"Niza, kau nak tak jalan-jalan keliling kampung aku ni?" tanya ku apabila melihat Niza sudah pun buat muka apabila tiada apa lagi yang boleh dilihatnya di keliling rumah. Hari pertama sampai hingga sekarang, Niza naik teruja melihat semua benda. Habis semuanya dia tengok dan belek.
"Nak. Nak. Tapi kita nak jalan-jalan naik apa?" Niza yang tadinya bersandar terus bangun.
"Jalan kaki la. Nak naik apa pula?" kata Sarah saja nak menguji si Niza yang tak tahan panas ni.
"Huh? Tak nak lah aku. Panas tau tak?" katanya sudah seperti yang aku jangkakan. Sarah tergelak kecil melihat gelagat lucu Niza yang tak mahu berjalan di bawah panas itu.
"Eh, taklah. Aku bergurau je dengan kau. Kita naik motor la. Aku pun tak larat nak berpanas semata-mata nak tunjuk kau kampung aku ni macam mana." Kata Sarah selamba.
"Ha...tahu pun. Saja tadi gatal nak kenakan aku je kau ni," kata Niza menjeling geram.
"Alah. aku bergurau je la dengan kau! Macam biasa la." Sarah dah terkekeh-kekeh ketawakan Niza yang muncung tu.
"Jom la... Aku nak bawa kau keliling kampung sekarang la. Yang kau duduk kat situ lagi buat apa? Jom cepat." Ajak Sarah sambil menarik tangan Niza supaya bangun dan mereka pun menuju ke luar.
Emak dah memberitahu Sarah tadi jika mahu menggunakan motor, emaknya sudah mengisi minyak dan diletakkan di bawah rumah. Manalah tahu jika Niza ada mengajaknya untuk keluar bersiar-siar melihat kampung.
"Cantiknya kampung kau Sarah..." puji Niza. Kejap ke kiri dan sekejap ke kanan matanya memandang. Kalau boleh Niza tidak mahu melepaskan satu pun yang boleh dinikmati pemandangannya di sini.
"Jom aku bawa kau ke tempat yang aku selalu main dulu nak?" soal Sarah. Motor di perlahankan dan Sarah membelok di hujung jalan.
Semakin lama Sarah dan Niza semakin hampir dengan sebuah pondok yang terletak benar-benar di hadapan petak sawah. Niza melihat pondok itu dan bertanya," Pondok ni macam nak roboh. Buat apa kau bawa aku ke sini Sarah?"
Sarah hanya tersenyum. Puas hatinya dapat menatap pondok yang nampak usang tu. Kerana di situ banyak memori semasa kecil terbina di pondok itu. Sarah masih ingat, dia dan rakan-rakan sepermainannya banyak menghabiskan masa di situ. Malah ada seorang budak lelaki yang amat disayangi dulu selalu bermain bersama.
"Sebenarnya di sinilah aku banyak habiskan masa untuk bermain masa aku kecil-kecil dulu," kata Sarah. Niza yang mendengar mengangguk je la.
Syafiq tahu Sarah ada balik ke kampung bersama kawannya Niza. Sengaja dia mengekori mereka berdua dari tadi dan berjalan menuju ke arah mereka.
"Hai Kay Poh Ci." Nama lama yang cukup Sarah tak berkenan. Dan disebabkan Syafiq memanggilnya dengan nama itulah dia juga menjauhi Syafiq dan tidak mahu berkawan dengannya lagi.
"Ish, buat apa kat sini?" tanya Sarah. Niza dah tercengang kenapa pula Kay Poh Ci.
Share this novel