MALAM ITU, Fena terus masuk ke dalam bilik Thea. Kelihatan gadis itu begitu sibuk dengan kerjanya sambil menaip sesuatu di laptop.
‘Workaholic betul minah ni.’ getus hati Fena. Dia meletakkan secawan air coklat panas di sebelah meja kerja Thea.
“Thanks, babe.” soal Thea sambil memandang skrin laptop lalu dia membelek majalah GLAMZ.
Fena menghirup air coklat di dalam cawannya.
“Kau macam mana harini?” soal Fena.
Thea menoleh ke arah Fena.
“Hm? Aku okey aje. Bengkak kat kaki aku ni pun dah macam surut sikit.“ kata Thea sambil meminum air coklat yang dibuat oleh Fena. Sedap!
Fena tersenyum.
“Baguslah macam tu.. Aku ni bukan apa, Thea. Aku risau dengan kau.. Ya lah. Even kau ni jenis independent yang terlampau, tapi kau tu clumsy. Risau betul aku.” Balas Fena
Thea mencebikkan bibirnya.
“Ala, jatuh sikit aje pun.” Balas Thea selamba.
Fena menggeleng-gelengkan kepalanya. Umur Thea sudahpun menginjak 27 tahun. Tetapi kawan baiknya itu masih lagi belum mempunyai teman lelaki mahupun calon suami, oleh disebabkan sikap berdikari dan juga sifat sombongnya itu. Kerana itulah, ramai lelaki begitu takut mahu mendampingi Thea.
Fena memeluk tubuhnya.
“Kau tak jumpa balik ke chef yang tolong kau semalam tu?” Soal Fena.
Jari Thea terus berhenti dari menaip hal kerjanya di laptop, lalu dia memandang Fena.
“Oh.. aku lupa pula aku nak bagitahu kau.. Tadi masa aku balik kerja, aku ada jumpa dia sebab nak cakap ‘Terima kasih’.. tu aje.” kata Thea sambil membuka fail di sebelah meja kerjanya.
Fena tersenyum lebar. Dia terus membetulkan duduk.
“Wahhh.. Ada progress ni! So macam mana? Dia handsome ke?” Soal Fena bertubi-tubi.
Thea mengerutkan dahinya.
“Progress?” Soal Thea pelik.
Fena tersengih.
“Alaaa, aku ship lah kau dengan dia!” Kata Fena dengan teruja.
Thea ketawa sinis.
“Merepek.” Balas Thea sambil melihat skrip laptopnya.
“So dia macam mana? Handsome ke? Atau dia tu orang tua?” Soal Fena bertubi-tubi.
Thea menyandarkan tubuhnya di kerusi. Wajah tampan Adrian bermain di fikirannya. Dia tersenyum sedikit.
“Hmm.. He is.. nak kata handsome tu memanglah.. Sebab dia ada darah mix.. Mak dia orang Itali.. Sebab tulah kot muka dia tak macam orang asia sangat.” kata Thea sambil menyambung kerjanya.
Fena terlopong.
“Weh, kau ngoratlah dia!” Jerit Fena dengan teruja.
Thea memandang Fena dengan pelik.
“Hah?” Thea mengerutkan dahi.
Fena tersenyum nakal.
“Italian boys duh!” kata Fena dengan gatal.
Thea mencebikkan bibirnya.
“Jangan nak gatal lah. Pergi sana, main jauh-jauh! Aku nak buat kerja ni!” Kata Thea sambil mencubit telinga Fena.
Fena ketawa kuat.
“Alaa kau ni. Usik sikit pun tak boleh.” Bebel Fena sambil tersengih. Dia terus keluar dari bilik Thea.
Thea menyandarkan tubuhnya di sebalik pintu sambil terbayang wajah Adrian.
Dia tidak pernah rasa seperti itu pada mana-mana lelaki. Selama ini, dia langsung tidak pernah bercinta mahupun jatuh cinta. Kerana itulah dia tidak begitu mengerti dengan perasaan yang ada di dalam hatinya kini.
Adrian Qais.. Adakah mereka akan berjumpa lagi? Thea menarik nafasnya dengan dalam.
***
KEESOKAN harinya, Thea melihat semua wajah pekerja-perkerjanya yang sedang membentangkan idea mereka. Kali ini dia mengadakan mesyuarat untuk majalah mereka yang akan datang.
Laura menelan liur dan terus berdiri di hadapan mereka untuk membentangkan ideanya.
“Good days, everyone.. so we’re thinking about featuring fashion in movies by the era. Contohnya macam era 80-an. Fashion pada zaman itu, mereka akan mengenakan pakaian ala-ala baba dan nyonya. Jadi saya suggest untuk model kita pilih fesyen jenis ini untuk photoshoot nanti. Dan sekaligus boleh mengingatkan pembaca tentang fesyen melayu pada zaman dahulu. Saya juga ada sediakan beberapa scene dari movie zaman melayu dahulu sebagai reference untuk kita lihat. ” ujar Laura sambil menunjukkan beberapa contoh gambar pelakon zaman dahulu yang mengenakan baju kebaya ala nyonya serta beberapa pakaian tradisional yang lain.
Thea memandang gambar itu sambil tersenyum dan menganggukkan kepalanya. Bersetuju dengan pendapat Laura untuk mengekalkan pakaian tradisi melayu di dalam majalah mereka.
“Okey. I agree with this. Next.” kata Thea.
“For beauty and cosmetics.. I suggest that we giving our readers about life hacks for beauty and how to make their make-up long-lasting and natural. Oh! And also we can write an article about love life. Which is ‘How To Spice Up Your Relationship With Your Partner.’” Ujar Dina dengan senyuman lebar.
Mereka semua mengangguk bersetuju.
Sebaik saja Thea mendengar perkataan ‘love life’ dia terus terbatuk. Mereka semua terus memandangnya.
“Miss Thea? Are you okay?” soal Laura.
Thea berdehem.
“Err.. Yes.. i’m okey! Well. That’s a wrap. Good work everyone.” katanya sambil tersenyum. Dia terus bangun dan bersedia untuk beredar.
Dina menarik lengan Ema.
“Weh, kau perasan tak? Bila aku sebut pasal love life tadi, Ice Queen tu terus batuk. Kau rasa dia single taken eh?” soal Dina.
Ema terus ketawa.
“Cantik macam tu, takkan lah tak ada boyfriend. Tapi betul lah tu sejak akhir-akhir ni dia selalu senyum.”
Laura memandang mereka berdua.
“What are you guys doing? Let’s go to studio.” Kata Laura sambil memegang failnya.
Mereka semua terus berjalan menuju ke arah studio fotoshoot.
Thea melihat sesi fotoshoot bersama model di situ sambil menoleh ke arah Laura yang sedang membetulkan baju-baju yang ada pada rak.
Thea tersenyum dan mengambil cropped jacket yang berwarna kelabu dan top berwarna hitam.
“Laura, can you fetch me the fringe skirt?” kata Thea.
Laura terus mengambil skirt itu dan berikannya pada Thea.
“I want Cristine wear this for photoshoot.” Kata Thea sambil memadankan dua pakaian itu sambil melihat Laura kemudian dia menoleh ke arah model yang berasal dari Australia itu.
Laura terus mengangguk dan mengambil pakaian itu dari Thea.
Dina dan Ema pula membetulkan make up pada model di situ manakala Thea melihat Hazy sedang menyunting gambar photoshoot pada komputer.
“Make it brightness. And pastikan tak nampak gelap kat sisi gambar tu.” kata Thea sambil menujukkan ke arah gambar model itu.
Hazy mengangguk. Dia menyuakan chewing gumnya pada Thea. Adakah Thea akan garang lagi?
Thea mengangkat keningnya pada Hazy.
“Miss Thea nak chewing gum?” Soal Hazy takut-takut.
Thea tersenyum. Kata-kata Adrian muncul dalam fikirannya.
“Bila kita ikhlas, senyuman tu yang akan datang sendiri dari hati kita.”
Thea tersenyum lagi dan mengambil chewing gum itu dari tangan Hazy.
“Thanks, Tiny Pumpkin.” Kata Thea sambil menepuk-nepuk bahu Hazy.
Hazy tersengih lalu menyambung kerjanya.
Dina memandang ke arah Hazy dengan terkejut.
“Psst! Singa betina tu dah tak garang lah.” Bisik Dina pada Ema.
Ema hanya ketawa kecil.
“Itulah pasal. Musykil pula aku” bala Ema sambil ketawa.
Selesai saja sesi photoshoot. Masing-masing mula sibuk dalam membuat pekerjaan mereka sambil menulis artikel untuk majalah GLAMZ.
Thea terus duduk di atas kerusi pejabatnya sambil termenung. Perlukah dia berjumpa dengan Adrian lagi? Mereka berdua bukannya ada apa-apa hubungan..
Thea menghela nafasnya dan terus membuat kerjanya.
****
ADRIAN menyuapkan bubur nasi ke dalam mulut Puan Rose sambil menarik nafas dengan dalam. Tiba-tiba saja, ibunya itu terkena demam panas. Nasib baiklah dia ada terlintas untuk melawat ibu dan ayahnya itu di kampung.
“Mama macam mana harini? Dah rasa sihat sikit ke?” soal Adrian risau.
Tiba-tiba ayahnya, Encik Harith muncul dari ruang tamu.
“Macam tu lah, Ian. Kadang-kadang Mama kamu ni tak lalu nak makan bila Papa yang masak. Dia tetap juga nak rasa masakkan kamu tu.” Bebel Encik Harith sambil mengusap rambut isterinya itu.
Puan Rose ketawa dengan bebelan suaminya itu. Di terus mengusap tangan Encik Harith.
“Sei sempre nel mio cuore (You are forever in my heart.)” Balas Puan Rose lembut.
Adrian tersenyum melihat kemesraan ibu dan ayahnya itu.
“Ti amo. (I love you.)” Balas Encik Harith sambil mencuit pipi Puan Rose.
“Mama okey ajelah, Ian. Kamu tu janganlah risau.” kata Puan Rose lalu dia terbatuk semula.
Adrian terus bangun dan memberikan ibunya segelas air.
“Mama kena rehat.. tak boleh banyak bergerak sangat..” kata Adrian. Risau pula apabila melihat keadaan ibunya itu. Sejak akhir-akhir ini, Puan Rose kerap jatuh sakit dan sering demam.
Walaupun Puan Rose telah menerima pemindahan hati dari seorang penderma 12 tahun yang lepas, namun kesihatan ibunya kini telah mula merosot sehingga membuatkan Adrian dan ayahnya berasa risau.
Puan Rose sering meluahkan rasa kesalnya kerana tidak mengetahui siapa keluarga pendermanya itu. Walaupun mereka sekeluarga telahpun menyoalkan tentang perkara itu pada pihak hospital, namun doktor di situ mengatakan yang keluarga penderma itu tetap mahu merahsiakan identiti mereka.
Puan Rose tersenyum dan mengusap lengan anak tunggalnya itu.
“Ian..” panggil Puan Rose.
“Hm?” Adrian terus meletakkan mangkuk berisi bubur ayam itu di atas meja.
Puan Rose tersenyum.
“Mama bersyukur sangat sebab impian kamu untuk buka restoran sendiri dah jadi kenyataan. Mama bangga sangat dengan kamu, sayang.” Kata Puan Rose sambil tersenyum.
Adrian membalas senyuman ibunya.
“Itupun sebab Mama dengan Papa yang banyak bagi sokongan kat Ian sampai sekarang ni.” Kata Adrian pula.
“Semua tu pun dari usaha kamu juga..” balas Puan Rose sambil tersenyum. Dia menarik nafasnya dengan panjang sambil melihat anak lelakinya itu.
“Sebenarnya.. Mama nak tanya kamu sikit ni..” Puan Rose melihat Adrian dengan serius.
Adrian memandang ibunya.
“Tanya apa, Mama?” Soal Adrian.
“Umur kamu ni dah nak masuk 28 tahun.. Tapi masih lagi tak kahwin-kahwin.. Kamu ni dah ada calon ke belum? Nak Mama carikan?” usik Puan Rose dengan senyuman.
Adrian menarik nafasnya. Sudah dapat mengagak yang ibunya pasti akan menyoalkan tentang perkara itu padanya.
“Ian nak fokus dekat restoran la, Mama.” Kata Adrian sambil menyuap bubur itu ke mulut Puan Rose lagi.
Puan Rose memandang anaknya itu.
“Kamu ni.. bila Mama sebut pasal kahwin aje, terus mengelak.. Mama bukannya apa, Ian.. Mama nak juga tengok anak Mama ni kahwin, ada isteri, ada anak. Bolehlah dia tengok-tengokkan kamu tu nanti.” Kata Puan Rose.
Encik Harith ketawa di sebelah isterinya.
“Ala, biar aje lah kat dia, Rose.. Ian ni masih lagi muda. Bagi aje dia fokus kat restoran dia tu dulu..” Balas Encik Harith. Dia melihat wajah anak lelakinya itu.
Adrian hanya tersenyum.
Puan Rose mencebik.
“Ish, Abang ni. Asyik-asyik back up anak. Kalau macam ni lah gayanya, sampai ke sudahlah kita ni tak bercucu.” Marah Puan Rose.
Adrian dan Encik Harith hanya ketawa mendengar omelan Puan Rose.
Encik Harith terus melihat anak lelakinya itu.
“Oh ya. Papa ada dengar yang restoran kamu sekarang ni dah banyak sambutan. Siap keluar kat majalah bagai.” Kata Encik Harith bangga.
Adrian tersenyum sedikit.
“Alhamdulillah, Papa.. mungkin sebab resepi Mama ni sedap sangat kot. Tu yang banyak sambutan.” Balas Adrian sambil memegang tangan Puan Rose.
Puan Rose hanya tersenyum.
“Alhamdulillah..” kata Puan Rose. Gembira kerana anaknya itu telah mengikut jejaknya untuk menjadi seorang chef.
Puan Rose terdiam lama. Adrian melihat ibunya itu.
“Mama okey? Apa yang ada dalam fikiran Mama?” Soal Adrian risau.
“Ian.. Mama nak minta sesuatu boleh?” Kata Puan Rose.
Adrian mengangguk. Dia ingin tahu apa yang menganggu fikiran ibunya itu.
“Kalau boleh.. Mama nak sangat tahu siapa yang derma hati dia pada Mama ni.. Mama nak kenal siapa keluarga arwah dan cakap terima kasih pada mereka.. sebenarnya Mama rasa kesal sangat sebab tak dapat nak cakap semua tu..” kata Puan Rose perlahan.
Encik Harith mengusap bahu isterinya itu.
Adrian terdiam. Lelaki yang menderma hatinya kepada Puan Rose telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya dan ibunya itu telah menerima organ lelaki itu setelah dimaklumkan oleh arwah Neneknya.. Lelaki itu juga turut merahsiakan identitinya dan juga keluarganya. Sehingga kini, Puan Rose tidak lagi mengenali siapa keluarga lelaki yang menderma hatinya itu.
Adrian tersenyum dan memegang tangan Puan Rose.
“Ian akan cuba, Mama.. Ian akan cari siapa keluarga arwah..” pujuk Adrian.
Puan Rose tersenyum gembira.
“Terima kasih ya, Ian?” Kata Puan Rose sambil tersenyum ceria.
Adrian hanya membalas senyuman ibunya.
“Yang penting sekarang ni, Mama kena jaga kesihatan Mama dulu..” pesan Adrian sambil tersenyum manis.
Puan Rose ketawa kecil sambil mengusap rambut anak lelakinya itu. Perlahan-lahan dia menarik laci meja di sebelah katilnya.
Adrian hanya melihat ibunya itu mengeluarkan sekotak cincin.
“Cincin ni.. arwah Nenek kamu yang punya.. Arwah nak kamu serahkan cincin ni pada isteri kamu pula nanti..” kata Mama sambil memberikan kotak cincin itu pada Adrian.
Adrian mengambil kotak cincin itu dengan perlahan.
Puan Rose tersenyum lagi.
“Manalah tahu, bila Ian dah mula jumpa orang yang tepat.. Mama nak kamu pakaikan cincin ni ke jari manis dia..” kata Puan Rose dengan lembut.
Adrian melihat kotak cincin itu. Dia hanya tersenyum untuk menyedapkan hati ibunya itu.
“Baiklah.” jawabnya perlahan.
Puan Rose mengusap rambut Adrian.
“Kalau suatu hari nanti Ian dah mula cintakan seseorang… Mama nak Ian jadi lelaki yang setia dan penyayang macam Ayah kamu ni. Tengoklah tu, Mama suruh kahwin lain pun dia tak nak.” usik Puan Rose pada suaminya.
Tuan Haris mencuit hidung isterinya.
“Mereka semua tu tak cantik macam awak.” Gurau Encik Harith sambil ketawa.
Adrian tersenyum.
“Find someone who will see you into your soul and love you for it.” kata Puan Rose dan megusap rambut Adrian.
Adrian mengangguk lalu tersenyum.
“InshaAllah, Mama.” Balas Adrian lembut.
***
SEJAK Adrian pulang dari melawat Ibu dan Ayahnya di kampung, Tiba-tiba saja wajah Thea mula muncul di fikirannya. Entah mengapa sejak akhir-akhir ini wajah Thea sering muncul. Setiap kali dia bangun tidur, setiap kali dia ingin membuat kerja. Setiap kali dia memasak. Sudah pasti wajah gadis itu akan muncul dalam ingatannya. Dia masih ingat lagi, ketika kali terakhir mereka berjumpa di restoran dan sejak itulah, Thea tidak lagi muncul.
Walaupun mereka saling tidak mengenali antara satu sama lain, namun Adrian seolah-olah tertarik dengan gadis itu. Thea bagaikan magnet yang menarik hatinya untuk mengetahui lebih tentang gadis itu dan terus ingin mengenali gadis itu.
Tiba-tiba saja telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada seseorang yang menelefonnya.
Adrian mengambil telefonnya yang berada di atas kabinet sebelah katilnya.
Nombor yang tidak dikenali?
Adrian terus menjawab panggilan itu.
“Hello?” Ujar Adrian sambil meletakkan buku yang dibacanya di atas meja.
“Hello.. Adrian..” suara perempuan di corong telefon.
Adrian terpaku. Dia kenal suara itu.. Suara yang pernah membuatnya jatuh cinta untuk pertama kalinya.. dan suara itu jugalah yang telah menghancurkan hatinya.
Irene. Bekas teman wanitanya sewaktu mereka belajar di universiti dahulu. Hubungan mereka telah berakhir apabila Adrian mendapat tahu yang gadis itu curang padanya dan mempunyai hubungan dengan lelaki lain. Irene juga telah berkahwin dengan lelaki itu akibat desakan oleh keluarganya. Dan sejak itulah, Adrian tidak pernah lagi menjalin hubungan dengan mana-mana wanita kerana dia takut untuk kecewa lagi.
“What do you want?” soal Adrian dingin.
“Adrian.. can we met?” Soal Irene dengan perlahan.
Adrian dapat mendengar suara Irene yang mula menangis teresak-esak.
“Irene, you sedar tak yang you tu isteri orang? Can you stop already?” soal Adrian dengan kerutan di dahinya.
“No! I can’t stop! i tak cintakan dia, Adrian.. i langsung tak bahagia dengan dia.. Please, Adrian.. I minta maaf.. Kita jumpa ya?” Pujuk Irene sambil menangis.
Adrian memicit kepalanya.
“Are you kidding me?” Getus Adrian. Tidak suka apabila Irene berbuat begitu pada suaminya sendiri.
Irene masih lagi menangis.
Adrian menarik nafasnya. Mengapa gadis itu masih lagi menganggu hidupnya?
“You ingat I boleh lupa ke lepas apa yang you dah buat kat I? You cheating on me, Irene. How can i forgive you after what you’ve done to me?” Soal Adrian dengan wajah yang serius.
“I minta maaf, Adrian. I tahu i salah. Tapi, tolong bagi i peluang. Sekali ni aje.. I janji I akan berubah! I taknak kehilangan you lagi, sayang.. i still love you.” Rayu Irene sambil menangis.
Adrian menghela nafas berat dan ingin mematikan talian.
“You tunggu, sayang! i akan minta cerai dengan dia and then i promise, kita terus kahwin, okey? Please.. give me a chance, i masih tak boleh lupakan you..” rayu Irene.
Adrian mengetap bibir. Tidak sangka yang gadis itu sanggup meminta cerai dengan suaminya sendiri. Irene sedar tak apa dia fikirkan sekarang ni?
Adrian mengeluh.
“Just stop already.” Adrian terus mematikan telefon bimbitnya.
Dia terus menarik nafasnya dan terus duduk di atas kerusi. Kenapa Irene mencarinya semula? Sedangkan 3 tahun yang lepas, gadis itu kelihatan sangat bahagia tanpanya. Mengapa baru sekarang gadis itu mucul?
Adrian termenung. Lagipula dia sudah tidak mempunyai apa-apa perasaan pada gadis itu. 3 tahun dia cuba membuang nama gadis itu di dalam hatinya. 3 tahun dia cuba untuk meneruskan kehidupannya tanpa gadis itu. Mengapa begitu mudah gadis itu ingin mencarinya semula? Adrian menghela nafas berat.
Setelah dia mendapat tahu yang gadis itu telah curang padanya dan berkahwin dengan lelaki itu, hatinya terus hancur. Dia terlalu cintakan Irene sehingga sanggup berbuat apa saja pada gadis itu namun semuanya berubah apabila ayah Irene mula kenalkan Irene pada lelaki pilihan mereka itu.
Keluarga Irene tidak sukakan hubungan Adrian dengan anak mereka kerana mereka sudah mempunyai pilihan pada Irene. Sangkanya, Irene akan setia padanya tetapi dia silap apabila dia sendiri melihat Irene bepelukan dengan lelaki itu di depan matanya sendiri.
Adrian menarik nafas dan memejamkan matanya. Dia tidak mahu lagu mengingati kenangan pahit itu. Cukuplah dia pernah kecewa akibat rasa percaya dan cintanya pada gadis itu.
***
THEA mengetap bibirnya sambil memegang stereng kereta dengan kuat. Keretanya kini berada berhampiran dengan restoran Adrian.
Dia sendiri tidak tahu mengapa dia ingin ke situ lagi.
“Can we meet again?”
Thea memejamkan matanya. Kata-kata Adrian masih lagi bermain di fikirannya.
Ugh! What with this feeling? Why i’m here?!
Thea menarik nafasnya dengan dalam. Perlahan-lahan dia keluar dari keretanya dan
berdiri di hadapan restoran Adrian. Matanya meliar mencari kelibat lelaki itu namun tiada.
Thea mengerutkan dahi.
“Mana dia?” soal Thea sendiri.
“Cik cari siapa?” soal Dani yang baru saja datang ke restoran itu.
Thea terus terkejut. Dia melihat ke arah Dani.
“Err.. tak. Saya..” Thea terus berpura-pura melihat kasut tumit tingginya itu.
“Oh! Saya nak betulkan kasut ni. Tiba-tiba rasa longgar pula.” kata Thea sambil tersengih.
Dia terus menundukkan badannya dan membetulkan kasutnya. Tanpa dia sedar, beg dompet yang berada di dalam handbagnya sudah terjatuh.
Dani mengerutkan dahinya. Dia melihat Thea yang sedang membetulkan kasutnya yang sememangnya elok terletak.
“Saya tengok elok aje?” kata Dani
Thea megetap bibirnya.
‘Aduh. Banyak soal pulak budak ni.’ Getus hati Thea.
Dani tersenyum.
“Cik taknak masuk dulu ke? Kat sini ada macam-macam menu. Pasta, Steak, dessert.” Kata Dani.
Thea terus berdiri dan memandang Dani.
“Err..” Thea menelan liur.
Dia ingin menyoal Dani tentang Adrian tetapi egonya menghalang. Entah kenapa, dia teringatkan kata-kata Adrian seminggu yang lepas.
“You always hide your real feelings. Awak taknak luahkan apa yang ada dalam hati awak, apa yang awak rasa.. it feels like you’re hiding.”
Thea terdiam. Perlukah dia berselindung lagi?
Dani memandang Thea dengan tanda tanya.
“Cik?” Dani melihat ke arah Thea.
Thea menarik nafas.
“Ca.. can i know.. where’s.. Adrian Qais?” Soal Thea.
Dani memandang Thea sambil mengerutkan dahi.
“Cik girlfriend dia ke?” Soal Dani pelik.
Thea terus terkejut.
“Eh. Tak! Bukan! Saya..” Thea terdiam semula. Dia sendiri tidak tahu apa hubungannya dengan Adrian.
“Kawan.. kot?” kata Thea sambil mengerutkan dahinya.
“Hah?” Dani memandang Thea dengan pelik.
Thea terus berdehem dengan kuat.
“Ugh! Just forget it!” katanya dan menuju ke arah keretanya semula.
“Harini Chef tak ada! Dia balik rumah ibu dia!” jerit Dani dari jauh.
Oh..
Thea yang mendengar terus menoleh. Perlahan-lahan dia tersenyum.
“Tell him.. that i come here today..” kata Thea sambil tersenyum. Dia terus masuk ke dalam keretanya.
Dani hanya memandang sambil tersenyum penuh makna.
“Mesti ada something ni..” getus Dani sambil tersengih.
Ketika dia ingin masuk ke dalam restoran, dia telah terlihat beg dompet Thea yang jatuh di atas lantai dihadapannya. Dani terus mengambilnya.
“Eh? Purse siapa ni?.” Dani mengerutkan dahinya sambil melihat dompet itu.
“Hm.. Bagi kat Chef Adrian aje lah.” katanya sendiri lalu masuk ke dalam restoran melalui pintu belakang.
***
ADRIAN tersenyum ke arah pelangannya yang sudah membuat pembayaran.
“Thank you so much. Please come here again.” ujar Adrian.
“What a handsome man.” ujar seorang pelanggan wanita yang berbangsa cina itu kepada suaminya.
“Stop meh. I’m jelous.” bisik suaminya sambil tersenyum ke arah Adrian.
Adrian hanya tersenyum kecil lalu dia melihat mereka berdua meninggalkan restorannya. Dia melihat jam di dinding. Sudah menujukkan pukul 8 malam. Masih lagi tiada kelibat Thea.
Kini sudah genap seminggu dia tidak melihat gadis itu. Perlahan-lahan dia menghela nafas. Nampaknya mereka tidak akan berjumpa lagi. Kemana dia patut mencari gadis itu?
Dani muncul dari dapur dan berjalan ke arah Adrian.
“Chef?” Panggil Dani
Adrian menoleh. “Ya?”
Dani menghulurkan beg dompet Thea kepada Adrian.
“Ni girlfriend Chef punya.” Kata Dani.
Adrian mengerutkan dahinya.
“Girlfriend?” Soal Adrian dengan pelik lalu dia mengambil dompet itu.
Dia tidak mahu melihat isi di dalamnya kerana dia menghormati pemilik dompet itu.. Namun gerak hatinya menyuruhnya untuk melihat dompet itu.
Adrian menarik nafas dan perlahan-lahan dia membuka dompet itu. Ada gambar seorang kanak-kanak perempuan serta ayahnya.
“Dani tersenyum penuh makna.
“Semalam ada perempuan cari Chef. Tu yang beg dompet dia tercicir.” Kata Dani.
Adrian terdiam. Adakah Thea yang mencarinya? Dia terus melihat dompet Thea dan mengambil bussines card milik gadis itu.
THEA KATRINA.
Adrian tersenyum.
“Finally i found you.” katanya sendiri dengan senyuman.
Dani memandang Adrian dengan penuh makna.
“Okeylah. Saya nak sambung buat kerja dulu. Dah kahwin nanti jemput ya?” guraunya lalu berjalan menuju ke dapur masak.
Adrian masih lagi tersenyum dan tidak mendengar lagi apa yang dikatakan oleh Dani. Sebaliknya dia terus keluar dari restorannya untuk menelefon Thea.
Thea yang ketika itu sedang mencari beg dompetnya terus memegang kepalanya.
“Mana purse aku ni? Aduh. Aku letak mana?” kata Thea sendiri dan terasa ingin menangis. Dia terus keluar dari biliknya dan melihat Fena yang sedang menonton cerita korea di televisyen.
“Fena, kau nampak tak purse aku?” Soal Thea risau.
Fena menoleh ke arah Thea.
“Purse? Tak nampak pun. Kau letak mana?” soal Fena.
Thea memicit dahinya. Dia cuba mengingati semula di mana dia meletak beg dompetnya pagi tadi namun dia langsung tidak ingat kemana dia meletakknya.
“Tak apalah, Thanks.” Thea terus masuk ke dalam biliknya semula sambil merebahkan tubuhnya di atas katil.
Dia tidak kisah sekiranya beg dompetnya hilang, tetapi yang dia kisahkan adalah gambar arwah ayahnya yang berada di dalam beg dompet itu. Air mata Thea bertakung.
“Ayah..” Thea mengesat air matanya.
Tiba-tiba telefon bimbitnya mula berdering.
Thea mengerutkan dahinya lalu dia mengambil telefon bimbitnya itu. Dia pelik apabila melihat nombor yang tidak dikenali terpapar di atas skrin.
“Hello?” soal Thea dengan nada yang stress.
“Assalamualaikum.. Ni Thea ke?” soal Adrian
Thea mengerutkan dahinya. Tidak mengenali suara lelaki itu.
“Waalaikumsalam. Siapa ni?” Soal Thea dengan malas.
“Take a guess.” kata Adrian dengan senyuman. Gembira apabila mendengar suara gadis itu.
Thea memicit kepalanya. Sudah lah dia sakit kepala mencari beg dompetnya. Sekarang ni, entah lelaki mana pula yang menelefonnya dan mula bermain teka-teki.
“Listen. I don’t have time for this, okay? Siapa ni?” Soalnya garang.
Adrian menelan liurnya. “Remember me?”
“Who?” soal Thea dengan tidak sabar.
Adrian berdehem. “Adrian.”
Thea tersentak. Jantungnya mula berdegup laju. Dia terus terdiam lama.
“Thea?” Panggil Adrian sambil tersenyum.
“Adrian? You mean Adrian Qais?” soal Thea inginkan kepastian.
“Ya.. that’s me..” ujar Adrian sambil ketawa kecil.
“Thea? Are you there?” panggil Adrian. Pelik apabila gadis itu mula terdiam.
Thea menarik nafasnya. ‘Chill Thea.. chill.’
“Ho.. how did you..” Tiba-tiba saja Thea terus tergagap.
Adrian ketawa lagi.
“Get your number? By the way. Purse awak ni tercicir. Staff saya yang bagi purse ni. Dia kata awak ada datang semalam.” jelas Adrian.
Thea terduduk di atas katilnya semula. Dia menarik nafas lega. Sangkanya, beg dompet itu telah hilang dan takkan dijumpai lagi. Air matanya mula mengalir. Itu bermakna gambar dia bersama arwah ayahnya masih ada. satu-satunya kenangan terindah yang dia miliki.
Tanpa dapat ditahan lagi, Thea terus menangis. Dia sangat rindukan ayahnya.
Adrian yang mendengar tangisan Thea terus terkejut.
“Thea? Are you okay?” soal Adrian dengan risau.
“Gambar Ayah saya.. ada ke?” soal Thea inginkan kepastian.
Adrian tersenyum sambil melihat gambar Thea bersama ayahnya di dalam beg dompet itu.
“Ya. Everything’s here. Don’t worry..” kata Adrian dengan lembut.
Thea tersenyum sambil menyeka air matanya. Dia berasa sangat lega.
Adrian terdiam lalu menarik nafas.
“Hey.. it’s okay. Esok saya bagi balik purse awak. Can we meet tomorrow?” Soal Adrian.
Thea mengangkat wajahnya lalu tersenyum.
“Okay. Thanks Adrian.. saya ingatkan purse saya tu hilang terus.. I’m so careless.” Kata Thea perlahan.
Adrian tersenyum.
“Next time you have to be careful. Macam mana kalau pencuri yang ambil? Kan susah.” Kata Adrian.
Thea tersenyum.
“Ya I know.. terima kasih sangat. Lega rasanya bila purse saya dah jumpa balik.” Kata Thea sambil ketawa kecil.
Adrian hanya ketawa lalu dia melihat bintang di atas langit.
“So, are you okay right now?” soal Adrian dengan senyuman.
Thea tersenyum sedikit.
“Ya.. I’m okay. Thanks..” balas Thea sambil memeluk teddy bearnya di atas katil.
“What about your legs?” soal Adrian lagi.
Thea tersenyum dan melihat kakinya yang sudahpun sembuh.
“Alhamdulillah. Dah okey.” Jawab Thea. Senyuman masih lagi di bibirnya.
Adrian tersenyum.
‘She’s not a lion anymore. Probably a cute kitty.’ Getus hati Adrian. Dia tersenyum lagi.
Mereka terdiam seketika.
“Hey, can I ask you something?” Soal Adrian
Thea terus tersenyum.
“What is it?” Soal Thea.
“Kenapa awak cari saya semalam? You miss me already?” Soal Adrian selamba.
Thea mengetap bibirnya.
“Omg no.” jawab Thea selamba. Dia mula rasa tak senang duduk.
Adrian tersenyum.
“You sure about that? Then why come to see me?” Soal Adrian lagi.
“Saja.” Balas Thea selamba.
Adrian ketawa. “Haha.. What?”
Thea tersenyum sinis. Dia perlu membuat Adrian berhenti mengusiknya.
“Okey then. What if i said i miss you? And i wanna see you and talking to you?” kata Thea berani.
Adrian terus ketawa apabila mendengar ayat gadis itu.
‘That’s escalated quickly.’ getus hati Adrian.
Thea tidak berkata apa-apa sehingga membuatkan Adrian menghentikan tawanya.
Thea diam.
Adrian menelan liurnya.
“Wait.. are you serious?” soal Adrian dengan debaran di dadanya.
Tiba-tiba Thea terus ketawa. “Gotcha!”
Adrian menarik nafasnya. Dia sudah agak, pasti gadis itu hanya mengenakannya.
Adrian ketawa. “Oh?”
Thea turut ketawa.
“Don’t do that.” kata Adrian sambil menarik nafasnya.
Thea mengangkat keningnya.
“Kenapa? Awak suami orang ke?” Soal Thea risau.
Adrian ketawa lagi.
“No.. i mean.. You really something, you know that?” Soal Adrian. Gadis ini benar-benar menarik perhatiannya.
“Is that a good thing or a bad thing?” soal Thea lalu ketawa.
Adrian tersenyum. ‘Oh.. you wanna play with me?’ bisik hatinya.
Thea ketawa apabila Adrian mula mendiamkan diri.
“Okey.. okey. I’m done teasing you. See you tomorrow, Mr. Adrian.”
Adrian tersenyum.
“See you, tomorrow. Miss Thea. Goodnight.” Balas Adrian lembut.
“Goodnight.” Ucap Thea lalu mematikan talian. Dia terus baring dengan senyuman lebar.
Adrian melihat telefon bimbitnya sambil tersenyum. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya.
Ketika dia ingin masuk semula ke dalam restoran, Dani sudah berdiri di hadapan pintu restoran sambil tersengih.
Adrian menjegilkan matanya ke arah Dani.
“Hei, curi dengar ke?” Soal Adrian terkejut.
Dani menutup telinganya.
“Eh tak.. saya cuma nak hirup udara segar kat luar ni aje.” Kata Dani sambil bersiul.
Adrian terus menjentik dahi Dani.
“Ack!” Dani memuncungkan bibirnya.
Adrian ketawa.
“Oh by the way, Dani.. Malam ni, awak kena tolong saya.” Kata Adrian ceria.
Dani mengangkat wajahnya.
“Huh? Tolong apa Chef?” Soal Dani pelik.
Adrian hanya tersenyum. Tidak sabar untuk dia berjumpa dengan gadis itu semula.
Hello! Thank you for reading! :D
Share this novel