adi Ashraf kepada Haris Irfan. Bukan apa, tetapi sejak dari tadi lelaki itu tegak berdiri tanpa berkata apa-apa. Haris Irfan menunduk kepala sebagai tanda berterima kasih.
Adi Ashraf hanya memerhati setiap tingkah laku lelaki dihadapannya ini. Dia cuba meneka apa tujuan sahabat baik isterinya itu mahu bertemu dengan dirinya dalam diam.
Dia yakin pasti ada sesuatu yang penting ingin disampaikan oleh Haris Irfan. Jika tidak, apa sebabnya lagi kan?
"Kau..."
"Aku..."
Serentak mereka berdua bersuara cuba memulakan perbualan. Masing - masing mahu menamatkan keadaan kekok antara mereka dengan segera. Anak mata mereka bertembung.
"Kau dulu..." ucap Adi Ashraf akhirnya beralah. Jika keadaan ini berterusan, sampai esok tidak habis perkara yang bakal mereka bincangkan sebentar lagi.
Haris Irfan mengangkat kepalanya sedikit cuba melihat reaksi wajah milik Adi Ashraf. Wajah tenang lelaki itu melegakan sedikit hati miliknya. Lalu, dia menarik nafas panjang sebelum meneruskan kata-katanya.
"Untuk pertama sekali, tujuan aku datang jumpa kau hari ini bukan untuk ajak kau bergaduh. Tapi sememangnya ada kena-mengena dengan Ariana." jelas Haris Irfan sambil merenung tepat ke dalam anak mata Adi Ashraf.
Sebaik mendengar sebaris nama itu, Adi Ashraf mula tak senang duduk. Membuatkan dia semakin tertanya-tanya tentang motif Haris Irfan datang berjumpa dengannya pada hari ini. Tambahan pula, apabila berkaitan dengan isterinya, Ariana Atilia.
"Jadi, apa sebenarnya tujuan kau datang jumpa aku hari ni?" soal Adi Ashraf mula tak sabar. Dia mahukan jawapan dengan segera.
Tingkah Adi Ashraf yang kelihatan terdesak itu mencuit hati Haris Irfan. Bibirnya naik mengukir senyuman senget. Helaan nafas panjang ditarik sebelum meneruskan kata-katanya.
"Aku... datang sini nak minta maaf." sambung Haris Irfan dengan nada yang perlahan. Tangannya naik mengusap batang leher sambil melarikan anak mata daripada pandangan Adi Ashraf.
Namun kata-kata itu cukup kuat untuk Adi Ashraf mendengarinya. Segala spekulasi negatif yang bermain di dalam mindanya terhapus sekelip mata. Nampaknya dia tersalah anggap terhadap Haris Irfan sepanjang perkenalan mereka.
"Kau... minta maaf? Dekat aku?" soal Adi Ashraf tanda tak percaya. Tiada langsung niat untuk dia memerli lelaki dihadapannya ini tetapi hanya untuk mengetahui sejauh mana kejujuran lelaki itu.
Lambat-lambat, Haris Irfan mengangguk kecil. Dia menghela nafas lega selepas berjaya menuturkan kata-kata itu. Terasa seperti beban yang berat yang memenuhi dirinya diangkat. Adi Ashraf mengukir senyuman.
"Aku minta maaf untuk segala yang aku pernah cakap dekat kau selama ni. Aku cuma... Cuma nak lindungi Ariana. Sampai aku terlupa sekarang yang dia dah ada kau sebagai suami dia untuk lindungi dia pulak." luah Haris Irfan berterus-terang. Dia mengaku salah dia sendiri kerana cuba mengugut Adi Ashraf sebelum ini.
Adi Ashraf tersentuh dengan sikap mengambil berat Haris Irfan terhadap isterinya, Ariana Atilia. Sampai begitu sekali, lelaki itu cuba melindungi Ariana hanya untuk memastikan isterinya dalam keadaan yang selamat. Mampukah dia melindungi Ariana Atilia sebegitu?
"Lagi satu, aku nak minta maaf jugak sebab aku, kau dengan Riana bertengkar hari tu. Tolong jangan marah Riana. Dia tak salah. Kalau kau nak salahkan sesiapa, salahkan aku.
Jangan risau, aku datang sini bukan sebab Riana paksa ke apa tapi aku sendiri yang nak. Lagipun, Riana pun tak tahu yang aku datang jumpa kau hari ni." jelas Haris Irfan panjang lebar.
Adi Ashraf mengangguk tanda faham. Lega hatinya apabila tiada lagi pertengkaran antara dirinya dan Ariana selepas ini yang akan berlaku berpunca daripada Haris Irfan.
"Adi." panggil Haris Irfan cuba menarik perhatian lelaki itu yang mula mengelamun. Serta-merta, perhatian Adi Ashraf terarah kepada Haris Irfan semula.
"Oh, sorry. Kenapa?"
"Tak ada apa. Aku... Aku cuma nak minta kau jaga Riana untuk aku, boleh?"
"Memandangkan kau dah jadi suami dia yang sah, jadi aku rasa kau lah selayaknya ganti tempat aku lepas ni. Tolong jagakan dia macam mana kau jaga diri kau. Jangan lukakan hati dia buat kali kedua. Aku... Aku percayakan kau sepenuhnya. Jadi, tolong jangan sia-siakan kepercayaan aku dekat kau boleh?" pinta Haris Irfan bersungguh-sungguh.
Adi Ashraf terdiam seribu kata. Terasa serba salah sekiranya dibiarkan permintaan begitu saja. Namun tak dinafikan permintaan itu terasa berat oleh Adi Ashraf sendiri.
Bukan kerana dia sukar untuk memenuhi permintaan lelaki itu tetapi kepercayaan Haris Irfan terhadap dirinya membuatkan dia kurang yakin pada dirinya sendiri. Layakkah dia?
Air liur terasa kesat untuk ditelan. Namun riak wajah Haris Irfan yang penuh pengharapan membuatkan dia berbelah bahagi. Akhirnya, Adi Ashraf membalas dengan anggukan kecil sebagai balasan.
Haris Irfan mengukir senyuman lebar. Tugas dia selama ini telah pun diganti oleh Adi Ashraf sepenuhnya. Tidak perlulah dia risau tentang keadaan Ariana Atilia lagi selepas ini. Tangan kanannya dihulurkan kepada Adi Ashraf. Tak lama kemudian, huluran tersebut disambut oleh Adi Ashraf.
"Terima kasih untuk segalanya. Aku doakan kebahagiaan kau orang berdua. Aku tahu kau takkan kecewakan aku. Aku percayakan kau, Adi. Sama juga untuk Riana. Aku tahu kau takkan kecewakan dia. Dia tak layak untuk dikecewakan sekali lagi, Adi. Terutamanya sekali oleh kau sendiri. Ingat tu." pesan Haris Irfan yang membawa seribu makna.
Bahu kanan milik Adi Ashraf ditepuk lembut. Pesanan ikhlas daripada Haris Irfan seperti membawa mesej penting itu menimbulkan rasa ingin tahu di dalam diri Adi Ashraf. Belum sempat Haris Irfan keluar dari situ, lelaki itu ditahan oleh Adi Ashraf.
"Haris, apa maksud kau sebenarnya? Ada apa-apa lagi yang aku perlu tahu ke pasal Ariana?" soal Adi Ashraf ingin tahu.
Haris Irfan tersenyum penuh makna. Sudah mengagak soalan itu yang akan ditanya oleh Adi Ashraf. Dia hanya mampu mengeleng kepala.
"Mungkin bukan aku yang boleh ceritakan pada kau. Tapi aku yakin Ariana yang ceritakan segala-galanya pada kau nanti. Jadi, aku minta kau bersabar sepanjang tempoh ni untuk berikan dia masa." balas Haris Irfan bersahaja.
"Tapi sampai bila?"
"Sampai Ariana dah bersedia."
End of flashback
:?:••:?:••:?:••:?:••:?:
Ting! Ting! Ting!
Kedengaran tiga notifikasi masuk ke dalam peti mesej milik Adi Ashraf menamatkan lamunannya sebentar tadi. Tangan kanannya segera menyeluk ke dalam poket seluar untuk mengambil telefon pintarnya.
Sangkaannya yang menyangkakan bunyi notifikasi tadi itu adalah mesej meleset sama sekali apabila menyedari itu adalah panggilan tidak dijawab daripada Puan Ratna. Adi Ashraf menepuk dahi kerana terlupa menutup mod senyap pada tetapan di dalam telefon pintarnya terlebih dahulu.
Tanpa membuang masa, jarinya menekan nombor ibu kandungnya untuk dihubungi semula. Risau sekiranya terlepas apa-apa berita penting daripada wanita itu. Selepas beberapa deringan, panggilan tersebut disambungkan.
"Assalamualaikum Adi. Reti pun jawab telefon." ujar Puan Ratna dengan nada memerli. Adi Ashraf tersengih walaupun mengetahui ibunya tak dapat melihat perlakuannya itu.
"Waalaikumusalam mama, Adi minta maaf tak jawab call mama tadi. Adi tak perasan. Ada apa mama call Adi ni?" soal Adi Ashraf berterus-terang.
"Amboi, nak call anak sendiri pun kena bersebab ya sekarang? Mana menantu mama? Buat sakit hati cakap dengan anak sendiri ni." balas Puan Ratna cuba mengusik.
"Riana tak ada ma. Dia makan dengan Akid. Layan jelah anak mama ni. Ada apa ni ma?" balas Adi Ashraf lagi. Pelik dengan panggilan secara tiba-tiba daripada ibunya itu.
"Mama nak kamu balik rumah mama dengan papa hari ni. Jangan nak mengelat buat alasan sibuk ke apa. Mama dah periksa jadual Adi. Yang mama tahu, Adi balik rumah mama hari ini, faham?" terang Puan Ratna tegas. Atau
berbentuk lebih kepada arahan.
"Ya mama. Adi dengar. Tapi kenapa?" soal Adi Ashraf ingin tahu. Bukan mahu membantah cuma hairan.
"Balik dulu baru mama bagitahu. Jangan lupa bawa menantu mama balik." pesan Puan Ratna sebelum menamatkan panggilan.
Adi Ashraf melepaskan keluhan kecil apabila persoalannya tidak dijawab oleh Puan Ratna. Nak tak nak, dia memang perlu balik pada hari ni. Baru saja dia mahu menyimpan telefon pintarnya ke dalam poket seluar, suara seseorang mengejutkan dirinya.
"Abang!" ucap Akid Ahnaf selepas menerjah masuk ke dalam pejabat milik Adi Ashraf. Serta-merta, Adi Ashraf menenangkan diri. Kehadiran adik lelakinya itu diikuti oleh Ariana Atilia yang berada di belakang.
Kata-kata terakhir Haris Irfan yang masih terngiang-ngiang di telinga membuatkan Adi Ashraf terkelu. Tanpa dia sedari, dirinya memandang isterinya terlalu lama.
"Woi, tahulah rindu bini. Dah ada depan mata dah ni." tegur Akid Ahnaf lalu menumbuk perlahan lengan abangnya. Dia baru pinjam sekejap.
Ariana Atilia mengerutkan dahi. Hairan dengan tingkah laku suaminya seorang itu. Ada apa-apa yang terjadi ke sepanjang dia tak ada? Buang tebiat ke apa?
Adi Ashraf yang bagai baru tersedar berdehem sedikit. Cuba menutup perlakuannya yang mencurigakan itu.
"Akid, kenapa mama suruh aku balik?" soal Adi Ashraf cuba menukar topik. Akid Ahnaf mengangkat bahu tanda tak tahu.
"Entah. Tapi mama ada suruh aku balik jugak. Tu yang aku lambat sikit ni sebab tadi aku balik rumah packing baju.
Jadi balik kerja ni terus on the way balik rumah mama. Tadi aku tumpangkan Riana sekali untuk kemas barang kau orang berdua. Kan Riana?" jelas Akid Ahnaf panjang lebar. Ariana mengangguk tanda mengiyakan.
"Aku pergi dululah. Nanti jumpa dekat rumah mama. Aku nak pergi ni. Tak nak peluk dulu ke abang?" usik Akid Ahnaf sambil mengacah untuk memeluk Adi Ashraf.
"Akid Ahnaf!"
••???••?????••???•
"Lama lagi ke, Ash?" soal Ariana Atilia buat sekian kalinya. Mulutnya yang menguap sejak dari tadi ditutup. Kelopak matanya yang terasa berat itu ditahan sedaya upaya demi menemani suami yang tercinta. Ye ye je.
Adi Ashraf mengerling isterinya dari ekor mata sesekali sebelum kembali menghadap skrin komputernya untuk menyemak beberapa dokumen penting. Tangannya ligat menekan papan kekunci yang berada diatas meja pejabatnya.
"Sikit lagi. Kalau kau nak balik dengan Akid dulu pergilah." balas Adi Ashraf sambil menyambung kerjanya semula.
Ariana Atilia mencebik. Matanya yang berat itu digosokkan beberapa kali untuk menghilangkan rasa mengantuk. Punya dia bersemangat nak teman suami dia, boleh pula suami dia halau dia?
"Tak nak. Aku nak tunggu kau. Jadi jangan kau berani nak halau aku eh, Ash." ucap Ariana Atilia sambil bercekak pinggang. Jarinya ditudingkan tepat pada sisi wajah Adi Ashraf.
"Dah tu, jangan merungut." bidas Adi Ashraf lalu menjeling isterinya. Ariana Atilia merengus geram. Tangannya disilangkan ke dada tanda protes.
Tak lama kemudian, keadaan antara mereka menjadi senyap sunyi. Bahkan orang yang berbisik dapat didengari dengan jelas. Dalam diam, Ariana Atilia memerhatikan suaminya yang begitu fokus dalam bekerja. Sehinggakan tak menyedari dirinya sedang diperhatikan oleh isterinya sendiri.
Lalu, Ariana Atilia mengurut bahu milik Adi Ashraf yang kelihatan tegang itu. Dia tahu lelaki itu penat tetapi tak ditunjukkan kepada dirinya. Perbuatan itu sedikit sebanyak meringankan beban Adi Ashraf.
Bebola mata Ariana Atilia bergerak melihat sebingkai gambar Mawar Adriana yang terletak dihujung meja milik suaminya. Dia mengukir senyuman tawar. Nampaknya suaminya masih hidup di dalam kenangan bersama Mawar Adriana.
Namun dia sedikit pun tak berasa marah atau cemburu kerana dia tahu perasaan itu. Dia tahu Adi Ashraf perlukan masa yang lebih lama untuk lelaki itu berterus-terang kepada dirinya walaupun pada hakikatnya dia telah mengetahui segala-galanya. Cuma suaminya sahaja yang tak mengetahui perkara itu.
Tetapi tak mengapa kerana dia sanggup tunggu. Tak kira jika ia mengambil masa sepanjang hidupnya sekalipun. Itu janji yang dibuat oleh dirinya sebelum menjelaskan segala-galanya apabila tiba masanya nanti.
Detik yang berlalu terasa lama. Akhirnya, selesai juga segala semakan terakhir yang perlu dibuat oleh Adi Ashraf.
"Akhirnya..." ucap Adi Ashraf perlahan lalu menyandarkan tubuhnya pada kerusi. Nafas lega dilepaskan. Sebotol air mineral diteguk melegakan tekaknya yang haus. Dia mengeliat sesekali cuba membetulkan urat yang tegang kerana duduk terlalu lama.
Pandangannya jatuh pada Ariana Atilia yang setia menunggu dirinya sambil tersengguk menahan kantuk. Bibirnya naik mengukir senyuman senget sebelum mendekati isterinya.
Entah bagaimana, tangan Ariana Atilia yang sepatutnya menongkat dagu terlepas sehingga hampir membuatkan wajah cantik isterinya tersembam di meja namun sempat ditahan oleh Adi Ashraf. Lelaki itu menahan tawa.
Namun apabila melihat wajah isterinya yang sedang lena dalam kepenatan membuatkan hatinya terasa tenang. Tanpa dia sedari, tangannya naik mengusap pipi gebu milik Ariana Atilia. Lalu, sebuah ciuman hangat dihadiahkan pada dahi isterinya itu.
Telinga Ariana Atilia dibisikkan sesuatu sehingga membuatkan dirinya semakin lena dibuai mimpi tanpa menyedari dirinya tertidur di dalam pelukan Adi Ashraf.
"Sleep well, wifey."
Surprise! I'm back!??????
Hope you all enjoy reading!
Don't forget to vomment!
Happy fasting!??
Share this novel