BAB 7

Romance Completed 9878

SUDAH tiga bulan masa berlalu. Bermakna, sudah tiga bulan juga dia mengenali Danish. Sepanjang perkenalannya dengan pemuda itu, dia senang apabila mereka bersama. Walaupun di mulutnya sering menyatakan tidak suka, hatinya berasa sebaliknya. Cuma dia malu untuk mengaku. Seperti sekarang. Dia hanya mampu melihat Danish dari jauh. Apabila bertentangan, dia tidak berani hendak merenung lelaki itu. Risau sekiranya Danish dapat mentafsir rasa hatinya menerusi cahaya di matanya.

“Hai, lama tenung abang. Macamlah abang nak tinggalkan Izyan sorang-sorang di sini. Abang pergi order makanan saja, kan?” Tegur Danish tiba-tiba.

Izyan Hasna terkesima. Entah bila pemuda itu berada di hadapannya. Baru tadi dia lihat Danish beratur di kaunter untuk membuat pesanan. Tidak fasal sahaja dia ter‘kantoi’ di hadapan lelaki tersebut.

“Voilà, chocolat chaud, eh! Chocolat au lait untuk Cik Senah.” Danish menolak secawan coklat panas ke arah Izyan Hasna.

“Awak! Awak perli saya, ya?” Sungguh, dia segan hendak memanggil Danish dengan panggilan abang sebagaimana lelaki itu membahasakan dirinya! Sekarang, dia sudahpun dapat membezakan maksud di antara chocolat chaud dan chocolat au lait. Sengaja Danish hendak mengusiknya.

“Eh, tak perlilah. Puji saja,” ucap Danish dengan perasaan tidak bersalah.

“Lain kali saya tak nak keluar dengan awak dahlah. Awak suka panggil saya Cik Senah. Lepas tu, suka sindir-sindir saya. Benci!” Izyan Hasna berpura-pura merajuk.

“Boleh ke kalau tak jumpa abang? Tak rindu ke nanti?” Dengan senyuman terukir di bibir, Danish bertanya.

“Taklah. Awak saja yang suka perah santan. Konon-konon saya suka pada awak,” balas Izyan Hasna, cuba berselindung.

“Ya ke tak rindu?” Danish sukar hendak mempercayai kata-kata yang lahir dari bibir munggil itu.

“Ya! Awak pulak, rindu sangat ke pada saya kalau kita tak berjumpa?”

“Mestilah rindu! Bukan abang dah beritahu berkali-kali ke yang abang suka pada Izyan? Izyan yang tak nak percaya cakap abang. Maklumlah, siapalah abang ni kan. Sedikit pun tak berjaya mencuri hati milik Izyan Hasna a.k.a. Cik Senah.”

“Awak, apa kata kita stop cakap fasal topik ni?” Dia mula berasa tidak selesa walaupun pada hakikatnya, dia suka sangat mendengar luahan perasaan Danish. Dia seboleh-bolehnya cuba untuk menyembunyikan getaran di hatinya tatkala mereka bersama.

“Dia yang mulakan, nak stop tetiba pulak. Kenapa? Sebenarnya, Izyan dah mula suka pada abang, kan? Tapi, sengaja tak nak mengaku. Come on, Izyan. Kita kena jujur dengan perasaan sendiri. Takkan dengan diri sendiri pun nak tipu kut? Kalau Izyan mengaku pun, bukannya abang nak gelakkan Izyan. Abang suka lagi adalah.”

“Awak, boleh tolong diam tak? Sakit telinga saya dengar awak membebel fasal benda yang sama setiap kali kita berjumpa.”

“Hmm… ikut suka hatilah!” Danish menayang muka masam. Dia sedikit terasa dengan kata-kata gadis itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience