Rate

Permulaan baru

Family Series 1216

Diana yang tadinya tertidur lena perlahan-lahan membuka mata apabila melihat cahaya telefon pintarnya terkelip-kelip. Ringtone telefon pun sudah berbunyi-bunyi memanggilnya untuk menjawab.

Dia menoleh ke sebelah dan lihat suaminya yang sedang tidur lena. Hairan juga, bunyi ringtone telefonnya bukan gurauan, bising sangat. Tak sangka Hafiz masih tidur sambil mendengkur.

Panggilan telefon tadi ditolak apabila dia melihat nama rakan karibnya, Farah yang menelefon. Sebaiknya, dia mesej rakannya melalui aplikasi Whatsapp.

You: Kau pahal woi? Jam 1:30 kau call aku??
01:28AM

Farah: Mane ade 1:30. baru je 1:28?? EH BY THE WAY! Boleh babysitting ke? Satu bulan je!
anak lelaki, umur 9 tahun.
01:29AM

"Biy chat sape tu?" Suara suaminya membuat dia hampir membaling telefon mahal tersebut. "Oh mak kau seruling-"

Tangan kirinya memegang dada akibat terkejut. Tangan kanan yang memegang telefon menutup mulut lalu membisik, "Astaghfirullahalazim" berkali-kali. Dia melihat suaminya lagi sekali, muka Fariz sangat serius. Diana menjeling matanya bagi melepas geram, "Biy tengah chat kawan lah. Takkan lah Biy nak curang... Hok Aloh jeleh terok," jawabnya lalu menunjuk telefon yang terpapar mesej perbualan mereka dia dan Farah.

Fariz tersengeh membaca mesej perbualan mereka berdua. Sehabis sahaja membaca mesej tersebut, dahinya dikerutkan sambil dia menggeleng kepalanya. "Eh... takde takde! buat susah je nak jaga anak orang!" Hafiz melarang.

Diana menampar lembut bahu suaminya, "Boleh lah... satu bulan aje. Takkan lah selamanye..." Dia memujuk dengan suara yang lembut. Hafiz menggeleng-geleng kepala lalu menyumbat kepalanya ke arah bantal. "Tak mau,"

'Eh eh, perangai cam budak-budak!' hati isterinya berbisik. Mulut pula hendak mencarut. Dia menghembus nafas lembut.

Belum sempat Diana hendak berkata-kata lagi, telefon pintarnya tiba-tiba bergegar-gegar. Dia melihat di skrin telefon,

Farah: ALA JAWAB LAH YANA
01:35AM

Farah: Budak tu tak byk buat hal aku janji!
01:35AM

Farah: Assalamualaikum??
01:36AM

Farah: Ape ni online je :(
01:36AM

Farah is typing...

You: Ye Ye aku boleh je jaga anak ni. Tapi bila?
01:36AM

Farah: Alhamdullilah.. terima kasih :( 20 Januari nanti, 1 bulan je. Lepas tu 19 Januari dia tinggal balik dengan kakak dia... :)
01:37AM

You: Kakak? Mak bapak dia?
01:38AM

Farah: Rafie ni anak yatim piatu. Mak dia baru lepas meninggal bulan lepas...bapak pulak memang dh lama dah. Aku bukan tak nak jaga, aku tiba-tiba ada kerja kat luar negara dalam 2 bulan ni, nanti aku sibuk, siapa nak jaga dia? Kakak dia ni pulak dari luar negara, lepas sebulan lagi dia datang lah katanye, maklum lah, mencari duit.
01:40AM

You: Nanti aku sedia bilik dia. Kau cerita lah sedikit detail pasal Rafie. Nanti senang lah aku jaga.
01:42AM

Farah: Kau baca baik-baik. Satu bulan je ni, make sure everything is perfect tau.

Rafie ni bersekolah dekat SK Cahaya Murni, kelas 3 Amanah (#kelas terpandai), dia ni selalu tidur jam 9, kalau tak tidur lagi tu adalah yang tak kena. Dia suka minum susu dutch lady perisa coklat. Dia ni elergic dengan kacang. Kau ingat tu, No kacang for him. Dia ni murung je masa aku jaga... kau tolong lah ok? Tolong lah jaga baik-baik... Mana lah tau, korang boleh buat dia jumpa kegembiraan balik...
01:45AM

You: Okey Farah. All noted. Aku akan jaga dia baik-baik jangan risau :) Kita tidurlah dulu. Ngantuk woi.
01:46AM

Farah: HAHA okok. Selamat malam dan assalammualaikum ;)
01:47AM

You: Waalaikummusalam

Diana menutup telefeon pintarnya dan meletaknya di sebelah katil tadi. "Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un," Bisik nya. Fariz yang tidur-tidur ayam tadi terbangun segar apabila mendengar ucapan tersebut. "Siapa meninggal?" Tanya Fariz.

"Mak bapak budak ni. Bapak dah lama meninggal, mak baru meninggal bulan lepas. Farah ni busy dengan kakak Rafie sekali, tula dia mintak KITA yang jaga dia," Terang Diana.

"Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un... Takde orang lain ke nak jaga si Rafie?" Tanya Fariz. Fariz memang tidak suka jaga anak orang, itulah salah satu sebabnya mereka belum ada anak lagi.

"Kalau ada, memang taklah dia mesej biy siap call lagi tengah malam. Fahamkan lah... budak ni murung lagi tu..." Kata Diana dengan lembut.

Fariz mengangguk-angguk kepalanya. Dia mengeluh seketika. Buat seketika dia berfikir, mungkin ini peluang dia mendapatkan pengalaman. Kesian pulak dengan isteri, dia pun hendak mempunyai anak. "Baiklah, kita cuba... sebulan je kan?" Tanya Fariz.

"Ye," Jawab Diana pendek dan tersenyum manis lalu membuatkan lesung pipinya menonjol. Fariz tersenyum balik. Sudah lama Diana tidak tersenyum begitu.

"Kita tidurlah dulu, esok kita kemas rumah dan bilik untuk Rafie!" Diana cadang lalu memeluk suaminya.

"Ye ye. Dah dah jum tidur," Balas Fariz.

Fariz memang bukan seorang yang romantis. Dia tak selesa kalau bab bab macam ni. Tapi rasa cinta terhadap Diana, sememangnya ikhlas dari hati. Diana faham, dia tergelak kecil lalu mengangguk-angguk walaupun dalam gelap.

Setelah itu, Diana pun berbaring rapat disebelah suaminya seperti biasa. Fariz mengucup pipi Diana setelah merenung isterinya seketika tanpa disedari oleh Diana. Fariz tidak dapat tidur malam tersebut asyik memikir pasal budak lelaki tadi. Namun, selepas beberapa lama berfikir, dia pun terlelap sekali.

Hai saya di sini, anda di sana. Dalam bab pertama taklah panjang sangat jadi saya minta maaf. Bahasa Malaysia saya pun tak bagus sangat sbb saya ni prefer tulis guna Bahasa English. Dalam bab 2 nanti, saya akan menulis dengan lebih panjang! Jangan risau, idea semua dah ada :3 Untuk detail, buku ni more to 'family', 'romance', mungkin sedikit komedi tapi saya ni taklah kelakar sangat :> baeklah tu je, assalammualaikum ^^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience